Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRII Bangiku)


https://sites.google.com/site/pibgsrii/

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI BANGIKU Ke-3

Tarikh: 4 MAC 2017 (Sabtu)


Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Auditorium, KPI

HADIR
Encik Nor Hishamuddin Bin Mohd Nizar - Yang dipertua PIBG SRIIB
Encik Khairil Azwan bin Abu Mansor - Timbalan Yang Dipertua
Ustaz Zunurain Bin Fauzan - Guru Besar SRIIB
Ustazah Nurfatihah Binti Md Mokhtar - Setiausaha
Puan Suhaila Binti Mohd Nasir - Bendahari
En Hasrizal bin Abu Hassan -AJK
Puan Rosmalinda Binti Abdul Wahab -AJK
Encik Mohd Fairus Bin A. Rahim -AJK
Encik Mohamad Faruk Bin Idris -AJK
Ustaz Mohd Norhisam Bin Jaliman - GPK 1
Ustazah Nurfatin Nadia Binti Zulkipeli - GPK HEM
Ustaz Sanusi Bin Che Kadir -Guru
Ustazah Afiqah Binti Harunnarrsheed -Guru
Ustazah Faqihah Binti Azizan -Guru
Ustazah Siti Hajar Binti Sahak -Guru
Ustazah Noriah binti Muhd Yusoff -Guru
Ustazah Mukminah binti Talib -Guru
Ustazah Badriatul Syafiqah binti Bahrudin -Guru
Ustazah Khadijah Binti Kamarudin -Guru
Ustazah Noriah Binti Mohd Yusoff -Guru
Ustazah Norafiqah Syahira -Guru Ganti (Ustazah Salmiah)

1
Kehadiran Ibubapa
Encik Ahmad Zaini bin Jaafar
Encik Mohd Aziz bin Kamaruddin
Encik Wan Izdihar Wan Daud
Encik Murtadha bin Razali
Encik Mustafa Md. Yasin
Encik Mohd Husairi Husain
Encik Mohd Suhaimi
Encik Abdul Haris Ahmad
Encik Mohd Fadhil Mohd Ali
Encik Fadli Kassim
Encik Mohamad Zaidi Gering
Encik Mohd Asrol Mustapha
Encik Muhammad Najib
Encik Mohd Zabid Roslan
Encik Sazarul Offa Mat Noor
Encik Sharizan Yusoff
Encik Mohd Khairi Hussain
Puan Norasuzana Salleh
Puan Johan Maknikam
Puan Rozita binti Ismail
Puan Anita Zulkarnain
Puan Humaida Banu Samsudin
Puan Fadhilah Ahmad
Puan Dina Hayatun
Puan Sakhinah Abu Bakar
Puan Umi Kalsum
Puan Noriza Ibrahim
Puan Norliana Binti Mohd Abu
Puan Anis Aini
Puan Syatul Kamaliza Razali
Puan Nur Fikhriah Takril
Puan Hasmida Salleh
Puan Noraswafalina Nordin

TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN)


Encik Muhammad Faisal Bin Sharbudin -AJK
Ustaz Muhammad Yasir Bin Abu Hanifah -GPK Ko-Kurikulum
Ustaz Hanif Bin Yusoff -Guru

2
1. Ucapan Alu-Aluan

1.1. Pengerusi majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
atas kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG SRII kali ke-4.
1.2. Bacaan doa oleh Ustaz Sanusi Bin Che Kadir
1.3. Guru Besar SRII memberikan ucapan aluan dan penerangan berkaitan perlaksanaan
pembelajaran dan pengajaran di SRII.
1.4. Yang dipertua PIBG SRII memberikan ucapan aluan kepada ibu bapa Sesi 2018.
1.5. Ucapan perasmian oleh Ustaz Abd Jamir Bin Md Saad selaku Timbalan Pengerusi 1
Persatuan Bandar Baru Bangi.

2. Membentang, Membahas dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-3

2.1. Minit mesyuarat disahkan oleh Encik Ahmad Zaini dan disokong oleh Encik Mohd
Husairi.

3. Perkara-perkara Berbangkit

3.1. Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

4. Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG bagi sesi 2016/2017

4.1. Laporan Kurikulum dibentangkan oleh Ustaz Mohd Norhisam Bin Jaliman berkaitan
analisis peperiksaan akhir tahun 2017, penapisan kemasukan pelajar baru, takwim
2018 serta pengenalan subjek-subjek akademik dan agama.
4.2. Laporan Ko-kurikulum dibentangkan oleh Ustazah Nurfatin Nadia Bt Zulkipeli
berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti Sukan SRIIB 2018 pada 29
Julai 2018 (Ahad), Hari Keusahawanan pada 23 September 2018 (Ahad).
4.3. Pencapaian sekolah dalam Pertandingan Choral Speaking iaitu mendapat tempat ke-
2.
4.4. Jumlah pelajar terkini adalah seramai 161 orang dengan jumlah pengawas seramai
22 orang.
4.5. Makluman awal tentang Suntikan Vaksin kepada pelajar Tahun 1 iaitu pada 26 Jun
2018.
4.6. Lawatan Sambil Belajar SRIIB Tahap 1 akan diadakan pada 7 Julai 2018 dan Tahap
2 pada 14 Julai 2018.

5. Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan yang Berakhir 31


Disember 2017

5.1. Puan Suhaila selaku bendahari membentangkan Laporan Kewangan yang berakhir
31 Disember 2017.
5.2. Encik Mohd Zabid mencadangkan untuk membuat perbandingan kewangan tahun
2016 dan 2017.

3
5.3. Laporan kewangan disahkan oleh Puan Norasuzana dan disokong oleh Encik Mohd
Suhaimi.
5.4. Bendahari, Puan Suhaila akan meletakkan jawatan dan bagi sesi ini dan pelantikan
baru akan dilaksanakan bagi menggantikan beliau.
5.5. Encik Fairus mencadangkan Encik Zabid sebagai Bendahari dan disokong oleh Puan
Suhaila.

6. Membahas dan Menerima Usul/ Cadangan

6.1. Usul daripada waris:


6.1.1. (Encik Mohd Asrol dan Puan Nur Fikhriah): Penumpuan lebih kepada
pelajar yang tidak boleh membaca dan lain-lain. Perlu anjurkan kelas
pengukuhan seperti BM, BI, Jawi & Matematik) pada waktu malam atau
hujung minggu. Maklum balas : Program- program yang dijalankan oleh
pihak sekolah dari Bahagian Akademik seperti bacaan Jawi dan Al-Quran/
Iqra.
6.1.2 (Encik Abdul Aziz Bin Hashim): Takwim persekolahan perlu diberi awal.
Maklum balas: Banner telah digantung dibahagian tangga, dipamerkan di
website dan lampirkan dalam buku komunikasi (tertakluk kepada perubahan
dan pindaan).

6.1.3 (Puan Nur Fikhriah): Perkongsian bersama ibu-bapa tentang pelan


strategik bagi mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan UPKK/
PSRA/PPSR/UPSR. Maklum balas: Seminar/perkampungan ilmu akan
diadakan dan akan menjemput penceramah luar ( seperti Guru Besar SRA
Batu 9 Hulu Langat/ Pembina soalan negeri). Serta cadangan untuk
mewujudkan Kelab Kelas yang dikendalikan oleh ibu bapa yang bertindak
menganjurkan bengkel pada hujung minggu dari pukul 8.30 pagi sehingga
4.00 petang. Inisiatif ibu bapa untuk menjemput guru yang berpengalaman.
Pihak sekolah juga akan membantu dari segi kelas tambahan untuk hari-
hari tertentu (separuh hari).

6.1.4 (Encik Mohd Asrol Bin Mustafha): Kurangkan kerja sekolah bagi
mengelakkan pelajar stress. Maklum balas: Pada kebiasaannya guru- guru
akan meminta pelajar siapkan kerja sekolah dalam kelas dan akan dipantau
oleh guru berkenaan. Selain dari itu, Berdasarkan Akta daripada
kementerian, 25 latihan untuk satu subjek.

6.1.5 (Mohd Suhaimi Bin Alias): Tidak sesuai menyuruh pelajar menyemak buku
latihan dengan meletakkan ulasan negatif Maklum balas: Pendekatan
Pentaksiran Rakan Sebaya ada 4 elemen iaitu guru, pelajar, ibu bapa dan
teknik.

6.1.6 (Encik Mohamad Zaidi Bin Gering): Menyediakan aktiviti tambahan / ko-
kurikulum seperti memanah, berenang, Kelas Mandarin (Berbayar pun tidak
mengapa). Maklum balas: Aktiviti memanah : Flyers telah diedarkan

4
kepada ibu bapa tetapi tiada maklum balas dari ibu bapa. Aktiviti berenang
dan Kelas Bahasa Mandarin amat sukar dilaksanakan.

6.1.7 (Encik Mohd Faizal): Menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan


pelajar. Maklum balas: Kelab Keusahawanan sememangnya telah wujud dan
aktiviti dilaksanakan setiap hari Rabu minggu ke-4.

6.1.8 (Puan Anis Aini Binti Mat Zain): Pendekatan hukuman yang lebih berkesan
selain dari “seorang buat bising, semua kena denda”. Maklum balas: Ini
merupakan salah satu teknik hukuman dan dendaan yang menyebabkan pelajar
bertanggungjawab dan untuk mendidik menjadi
seorang pemimpin.

6.1.9 (Encik Wan Izdihar): Perlukan pengawal keselamatan yang lebih tegas.
Maklum balas: Pihak sekolah sudah menyediakan Jobscope. Pihak sekolah
akan memberi bimbingan kepada pengawal keselamatan.

6.1.10 (Encik Mohd Suhaimi Alias): Guru tidak perlu menunggu di pintu pagar di
bahagian depan pada waktu pagi. Maklum balas: Ini membantu bagi
pengawasan sekolah.

6.1.11 (Encik Khairul Ammrie Ahmad dan Encik Abdul Aziz Bin Hashim):
Cadangan laluan sehala ketika waktu pagi bagi mengelakkan kesesakan.
Maklum balas: Pihak sekolah telah memohon dari pihak dari MPKJ
berkenaan bonggol di hadapan sekolah. PIBG akan sediakan surat untuk
memohon dari pihak MPKJ. Pihak sekolah akan mengedarkan flyers secara
tidak rasmi kepada ibu bapa dalam tempoh percubaan.

6.1.12 (Encik Muhammad Aisaruddin): Kualiti dan harga makanan di kantin


memerlukan jawatankuasa pemantau. Maklum balas: Di bawah Unit HEM
sudah ada jawatankuasa Kantin yang bertugas untuk memantau perkara yang
berkaitan dengan urusan kantin.

6.1.13 (Encik Abdul Aziz B. Hashim): Menu bulanan makanan perlu diberi kepada
ibu bapa. Maklum balas: Unit HEM sedang mengusahakan butiran menu
makanan pelajar yang akan dipamerkan di kantin, Facebook dan WhatsApp.

6.1.14 (Encik Mohd Fadhil Bin Mohd Ali): Perlukan pilihan makanan yang lebih
baik dan berkhasiat. Maklum balas: Sudah ada pengurangan makanan yang
bergoreng seperti sosej, nugget dan fries. Seperti sedia maklum, makanan yang
berkhasiat memerlukan kos dan harga yang tinggi.

6.1.15 (Encik Mohd Aziz Kamarudin): Memperbaiki sistem kantin supaya pelajar
tidak berebut. Maklum balas: Sudah ada palang untuk pelajar beratur.

6.1.16 (Encik Wan Izdihar): Tenaga kerja di kantin, seharusnya warganegara


Malaysia. Maklum balas: Mengikut pengalaman lepas, tenaga kerja kantin
merupakan pekerja tempatan, namun didapati mereka kurang memberi
komitmen kerja dan hanya bekerja dalam jangka masa yang singkat. Namun,
pihak sekolah komited dalam memastikan kebersihan terjamin.

5
6.1.17 (Encik Mohd Suhaimi Alias): Penutup longkang di kantin harus diganti.
Maklum balas: Penutup longkang di kantin sudah diganti.

6.1.18 (Puan Lindasalua Bt. Muda): Sediakan water cooler yang dipantau oleh guru.
Maklum balas: Untuk makluman pihak kantin sudah menyediakan air
minuman yang boleh diisi berulang kali oleh pelajar dan dipantau oleh pekerja
kantin itu sendiri. Dengan wujudnya water cooler, dikhuatiri pelajar akan
menyalahgunakan water cooler tersebut. Namun, jika penggunaan water cooler
itu memberi lebih banyak manfaat kami mengalu- alukan jika ada pihak yang
sudi mewakafkan water cooler dan menanggung kos elektrik.

6.1.19 (Encik Khairul Ammrie Ahmad): Sediakan padang untuk bersukan bagi
pelajar. Maklum balas: Pihak sekolah dalam usaha meminta kebenaran pihak
pengurusan Flat Sri Cempaka untuk menggunakan padang bagi aktiviti-
aktiviti sekolah. Ketiadaan padang bukan menjadi penghalang bagi pelajar
untuk bersukan kerana mereka masih boleh menggunakan dataran. KAFAI
KPI mempunyai rekod Juara Bola Jaring peringkat sekolah di Hulu Langat.

6.1.20 (Puan Norasuzana Salleh): Hadkan penggunaan vending machine. Maklum


balas: Pelajar telah diberi amaran supaya tidak menggunakan vending
machine pada waktu persekolahan.

6.1.21 (Puan Johan Maknikam B. Md Yusof): Mohon pengekalan yuran bulanan.


Maklum balas: Seharusnya pihak sekolah menaikkan kadar yuran 3 tahun
sekali. Namun, tahun ini masih mengekalkan yuran yang lama. Notis awal
akan diberi jika terdapat kenaikan pada tahun hadapan.

6.1.22 (Encik Mohd Asrol B. Mustafha): Memastikan pelajar tidak membawa


wang lebih dari RM 5. Maklum balas: Isu ini sudah dibahaskan pada AGM
2017.

6.1.23 (Encik Wan Izdihar): Larangan peniaga bermotor di depan pagar sekolah.
Maklum balas: Pihak sekolah sudah mengeluarkan papan tanda larangan
berniaga. Pihak sekolah sudah mengeluarkan dan menghantar surat secara
individu kepada peniaga berkenaan. Pihak sekolah juga telah mengeluarkan
memo larangan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah dan
telah ditampal di dalam setiap kelas.

7. Hal- hal lain

7.1 Pemeriksa kira-kira 1 telah berpindah iaitu Encik Ismail Raduan. Encik Wan
Idzihar mencadangkan Encik Khairi Hussin sebagai Pemeriksa Kira- Kira 2
dan disokong oleh Encik Mohd Aziz bin Kamaruddin.

6
8. Ucapan Penangguhan

8.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
menjemput semua ibu bapa untuk mengambil makanan.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.15 pm.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .............................................................
NURFATIHAH BINTI MD MOKHTAR ENCIK HISHAMUDDIN BIN MOHD
NIZAR
Setiausaha PIBG
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku.
Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku.

You might also like