Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SLIM RIVER,

35800 SLIM RIVER,


PERAK DARUL RIDZUAN PERAK
KOD SEKOLAH:ABD0078
NO.TEL &FAKS: 05-4527089

Ruj. Kami : SJKT SR/01/2018/Mesy (3)


Tarikh : 2 JULAI 2018
Tuan/Puan

MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA BIL 3/2018


SJK(T) SLIM RIVER,35800 SLIM RIVER, PERAK.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia mengikut


ketetapan berikut :

i. Tarikh : 3 JULAI 2018 (SELASA)


ii. Masa : 1.30 - 2.30 PETANG
iii. Tempat : Makmal Komputer
3. Agenda :
1. Ucapan Guru Besar dan Ketua panitia
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara Berbangkit
4. Analisa PKSR 1
5. Linus dan Pemulihan
6. Pertandingan Bahasa Melayu
7. Kewangan panitia
7. Hal-hal lain
4. Diharap tuan/puan dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia kali
ketiga yang akan diadakan.

Sekian, terima kasih.


“BAHASA JIWA BANGSA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………..
(NOR ZAFIRAH IBRAHIM)
Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia,
SJK(T) Slim River,Perak.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SLIM RIVER,
35800 SLIM RIVER,
PERAK DARUL RIDZUAN PERAK
KOD SEKOLAH:ABD0078
NO.TEL &FAKS: 05-4527089

SENARAI KEHADIRAN GURU MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA


KALI KETIGA TAHUN 2018
SJK(T) SLIM RIVER , 35800 SLIM RIVER,PERAK

BIL NAMA GURU TANDATANGAN

1
En. A. Murugesu (Guru Besar )
2.
Pn. T. Saraswathy (Pk Pentadbiran)
3.
En. S.Jeya Seelan ( Pk Hem )
4.
Pn. K.Valli ( Pk Kokurikulum )
5.
Pn. M.Shiamala Devi ( Ketua Panitia & Guru BM Tahun 6)
6.
Cik Nor Zafirah Bt Ibrahim (Setiausaha & Guru BM Tahun 3 dan 5)
7. Pn.T Amutha Vally (Guru BM Tahun 4)

8. Pn. N.Losini (Guru BM Tahun 3)

9. Pn. R.Sharmini (Guru BM Tahun 2)

10. Pn. K. Thenmoly (Guru BM Tahun 1)

11. Cik. T. Gayathry (Guru BM Tahun 1)

11. Cik Puspathevi (Guru Pemulihan )


12. Pn. A. Kavitha (Guru Linus)
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA
KALI KEDUA

Tarikh : 3 JULAI 2018


Hari : Selasa
Masa : 1.30 – 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SJKTSR
Kehadiran: Dilampirkan

Agenda 1: Ucapan Aluan Ketua Panitia

1.1 Ketua panitia mengalu-alukan kehadiran guru besar, penolong kanan pentadbiran dan
guru- guru.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu yang sentiasa
berganding bahu dalam menjayakan aktiviti panitia.

Tindakan: Makluman
Agenda 2 : Ucapan Guru Besar

2.1 Tuan Guru Besar, Encik Murugesu a/l Athiyappan, mengucapkan tahniah kepada panitia
kerana mengadakan mesyuarat kali ketiga
2.2 Guru besar berharap analisis PKSR 1 dapat dijadikan kayu pengukur pencapaian
murid dan guru-guru berusaha membantu mengatasi kelemahan murid.

Tindakan : makluman

Agenda 3: Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1 Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh Cik Thenmoly dan disokong oleh
Puan Amuthavally

Tindakan : Makluman

Agenda 3: Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini.

Agenda 4: Analisa PKSR 1

4.1 Ketua Panitia Bahasa Melayu membentangkan keputusan PKSR 1 bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu. (dilampirkan)
4.2 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu membentangkan keputusan kelas
masing-masing serta menyatakan masalah yang dihadapi dalam pdpc mata pelajaran Bahasa
Melayu. (borang post morthem dilampirkan)

4.3 Ketua panitia menjelaskan bahawa kelemahan murid perlu dikenalpasti secara terperinci
supaya tindakan susulan diberi secara berkesan. Bagi aspek tatabahasa murid-murid perlu
diberi latih tubi bagi soalan yang sama sehingga mereka menguasai konsep manakala bagi
penulisan pula latihan membina ayat dan mengembangkan ayat tersebut perlu diberi secara
kerap.

4.4 Guru besar meminta guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu supaya
berkomunikasi dengan murid-murid dalam Bahasa Melayu agar mereka dapat menguasai
kosa kata secara tidak langsung. Beliau juga meminta guru-guru supaya menggalakan
murid-murid menggunakan kamus. Ini dapat membantu mereka menguasai kosa kata.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu


AGENDA 5 : LINUS DAN PEMULIHAN
5.1 Puan Kavitha selaku guru Linus membentangkan data saringan 2 bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu.

Bil Tahun Jumlah murid Bilanagan lulus Bilangan Gagal


1. 1D 16 11 5
2. 1E 18 14 4
3. 2D 10 6 4
4. 2E 16 16 0
5. 3D 11 9 1
(murid berkeperluan khas)
6. 3E 18 18 0

5.2 Cik Puspa Devi selaku guru pemulihan membentangkan data murid pemulihan. Menurut
beliau seramai 10 orang murid daripada 15 orang masih belum melepasi ujian IPP2M.
Murid-murid yang terlibat dalam program pemulihan sekolah ialah:
1. Tahun 4: Glory, Priya, Nithish dan Kavitha
2. Tahun 5: Kavisha, Kosshigan, Arif dan Kumar
3. Tahun 6: Siddik dan Kavilen
AGENDA 6: Pertandingan Bahasa Melayu
6.1 Tuan Guru besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru Bahasa Melayu atas
pencapaian cemerlang dalam pertandingan teater solo yang berjaya meraih Naib Johan pada
peringkat kebangsaan (Anjuran DBP)
6.2 Beliau berharap sekolah dapat meneruskan kemenangan seperti ini pada masa akan datang.
6.3 Tuan guru besar meminta guru-guru supaya mengenalpasti bakat murid-murid untuk
memudahkan proses pemilihan calon untuk mewakili sekolah.
Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

AGENDA 7: Kewanagan Panitia

7.1 Ketua panitia membentangkan data kewangan panitia Bahasa Melayu yang diperoleh
daripada kerani sekolah. Menurut beliau baki yang dibawa dari tahun 2017 ialah RM 4.96.
Peruntukkan bagi tahun 2018 ialah RM 273.24. Jumlah peruntukkan yang masih ada
sebanyak RM 278.20

7.2 Guru-guru yang memerlukan bahan bantu mengajar boleh membuat nota minta.

7.3 Ketua panitia menjelaskan bahawa pengurusan pembelian berdasarkan kepada harga dan
kuantiti yang diperlukan

Agenda 8: Hal-hal Lain

8.1 Ketua panitia meminta guru-guru supaya mengadakan PLC secara kerap bagi menaiktaraf
mutu pengajaran mereka. Sesungguhnya PLC amat membantu guru-guru dalam pdpc dan
memantapkan lagi sesi pembelajaran dan pengajaran.
Tindakan : Makluman

Penutup

Ketua panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran serta kerjasama para guru dalam
menjayakan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………. ………………..

(NOR ZAFIRAH BINTI IBRAHIM) (PN.M.SHIAMALA DEVI )


Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Malaysia
Disahkan Oleh,

……………………

(EN. A.MURUGESU )
Guru Besar

You might also like