Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

KERTAS KERJA
PROGRAM CERAMAH DISIPLIN
SJK TAMIL JALAN TAJUL, KOTA TINGGI, JOHOR
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
UNIT DISIPLIN SEKOLAH

TARIKH : 16 JULAI 2017

HARI : AHAD

MASA : 9.00 – 10.30 PAGI

TEMPAT : Dewan SJK Tamil Jalan Tajul

1.0 PENDAHULUAN

Masalah disiplin pada masa kini telah menjadi semakin meruncing. Keadaan ini berlaku
sama ada pada peringkat rendah atau menengah. Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh
pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah bagi menangani masalah
ini. Justeru itu, Bulan Penghayatan Disiplin 2017 bakal dilaksanakan sebagai sala satu usaha
membanteras masalah disiplin dalam kalangan murid-murid. Salah satu aktiviti yang ingin
dilaksanakan ialah Program Ceramah Disiplin. Program ini melibatkan semua ibu bapa dan
masyarakat setempat.

Program ini merupakan salah satu wadah dalam merapatkan silaturrahim antara ibu
bapa, guru, masyarakat setempat dan murid-murid. Sikap cakna antara masyarakat mampu
mengurangkan masalah disiplin melalui pantauan dan teguran. Salah satu punca masalah
disiplin di sekolah semakin meningkat adalah sifat tidak ambil peduli dalam masyarakat.
2

Setiap ahli masyarakat mempunyai peranan tersendiri bagi membantu pihak sekolah
mengurangkan masalah disiplin seperti sebagai ”mata-mata” sekolah untuk memerhatikan
murid-murid apabila berada di luar kawasan sekolah. Oleh itu, program ini menjadi satu talian
secara tidak langsung untuk mencapai objektif Bulan Penghayatan Disiplin 2017

Pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG sekolah, bercadang mengadakan program
ini dengan pengisian aktiviti pembangunan sahsiah diri serta penekanan kepada rohaniah,
jasmaniah dan akliah sebagai bentang pertahanan diri daripada terjebak dengan kesalahan
tingkah laku dan penagihan dadah.

2.0 OBJEKTIF

1. Mendidik peserta menghayati amalan hidup sihat dan terhindar daripada lain-lain
perlakuan negatif.
2. Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan
keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.
3. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan
mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan bersedia.

3.0 ANJURAN

Pihak sekolah dan PIBG SJK Tamil Jalan Tajul

4.0 TEMPOH MASA

Tarikh : 16 Julai 2017

Hari : Ahad
3

5.0 SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 225 orang yang terdiri daripada 103 murid
perempuan dan 122 murid lelaki serta ibu bapa murid-murid tersebut.

6.0 TEMPAT

Dewan SJK Tamil Jalan Tajul

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk Bulan Penghayatan Disiplin 2017

Pengerusi : EN.Bala subramaniam A/L Gopal

T.Pengerusi : Pn.Umadevi A/P Thanacothy Pn Puspalatha A/P Veeramalai

Naib Pengerusi 2 : Pn Puspalatha A/P Veeramalai

Naib Pengerusi 3 : En.Selvamani A/L Selvarajoo

Penyelaras : En.Deeben Fonseka A/L Philip

Setiausaha : Pn.Kasturi A/P Maniam

Bendahari : Pn.Sumathi A/P Kunjappa

Pendaftaran : Semua guru kelas

Makanan : Pn.Tamil Selvi A/P Awale

Pn.Kalai Selvi A/P Raja Linggam

Dokumentasi : En.Deeben Fonseka A/L Philip

Jemputan : Pn.Balamanie A/P Chanderan

Buku Program : Pn.Vasanthi A/P Murugan

Keselamatan dan disiplin: : Semua guru


4

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Item Jumlah

1
Makanan murid 225 x RM 2.00 RM 450.00
2 Cendera hati dan sijil RM 50.00 RM 50.00

JUMLAH BESAR RM 500.00

9.0 ATURCARA PROGRAM


Masa Aktiviti

9. 30 pagi Berkumpul di Dewan Gemilang.

10 .00 pagi Ketibaan penceramah jemputan

10.15 pagi Bacaan doa

10.30 –10.45 Ucapan aluan


pagi

10.45 - Ceramah disiplin


12.00 tengah
hari
12.00 - 1. 00 Sesi Soal Jawab
tengah hari

1.00 - 1.15 Penyampaian cenderahati


tengah hari dan bersurai
5

10.0 PENUTUP

Semoga jalinan program secara bersepadu ini dapat memberi manfaat kepada peserta mahupun
organisasi yang terlibat kearah mewujudkan permuafakatan yang berterusan dalam
membenteras masalah disiplin di sekolah.

__________________________________________________________________________

Disediakan Oleh, Diluluskan/Tidak diluluskan/ Dipinda,

____________________________ ____________________________

(DEEBEN FONSEKA A/L PHILIP)

GURU DISIPLIN

SJK Tamil JALAN TAJUL

You might also like