Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PATIKANG LAUT

KENINGAU
SABAH

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA
BAHAN-BAHAN TERBUANG
UNIT BERUNIFORM 2019

TARIKH :
6 Mac 2019

MASA :
12.50 tengah hari – 2.10 petang

TEMPAT :
DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN PATIKANG LAUT

ANJURAN :
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu projek inovasi
iaitu pertandingan inovasi dan reka cipta menggunakan bahan terbuang yang
melibatkan warga sekolah. Projek ini dijalankan bagi memenuhi syarat amalan
profesionalisme (Internship).

2.0 PENGENALAN

Sistem Pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era


globalisasi yang semakin membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang
diketahui umum kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan
terletak ditangan warga guru. Mutu guru merupakan faktor penting yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pengetahuan guru tentang isi
pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan mampu
menyepadukan ilmu-ilmu agar lebih bermakna.
Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan adalah sebahagian
ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Sistem Pendidikan Negara.
Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran
dalam bilik darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga
berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri murid. Budaya kreatif dan
inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kokurikulum
Program pertandingan inovasi dan reka cipta bahan-bahan terbuang unit
beruniform 2019 ini merupakan aktiviti yang menjadi platform kepada
pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti
berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan setiap murid bagi
menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada
murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam
menghasilkan barang baru mengunakan bahan terbuang.

3.0 MATLAMAT

Program ini dijalankan bermatlamat untuk meningkatkan semangat kerjasama


secara berkumpulan dan melahirkan pemikir yang boleh mengembangkan bakat
dan daya kreativiti murid-murid. Pertandingan ini turut bertujuan bagi memberi
peluang kepada para murid menunjukkan minat terhadap reka cipta. Selain itu,
murid-murid juga berpeluang menzahirkan idea-idea yang bernas di samping
mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di
luar kotak pemikiran.

4.0 OBJEKTIF

Program pertandingan inovasi dan reka cipta dari bahan terbuang mempunyai

objektif seperti berikut :

 Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif

 Mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para murid

 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai reka cipta

 Melahirkan murid yang menghargai alam sekitar dengan mengitar semula

barang terbuang seperti penyedut minuman

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 6 Mac 2019 (Rabu)


Masa : 12.40 tengah hari – 2.10 petang
Tempat Program : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Patikang Laut
6.0 PESERTA/ SASARAN
 Unit Beruniform Tunas Puteri
 Unit Beruniform Puteri Islam
 Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah
 Unit Beruniform Pengakap
 Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN


 Pertandingan
 Pameran

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung:
PUAN JULINA @ JOSIE APOT
(Guru Besar SK Patikang Laut)

Penasihat:
PUAN RUFINAH PENGERAN
(GPK Kurikulum)

Pengerusi :
ENCIK FAZRUL @ PAUL AMAT
(Mentor)

Penyelaras Program :
Cik. Eliani Binti Uyen

Setiausaha :
Cik. Nurfhatin Sazwanie Binti Parman
Bendahari :
Cik. Siti Harijah Binti Aman

AJK :

Hadiah dan Cenderahati


Cik. Phresulia Philip

Hakim
Pn. Felicia Justine (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn. Samsiah Warso (Penolong Kanan HEM )
Pn. Rufinah Pengeran (Penolong Kanan Kokurikulum)

Urusetia / Fasilitator
Semua guru penasihat Unit Beruniform

Persiapan Tempat Majlis Pelancaran & Penutup


Pn. Siti Alfiah Sainun

Siaraya
En. Khairulanwar Rosli

Dokumentasi
Cik. Michelle Chai Hui Shien

Buku Aturcara
Pn. Siti Alfiah Sainun

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

3 Pertama Rm30 Rm75.00


Hamper Kedua Rm25
Ketiga Rm20

2 RM 15 x 2 RM 30.00

JUMLAH RM105

11.0 PENUTUP

Diharapkan program pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Bahan Terbuang Unit
Beruniform 2019 ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk
melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif serta dapat
mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para murid. Selain itu,
diharapkan juga program ini dapat memberikan satu impak yang positif kepada
murid-murid dan seterusnya kepada pencapaian prestasi sekolah. Diharap
dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dirancang ini dapat memberi impak yang
positif dan murid memperolehi ilmu baru baharu berkaitan inovasi dan reka cipta.
Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak maka akan tercapai segala
matlamat dan dapat melahirkan generasi yang berfikiran kretaif dan inovatif.
Disediakan Oleh:

_________________________
(ELIANI BINTI UYEN)
Guru Pelatih,
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Disemak Oleh:

_________________________
(ENCIK FAZRUL @ PAUL AMAT)
Mentor,
Sekolah Kebangsaan Patikang Laut.

Disokong Oleh:

____________________
(ENCIK LINOS SUMPING)
Pensyarah Pembimbing,
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Disahkan Oleh,

_____________________
(PUAN JULINA @ JOSIE APOT)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Patikang Laut.
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA
BAHAN TERBUANG
UNIT BERUNIFORM 2019
27 Februari 2019
MASA AKTIVITI TEMPAT
9.50 pagi Murid berkumpul Makmal Komputer
10.10 pagi Taklimat asas

6 Mac 2019
MASA AKTIVITI TEMPAT
12.40 tengah hari Murid berkumpul
12.50 petang Taklimat asas

1.00 petang – 1.50 petang Pertandingan Inovasi Dewan Terbuka Sk Patikang

1.50 petang – 2.10 petang Penjurian 6 penyampaian hadiah Laut

2.10 petang Bersurai


PERATURAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini berdasarkan bahan-bahan kitar semula. Unit Beruniform perlu
membawa sendiri bahan-bahan yang akan digunakan semasa pertandingan
2. Semua murid dalam ahli unit beruniform perlu turut serta dalam pertandingan ini.
3. Setiap kumpulan wajib menyediakan dua bahan reka cipta / inovasi seperti
berikut:
a) Reka cipta 1 tong sampah kitar semula yang akan diguna pakai untuk setiap
kelas ( untuk kertas )
b) 1 ciptaan kreatif sebarang bahan / alatan daripada barang terpakai
4. Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan inovasi dan reka cipta ialah 50
minit. Setiap unit beruniform dibenarkan membawa bahan yang telah siap
direkabentuk.
5. Masa penjurian adalah waktu untuk juri menghakimi setiap reka cipta yang
dibuat. Juri layak untuk bersoal jawab dengan ahli unit beruniform untuk
penilaian bahan reka cipta.
6. Setiap unit beruniform diberikan masa 15 minit untuk mempersiapkan bahan
sebelum membentangkan hasil bahan untuk dinilai oleh juri.
Lampiran 2
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA
BAHAN TERBUANG
UNIT BERUNIFORM 2019
1.Nama Unit Beruniform :
2. Jenis Penyertaan : Individu / Berkumpulan
3. Nama Guru Pembimbing :
4. Nama Ketua Kumpulan :
5. Senarai Nama Ahli :
Kumpulan

Bil Nama No. K/P

6. Huraian ringkas projek Inovasi /Reka Cipta

Tajuk Inovasi

You might also like