Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Diterbitkan oleh:

Unit Sebaran dan Penerbitan,


Bahagian Pemberigaan,
Jabatan Adat Istiadat Negara,
Bandar Seri Begawan, BS8610,
Negara Brunei Darussalam.

@JAIN, 2018

Cetakan Pertama 2018


BAHASA DALAM

Dalam konteks masyarakat Melayu Brunei, ‘Bahasa Dalam’ lebih dikenali dengan
panggilan ‘Bahasa Raja-Raja’ atau ‘Bahasa Orang Istana’. Individu yang mahir
menggunakan ‘Bahasa Dalam’ ini disebut sebagai orang yang pandai beraja-raja.
‘Bahasa Dalam’ ini bukan sahaja digunakan oleh Kerabat Diraja, tetapi juga digunakan
oleh orang-orang tertentu seperti mereka yang disampiri gelaran, memegang peranan
penting dalam masyarakat, dan memegang jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan.
Secara amnya, ‘Bahasa Dalam’ ini berbentuk perkataan atau kosa kata lain
daripada Bahasa Melayu Brunei yang lazim digunakan. Selain itu, ia juga boleh lahir
daripada perkataan biasa, tetapi diucapkan (dilontarkan) dengan nada dan intonasi
yang menurun, lembut, sopan dan disusun dalam konteks yang berbentuk kiasan. Dalam
erti kata lain, ‘Bahasa Dalam’ merupakan susunan bahasa yang indah diucapkan
dengan nada menurun, lembut, sopan dan hormat, serta mengandungi makna yang
mendalam.

PENUTUR BAHASA DALAM

Sepertimana yang diketahui, ‘Bahasa Dalam’ merupakan bahasa tingkat tinggi yang
digunakan oleh masyarakat atasan, iaitu mereka yang sentiasa berdamping dan
mempunyai hubungan rapat (rapit) dengan Kerabat Diraja. Mereka itu dikatakan lahir
daripada orang yang berada, berasal dan mempunyai keluhuran akal budi serta tutur
bicara yang murni. Secara umumnya, masyarakat yang menggunakan ‘Bahasa Dalam’
ini terdiri daripada Kerabat Diraja, Orang-Orang yang disampiri gelaran, dan seluruh
rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.
Kebanyakan mereka yang mahir menggunakan ‘Bahasa Dalam’ berasal
daripada Kampong Ayer dan tinggal di sepanjang Sungai Brunei. Malah Istana yang
menjadi pusat pemerintahan Brunei suatu ketika dahulu juga dibina di Kampong Ayer.
Suasana dan kehidupan sekeliling Kampong Ayer tersebut menjadikan mereka sebagai
golongan yang menyanjung tinggi kedaulatan Raja (Sultan) dan mempamerkan bentuk
budaya orang berbangsa. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati individu yang
bermastautin di Kampong Ayer tidak mengetahui cara untuk menggunakan ‘Bahasa
Dalam’.

1
KEHALUSAN & KESANTUNAN BAHASA DALAM

‘Bahasa Dalam’ mempunyai beberapa ciri yang menggambarkan kehalusan dan


kesantunan dalam bertutur, iaitu:

i. Penuh Ikhlas.

Sesuai dengan maknanya, ‘Bahasa Dalam’ adalah bahasa yang penuh berkias
dan mengandungi makna yang mendalam. Sungguhpun penutur yang tahu
menggunakan ‘Bahasa Dalam’ itu dalam keadaan marah, mereka sama sekali
tidak akan mengucapkan (melontarkan) kata-kata yang tidak baik ataupun
kesat, yang berkemungkinan lawan penuturnya terasa terhina, tetapi hanya akan
menerima hambatan sindiran yang bermakna. Ini bermakna, penutur yang tahu
menggunakan ‘Bahasa Dalam’ ini merupakan individu yang berhemah tinggi dan
sentiasa mengawal emosi dalam perbualannya. Keadaan sedemikian akan
menghidupkan suasana yang mesra lagi harmoni, dan menjalinkan kesefahaman
dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebagai contoh, jika Sultan murka kerana jalan raya yang dilalui banyak
yang rosak hingga mengakibatkan baginda berasa sukar dan terpaksa berjalan
dengan perlahan. Baginda tidak akan berkata dengan terus-terang tetapi
berkias kepada pihak berkenaan. Baginda mungkin akan bertitah, “Payah jalan
di sini ani”. Ertinya jalan tersebut ada masalah, biasanya jika tidak ada
kerosakan tentulah tidak sukar dilalui.

ii. Berkolokasi (Padanan).

Sifatnya yang menjadi bahasa tingkat tinggi melahirkan beberapa perkataan


yang khusus bagi merujuk sifat, perbuatan dan nama pihak tertentu. Rujukan
khusus ini boleh juga disebut sebagai berkolokasi. Antara contoh-contoh
perkataan tersebut adalah seperti berikut:

Perkataan Makna Padanan


Titah Perintah/Kata/Ucapan/Hukuman Sultan dan Raja Isteri
Isteri-Isteri lain kepada
Sabda Perkataan/Kata/Perintah Sultan, Kerabat Diraja,
Wazir-Wazir, Cheteria-
Cheteria dan Pengiran-
Pengiran

2
Lindung Kembali kerahmatullah Sultan
Kerabat Diraja, Wazir-
Mangkat Kembali kerahmatullah Wazir, Cheteria-Cheteria dan
Pengiran-Pengiran
Diarak Mengurniakan sesuatu gelaran Wazir-Wazir
Diangkat Mengurniakan sesuatu gelaran Pengiran-Pengiran Cheteria
Disampiri Mengurniakan sesuatu gelaran Manteri Berchiri dan Manteri
Bertauliah

iii. Kata Beralas.

Susunan kata-kata seperti ‘Ampun beribu ampun’, ‘Beribu ampun’, ‘Munkan


ampun’, ‘Mun inda menjadi kemurkaan’ dan sebagainya adalah kata-kata
pengalas ataupun pendahulu yang diajukan sebelum menyampaikan sesuatu
dalam perbualan dengan Sultan dan Kerabat Diraja. Kata beralas merupakan
norma interaksi dan tabiat bicara dalam ‘Bahasa Dalam’ yang memperlihatkan
kehalusan dan kesopanan. Dengan demikian, penutur tidak akan nampak
‘sembarana’, ‘sembarangan’ ataupun ‘terkujuh-kujuh’.
Sebagai contoh, seorang Pegawai yang bertugas selaku pengiring
peribadi kepada salah seorang Puteri yang menjalani penempatan di salah
sebuah Jabatan menyedari sudah sampai masanya Puteri tersebut untuk santap
sebelum meneruskan program yang telah diaturkan. Adalah tidak tertib dan
kurang sopan jika dia terus berkata, “Waktu santap Tuanku”. Norma sapaan
yang sesuai untuk mengingati dan seterusnya menjunjung Pengiran Anak Puteri
untuk santap adalah dengan perkataan, “Beribu ampun, dijunjungtah santap
dulu”.

iv. Bernada Usulan (Cadangan).

Selain sifat ‘Bahasa Dalam’ yang penuh kelembutan, santun, sopan, menjaga
perasaan lawan bicaranya dan memperlihatkan kemuliaan peribadi penutur,
ianya juga mengarah kepada nada usulan ataupun cadangan. Sungguhpun kata
yang dilontarkan sebenarnya berunsur arahan ataupun perintah, namun unsur-
unsur tersebut tidak kelihatan.
Sebagai contohnya, sekiranya Sultan menitahkan salah seorang Pehin
mengiringkan anakda baginda keluar negeri, baginda tidak akan bertitah
seperti ini, “Beta mahu Pehin mengiringkan keluar negeri” ataupun “Beta mahu

3
Pehin mengiringkan anakda beta ke London”. Baginda mungkin akan bertitah
seperti ini, “Bisaitah barangkali Yanda Pehin mendangani”.
Kesan daripada cara mengarahkan tersebut tidak menimbulkan kecil dan
rendah diri kepada sasaran (orang yang menerima perintah ataupun arahan).
Malah sifat lembut dan timbang rasa daripada orang yang mempunyai kuasa
itu menjadikan orang bawahan bertambah hormat, dan dalam banyak keadaan
mereka tidak senang untuk membantah permintaan pihak atasan.

v. Perlambangan.

Sesuai dengan cirinya yang tidak luaran, banyak kata-kata ‘Bahasa Dalam’
tidak secara langsung merujuk kepada apa yang dilakukan ataupun berlaku.
Sebagainya contohnya, sekiranya salah seorang Kerabat Diraja pergi ke suatu
tempat, kepergiannya itu tidak akan ditandai dengan kata ‘pergi’ sepertimana
yang lazim digunakan. Perkataan khusus yang digunakan bagi menandakan
perbuatan (pergi) bagi Sultan, Kerabat Diraja, dan Pengiran-Pengiran adalah
‘berangkat’.
Pemakaian kata ‘berangkat’ merupakan simbol ataupun perlambangan
yang menunjukkan bahawa bukan mudah bagi Sultan, Kerabat Diraja dan
Pengiran-Pengiran untuk pergi ke suatu tempat. Apabila Sultan hendak pergi ke
suatu tempat, baginda seolah-olah melakukan tugas yang berat dan tepaksa
mengangkat batang tubuh, iaitu suatu urusan yang melibatkan penggunaan
tenaga yang banyak.

4
BAHASA DALAM kepada Keluarga Diraja termasuk
(BAHASA-BAHASA BIASA YANG Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan
DIJADIKAN BAHASA DALAM) Pengiran-Pengiran.
Beradu bererti tidur, yang sering
Aluan sembah pertama semasa mula-
digunakan oleh Keluarga Diraja dan
mula masuk dan duduk di dalam sesuatu Pengiran-Pengiran, misalnya, “Duli Yang
Majlis Beristiadat.
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Ampun Beribu Ampun (a) seseorang itu
Muda masih beradu, belum tah lagi Pehin
hendak menghalakan sesuatu sembah dapat mengadap”.
kepada Sultan dan Raja Isteri untuk
Berangkat perkataan bertolak atau
menjunjung perhatian; (b) orang yang datang yang digunakan untuk Keluarga
berdatang sembah itu hendak
Diraja dan Pengiran-Pengiran,
menyatakan titah yang disampaikan misalnya, “Yang Amat Mulia Pengiran
kepadanya oleh Sultan atau Raja Isteri
Lela Cheteria Sahibun Najabah akan
itu kurang jelas; (c) seseorang yang berangkat ke London” atau “Yang Amat
berdatang sembah sedemikian telah
Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun
memahami apa yang telah dititahkan Najabah akan berangkat dari London”.
atau menyanggupi titah itu. Berdatang Sembah menghadapkan
Anjung sebuah tempat di ruang rumah
sesuatu maksud kepada Keluarga
atau sebagainya ditinggikan dari Diraja, Wazir-Wazir dan Cheteria-
lantainya tetapi masih lagi di dalam
Cheteria sama ada dengan secara
ruang tingkat rumah itu, dan tempat ini bercakap atau bersurat dan memohon
biasanya didiami oleh perempuan- keizinan untuk berdatang sembah dalam
perempuan yang belum berkahwin atau
sesuatu majlis, misalnya, “Ampun beribu
tempat yang dikhaskan bagi pemudi- ampun, Hamba Duli Tuanku menjunjung
pemudi.
berdatang sembah”.
Bagas-bagasan satu kiasan yang Beribu Ampun (a) seseorang itu hendak
dikhaskan kepada sesuatu perbuatan menghalakan sesuatu sembah kepada
yang mengandungi barang baik-baik Keluarga Diraja untuk menjunjung
tetapi disifatkan barang-barang itu
perhatian; (b) orang yang berdatang
sebagai sesuatu yang telah dipakai, sembah sedemikian itu hendak
umpamanya dikatakan ‘bagas-bagasan
menyatakan sabda yang disampaikan
pakaian’ yang bererti kain atau kepadanya oleh Keluarga Diraja itu
pakaian yang dijadikan hadiah itu kurang jelas; (c) seseorang yang
disifatkan tidak begitu baik padahal
berdatang sembah sedemikian telah
sebenarnya baik. memahami apa yang telah disabdakan
Barung-barung merupakan sebuah
atau menyanggupi sabda itu.
rumah apabila hendak menyebutkan

5
Berisi bermaksud anak perempuan atau Kekuningan semuanya berwarna
menantu perempuan bagi Keluarga kuning.
Diraja yang sedang hamil ataupun keluaran satu perbuatan janggal dalam
bunting. sesuatu istiadat.
Bersiram membawa maksud mandi bagi Kenaikan sejenis kenderaan yang
Keluarga Diraja dan Pengiran-Pengiran, digunakan oleh Keluarga Diraja dan
misalnya, “Yang Teramat Mulia Paduka Wazir-Wazir, misalnya, “Kebawah Duli
Seri Pengiran Anak Puteri akan bersiram Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
sebelum memakai pakaian pengantin”. Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Bisai perkataan bagi dipersetujui atau Brunei Darussalam akan menaiki kenaikan
diperkenankan. khas untuk berangkat ke Lapau”.
Dangan Sebarung-barung perkataan Ketampiasan menerima sesuatu yang
isteri bagi orang kebanyakan dan sepatutnya tidak ada kaitan
Manteri-Manteri Bertauliah semasa dengannya.
membahasakan kepada pihak Keluarga Lancar seseorang yang tidak dapat
Diraja atau Wazir-Wazir. menyimpan sesuatu rahsia atau terus-
Irmas bermaksud anak yang digunakan menerus bercakap mengenai sesuatu
oleh Pehin-Pehin Manteri apabila perkara tanpa memikirkan sebab
membahasakan anak-anak mereka akibatnya.
kepada Keluarga Diraja termasuk Layuan bermaksud jenazah atau mayat
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan bagi Keluarga Diraja dan Wazir-
Pengiran-Pengiran. Wazir.
Jatnyawa bermaksud kurang sihat atau Lindung bererti meninggal dunia yang
demam bagi Keluarga Diraja, Wazir- digunakan untuk Sultan, misalnya, “Duli
Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran- Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Tajuddin
Pengiran. lindung di Singapura dan dimakamkan di
Kain Pendukungan bererti kain Brunei”.
persalinan bagi Keluarga Diraja dan Meluaran perkataan bersalin atau
Wazir-Wazir yang menggambarkan beranak bagi Keluarga Diraja yang
penghormatan yang diumpamakan perempuan.
sebagai memelihara anak-anak damit. Mengadap perkataan berjumpa
Kebasahan merupakan kecederaan kepada Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
disebabkan senjata seperti peluru, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
misalnya, “Tembakan meriam dari Istana Pengiran.
itu menyebabkan kebasahan di rumah Menjunjung mempunyai erti yang
Pengiran Temanggong Pengiran Rajid”. berlainan, iaitu tertakluk kepada
Keemasan semuanya diperbuat ungkapan kaya yang digunakan,
daripada emas. antaranya; (a) menerima, misalnya, “Di

6
atas kurnia itu Hamba Kebawah Duli Tuan Menjunjung Sabda menjalankan kerja
Patik berbanyak-berbanyak menjunjung yang diaturkan, menyahut sabda atau
kasih; (b) memohon, misalnya, “Pehin mengaku apa yang disabdakan oleh
Penyurat telah mengadap Duli Yang Keluarga Diraja termasuk Wazir-Wazir
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran dan Cheteria, misalnya, “Pada
Muda untuk menjunjung sabda”; (c) menjunjung sabda Duli Yang Teramat
melarang, misalnya, “Pehin Bendahari Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
telah menyatakan kepada Yang Amat Mahkota”.
Mulia Pengiran Anak Mohammad, Menjunjung Titah menjalankan perintah
junjung, merbahaya di sana atu”; (d) atau kerja yang diaturkan atau
meminta maaf dengan secara hormat menyahut titah atau mengaku apa yang
walaupun yang sebenarnya tidak ada telah dititahkan oleh Sultan atau Raja
kesalahan, misalnya, “Hamba Kebawah Isteri, misalnya, “Derma Tabung
Duli Tuan Patik menjunjung ampun di atas Pembinaan Masjid ini dijalankan sebagai
suruk langkah irmas Hamba Kebawah Duli menjunjung titah”.
Tuan Patik yang kurang manis semasa Munkan Ampun (a) seseorang itu
mengiringkan”; (e) memohon diri, hendak menghalakan sesuatu sembah
misalnya, “Pehin Orang Kaya Digadong kepada Wazir-Wazir atau Cheteria-
Seri Diraja menjunjung anugeraha”; (f) Cheteria untuk memohon perhatian
meminta sesuatu, misalnya, “Pehin mereka; (b) orang yang berdatang
Bendahari hendak menjunjung kurnia”; (g) sembah itu hendak menyatakan sabda
menolak, misalnya, “Di atas titah itu yang disampaikan kepadanya oleh
Hamba Kebawah Duli Tuan Patik Wazir-Wazir atau Cheteria-Cheteria itu
menjunjung ampun”; (h) menjalankan, kurang jelas; (c) seseorang yang
misalnya, “Peramba pergi ini adalah berdatang sembah sedemikian telah
menjunjung titah anakda Kebawah Duli memahami apa yang telah disabdakan
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda atau menyanggupi sabda itu.
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Menuju perkataan bagi mengangkat
Brunei Darussalam”; (i) memohon sembah ke arah sesuatu tempat yang
pertimbangan, misalnya, “Seluruh rakyat tertentu.
di Daerah Temburong telah berdatang Menyampiri perkataan bagi
sembah ke hadapan Majlis Kebawah Duli mengurniakan sesuatu gelaran kepada
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Manteri-Manteri Berchiri, misalnya,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara “Yang Mulia Dato Seri Setia (Dr.) Haji
Brunei Darussalam untuk menjunjung Awang Abu Bakar telah disampiri gelaran
limpah kurnia”; (j) sanggup, misalnya, Pehin Orang Kaya Seri Kerna”.
“Titah itu patik junjung”. Menyembah perkataan bagi memberi
hormat dengan mengangkat sembah,

7
iaitu dengan cara menghadapkan seolah-olah dimaksudkan untuk meminta
kepada orang yang hendak disembah maaf, misalnya, “Hamba Kebawah Duli
itu dan mengangkat sembah menyusun Tuan Patik berbanyak-banyak menjunjung
jari yang bertemu di suatu tempat yang ampun sekiranya terdapat suruk langkah
ditentukan menurut taraf orang yang dalam penyampaian Hamba Kebawah
menerima sembah itu. Duli Tuan Patik sebentar tadi.”
Menyembahkan perkataan bagi Turun bermaksud balik dari Istana,
menyampaikan (berita, surat dan lain- misalnya, “Rombongan yang dikepalai
lain), mengatakan dan menceritakan oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri
dengan penuh takzim. Lela pun turun membawa titah menuju ke
Murung perkataan bagi tersilap, Lapau”.
misalnya, “Rupanya Hamba Duli Tuan Turus perkataan bagi orang yang
Patik tadi murung kata-kata”. diharap-harapkan.
Naik bermaksud pergi ke Istana, Ulu bererti bagi kepala bagi Keluarga
misalnya, “Pehin Orang Kaya Digadong Diraja.
Seri Lela naik menyembahkan ke hadapan Usungan merupakan kenaikan Raja-
Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja yang diusung (diangkat) oleh
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- orang-orang yang dikhaskan untuk
Pertuan Negara Brunei Darussalam”. menjadi pengangkat usungan”.
Peraduan bererti tempat tidur yang
digunakan oleh Keluarga Diraja dan BAHASA DALAM
Wazir-Wazir, misalnya, “Yang Teramat (BAHASA DALAM YANG
Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri MAKSUDNYA DISAMPAIKAN
SECARA KIASAN)
beradu di peraduan”.
Pesalinan bermaksud bagi pakaian
Bercemar Duli perkataan yang
yang diuntukkan bagi sesuatu maksud,
membawa maksud berangkat bagi
biasanya digunakan untuk sesuatu
Sultan dan Raja Isteri.
istiadat.
Ke Siring membawa maksud membuang
Sembah merupakan suatu cara
air dan digunakan oleh orang yang
penghormatan kepada Sultan, Raja
rendah tarafnya apabila bercakap
Isteri, Isteri-Isteri lain kepada Sultan,
dengan orang yang tinggi tarafnya,
Putera-Putera dan Puteri-Puteri Sultan,
misalnya, “Peramba menjunjung
Wazir-Wazir dan Cheteria-Cheteria.
anugeraha sebentar untuk ke siring”.
Suruk Langkah menggambarkan
Ke Sungai membawa maksud buang air
keberadaan di satu tempat bersama-
dan digunakan oleh orang yang tinggi
sama dengan orang yang lebih tinggi
tarafnya apabila bercakap dengan
martabatnya atau melakukan sesuatu di
orang yang dibawahnya.
hadapan pihak yang sedemikian,

8
Minta Carikan Tongkat membawa Diraja, Wazir-Wazir dan Cheteria-
maksud meminta pertolongan daripada Cheteria, misalnya, “Yanda Pehin Orang
seseorang. Kaya Digadong Seri Lela menjunjung
Panas Hari Ini perkataan yang anugeraha untuk keluar negeri, iaitu ke
membawa maksud kurang kemas bagi Singapura selama seminggu”.
sesuatu yang dipakai oleh seseorang. Ayapan (a) penghidupan; (b)
Sedikit Lagi Tergelincir perkataan yang pendapatan; (c) pencarian; (d)
membawa maksud sesuatu jalan itu makanan, misalnya, “Hamba Duli Tuanku
kurang baik dan digunakan oleh pergi ke pasar untuk mengunjar-gunjar
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan ayapan” ataupun “Hamba Duli Tuan
Cheteria-Cheteria, misalnya, “Baginda bekerja di Jabatan Adat Istiadat Negara
bertitah kepada Pehin Orang Kaya untuk ayapan Hamba Duli Tuanku
Shahbandar bahawa kenaikan Baginda sebarung-barung”.
sedikit lagi tergelincir tadi”. Berangkat dari perkataan ini digunakan
Menyuap-nyuap membawa maksud bagi menggambarkan perginya
makan bagi Keluarga Diraja, Wazir- Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
Wazir dan Cheteria-Cheteria semasa Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
pihak yang disebutkan hendak Pengiran dari satu tempat atau majlis,
menggunakan perkataan makan ini misalnya, “Duli Yang Teramat Mulia
untuk menyatakan diri sendiri atau Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota,
orang lain yang terkebawah darjatnya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
misalnya, “Baginda bertitah kepada Pehin Pengiran Muda Abdul Malik dan Duli
Penyurat dengan mengatakan sudah Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pehin menyuap-menyuap? Jika sudah, Pengiran Muda Abdul Mateen berangkat
kaola pula akan menyuap-yuap sebelum dari majlis”.
kitani berjalan”. Beredar dari perkataan ini digunakan
bagi menggambarkan perginya
BAHASA DALAM seseorang Pembesar Negara yang
(PERKATAAN KHAS YANG LAZIM terdiri daripada orang kebanyakan
DIGUNAKAN SEBAGAI BAHASA dari satu tempat atau majlis, misalnya,
DALAM) “Yang Berhormat Pehin Menteri sudah
beredar dari Dewan Raya jam 10.00
Anugeraha (a) pemberian daripada
pagi”.
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan
Bersemayam perkataan khas untuk
Cheteria-Cheteria, misalnya, “Awang
Sultan dan Raja Isteri sewaktu (a) duduk,
Haji Mohd. Yusof telah dianugerahi
misalnya, “Pada masa ini Kebawah Duli
gelaran Pehin Orang Kaya Digadong Seri
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Lela”; (b) kebenaran daripada Keluarga
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

9
Brunei Darussalam sedang bersemayam di Kedayang (a) orang yang menjadi
atas Singgahsana”; (b) tinggal, misalnya, gundik Keluarga Diraja, Wazir-Wazir
“Semasa lawatan Kebawah Duli Yang dan Cheteria-Cheteria yang anak
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan bunga tubuhnya perempuan; (b)
dan Di-Pertuan Negara Brunei perempuan yang menjadi pengasuh
Darussalam ke Australia, baginda telah anak perempuan kepada Keluarga
bersemayam di hotel terkemuka di sana”. Diraja, Wazir-Wazir dan Cheteria-
Budayang perkataan yang digunakan Cheteria.
bagi perempuan kebanyakan yang Kurnia perkataan yang digunakan bagi
muda dilantik khas untuk mengasuh anak menyebut pemberian daripada Sultan
damit Keluarga Diraja. dan Raja Isteri.
Cerpu perkataan yang digunakan Manda perkataan yang digunakan
dalam persuratan bagi menyebut kasut untuk menyebut mama atau ibu kepada
bagi Sultan dan Raja Isteri. orang yang menjadi pengasuh anak
Duli (a) perkataan yang berasal dari damit Keluarga Diraja, biasanya terdiri
Bahasa Sanskrit yang membawa daripada keluarga yang rapit atau
maksud habuk halus yang melekat di terdekat dan orang yang boleh
tapak kaki; (b) terasul bagi Sultan, Raja diharapkan.
Isteri dan Putera-Putera Sultan yang Murka perkataan yang digunakan bagi
gahara. menyebut perasaan marah oleh
Inang perkataan yang digunakan bagi Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan
perempuan kebanyakan yang khas Cheteria-Cheteria.
menyusukan anak damit Keluarga Diraja Pataratna nama tempat bersemayam di
dan juga menjadi pengasuhnya. Lapau yang dikhaskan untuk Sultan dan
Kamul perkataan yang digunakan bagi Raja Isteri.
menamakan kain tidur yang pakai oleh Pengadapan perkataan yang terbit
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan daripada perkataan mengadap, bererti
Cheteria-Cheteria. Pada lazimnya bilik tamu atau majlis kepunyaan
diperbuat daripada kain berela Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan
sepanjang 2½ pipir. Cheteria-Cheteria.
Kawang (a) orang yang menjadi gundik Persantapan perkataan yang terbit
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan daripada perkataan santap, dan
Cheteria-Cheteria yang anak bunga bererti jamuan.
tubuhnya laki-laki; (b) perempuan yang Sabda perkataan khas yang digunakan
menjadi pengasuh anak laki-laki bagi menyebut perkataan, kata atau
kepada Keluarga Diraja, Wazir-Wazir perintah oleh Isteri-Isteri lain kepada
dan Cheteria-Cheteria. Sultan, Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,

10
Cheteria-Cheteria dan Pengiran- BAHASA DALAM
Pengiran. (GANTI NAMA ORANG PERTAMA –
Santap perkataan khas yang digunakan ORANG YANG BERCAKAP)
oleh Keluarga Diraja, Wazir-Wazir dan
Aku ganti nama bagi Keluarga Diraja
Cheteria-Cheteria apabila, (a) makan,
misalnya, “Apabila santapan telah siap semasa menyatakan diri kepada
Pengiran-Pengiran Peranakan,
sedia maka masuklah Pehin Penyurat
Pengiran-Pengiran dan orang
untuk menjunjung santap”; (b) minum,
misalnya, “Pengiran Anak Puteri sedang kebanyakan.
Beta ganti nama bagi Sultan dan Raja
santap petang”; (c) basigup, misalnya,
“sambil santap sigup, Pengiran Siraja Isteri semasa menyatakan diri secara
rasmi kepada orang ramai.
Muda memerhatikan asap yang keluar
berkepul-kepul dari hujung sigupnya”. Hamba Duli Tuanku ganti nama bagi
orang kebanyakan semasa berdatang
Santapan perkataan khas yang
digunakan oleh Keluarga Diraja, Wazir- sembah untuk menyatakan diri kepada
Pengiran Isteri dan Putera-Putera Sultan
Wazir dan Cheteria-Cheteria (a)
makan, misalnya “apabila santapan telah yang gahara.
siap sedia maka para jemputan pun Hamba Kebawah Duli Tuan Patik ganti
nama bagi orang kebanyakan semasa
dijunjung santap”; (b) sara hidup,
misalnya, “Santapan Diraja pada tahun ini berdatang sembah untuk menyatakan
diri kepada Sultan dan Raja Isteri,
sebanyak …”.
Singgahsana nama tempat misalnya, “Hamba Kebawah Duli Tuan
bersemayam di Istana yang dikhaskan Patik menjunjung kasih atas kurnia yang
diberikan”.
untuk Sultan dan Raja Isteri.
Tamayapan perkataan yang Kaola (a) ganti nama bagi Raja Isteri
semasa menyatakan diri kepada
digunakan untuk menyebut makan bagi
orang kebanyakan apabila Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
menyembahkan kepada Keluarga Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
Diraja, Wazir-Wazir dan Cheteria- Pengiran Berteras; (b) ganti nama bagi
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
Cheteria, misalnya, “Sebelum Hamba Duli
Tuanku mengadap, Hamba Duli Tuanku Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran,
Pehin-Pehin Manteri dan orang
telah tamayapan di barung-barung
bersama-sama irmas-irmas”. kebanyakan semasa menyatakan diri
Titah perkataan khas yang digunakan kepada Pehin-Pehin Manteri yang
berchiri, misalnya, “Dapat Pehin menjadi
bagi menyebut perintah, kata, ucapan
dan hukuman daripada Sultan atau Raja wakil kaola menyampaikan hadiah
kepada penuntut-penuntut di Maktab
Isteri.
SOAS”; (c) ganti nama bagi orang

11
kebanyakan perempuan semasa BAHASA DALAM
menyatakan diri kepada Cheteria- (GANTI NAMA ORANG KEDUA –
Cheteria dan Pengiran-Pengiran; (d) ORANG YANG DIAJAK BERCAKAP)
ganti nama bagi Pengiran-Pengiran
Alai (a) ganti nama bagi Putera-Putera
Perempuan semasa menyatakan diri
kepada Keluarga Diraja, Wazir-Wazir, dan Puteri-Puteri Sultan, Pengiran-
Pengiran Peranakan yang berteras dan
Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
Pengiran-Pengiran Peranakan yang
Pengiran.
Kediaku ganti nama bagi Keluarga termuda semasa Wazir-Wazir,
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengrian
Diraja semasa menyatakan diri kepada
Pengiran-Pengiran Peranakan, Peranakan yang tertua, Pengiran-
Pengiran kebanyakan menyebut atau
Pengiran-Pengiran dan orang
kebanyakan. menyapa mereka; (b) ganti nama bagi
isteri Keluarga Diraja, isteri Wazir-
Patik ganti nama bagi Keluarga Diraja,
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan Wazir, isteri Cheteria-Cheteria dan
isteri Pengiran-Pengiran Peranakan
Pengiran-Pengiran sama berdatang
sembah untuk menyatakan diri kepada semasa suami mereka menyebut nama
Sultan dan Raja Isteri. mereka.
Awang (a) ganti nama bagi Pengiran-
Peramba (a) ganti nama bagi orang
kebanyakan semasa berdatang sembah Pengiran Peranakan yang berteras
tidak gahara semasa Keluarga Diraja
untuk menyatakan diri kepada Cheteria-
Cheteria dan Pengiran-Pengiran; (b) menyebut nama mereka; (b) ganti nama
ganti nama bagi Sultan semasa bagi Pengiran-Pengiran Peranakan
yang tidak gahara dan Pengiran-
menyatakan diri kepada Keluarga
Diraja, Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria Pengiran semasa Wazir-Wazir,
Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
dan Pengiran-Pengiran Peranakan
Berteras; (c) ganti nama bagi Keluarga Pengiran Peranakan yang gahara
Diraja, Wazir-Wazir dan Cheteria- menyebut nama mereka.
Cheteria semasa menyatakan diri Awangku ganti nama bagi lelaki (a)
Pengiran-Pengiran Peranakan yang
kepada Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
Cheteria-Cheteria dan Pengiran- gahara semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
Cheteria dan Pengiran-Pengiran
Pengiran Peranakan; (d) ganti nama
bagi Cheteria-Cheteria dan Pengiran- Peranakan yang tertua menyebut nama
Pengiran semasa menyatakan diri mereka; (b) Keluarga Diraja termasuk
Pengiran-Pengiran Peranakan yang
kepada Pengiran-Pengiran.
berteras lagi gahara dan yang termuda
semasa Keluarga Diraja menyebut
nama mereka; (c) Awang-Awang yang

12
ibunya keturunan Awang-Awang Duli Tuan Peramba ganti nama bagi
semasa kaum keluarga memanggil atau Putera-Putera Sultan yang gahara
menyebut nama mereka atau semasa Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
menceritakan perihal mereka itu kepada Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
saudara maranya. Pengiran berdatang sembah untuk
Babu (a) ganti nama bagi isteri Pehin menyebut nama-nama Putera-Putera
Manteri yang berchiri semasa Sultan Sultan yang gahara.
dan Raja Isteri bertitah kepada isteri Duli Tuanku ganti nama bagi Putera-
Pehin Manteri yang berchiri untuk Putera Sultan yang gahara semasa
menyebut nama mereka; (b) ganti nama orang kebanyakan berdatang sembah
bagi isteri Pehin Manteri yang ber chiri untuk menyebut nama-nama Putera-
semasa Keluarga Diraja, Wazir-Wazir, Putera Sultan yang gahara.
Cheteria-Cheteria dan Pengiran- Kanak ganti nama bagi Pengiran-
Pengiran Peranakan bersabda kepada Pengiran Peranakan yang berteras
isteri Pehin Manteri yang berchiri itu tidak gahara semasa Keluarga Diraja
untuk menyebut nama mereka. dan Wazir-Wazir menunjukkan titah
Bini Pehin ganti nama bagi isteri Pehin atau sabda untuk menyebut mereka.
Manteri yang berchiri semasa Pehin Kebawah Duli Tuan Patik ganti nama
Manteri yang berchiri, Manteri yang bagi Sultan dan Raja Isteri semasa
bertauliah dan Manteri Pendalaman orang kebanyakan berdatang sembah
bercakap kepada isteri-isteri Pehin untuk menyebut nama Sultan dan Raja
Manteri itu untuk menyebut nama Isteri.
mereka. Kita boleh juga disebut nama orang itu,
Dayangku ganti nama bagi perempuan (a) ganti nama bagi Pengiran-Pengiran
(a) Pengiran-Pengiran Peranakan yang Peranakan dan Pengiran-Pengiran
gahara semasa Wazir-Wazir-Cheteria- semasa Keluarga Diraja dan Wazir-
Cheteria dan Pengiran-Pengiran Wazir menunjukkan titah atau sabda
Peranakan yang tertua menyebut nama kepada mereka untuk menyebut nama
mereka; (b) Keluarga Diraja termasuk mereka; (b) ganti nama bagi Awang-
Pengiran-Pengiran Peranakan yang Awang atau orang tua-tua semasa
berteras lagi gahara dan yang termuda Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran
semasa Keluarga Diraja menyebut dan orang kebanyakan menyebut
nama mereka; (c) Dayang-Dayang yang namanya atau mengarahkan sabda
ibunya keturunan Awang-Awang atau kata kepadanya.
semasa kaum keluarga memanggil atau Liau ganti nama bagi Manteri
menyebut nama mereka atau Hulubalang yang gelarannya didahului
menceritakan perihal mereka itu kepada oleh Pahlawan, Pateh, Damong,
saudara maranya. Pengarah, Ketua Juru Laki dan Juru Laki

13
serta Juru Bini termasuk Manteri Darat, daripada Putera-Putera Sultan yang
iaitu ‘Orang Kaya’ atau ‘Datu’ semasa gahara.
Sultan, Keluarga Diraja, Wazir-Wazir, Tuan Kaola (a) ganti nama bagi
Cheteria-Cheteria, Pehin-Pehin Manteri, Keluarga Diraja, Wazir-Wazir,
Manteri-Manteri Bertauliah dan orang Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
kebanyakan, bertitah, bersabda atau Pengiran semasa Pengiran-Pengiran
bercakap kepada Manteri Hulubalang Perempuan bercakap kepada mereka;
itu, ataupun boleh juga dipanggil (b) ganti nama bagi Cheteria-Cheteria
dengan nama gelarannya sahaja. dan Pengiran-Pengiran semasa orang
Mudim ganti nama bagi Manteri kebanyakan perempuan bercakap
Ugama yang bertauliah semasa Sultan, kepada mereka.
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir, Tuan Peramba (a) ganti nama bagi
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran, Wazir-Wazir dan Cheteria-Cheteria
Pehin-Pehin Manteri dan orang semasa Sultan menyebut nama mereka;
kebanyakan menyebut namanya di kala (b) ganti nama bagi Wazir-Wazir dan
mengarahkan titah atau sabda atau Cheteria-Cheteria semasa Keluarga
kata kepadanya. Diraja lelaki, Wazir-Wazir, Cheteria-
Pehin ganti nama bagi Pehin Manteri Cheteria dan Pengiran-Pengiran lelaki
yang berchiri semasa Sultan, Keluarga menyebut nama mereka; (c) ganti nama
Diraja, Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria bagi Pengiran-Pengiran Peranakan
dan Pengiran-Pengiran, bertitah atau semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
bersabda, Pehin-Pehin Manteri yang Cheteria dan Pengiran-Pengiran lelaki
berchiri, Manteri yang bertauliah, menyebut nama mereka; (d) ganti nama
Manteri Pedalaman dan orang bagi Pengiran-Pengiran semasa
kebanyakan bercakap kepada mereka. Pengiran-Pengiran kebanyakan lelaki
Pengiran ganti nama bagi Keluarga dan orang kebanyakan lelaki menyebut
Diraja lelaki, Wazir-Wazir, Cheteria- nama mereka.
Cheteria dan Pengiran-Pengiran
Peranakan lelaki semasa anak-anak BAHASA DALAM
mereka yang tidak gahara menyapa (GANTI NAMA ORANG KETIGA –
nama mereka. MENGGANTIKAN NAMA ORANG
YANG DICAKAPKAN)
Tuanku ganti nama bagi Puteri-Puteri
Sultan yang gahara dan Wazir-Wazir
Adinda (a) ganti nama bagi Keluarga
bukan daripada Putera-Putera Sultan
Diraja semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
yang gahara semasa orang
Cheteria, Pengiran-Pengiran bersabda
kebanyakan berdatang sembah untuk
kepada Wazir-Wazir dan Cheteria-
menyebut nama Puteri-Puteri Sultan
Cheteria mengenai dengan orang yang
yang gahara dan Wazir-Wazir bukan

14
dimaksudkan iaitu mengikut taraf di sisi Pengiran-Pengiran Peranakan dan
keluarga atau taraf di sisi umur atau Pehin-Pehin Manteri; (d) ganti nama
taraf gelaran di antara orang yang bagi Pehin-Pehin Manteri berchiri
diceritakan itu dengan orang yang yang rendah peringkat gelarannya
dihadapkan maksud itu kepadanya atau isteri mereka semasa Keluarga
menurut istilah keutamaan masing- Diraja, Wazir-Wazir, Cheteria-
masing, setelah menyebut perkataan ini Cheteria, Pengiran-Pengiran dan orang
barulah disambung dengan nama kebanyakan mencakapkan nama Pehin
batang tubuh atau kedudukan atau Manteri tersebut atau isteri mereka
gelaran atau sebagainya bagi orang kepada Pehin-Pehin Manteri berchiri
yang dimaksudkan, misalnya, “Adinda yang tinggi gelarannya daripada
Tuan Peramba telah berangkat ke Daerah Pehin-Pehin atau iseri mereka yang
Belait untuk menyaksikan perayaan di dimaksudkan itu (sebut nama gelaran
sana”; (b) ganti nama bagi Wazir- atau … isteri kepada gelara itu).
Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran- Anakda (a) ganti nama bagi Keluarga
Pengiran Peranakan semasa Keluarga Diraja semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
Diraja bertitah atau bersabda untuk Cheteria, Pengiran-Pengiran bersabda
menyebut nama yang dimaksudkan kepada Wazir-Wazir dan Cheteria-
kepada Wazir-Wazir, Cheteria- Cheteria mengenai dengan orang yang
Cheteria dan Pengiran-Pengiran dimaksudkan iaitu mengikut taraf di sisi
Peranakan menurut taraf masing-masing keluarga atau taraf di sisi umur atau
sebagaimana disebutkan; (c) ganti taraf gelaran di antara orang yang
nama bagi Keluarga Diraja (kecuali diceritakan itu dengan orang yang
Sultan, Raja Isteri, Putera-Putera dan dihadapkan maksud itu kepada menurut
Puteri-Puteri Sultan yang gahara), istilah keutamaan masing-masing,
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, setelah menyebut perkataan ini barulah
Pengiran-Pengiran Peranakan dan disambung dengan nama batang tubuh
Pehin-Pehin Manteri semasa Wazir- atau kedudukan atau gelaran atau
Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pehin- sebagainya bagi orang yang
Pehin Manteri dan orang kebanyakan dimaksudkan, misalnya, “Anakda
berdatang sembah atau menyampaikan Peramba telah berangkat menunaikan
kepada saudara yang tertua kepada umrah”; (b) ganti nama bagi Wazir-
orang yang dimaksudkan di atas untuk Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
menyatakan nama saudara mereka Pengiran Peranakan semasa Keluarga
yang termuda iaitu Keluarga Diraja Diraja bertitah atau bersabda untuk
(kecuali Sultan, Raja Isteri, Putera-Putera menyebut nama yang dimaksudkan
dan Puteri-Puteri Sultan yang gahara), kepada Wazir-Wazir, Cheteria-
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, Cheteria dan Pengiran-Pengiran

15
Peranakan menurut taraf masing-masing barulah disambung dengan nama
sebagaimana disebutkan; (c) ganti batang tubuh atau kedudukan atau
nama bagi Keluarga Diraja, Wazir- gelaran atau sebagainya bagi orang
Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran- yang dimaksudkan, misalnya, “Ayahanda
Pengiran semasa menceritakan perihal Tuan Peramba telah berangkat keluar
mereka kepada Pehin-Pehin Manteri negara”; (b) ganti nama bagi Wazir-
berchiri atau isteri mereka. Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
Awangku (a) ganti nama Keluarga Pengiran Peranakan semasa Keluarga
Diraja dan Pengiran-Pengiran Diraja bertitah atau bersabda untuk
Peranakan yang berteras lagi gahara menyebut nama yang dimaksudkan
semasa Keluarga Diraja menceritakan kepada Wazir-Wazir, Cheteria-
kepada Keluarga Diraja, Wazir- Cheteria dan Pengiran-Pengiran
Wazir, Cheteria-Cheteria, Pengiran- Peranakan menurut taraf masing-masing
Pengiran dan orang kebanyakan; (b) sebagaimana disebutkan; (c) ganti
ganti nama bagi Pengiran-Pengiran nama bagi Keluarga Diraja lelaki
Peranakan semasa Wazir-Wazir, (kecuali Sultan dan Putera Sultan yang
Cheteria-Cheteria dan Pengiran- gahara), Wazir-Wazir, Cheteria-
Pengiran Peranakan menceritakan Cheteria dan Pengiran-Pengiran
kepada Wazir-Wazir, Cheteria- Peranakan lelaki, Pehin-Pehin Manteri
Cheteria, Pengiran-Pengiran dan orang dan orang kebanyakan lelaki semasa
kebanyakan; (c) ganti nama bagi berdatang sembah kepada anak-anak
Awang-Awang yang ibunya keturunan Wazir, menyampaikan kepada anak-
Awang-Awang semasa kaum keluarga anak Cheteria, anak-anak Pengiran
memanggil atau menceritakan perihal Peranakan atau anak-anak Pehin
anak buahnya itu kepada saudara- Manteri, untuk menyampaikan nama
saudaranya. ayah mereka dalam Keluarga Diraja
Ayahanda (a) ganti nama bagi (kecuali Sultan dan Putera-Putera Sultan
Keluarga Diraja semasa Wazir-Wazir, yang gahara), Wazir-Wazir, Cheteria-
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran Cheteria, Pengiran-Pengiran Peranakan
bersabda kepada Wazir-Wazir dan dan Pehin-Pehin Manteri yang
Cheteria-Cheteria mengenai dengan dimaksudkan.
orang yang dimaksudkan iaitu mengikut Bonda (a) ganti nama bagi Keluarga
taraf di sisi keluarga atau taraf di sisi Diraja semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
umur atau taraf gelaran di antara orang Cheteria, Pengiran-Pengiran bersabda
yang diceritakan itu dengan orang yang kepada Wazir-Wazir dan Cheteria-
dihadapkan maksud itu kepadanya Cheteria mengenai dengan orang yang
menurut istilah keutamaan masing- dimaksudkan iaitu mengikut taraf di sisi
masing, setelah menyebut perkataan ini keluarga atau taraf di sisi umur atau

16
taraf gelaran di antara orang yang Peranakan atau anak-anak Pehin
diceritakan itu dengan orang yang Manteri untuk menyatakan nama ibu
dihadapkan maksud itu kepadanya mereka dalam kalangan Keluarga
menurut istilah keutamaan masing- Diraja (kecuali Raja Isteri dan Puteri-
masing, setelah menyebut perkataan ini Puteri Sultan yang gahara), isteri Wazir-
barulah disambung dengan nama Wazir, isteri Cheteria-Cheteria, isteri
batang tubuh atau kedudukan atau Pengiran-Pengiran Peranakan dan isteri
gelaran atau sebagainya bagi orang Pehin-Pehin Manteir yang dimaksudkan.
yang dimaksudkan, misalnya, “Ayahanda Cunda (a) ganti nama bagi Keluarga
dan Bonda Tuan Peramba telah Diraja semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
berangkat ke luar negara bersama- Cheteria, Pengiran-Pengiran bersabda
sama”; (b) ganti nama bagi Wazir- kepada Wazir-Wazir dan Cheteria-
Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran- Cheteria mengenai dengan orang yang
Pengiran Peranakan semasa Keluarga dimaksudkan iaitu mengikut taraf di sisi
Diraja bertitah atau bersabda untuk keluarga atau taraf di sisi umur atau
menyebut nama yang dimaksudkan taraf gelaran di antara orang yang
kepada Wazir-Wazir, Cheteria- diceritakan itu dengan orang yang
Cheteria dan Pengiran-Pengiran dihadapkan maksud itu kepadanya
Peranakan menurut taraf masing-masing menurut istilah keutamaan masing-
sebagaimana disebutkan; (c) ganti masing, setelah menyebut perkataan ini
nama bagi isteri Pehin-Pehin Manteri barulah disambung dengan nama
berchiri semasa Keluarga Diraja, batang tubuh atau kedudukan atau
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, gelaran atau sebagainya bagi orang
Pengiran-Pengiran, Pehin-Pehin Manteri yang dimaksudkan, misalnya, “Cunda
dan orang kebanyakan menceritakan Peramba telah berangkat ke Jerudong
perihal isteri Pehin-Pehin Manteri Park Playground”; (b) ganti nama bagi
berchiri kepada yang dimaksudkan; (d) Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan
ganti nama bagi Keluarga Diraja Pengiran-Pengiran Peranakan semasa
perempuan (kecuali Raja Isteri atau Keluarga Diraja bertitah atau bersabda
Puter-Puteri Sultan yang gahara), isteri untuk menyebut nama yang
Wazir-Wazir, isteri Cheteria-Cheteria, dimaksudkan kepada Wazir-Wazir,
isteri Pengiran-Pengiran Peranakan, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
isteri Pehin-Pehin Manteri semasa Pengiran Peranakan menurut taraf
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, masing-masing sebagaimana
Pengiran-Pengiran berdatang sembah disebutkan; (c) ganti nama bagi
kepada anak-anak Wazir, Keluarga Diraja (kecuali Sultan, Raja
menyampaikan kepada anak- anak Isteri, Putera-Putera dan Puteri-Puteri
Cheteria, anak-anak Pengiran-Pengiran Sultan yang gahara), Wazir-Wazir,

17
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
Peranakan dan Pehin-Pehin Manteri Pengiran Peranakan.
semasa Wazir-Wazir, Cheteria- Kekanda (a) ganti nama bagi Keluarga
Cheteria, Pengiran-Pengiran, Pehin- Diraja semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
Pehin Manteri dan orang kebanyakan Cheteria, Pengiran-Pengiran bersabda
berdatang sembah atau menyampaikan kepada Wazir-Wazir dan Cheteria-
kepada nini orang dimaksudkan untuk Cheteria mengenai dengan orang yang
menyatakan nama cucu mereka. dimaksudkan, iaitu mengikut taraf di sisi
Dayangku (a) ganti nama Keluarga keluarga atau taraf di sisi umur atau
Diraja dan Pengiran-Pengiran taraf gelaran di antara orang yang
Peranakan yang berteras lagi gahara diceritakan itu dengan orang yang
semasa Keluarga Diraja menceritakan dihadapkan maksud itu kepadanya
kepada Keluarga Diraja, Wazir- menurut istilah keutamaan masing-
Wazir, Cheteria-Cheteria, Pengiran- masing, setelah menyebut perkataan ini
Pengiran dan orang kebanyakan; (b) barulah disambung dengan nama
ganti nama bagi Pengiran-Pengiran batang tubuh atau kedudukan atau
Peranakan semasa Wazir-Wazir, gelaran atau sebagainya bagi orang
Cheteria-Cheteria dan Pengiran- yang dimaksudkan, misalnya, “Kekanda
Pengiran Peranakan menceritakan Tuan Peramba sedang menikmati santap
kepada Wazir-Wazir, Cheteria- petang”; (b) ganti nama bagi Wazir-
Cheteria, Pengiran-Pengiran dan orang Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
kebanyakan; (c) ganti nama bagi Pengiran Peranakan semasa Keluarga
Awang-Awang yang ibunya keturunan Diraja bertitah atau bersabda untuk
Awang-Awang semasa kaum keluarga menyebut nama yang dimaksudkan
memanggil atau menceritakan perihal kepada Wazir-Wazir, Cheteria-
anak buahnya itu kepada saudara- Cheteria dan Pengiran-Pengiran
saudaranya. Peranakan menurut taraf masing-masing
Kaola Pengian (a) ganti nama bagi sebagaimana disebutkan; (c) ganti
orang kebanyakan semasa Wazir- nama bagi Keluarga Diraja (kecuali
Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran- Sultan, Raja Isteri, Putera-Putera dan
Pengiran menceritakan orang Puteri-Puteri Sultan yang gahara),
kebanyakan kepada Keluarga Diraja, Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria,
Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pengiran-Pengiran Peranakan dan
Pengiran-Pengiran Peranakan; (b) ganti Pehin-Pehin Manteri semasa Wazir-
nama bagi orang kebanyakan semasa Wazir, Cheteria-Cheteria, Pengiran-
orang kebanyakan berdatang sembah Pengiran, Pehin-Pehin Manteri dan
untuk menceritakan mengenai orang orang kebanyakan berdatang sembah
kebanyakan itu kepada Sultan, Wazir- atau menyampaikan kepada saudara

18
yang termuda kepada orang yang ganti nama bagi Wazir-Wazir,
dimaksudkan, untuk menyatakan nama Cheteria-Cheteria dan Pengiran-
saudara mereka yang tertua, iaitu Pengiran Peranakan semasa Keluarga
Keluarga Diraja (kecuali Sultan, Raja Diraja bertitah atau bersabda untuk
Isteri, Putera-Putera dan Puteri-Puteri menyebut nama yang dimaksudkan
Sultan yang gahara), Wazir-Wazir, kepada Wazir-Wazir, Cheteria-
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran Cheteria dan Pengiran-Pengiran
Peranakan dan Pehin-Pehin Manteri; (d) Peranakan menurut taraf masing-masing
ganti nama bagi Pehin-Pehin Manteri sebagaimana disebutkan; (c) ganti
berchiri yang tinggi peringat nama bagi Keluarga Diraja (kecuali
gelarannya atau isteri mereka semasa Sultan, Raja Isteri, Putera-Putera dan
Keluarga Diraja, Wazir-Wazir, Puteri-Puteri Sultan yang gahara),
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria,
dan orang kebanyakan mencakapkan Pengiran-Pengiran Peranakan dan
nama Pehin Manteri tersebut atau isteri Pehin-Pehin Manteri semasa Wazir-
mereka kepada Pehin-Pehin Manteri Wazir, Cheteria-Cheteria, Pengiran-
berchiri yang rendah gelarannya dari Pengiran, Pehin-Pehin Manteri dan
Pehin-Pehin atau isteri mereka yang orang kebanyakan berdatang sembah
dimaksudkan (sebut nama gelaran atau atau menyampaikan kepada cucu orang
… isteri kepada nama gelaran itu). yang dimaksudkan untuk menyatakan
Ninda (a) ganti nama bagi Keluarga nama nini mereka itu.
Diraja semasa Wazir-Wazir, Cheteria- Si kanak (a) ganti nama bagi Pengiran-
Cheteria, Pengiran-Pengiran bersabda Pengiran Peranakan yang tidak gahara
kepada Wazir-Wazir dan Cheteria- semasa Keluarga Diraja menceritakan
Cheteria mengenai dengan orang yang perihal mereka kepada Wazir-Wazir,
dimaksudkan, iaitu mengikut taraf di sisi Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran
keluarga atau taraf di sisi umur atau dan orang kebanyakan; (b) ganti nama
taraf gelaran di antara orang yang bagg Pengiran-Pengiran yang tidak
diceritakan itu dengan orang yang gahara semasa Wazir-Wazir dan
dihadapkan maksud itu kepadanya Cheteria-Cheteria menceritakan perihal
menurut istilah keutamaan masing- mereka kepada Wazir-Wazir,
masing, setelah menyebut perkataan ini Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran
barulah disambung dengan nama dan orang kebanyakan.
batang tubuh atau kedudukan atau Paduka Adinda (a) ganti nama bagi
gelaran atau sebagainya bagi orang Raja Isteri, Putera-Putera dan Puteri-
yang dimaksudkan, misalnya, “Ninda Puteri Sultan yang gahara semasa
Tuan Peramba telah berangkat ke Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria,
International Convention Centre”; (b) Pengiran-Pengiran, Pehin-Pehin Manteri

19
dan orang kebanyakan berdatang Paduka Kekanda ganti nama bagi
sembah atau menyampaikan kepada Sultan, Raja Isteri, Putera-Putera dan
saudara Raja Isteri yang tertua, Putera- Puteri-Puteri Sultan yang gahara
Putera dan Puteri-Puteri Sultan yang semasa Wazir-Wazir, Cheteria-
gahara untuk menyatakan saudara Cheteria, Pengiran-Pengiran, Pehin-
mereka yang tertua, iaitu Raja Isteri, Pehin Manteri dan orang kebanyakan
Putera-Putera dan Puteri-Puteri Sultan berdatang sembah kepada saudara-
yang gahara. saudara Sultan yang termuda untuk
Paduka Ayahanda ganti nama bagi menyatakan saudara mereka yang
Sultan dan Putera-Putera Sultan yang tertua, iaitu Sultan, Raja Isteri, Putera-
gahara semasa Wazir-Wazir, Cheteria- Putera dan Puteri-Puteri Sultan yang
Cheteria, Pengiran-Pengiran, Pehin- gahara.
Pehin Manteri dan orang kebanyakan Paduka Ninda ganti nama bagi Sultan,
berdatang sembah kepada Putera- Raja Isteri, Putera-Putera dan Puteri-
Putera dan Puteri-Puteri Sultan yang Puteri Sultan yang gahara semasa
gahara untuk menyatakan nama Sultan Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria,
dan Putera-Putera Sultan yang gahara Pengiran-Pengiran, Pehin-Pehin Manteri
kepada mereka. dan orang kebanyakan berdatang
Paduka Bonda ganti nama bagi Raja sembah kepada cucu-cucu Sultan, cucu-
Isteri dan Puteri-Puteri Sultan yang cucu Putera-Putera dan Puteri-Puteri
gahara semasa Wazir-Wazir, Cheteria- Sulta yang gahara untuk menyatakan
Cheteria, Pengiran-Pengiran, Pehin- nama nini mereka, iaitu Sultan, Raja
Pehin Manteri dan orang kebanyakan Isteri, Putera-Putera dan Puteri-Puteri
berdatang sembah kepada Putera- Sultan yang gahara.
Putera dan Puteri-Puteri Sultan yang Yanda ganti nama bagi Pehin-Pehin
gahara untuk menyatakan nama Raja Manteri berchiri semasa Keluarga
Isteri dan Puteri-Puteri Sultan yang Diraja, Wazir-Wazir, Cheteria-
gahara kepada mereka. Cheteria, Pengiran-Pengiran, Pehin-
Paduka Cunda ganti nama bagi Sultan, Pehin Manteri dan orang kebanyakan
Putera-Putera dan Puteri-Puteri Sultan menceritakan perihal Pehin-Pehin
yang gahara semasa Wazir-Wazir, Manteri berchiri kepada yang
Cheteria-Cheteria, Pengiran-Pengiran, dimaksudkan.
Pehin-Pehin Manteri dan orang
kebanyakan berdatang sembah
kepada nini Sultan, Putera-Putera dan
Puteri-Puteri Sultan yang gahara untuk
menyatakan cucu mereka itu.

20

You might also like