Kedai Makan Pelangi Senja

You might also like

You are on page 1of 6

Kedai Makan Pelangi Senja

1.0 Pengenalan
Kebanyakan orang berpendapat keusahawanan adalah sesuatu yang sukar, berisiko dan
merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi
bekerja dengan sektor awam. Jaminan dari segi faktor kewangan dengan pelan pencen yang baik
mahupun pelan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara menambah
lagi keyakinan untuk mereka bekerja di dalam sektor awam itu.
Namun begitu, apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970,
secara tidak langsung ia telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera
khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Berikutan itu,
berbagai-bagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada
golongan bumiputera. Penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih
ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 dan
kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tambahan pula, wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 yang
menjurus kepada dasar-dasar kerajaan turut sama menggerakkan negara ke arah perindustrian
dan perdagangan. Dasar-dasar yang dirancang secara langsung telah meningkatkan peluang-
peluang keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera. Perubahan dan
kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini
telah melahirkan banyak peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi mula menawarkan
kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan.
Justeru, sekumpulan pelajar telah menjalankan projek perunding junior keusahawanan kepada
perniagaan keluarga bagi membantu golongan B40 meningkatkan taraf hidup mereka. Usahawan
yang dipilih ialah Encik Zainol Bin Hassan yang mengusahakan perniagaan kedai makanan di
Sintok, Kedah.

2.0 Jenis Perniagaan


Perniagaan yang dipilih ialah kedai makan Pelangi Senja. Perniagaan yang diusahakan oleh encik
Zainol terletak di Sintok, Kedah iaitu berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Sintok dan berhampiran dengan Universiti Utara Malaysia.

3.0 Latar Belakang perniagaan


Nama pemilik En. Zainol Bin Hassan (Abg Ram). Beliau merupakan Anak ke-3 daripada 5 beradik.
Beliau tinggal menetap di Kampung Tok Kassim, Sintok Kedah. Beliau sebelum ini mempunyai
latar belakang pendidikan SRP mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak yang masih
bersekolah. Beliau datang daripada keluarga berlatarbelakang perniagaan. Kakak & adiknya
membuka perniagaan sendiri. Kakaknya membuka perniagaan kedai makan. Manakala adiknya
pula membuka perniagaan menjual Satey. Operasi kedai makan diuruskan oleh beliau sendiri
bersama isteri, adik ipar dan juga anak sulong yang berusia 14 tahun. En. Zainol sebelum ini
pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, pembantu peniaga kantin, dan menjual nasi
lemak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru, Sintok. Beliau mendapat idea
untuk membuka perniagaan kedai makan daripada rakannya. Setelah mendapat cadangan dan
pandangan daripada rakan-rakan untuk berniaga, beliau mengambil keputusan untuk membuka
perniagaan kedai makan. Pada mulanya agak sukar baginya untuk mencari lokasi yang strategik
untuk membuka kedai makan. Rancangan lokasi pertama beliau ialah di sekitar C Mart Changlun.
Oleh sebab lokasi tersebut mempunyai kepadatan yang tinggi kebanyakkannya sudah dipenuhi
dengan kedai makan yang lain dan kos sewaan yang tinggi, beliau mengambil keputusan untuk
menyewa kedai makan di hadapan sekolah (lokasi sekarang). Cadangan untuk membuka di lokasi
tersebut dikemukakan oleh rakannya. Modal permulaan beliau ialah sebanyak RM4000 termasuk
peralatan meja, kerusi, alatan dan bahan-bahan memasak. Modal perniagaan ini diperolehi
daripada simpanan sendiri. Selain itu, Kadar sewaan tapak dan kedai yang dikenakan ialah RM300
sebulan tidak termasuk utiliti. En.Zainol berkongsi tapak perniagaan bersama kakaknya. Waktu
operasi kedai kakaknya ialah pada pukul 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang. Manakala waktu
operasi beliau bermula pada pukul 7.30 petang sehingga 2.00 pagi kecuali hari Jumaat (cuti). Pada
waktu siang pula, En. Zainol bekerja sebagai buruh binaan dan mempunyai 2 orang pekerja
sendiri. Beliau mengambil upah membina rumah daripada pelanggannya. Manakala pada waktu
malam pula beliau menjalankan perniagaan kedai makan dan mempunyai pekerja seramai 3
orang yang terdiri daripada isteri, adik ipar dan anak sulong.

2.0 Hasrat peniaga dan pendedahan tentang program keusahawanan


En.Zainol sememangnya berminat dan berhasrat untuk membuka perniagaan restauran sendiri.
Beliau sangat komited untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik. Akan tetapi,
beliau kurang pendedahan mengenai teknik-teknik pengurusan kewangan dan pemasaran yang
betul dan efisyen. En.Zainol juga tidak pernah mengikuti mana-mana kursus, bengkel ataupun
kelas yang berkaitan dengan keusahawanan. Oleh sebab itu beliau kurang pendedahan mengenai
teknik pengurusan yang betul dan juga peluang yang telah disediakan oleh kerajaan dalam
membantu para usahawan.
3.0 Masalah yang dihadapi
3.1 Masalah Sebelum Memulakan Perniagaan
Antara masalah utama yang dihadapi sebelum ini ialah masalah untuk mencari lokasi yang sesuai
untuk menjalankan perniagaan. Terdapat beberapa cadangan yang telah dibuat untuk memilih
lokasi perniagaannya seperti lokasi di sekitar Cmart Changlun. Oleh kerana kadar sewaan terlalu
tinggi dan persaingan yang sengit daripada perniagaan lain, beliau membatalkan hasrat untuk
membuka di lokasi tersebut. Masalah kedua ialah untuk membeli perabot dan peralatan-
peralatan memasak. Seperti yang sedia maklum, En.Zainol menyewa kedai kosong (tanpa
peralatan yang lengkap) daripada pemilik asal. Ketika mula menjalankan operasi, beliau terpaksa
mengeluarkan modal untuk menyediakan peralatan sendiri. Jadi, beliau terpaksa mengeluarkan
modal yang lebih untuk membeli perabot.
3.2 Masalah Semasa / Masa kini
Antara masalah utama dihadapi semasa menjalankan perniagaan ialah Lokasi yang agak
terlindung daripada pandangan. Selain itu, beliau mempunyai masalah kekurangan pelanggan
pada waktu-waktu tertentu terutamanya semasa cuti semester. Hal ini kerana kebanyakkan
daripada pelanggannya ialah terdiri daripada kalangan pelajar UUM. Oleh itu, pada waktu ini
keuntungan yang diperolehi agak kurang berbanding waktu-waktu lain. Disamping itu, beliau juga
menghadapi masalah kekurangan meja dan Kerusi. Semasa waktu puncak, ada dalam kalangan
pelanggan tidak dapat makan kerana tiada tempat dan semua ruang sudah dipenuhi. Jadi,
mereka terpaksa membatalkan hasrat dan mencari kedai makan yang lain. Hal ini telah
merugikan perniagaan En. Zainol. Oleh itu, jumlah meja dan kerusi perlu ditambah bagi
memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Selain itu, perniagaan En.Zainol tidak
mempunyai Nama yang sesuai dan menarik. Sebenarnya, kedai makan beliau tidak lagi berdaftar
dengan SSM. Oleh sebab itu kedai beliau tidak mempunyai nama yang sah dan berdaftar. Hal ini
kerana En.Zainol bimbang sekiranya beliau mendaftarkan perniagaan dengan SSM, beliau
terpaksa membayar yuran yang mahal pada SETIAP BULAN. Jadi, terdapat sedikit salah faham
mengenai perkara ini. Di dalam Jadual dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
& Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957, perniagaan boleh didaftarkan menggunakan
nama sendiri atau nama trend. Jika mendaftarkan menggunakan Nama tred, yuran yang
dikenakan ialah RM60 SETAHUN. Manakala jika menggunakan Nama sendiri, kadar yuran yang
dikenakan hanyalah RM30 SETAHUN. Oleh itu, Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat
bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran. Nama
yang sesuai dan menarik perlu dipamer supaya dapat diingati oleh pelanggan. Masalah yang
seterusnya ialah kedai makan ini tidak menonjolkan resipi istimewa yang ditawarkan. Menurut
En. Zainol, resipi istimewa yang ditwarkan di kedainya ialah Koteow ‘Kung Fu’. Jadi, untuk
menarik perhatian pelanggan, mereka perlu menunjukkan keistimewaan masakan ini. Nama
kedai juga boleh menggunakan nama masakan istimewa ini supaya lebih ‘Catchy’ dan unik.
Contohnya Kuey Teow Kung Fu Abg Ram, Kuey Teow Kungfu Corner, Warung Abg Ram dan
sebagainya.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
1) Pelanggan yang setia 1) Lokasi
2) Waktu operasi 2) Capaian internet
3) Perniagaan diuruskan sepenuhnya oleh 3) Sistem pesanan
ahli keluarga 4) Kelengkapan
4) Pengalaman dan kemahiran 5) Sistem pengurusan kewangan
6) Nama dan imej Kedai
7) ‘Signature Dish’

PELUANG ANCAMAN
1) Majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar 1) Tiada lesen perniagaan yang sah
UUM 2) Persaingan daripada pesaing
2) Persekitaran kondusif dan selesa 3) Cuaca
3) Soft skill dalam bidang pembinaan 4) Keracunan Makanan
4) Pengalaman Terdahulu
5) Jaringan (Networking) dengan adik beradik

ANALISIS TOWS

STRENGTH WEAKNESES

DALAMAN

LUARAN

OPPORTUNITY STRENGTH / OPPORTUNITY WEAKNESES / OPPORTUNITY

THREAT STRENGTH / THREAT WEAKNESES / THREAT

4.0 SWOT ANALISIS


4.1 Kekuatan (S)
4.1.1 Pelanggan yang setia
Perniagaan kedai makan Pelangi Senja mempunyai pelanggan setianya tersendiri.
Kebanyakkan daripada pelanggan setia terdiri daripada penduduk setempat, pelajar UUM dan
rakannya sendiri. Selain itu, oleh sebab lokasinya berhampiran dengan Sekolah dan Pejabat
RISDA, pengawal keselamatan juga menjadi pelanggan tetapnya. Maklum balas daripada
pelanggan menyatakan bahawa, harga makanan yang dikenakan sangat berpatutan. Tambahan
pula, dari segi perbandingan harga, nasi bujang hanya dijual pada harga RM2.50 sahaja.
Berbanding dengan perniagaan pesaing iaitu kedai Kak Mak yang mengenakan harga RM 3.00
sepinggan nasi bujang. Hal ini menjadi salah satu keistimewaan kedai makan ini.
4.1.2 Waktu operasi
Kedai makan Pelangi Senja beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis. Mereka mula
beroperasi pada pukul 7.30 petang sehingga 2.30 pagi. Manakala hari Jumaat merupakan waktu
cuti bagi perniagaan ini. Waktu operasi memainkan peranan yang penting sebagai daya penarik
terhadap perniagaan ini. Kebanyakkan kedai makan di kawasan sekitar cuma beroperasi
sehingga pukul 10.30 sahaja. Oleh kerana waktu operasi Pelangi Senja sehingga 2.30 pagi,
pelanggan boleh mendapatkan makanan sehingga lewat malam.
4.1.3 Perniagaan diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga
Perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga sendiri tanpa melibatkan
pekerja luar. En.Zainol merupakan pemilik perniagaan, beliau dibantu oleh isteri, anak sulong
dan adik iparnya. Beliau melakukan pelbagai tugas seperti menyediakan air, menjaga bahagian
kewangan, mengambil dan menghantar pesanan. Anak sulung En. Zainol turut membantu
mengambil dan menghantar pesanan kepada pelanggan. Manakala adik iparnya membantu
puan Hasanah menyediakan makanan. Beliau juga membawa anak-anaknya yang lain ke kedai.
4.1.4 Pengalaman dan kemahiran
Puan Hasanah pernah bekerja di kedai makan sebelum ini. Beliau mendapat kemahiran
memasak daripada pengalaman yang diperolehi. Selain itu, En.Zainol pernah membantu
rakannya menyediakan makanna di kantin sekolah sebagai pembantu kantin. Beliau
mempunyai pengetahuan serba sedikit mengenai penyediaan makanan. Mereka sekeluarga
juga pernah berniaga nasi lemak di hadapan sekolah.

4.2 Kelemahan (W)


4.2.1 Lokasi
Lokasi Pelangi Senja terletak agak jauh sedikit berbanding pesaingnya. Untuk ke kedai
ini, pelanggan perlu membuat U-Turn yang agak jauh kerana lokasi berada di seberang jalan.
Dengan adanya pembahagi jalan, pelanggan terpaksa membuat pusingan yang jauh untuk ke
situ. Selain itu, lokasi kedai makan ini agak terlindung daripada pandangan kerana keadaan
tanah yang agak tinggi menghalang penglihatan mereka.
4.2.2 Capaian internet
En. Zainol sekeluarga tidak mendapat pendedahan tentang kelebihan penggunaan
internet pada zaman yang serba canggih ini. Menurut beliau, mereka sekeluarga tidak pernah
menjalankan promosi melalui internet kerana kurang berkemahiran. Malah, mereka tidak
mempunyai akaun media social seperti Facebook dan Instagram.
4.2.3 Sistem pesanan
Sepanjang pemerhatian kami terhadap kedai ini mendapati bahawa sistem pesanan
makanan tidak terurus dengan baik. Mereka tidak mempunyai system pesanan yang efisien dan
efektif. Hal ini kerana, semasa pesanan dibuat, berlaku kekeliruan mengenai pesanan yang
menyebabkan pelayan terpaksa berulang-alik bertanya kepada setiap meja bagi setiap pesanan.
4.2.4 Kelengkapan
4.2.5 Sistem pengurusan kewangan
4.2.6 Nama dan imej Kedai
4.2.7 ‘Signature Dish’
4.3 Peluang (O)
4.3.1 Majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar UUM
4.3.2 Persekitaran kondusif dan selesa
4.3.3 Soft skill dalam bidang pembinaan
4.3.4 Pengalaman Terdahulu
4.3.5 Jaringan (Networking) dengan adik beradik
4.4 Ancaman (T)
4.4.1 Tiada lesen perniagaan yang sah
4.4.2 Persaingan daripada pesaing
4.4.3 Cuaca

You might also like