Professional Documents
Culture Documents
Modul Sistem Catatan Bergu
Modul Sistem Catatan Bergu
Modul Sistem Catatan Bergu
Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang-
kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan
akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir
persamaan perakaunan.
Akaun-akaun Akaun-akaun
DEBIT KREDIT
> Pengenalan kepada debit dan kredit.
Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak
pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun.
Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri)
dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang
berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan.
Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan
baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri)
atau di sebelah kredit (kanan).
Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’
manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’.
Akaun aset dan belanja, yang Akaun liabiliti, ekuiti pemilik dan
mewakili sumber-sumber yang hasil, yang mewakili sumber-
digunakan oleh perniagaan, sumber dana bagi perniagaan,
merupakan akaun debit. merupakan akaun kredit.
Debit = Kredit
Ekuiti
Aset + Belanja = Liabiliti + + Hasil
Pemilik
Peningkatan – Debit Peningkatan – Kredit
Pengurangan – Kredit Pengurangan – Debit
Aset bukan Belanja Liabiliti bukan - modal Hasil kendalian
semasa kendalian dan semasa - modal dan bukan
- kenderaan bukan - pinjaman tambahan kendalian
- bangunan kendalian. bank - jualan
- perabot - belian - gadai janji - hasil
- alatan pejabat - sewa dibayar perkhidmatan
- gaji & upah - sewa diterima
- dan lain-lain - komisen
Aset semasa Kontra kepada Liabiliti semasa diterima
- tunai & bank ekuiti - pemiutang - dan lain-lain
- penghutang - ambilan - overdraf
- stok bank
- belanja - belanja
terdahulu terakru
- hasil terakru - hasil
terdahulu
Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda:
a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat
b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik,
hasil atau belanja.
c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku
peningkatan baki atau pengurangan baki).
> Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am.
Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khas
dan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagi
membina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu.
Contoh urusniaga:
b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek.
Analisis urusniaga:
- Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit
- Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit
d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit
daripada Kedai Borong Abu.
Analisis urusniaga:
- Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit
- Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit
Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan nama
mereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut.
e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran
diterima secara tunai.
Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun
Jualan, bukan Akaun Stok.
Analisis urusniaga:
- Tunai (aset) bertambah RM1 000 – Debit
- Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit
g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai.
Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran.
Analisis urusniaga:
- Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit
- Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit
h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke
dalam perniagaan.
Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan
direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal.
Analisis urusniaga:
- Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit
- Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit
j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi
perniagaannya.
Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos
barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan.
Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi.
Analisis urusniaga:
- Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit
- Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit
k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana
tersalah jenama.
Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai
Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian)
tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai
Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini.
Analisis urusniaga:
- Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit
- Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit
Cuba Sendiri!
Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8.