Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pencemaran Alam Sekitar

Pengerusi: Selamat pagi. Saya, pengerusi majlis forum pada pagi ini.Izinkan saya
memperkenalkan ahli-ahli panel saya ____________. Tajuk forum hari ini ialah
“Pencemaran Alam Sekitar”. Pencemaran alam sekitar bererti keadaan ataupun
suasana sekeliling mengalami perubahan sifat fizikal alam sekeliling daripada
sesuatu yang cantik menjadi sesuatu yang kotor, berdebu, berlumpur dan tidak
terurus. Masalah pencemaran ini di negara kita tidak pernah reda. Malah,
masalah ini menjadi semakin teruk. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
masalah ini akan menjadi suatu krisis nasional sekiranya tiada langkah yang
proaktif dilaksanakan bagi membanteras pencemaran mulai sekarang.

Ahli Panel: Sedarsawasa ini, pencemeran alam sekitar sekian hari sekian
bertambah serius. Pencemaran alam sekitar telah membawa banyak kesan
kepada insan, malah kepada flora dan fauna. Pertamanya, pencemaran udara
seperti jerebu banyak menjejaskan aktiviti harian kita. Di kawasan yang
mengalami jerebu dengan serius, penglihatan kita dihadkan. Kita hanya dapat
melihat objek dalam lingkungan 100m. Cuba bayangkan, semasa kita memandu,
kita tidak dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan kita. Peluang berlaku
kemalangan jalan raya akan bertambah. Kadar kemalangan jalan raya akan
meningkat dan seterusnya mengancam nyawa kita.

Seterusnya, pencemaran seperti pencemaran air telah menyebabkan nyawa


manusia dan haiwan terancam dan bagai “telur di hujung tanduk”. Bahan toksik
dan asid yang mengalir ke dalam sungai menyebabkan kehidupan akuatik
musnah dan bekalan sumber ikan menjadi beracun. Apabila kita makan dan
minum makanan dan air yang tercemar ini, kita akan turut diracun dan nyawa
kita akan tergugat. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam sungai
menyebabkan sungai menjadi busuk dan keindahannya terjejas. Ini bukan sahaja
mencemarkan sumber air, malah membawa ketidakselesaan kepada penduduk
yang mendiami di kawasan tersebut.

Ahli Panel: Pencemaran alam sekitar bukanlah suatu fenomena baru. Malah,
masalah yang berpunca daripada kepesatan pembangunan negara ini kian hari
kian meningkat dan makin rumit untuk ditangani. Faktor utama yang
menyebabkan pencemaran adalah pelepasan gas-gas toksik daripada kilang dan
kenderaan. Seperti negara kita yang menjadikan bidang perindustrian sebagai
bidang utama pencemaran udara serius di negara kita. Kilang-kilang seperti
kilang simen, besi dan lain-lain melepaskan gas yang beracun dalam proses
pembuatan. Kini, setiap orang mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Gas
seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan gas-gas yang lain yang
dilepaskan dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara.
Selain itu, pembakaran secara terbuka akan mencemerkan kualiti udara.
Pembakaran hutan sering dijalankan tuntuk kegunaan pertanian pindah dan
pembangunan tapak perumahan. Sebagai contoh, negara Indonesia yang sering
berlaku pembakaran hutan telah menyebabkan jerebu berlaku. Untuk
maklumam anda, fenomena hujan asid di Malaysia semakin serius dan sampai ke
tahap yang meruncingkan. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan
perindustrian sebab kawasan tersebut banyak melepaskan gas-gas beracun
seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan gas-gas lain.
Semasa hujan, sulfur dioksida dalam udara mencair dalam titisan hujan dan
menjadi hujan asid. Bangunan yang sentiasa kena hujan asid akan terhakis. Jika
kulit seseorang dikena hujan asid, seseorang itu akan dijangkiti penyakit kulit.

Ahli Panel: Memang tidak dinafikan bahwa kegiatan manusia dalam mengejar
pembangunan dan kemajuan telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
Negara-negara membangun seperti Malaysia memerlukan pembangunan
walaupun terpaksa mengorbankan alam sekitar pada kadar yang berpatutuan.
Pencemaran alam sekitar menjadi semakin menjadi serius dan kritikal di negara
kita. Bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar, langkah-langkah efektif
telah diambil oelh pelbagai pihak.

Untuk membanteraskan kegiatan pencemaran alam sekitar, kerajaan telah


menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas dan menjatuhkan hukuman
yang lebih berat. Sebagai contoh, seseorang yang didapati membakar secara
terbuka akan ditangkap oleh pihak berkuasa akan didenda sebanyak beribu-ribu
ringgit Malaysia ataupun dipenjara tidak kurang daripada setahun. Selain itu,
kempen cintai alam sekitar hendaklah diadakan. Kempen-kempen tersebut
berfungsi untuk menyedari masyarakat tentang kepentingan dan kesan menjaga
alam. Jika pemimpin-pemimpin politik berceramah di depan masyarakat dan
menjadi teladan kepada masyarakat, kempen akan berlangsung dengbumi yang
kita diami ini sentiasa selamat dan bebas dan lebih efektif dan proaktif. Secara
tidak langsung, kesedaran manusia terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan.

Pengerusi: Kesimpulannya, sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam usaha


membanteras masalah pencemaran ini hingga akar umbi, langkah-langkah yang
sungguh harus diambil demi generasi akan datang. Tiada gunanya pelbagai akta
digubal jika tiada keazaman untuk menguatkuasakan akta-akta tersebut.
Janganlah apabila ada pendedahan yang dibuat oleh media massa, barulah
berikthiar menyelesaikan masalah. Setiap orang harus sedar tentang pentingnya
menghargai alam sekitar dan perlunya usaha memeliharanya agar bumi yang
kita diami ini sentiasa selamat dan bebas daripada pencemaran. Sekian, terima
kasih.

You might also like