Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN KELAB KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI (PKI) SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG, KEDAH : KAJIAN KES

NUR HAZIRAH BINTI ABDUL RAHIM

Kajian kes ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Opesyen Pendidikan Pemulihan (SK) 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSIEN ONN

2017

1.0 PENGENALAN

Steiss (2003) mendefinisikan pengurusan kewangan sebagai satu perancangan


menyeluruh meliputi pelbagai bentuk urusan seperti barangan, perkhidmatan, aktiviti, dan
termasuk juga projek kecil mahupun mega Pengurusan kewangan adalah satu perkara
pokok penting dalam sesebuah kelab atau persatuan. Sumber kewangan menjadi faktor
penentu dan pengawal utama kepada sistem pengurusan sesuatu organisasi. Hal ini kerana
setiap aktiviti yang dirancang memerlukan kos atau perbelanjaan untuk sesuatu aktiviti yang
sedang atau akan diadakan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan sempurna maka
perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang.

Kelab atau persatuan merupakan sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,


berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid
sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing. Insiatif dan usaha pengurusan sesuatu kelab memberi
impak yang lebih besar kepada penyamarakan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian
daripada program pendidikan si sekolah.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini antaranya ialah:

2.1 Mengetahui sumber kewangan yang diperoleh oleh Kelab Keusahawanan


Pendidikan Khas Integrasi (PKI) SK Kodiang.

1
2.2 Mengenalpasti aktiviti yang di rancang untuk penjanaan kewangan Kelab
Keusahawanan PKI SK Kodiang.
2.3 Mengenalpasti isu yang berkaitan pengurusan kewangan Kelab Keusahawanan
PKI SK Kodiang.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Dalam mencapai objektif kajian, soalan-soalan kajian dibentuk seperti berikut:

3.1 Apakah sumber kewangan yang diperoleh oleh Kelab Keusahawanan PKI SK
Kodiang?
3.2 Apakah aktiviti yang mampu menjana kewanagan Kelab Keusahawanan PKI SK
Kodiang?
3.3 Apakah isu atau masalah yang berkaitan pengurusan kewangan Kelab
Keusahawanan PKI SK Kodiang?

4.0 PENYATAAN MASALAH

Cabaran yang dihadapi sesuatu organisasi dalam menguruskan kewangan menjadi satu
polimik yang tidak berkesudahan. Pengurusan kewangan kelab atau persatuan melibatkan
akauntabiliti guru penasihat dan ahli kelab di mana berkaitan dengan proses memperoleh,
mengagihkan, menggunakan dan mengawal sumber-sumber kewangan untuk
menambahbaik pengurusan kewangan kelab atau persatuan untuk mencapai matlamat
tertentu dalam kelab atau persatuan. Selain itu, sumber kewangan yang diperoleh yang
terhad juga menjadi satu cabaran kepada sesebuah organisasi untuk menjalankan suatu
aktiviti.

Kekurangan aktiviti yang mampu menjana kewangan kepada sesebuah kelab atau
persatuan menjadikan matlamat penubuhan sesuatu kelab atau persatuan tersebut tidak
dapat dicapai. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengkaji seberapa banyak sumber kewangan
diperoleh oleh kelab atau persatuan dan bagaimana sesuatu aktiviti yang dijalankan dapat
menjana aliran wang dalam kelab atau persatuan tersebut.

5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Terdapat emat pendekatan kajian kualitatif yang biasa
digunakan iaiatu kajian tindaka, kajian kes, etnografi, dan grounded theory (Locke & Golden-

2
Biddle, 2004). Kajian ini memilih pendekatan kajian kes. Kajian kes menghasilkan
keterangan kes yang mendalam yang boleh digunakan untuk tujuan analisis lebih
mendalam, misalnya untuk menyokong sesuatu teori.

5.2 Sampel Kajian

SK Kodiang dipilih untuk menjalankan kajian ini kerana sekolah menjadi pilihan dalam
perlaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu. Penggunaan
seorang responden boleh dijustifikasikan, dimana kajian-kajian kes umumnya menggunakan
strategi persampelan bertujuan dan subjek yang dijadikan sampel tidak perlu banyak tetapi
yang terpenting adalah yang paling mewakili terhadap isu yang dikaji (Locke & Golden-
Biddle, 2004). Responden yang ditemubual ialah seorang guru Pendidikan Khas Integrasi
(PKI) SK Kodiang iaitu Puan Rosliza yang bertanggungjawab sebagai guru penasihat Kelab
Keusahawanan PKI SK Kodiang.

5.3 Kaedah Pungutan Data

Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan juga pemerhatian untuk memperoleh data
mengenai perlaksanaan, masalah dihadapi dan cara mengatasi masalah pengurusan
kewangan Kelab Keusahawanan PKI SK Kodiang. Temubual dibuat terhadap seorang
responden iaiatu Puan Rosliza guru penasihat kelab tersebut dan pemerhatian pula di buat
terhadap ahli kelab tersebut ketika aktiviti dijalankan. Temubual dijalankan dengan
penyediaan instrument temubual berstruktur.

6.0 ANALISIS DATA

Berikut merupakan data berbentuk kualitatif yang diperoleh daripada temubual bersama
guru penasihat Kelab Keusahawanan PKI SK Kodiang. Analis data yang dibuat ialah
berpandukan SWOT.

Perbincangan Pertama

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kodiang, Kedah


didapati sumber kewangan yang diperoleh daripada Kelab Keusahawanan Pendidikan Khas
Integrasi, SK Kodiang diperoleh daripada peruntukan yang telah dibekalkan oleh Akaun

3
Sumber Wang Awam (SUWA). Akaun wang SUWA ini di bawah satu akaun yang
berasingan dengan peruntukan kewangan daripada Kementerian Pendidikan yang diperoleh
daripada kutipan, yuran ahli atau daripada sumbangan yang digunakan untuk sebarang
aktiviti kokurikulum.

Selain daripada wang SUWA, sumber kewangan kelab ini juga diperoleh daripada
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) yang merupakan peruntukan kewangan tahunan
sekolah yang disediakan bagi menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum
murid dan secara puratanya seorang murid mendapat RM 10.00 setahun. Perbelanjaan
yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK khususnya adalah kelab dan persatuan di
sekolah ini. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan perlaksanaan aktiviti
termasuklah pengendalian dan pengurusan kelab.

Perbincangan Kedua

Perbincangan Ketiga

4
Berdasarkan temubual yang dijalankan dalam perbincangan kedua dan ketiga
menurut responden, penjanaan kewangan Kelab Keusahawanan PKI SK Kodiang ialah
melalui penyertaan ahli kelab tersebut dalam suatu aktiviti yang dijalankan samada anjuran
daripada kelab tersebut atau anjuran sekolah. Terdapat tempoh masa aktiviti samada
sentiasa dilakukan ahli kelab atau berkala. Sebagai aktiviti jualan makanan sering dilakukan
ketika perjumpaan kokurikulum diadakan iaitu pada setiap petang Rabu. Manakala
penjualan makanan seperti kerepek atau biskut dijalankan setelah waktu pdp tamat. Antara
kekuatan yang dilihat melalui aktiviti yang dijalankan ini ialah sambutan
memberangsangkan oleh warga SK Kodiang menjamin pendapatan yang lumayan sebagai
penjanaan kewangan dalam kelab tersebut. Sumber kewangan daripada jualan tersebut
kadangkala diperoleh daripada modal yang dikeluarkan guru penasihat kelab tersebut.

Pengkaji difahamkan, kesemua ahli kelab merupakan murid dari kelas Pendidikan
Khas masalah pembelajaran. Mereka yang terlibat bermula dari Tahun 2 sehingga Tahap.
Umum mengetahui bidang Pengurusan Kehidupan merupakan salah satu sukatan pelajaran
bagi Pendidikan Khas. Di bawah subtopik Kemahiran Hidup mereka diajar untuk
melaksanakan aktiviti seperti bercucuk tanam, memasak dan juga bertukang. Hal ini menjadi
suatu peluang kepada mereka untuk mudah menjana kewangan. Selain daripada
penjanaan kewangan kelab, aktiviti tersebut juga dapat melatih mereka mengamalkan sikap
bekerjasama dalam pasukan dan berdikari.

Namun begitu, terdapat kelemahan dalam organisasi kelab ini di mana bilangan ahli
kelab yang sedikit membataskan sesuatu aktiviti itu dijalankan. Sebagai contoh, penyediaan
bahan jualan memerlukan kakitangan murid yang ramai serta mengambil tempoh masa
yang panjang. Tempoh masa penyediaan kadang kala dilihat menganggu pembelajaran
mereka yang menfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu mengikut jadual
pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran asas jual beli juga harus ditekankan oleh guru
penasihat kerana ahli kelab tersebut adalah dalam kalangan mereka yang memngalami
masalah pembelajaran. Kecekapan dalam urusan jual beli harus dipantau oleh guru kerana
kemungkinan penipuan atau kesilapan dalam urusan jual beli mungkin berlaku.

5
Berdasarkan tinjauan yang dibuat, Kelab Keusahawanan PKI SK Kodiang kurang
melakukan aktiviti luar dan menjadi suatu ancaman kepada kelab ini. Hal ini adalah
disebabkan oleh sumber kewangan yang kurang mencukupi. Terdapat aktiviti jualan
menggunakan modal guru penasihat kelab tersebut. Memndangkan murid daripada sekolah
tersebut adalah dari latar belakang yang pelbagai dan rata-ratanya mempunyai taraf
ekonomi yang rendah, segala kutipan atau yuran yang dibuat dalam aliran kewangan kelab
tersebut pelu dilakukan dengan adanya persetujuan yang teliti oleh pihak ibu bapa.

7.0 PERBINCANGAN

Antara cadangan yang boleh diutarakan bagi membaikpulih pengurusan kewangan di


sekolah tersebut ialah guru seharusnya memikirkan alternatif lain untuk mendapatkan
sumber kewangan dalam kelab tersebut. Sebagai contoh, guru perlu berusaha
mendapatkan dana daripada agensi bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan setiap aktiviti
atau program yang akan dijalankan di sekolah tersebut. Selain itu, memandangkan ahli
kelab tersebut ialah terdiri daripada mereka yang bekeperluan khas, pantauan daripada
guru harus digiatkan bagi mengelakkan daripada terdapatnya unsur penipuan dalam urusan
jual beli yang dilakukan oleh murid. Oleh itu, pelajar yang dilihat boleh menjadi contoh atau
pemimpin kepada pelajar yang lain akan mengetuai setiap aktiviti yang dijalankan secara
berkumpulan. Hal ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar malah
memberi peluang kepada murid bekeperluan khas untuk menjadi pemimpin. Barangan
jualan yang telah dihasilkan sendiri oleh murid bukan sahaja dijual di sekitar sekolah atau
warga sekolah malah boleh dipasarkan diperingkat yang lebih tinggi. Penghasilan produk
yang berkualiti tinggi mampu memberi dapatan yang lumayan kepada kelab tersebut.
Secara keseluruhannya, Ahmad Zaki Hussin (2001), telah merumuskan indikator utama
yang menyumbang kepada wujudnya kelemahan dalam pengurusan kewangan adalah
berpunca daripada kelemahan dan individu, kelemahan organisasi dan sistem kawalan serta
kelemahan kepemimpinan dan keadaan persekitaran

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan selama seminggu di SK Kodiang, didapati bahawa
pengurusan kewangan dalam sesuatu organisasi amat penting bagi melancarkan suatu
program atau aktiviti yang ingin dijalankan. Usaha yang mapan daripada setiap guru dan
murid diperlukan sebagai satu inisiatif dalam urusan kewangan kelab. Melihat kepada isu
kewangan negara, bukan menjadi satu masalah dalam sesuatu organisasi persatuan untuk
terus melakukan aktiviti dan kekal aktif menjalankan setiap program yang ingin dijalankan.

6
RUJUKAN

Rosliza . (13 Mac 2017). Pengurusan Kewangan Kelab

Zainab. (13 Mac 2017). Pengurusan Kewangan Kelab

Ahmad Zaki Hussin. (2001). Trends in Social and Behaviour Sciences. Selangor: Oxford

Mahashim Bajuri. (1984). Pengurusan Kewangan: satu pengenalan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Shahril Marzuki. (2005). Mengurus Kewangan Sekolah. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Steiss, A. W. (2003). Strategic management for public and nonprofit organizations. New
York: Marcel Dekker.

Locke, K., & Golden-Biddle, K. (2004). An introduction to qualitative research: Its potential
for industrial and organizational psychology. Dlm. Steven G. Rogelberg. Handbook of
Research Methods in Industrial and Organizational Psychology, hlm. 99-118, Malden:
Blackwell.

Azizah Mohd Rapini, Ayu Nor Azilah & Muhidin Mokter. (2003). Peranan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan Keberkesanannya dalam Sistem Pendidikan Islam. Dicapai pada 5
Mac 2017 daripada http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-
content/uploads/2013/12/JPPPI_v1_4.pdf

Khalidah Hj. Bakar. (2010). Pengurusan Kewangan Persatuan dan Kelab. Dicapai pada 11
Mac 2017 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/ptk/pengurusan%20kewangan%20umum.pdf

Rubinah binti Khalid. (2010). Pengurusan Kewangan. Dicapai pada 12 Mac 2017 daripada
http://www.utm.my/group/pengurusan-kewangan/

Supian b Ahmad. (2006). Panduan Kelab Kewangan. Dicapai pada 10 Mac 2017 daripada
http://www.duitsaku.com/pdf/Panduan%20Aktiviti%20Kelab%20Kewangan.pdf

7
LAMPIRAN

Lampiran 1

Transkrip temubual

Lampiran 2

Kaedah pemerhatian

You might also like