Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DEFISIT PENGETAHUAN MENGENAI PENJAGAAN KAKI

1. Nasihatkan pesakit supaya mencuci kaki dengan air suam dan menggunakan sabun
yang mempunyai pH yang rendah untuk mengekalkan kelembapan kulit dan
kebersihan kaki.

2. Nasihatkan pesakit supaya mengeringkan semua bahagian kaki dengan sempurna


terutamanya celah-celah jari kaki dengan menggunakan kain yang bersih kerana
kelembapan merupakan media pembiakan mikroorganisma.

3. Beritahu pesakit supaya memotong kuku jari kaki secara lurus untuk mengelakkan
ingrowing toe nail yang boleh menyebabkan kecederaan.

4. Beritahu pesakit untuk menyapu lotion pada keseluruhan kaki kecuali celah-celah jari
kaki untuk mengekalkan kelembapan kulit.

5. Periksa kaki dengan menggunakan cermin setiap hari untuk melihat sekiranya terdapat
luka,rekahan,atau perubahan warna kulit supaya rawatan selanjutnya dapat diberikan.

6. Nasihatkan pesakit berkaitan kasut iaitu:

 memakai kasut mengikut saiz yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat untuk
menggalakkan peredaran darah dan tidak terlalu longgar untuk mengelakkan
kecederaan pada kaki.
 memakai stokin yang diperbuat dari kain kapas untuk membantu dalam peredaran
udara dan penyerapan peluh.
 Periksa kasut sebelum memakainya untuk memastikan tiada batu-batu kecil yang
mana boleh mencederakan kaki.

7. Nasihatkan pesakit berkaitan senaman iaitu:

 Lakukan senaman kaki untuk menggalakkan peredaran darah.


 Elak menyilang kaki semasa duduk yang mana menghalang peredaran darah yang
sempurna dan mudah mendapat varicos vein.

8. Beritahu pesakit supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat luka pada
kaki untuk mendapatkan rawatan supaya tidak berlarutan kerana luka yang kecil boleh
menjadi ulcer jika dibiarkan.
DEFISIT PENGETAHUAN BERKAITAN DENGAN PEMAKANAN

1. Nasihatkan pesakit:
 supaya mengambil 3 main meal seperti sarapan, makan tengahari dan makan
malam serta snack di antara waktu makan untuk mengawal paras glukos dalam
darah.
2. Terangkan kepada pesakit tentang kepentingan mengambil makanan dalam masa
setengah jam selepas pemberian insulin iaitu untuk mengelakkan hypoglycaemia.
3. Galakkan pesakit mengambil diabetic diet mengikut arahan dietician dengan nisbah
2:1:1 iaitu karbohidrat:protein:lemak untuk mengekalkan status pemakanan yang
optima
4. Nasihatkan pesakit tentang jenis-jenis makanan yang boleh diambil iaitu mengambil
makanan bebas seperti sayur-sayuran,teh dan kopi tanpa gula, makanan terhad
seperti buah-buahan, nasi dan bijirin serta makanan yang perlu dielakkan iaitu
makanan dalam tin, minuman bergas untuk mengawal paras gula dalam darah.
5. Beritahu pesakit supaya mengambil makanan dalam masa setengah jam selepas
pemberian insulin untuk mengelakkan hypoglycaemia berlaku.
6. Arahkan pesakit mendapatkan rawatan segera sekiranya pesakit muntah selepas
makan untuk mengelak berlakunya hypoglycaemia

You might also like