Tugasan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Menurut Mok Soon Sang (2001),Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan


kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang
berikut termasuklah penguasaan lisan,penguasaan bahasa dan juga kebolehan
menulis.Seperti kanak-kanak normal,kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai hak
untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.Menurut Barber dan Holdbart(1998) dalam
Jamila(2005), Strategi yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan
khas dalam menentukan kebekesanan pengajaran .Sebagai seorang guru yang peka
terhadap keperluan murid, guru perlu meneliti pendekatan pengjaran yang sesuai bagi
merancang pengajaran.

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID

Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil daripada temubual saya dengan guru-guru
pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Tok Bok semasa menjalani PBS,saya telah memilih
seorang murid masalah pembelajaran yang sesuai yang mengalami masalah lisan,membaca
dan menulis,iaitu Muhammad Adli Bin Azman. Menurut sumber,kanak-kanak ini menghidapi
masalah disleksia.Sheila Devaraj (2006),menyatakan disleksia adalah satu kecelaruan pada
kanak-kanak meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah yang konvensional,mereka
gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca,menulis dan mengeja selaras dengan
keupayaan intelektual mereka.

3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENANGANI MASALAH


TERSEBUT
Saya telah mengenalpasti beberapa strategi pengajaran yang sesuai berdasarkan
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.

3.1 MASALAH LISAN

3.1.1 Kaedah Auditori dan Visual

Kaedah yang sesuai untuk menangani masalah ini adalah dengan melaksanakan
pengajaran menggunakan auditori atau visual.Menurut Kamarudin(1990),Gaya pengajaran
auditori ini merupakan cara pengajaran yang menekankan pendekatan perkataan dan arahan

1
lisan. Murid perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika
mempelajari sesuatu. Di samping itu, melalui pengajaran gaya auditori ini, murid akan
mengukuhkan ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio. Selain kaedah
auditori, kaedah visual dengan menggunakan foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat
boleh membantu kanak-kanak ini meluahkan perasaan mereka. Dengan mengenal pasti
perasaan mereka, emosi dan perasaan mereka tidak akan mempengaruhi tingkah laku
mereka untuk cenderung ke arah negatif seperti memukul dan mencederakan orang lain.

3.1.2 Menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi.
Kamarudin(1998) menyatakan, Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk
aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk
menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak
memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan
perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-
murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid
kuasai sebutannya.

3.2 MASALAH MEMBACA

3.2.1 Kaedah Fonik Dan Fonetik

Kaedah fonik dan fonetik adalah kaedah terbaik untuk mengajar membaca. Menurut Mohd
Zuri Ghani (2015),kaedah fonik dan fonetik merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku
kata dan menggabungkan dengan suku kata yang lain.Contohnya,apabila murid menyebut
abjad ‘b’ , bunyi yang akan dikeluarkan ialah “beh”.Dalam kaedah mengeja pula ,murid perlu
membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian menjadikan sebagai suku kata dan
akhirnya sebagai perkataan.Contohnya,ialah mengeja ‘bola’.Mengikut kaedah fonik dan
fonetik cara mengejanya dan menyebutnya ialah [b(beh) + o (o) = bo] dan [ l(leh) + a (a) = la].
Apabila kedua-dua suku kata itu bergabung iaitu [bo] dan [la] maka ia akan menjadi [bola].

3.2.2 Kaedah Multisensori

Mohd Zuri Ghani (2015) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja
bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan
menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat menguasai kemahiran ini.

2
Kaedah multisensori digunakan untuk merangsang minda kanak-kanak berkeperluan khas
melalui lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Kaedah ini
membantu merangsang pemikiran kanak-kanak tersebut. Apabila mereka memegang,
merasa, menghidu, mendengar dan melihat, ini akan memberi tindak balas bagi semua deria
ini. Kaedah multisensori semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja
menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan
bermain selain mengurangkan tekanan.

Sebagai contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru ialah pertama, guru menulis
perkataan di papan putih.Murid melihat perkataan tersebut.Guru menunjukkan perkataan itu
sambil menyebut dengan perlahan-lahan serta jelas dan murid mengulanginya.Seterusnya
murid menulis perkataan tersebut di atas pasir di dalam bekas pasir yang disediakan dan
pada masa yang sama menyebut huruf yang ada dalam perkataan tersebut.Kemudian murid
membaca perkataan tersebut.

3.3 MASALAH MENULIS

3.3.1 Aktiviti Koordinasi Motor Dan Tangan

Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis terutama motor
halus. K.A.Razhiyah(2008) menyatakan motor halus melibatkan gerakkan otot-otot kecil
seperti di jari dan tangan.Bagi aktiviti menulis kanak-kanak harus diberikan lembaran kerja
dimana mereka harus menyambung titik-titik untuk membentuk tulisan.Selain itu, mereka juga
boleh membuat latihan seperti menulis dari kiri ke kanan,latihan mewarna dari kiri ke
kanan,serta latihan membentuk bulatan di udara,di atas pasir tanpa menggunakan alat tulis.

3.3.2 Strategi Pengajaran Mediatatif

Strategi pengajaran mediatif ini boleh digunakan dengan berbantukan komputer semasa
proses pengajaran dan pembelajaran., Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik dapat
membantu kanak-kanak ini mengingat dan menyokong pemahaman mereka terhadap
pengajaran. Contohnya guru menanyakan video lagu ‘Didi and Friends’ yang menunjukkan
cara mengeja.Seterusnya guru meminta murid untuk menyanyikan bersama-sama.Selepas
itu,guru menyuruh murid menulis perkataan yang telah dieja dalam video tersebut. Dengan
kaedah ini , ia mampu menarik minat dan perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Selain menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu aktiviti yang
seronok, ia juga mampu merangsang motivasi murid untuk belajar.

3
4.0 PENUTUP

Guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran murid dan mereka juga
memainkan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan bahan bantu mengajar,
aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang murid untuk belajar.

Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion
mereka. Sebaliknya guru yang mempunyai sikap negatif akan terus menggunakan kaedah
pengajaran secara lama kerana ianya telah menjadi kebiasaan kepada guru tersebut. Dalam
pendidikan khas, guru perlu berusaha menggerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja dan
memenuhi keperluan murid. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk
memajukan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas dalam bilik darjah dengan
merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Kaedah
pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran yang berbeza-beza bertujuan memudahkan pelajar memahami pengajaran
guru dalam suasana gembira dan tanpa rasa terpaksa.

5.0 RUJUKAN

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2001). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus Diploma Perguruan
Semester 2. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.5.Mok Soon Sang . (2001).
PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus Diploma Perguruan Semester 2. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.5.

Mohd Zuri Ghani (2015). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas.
Pulau Pinang: USM Press.

Razhiyah. (2008). Apa Itu Autisme? KualaLumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sheila Devaraj (2006). Apa Itu Disleksia : Panduan Untuk Ibu Bapa & Guru.Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

4
6.0 LAMPIRAN

Gambar diatas menunjukkan temu bual saya bersama salah seorang guru matapelajaran
bahasa melayu pendidikan khas.

You might also like