Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : Pertama MINGGU


: 4 Ogos 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
1
: Tingkahlaku murid yang nakal dan tidak berfokus
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Dalam Kelas Tahun 2, terdapat dua orang murid yang agak nakal .Mereka berdua ini
suka bermain dan mengganggu kawan yang duduk di sebelah semasa pengajaran dan
pembelajaran.Murid tersebut adalah
1. Joshua
2. Bagus
Terdapat beberapa guru juga menyatakan murid tersebut adalah murid yang nakal di
sekolah. Selain itu, saya telah berbincang dengan guru kelas iaitu Cikgu Azuidah, beliau
menyatakan terdapat beberapa murid-murid yang tidak memberi tumpuan dalam kelas
termasuk kedua-dua murid tersebut.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi
perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran
saya iaitu :
• Apakah yang menyebabkan murid-murid ini bermain semasa pengajaran saya ? •
Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?
• Adakah murid yang pandai akan berasa bosan jika saya terlalu menumpukan kepada
murid yang lemah ?
• Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya lakukan bagi menguruskan murid-
murid ini ?
• Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua
masalah ini ?

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Jean Piaget mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut
kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori
kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan
mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan
dibezakan dalam pemikiran dan persepsi.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Saya perlu rajin bertanya dengan guru yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan
tips bagi menguruskan murid yang agak nakal ini. Selain itu, saya perlu sentiasa merujuk
kepada media-media seperti internet untuk mendapatkan lagi cadangan yang bernas
bagi menguruskan murid-murid ini.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya menyediakan rancangan pengajaran yang lebih efektif kepada murid tahun 2
supaya mereka tidak membuat nakal semasa P&P dijalankan. Saya juga menyediakan
sudut ganjaran bagi subjek yang saya ajar untuk menarik perhatian mereka. saya
memastikan semua murid berfokus pada pdp hari tersebut dengan selalu menanyakan
soalan kepada murid-murid.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 10 Ogos 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid
yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah
saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan.

RUJUKAN
Rashid, A. R. (1989). Strategi Pengajaran KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Selamat, A. R. (1991). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ;
Tarikh :
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal : Kedua MINGGU
: 11 Ogos 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
2
: Murid tidak memberi kerjasama dalam aktiviti kumpulan
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Pada minggu kedua, saya telah mengenal pasti segelintir murid yang tidak ingin
memberikan kerjasama kepada ahli kumpulan mereka yang lain apabila diberikan kerja
kumpulan. Setiap kali murid diberikan sesuatu tugasan, ahli kumpulan yang sama sahaja
yang melibatkan diri secara aktif. Terdapat beberapa murid tertentu yang suka
melakukan kerja sendiri.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca murid tidak hendak memberi respon ialah mereka tidak biasa dengan kaedah
kerja kumpulan. Terdapat juga segelintir murid yang tidak suka dengan ahli kumpulan
mereka. Maka, mereka tidak ingin melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan yang diberikan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Yahya Bin Buntat (2010), pembelajaran kooperatif merupakan salah satu
pembelejaran abad ke-21 yang menggalakkan murid berkerjasama antara satu sama lain
bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Murid akan berbincang antara satu
sama lain bagi menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Melalui
kaedah ini, murid dapat menerapkan nilai bekerjasama antara ahli kumpulan mereka.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu ini, saya telah
mengenal pasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah ini:
• Memberikan peneguhan postif
• Memberikan ganjaran seperti token atau hadiah
• Pemantauan berkala dalam kalangan murid yang tidak suka memberi kerjasama.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan dengan membuat sistem ganjaran seperti pemberian
token kepada kumpulan yang banyak memberikan respon. Saya juga melakukan
pemantauan berkala terhadap murid-murid yang tidak suka memberikan kerjasama.
Saya akan berusaha untuk menyusun semula murid-murid supaya mereka dapat
memberikan komitmen yang tinggi.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 14 Ogos 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi kesan yang baik. Murid –murid dapat memberi kerjasama yang baik
dalam kumpulan mereka.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Saya berasa gembira kerana murid-murid dapat bekerjasama dalam kumpulan.

RUJUKAN
Yahya Buntat. (2010). Kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar.
Selangor: Percetakan Info Meditasi Sdn. Bhd.

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ;
Tarikh :
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal : Ketiga MINGGU
: 18 Ogos 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
3
: Tidak dapat mengingati nama murid
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Minggu ini merupakan minggu ketiga saya memasuki sekolah SK Cator Avenue. Masalah
yang saya telah hadapi minggu ini ialah, saya mengalami kesukaran dalam mengingati
nama murid. Apabila, saya tidak dapat mengingati nama murid, pembelajaran aktif tidak
dapat dilaksanakan. Malah, saya juga telsh gagal mengenal pasti nama murid yang suka
membuat nakal dan suka menggangu rakan-rakan mereka.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pada pandangan saya, punca masalah ini berlaku ialah kerana saya tidak mempunyai
ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang singkat. Kedua, saya
hanya dapat mengingati nama murid yang selalu aktif di dalam kelas. Seterusnya,
mungkin saya akan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan suasana kelas
tersebut.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Bartlett (2004), seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar
belakang murid-muridnya. Apabila seorang guru dapat mengingati nama muridnya,
perkara ini menunjukkan berapa prihatinya seorang guru terhadap muridnya. Hubungan
antara murid dan guru menjadi lebih erat apabila seorang guru dapat mengingati nama
murid. Komunikasi dua hala dapat diterapkan apabila guru dapat mengingati nama
muridnya. Tidak lupa juga, guru dapat mengawal kelas mereka apabila dapat mengingati
nama muridnya.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu ini, saya telah
mengenal pasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah ini:
 Menyalin balik nama murid-murid saya dalam buku nota saya
 Merangka pelan kedudukan murid yang mengandungi nama murid sekali.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :

Saya akan mengambil tindakan dengan melaksanakan semua cadangan yang telah
disenaraikan di atas. Sekiranya, saya tidak dapat mengatasi masalah ini, saya akan
mengambil tindakan dengan mencetak nama murid berserta gambar mereka. Saya
berharap dengan tindakan ini, saya dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 26 Ogos 2018


8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Pelan duduk pelajar bukan sahaja telah membantu saya untuk mengingati nama pelajar
tetapi juga sebagai salah satu cara untuk mengawal bilik darjah. Hal ini demikian kerana,
apabila saya sudah kenal kedudukan setiap murid, saya boleh mengecam pelajar yang
tidak duduk di kedudukan asalnya dan yang suka menggangu rakan lain.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :

Konklusinya, mengingati nama pelajar merupakan salah satu kelebihan yang perlu ada
pada setiap guru. Guru perlulah mendekati setiap pelajar dan mengingati nama serta latar
belakang murid tersebut. Walaupun sesi menghafal nama murid ini mungkin mengambil
masa yang agak lama, namun, saya percaya para guru dapat mengingati nama murid
mereka sekiranya mengambil tindakan yang sewajarnya. Salah satu cara mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif ialah dengan mengingati murid.

RUJUKAN
Bartlett & Thomas. (2004). Taking Control of the Classroom. Selangor. United Kingdom:
Open University Press.

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama : Puan Azuidah Bt Abdul Wahab


Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ; Encik Zainal Ariff bin Mat


Tarikh :
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal :4 MINGGU
: 1 September 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
4
: Kebersihan Bilik Darjah
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Minggu ini merupakan minggu keempat saya memasuki sekolah SK Cator Avenue.
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah kebersihan kelas. Saya mendapat
kelas 2 Utarid sentiasa penuh dengan sampah sarap. Murid-murid tidak mengutamakan
konsep kebersihan dalam kehidupan mereka.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pada pandangan saya, punca masalah ini berlaku ialah kerana murid-murid tidak
mempunyai kesedaran betapa pentingnya kebersihan bilik darjah ini. Murid-murid
merasakan rutin kebersihan bilik darjah tidak penting dan tidak mengikut peraturan
tersebut. Pada waktu yang sama, guru kelas mereka juga tidak dapat mengawasi
kebersihan kelas kerana sibuk dengan pelbagai perkara.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Khuzaimah Sulaiman (2012) telah menjelaskan bahawa sekolah merupakan
pentas terbaik untuk anak-anak kita menimba ilmu yang tidak ternilai. Kawasan sekolah
yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar mendapatkan ilmu
tanpa sebarang masalah. Keadaan bilik darjah yang penuh dengan sampah akan
menggangu proses murid belajar.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu ini, saya telah
mengenal pasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah ini:
 Membersihkan kelas pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran
 Memberikan taklimat kebersihan kepada murid.
 Menekankan kepada murid kesan tidak menjaga kebersihan kelas
 Memupuk kerjasama antara murid supaya membersihkan kelas mereka

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan dengan melaksanakan semua cadangan yang telah
disenaraikan di atas. Sekiranya, saya tidak dapat mengatasi masalah ini, saya akan
mengambil tindakan dengan membuat jadual tugas yang baharu dan memastikan mereka
mengikuti jadual tugas tersebut. Saya juga akan meluangkan masa sekurang-kurangnya 3
minit untuk membersihkan kelas sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


1 September 2018
8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :
Saya telah melakukan langkah yang telah dicadangkan dan saya telah mendapati langkah
tersebut amat berkesan. Antara langkah yang sangat berkesan ialah membersihkan kelas
pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila tindakan ini diambil, murid berasa
lebih selesa ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga tidak mengalami
sebarang halangan ketika mengajar anak murid.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Konklusinya, kebersihan kelas merupakan sesuatu yang perlu sentiasa diutamakan. Hal
ini demikian kerana, keadaan bilik darjah yang kondusif dan selesa merupakan salah satu
faktor utama dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Walaubagaimanapun, halangan yang saya hadapi ketika melaksanakan cadangan
yang telah diberikan ialah dari segi kekangan masa. Hal ini demikian kerana, saya
terpaksa memendekkan sesi penutup kerana meluangkan 3 minit pada awal sesi
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru kelas perlulah memainkan peranan untuk
menugaskan murid-murid membersihkan kelas terlebih dahulu setelah sampai ke sekolah,
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

RUJUKAN
Khuzimah Sulaiman. (2012). Serlahkan Aura Guru Super. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ;
Tarikh :
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal :5 MINGGU
: 7 September 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
5
: Kawalan kelas
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Minggu ini merupakan minggu kelima saya memasuki sekolah SK Cator Avenue. Masalah
yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah kawalan kelas. Setelah lima minggu saya
memasuki kelas ini, hubungan saya dengan murid-murid di dalam kelas menjadi semakin
erat. Kami mula menjadi lebih mesra antara satu sama lain. perkara ini menyebabkan saya
sukar untuk mengawal kelas kerana terdapat murid yang mengambil kesempatan terhadap
guru. Terdapat juga segelintir murid yang mula mengingkar arahan guru. Perkara ini
menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pada pandangan saya, punca masalah ini berlaku ialah kerana sikap mesra saya dengan
para murid. Perkara ini menyebabkan murid mengingkari arahan guru. Saya sebagai guru,
menjadi kurang tegas dengan murid kerana hubungan kami yang semakin mesra tersebut.
Maka, ada sekumpulan murid yang mengambil kesempatan dengan berbuat bising

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Hasani Dali (2009) seorang guru perlulah bijak dalam mengawal kelas. Beliau
menegaskan sikap seorang guru yang perlu bertindak tegas pada waktu yang sepatutnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa ciri seorang murid yang baik adalah seorang guru yang
dapat mengawal kelas dengan baik.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu ini, saya telah
mengenal pasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah ini:
 Saya perlu sedar dengan waktu-waktu yang saya boleh bergurau dan perlu
tegas dengan murid.
 Seterusnya mencipta quiet signal supaya dapat menarik perhatian semua
murid bagi mengelakkan mereka daripada berbuat bising.
 Saya akan mencari waktu untuk menjelaskan kepada mereka untuk
menerangkan peraturan dan undang-undang dalam sesebuah kelas.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya telah mengambil tindakan dengan melaksanakan ketiga-tiga cadangan yang telah
diberikan. Saya juga telah turut berbincang dengan guru kelas mereka bagi menyelesaikan
masalah ini.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 13 September 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Saya telah melakukan langkah yang telah dicadangkan dan saya telah mendapati langkah
tersebut amat berkesan. Antara langkah yang sangat berkesan ialah mengetahui masa yan
betul bagi bergurau dan tegas dengan mereka. Apabila tindakan ini diambil, murid sedar
bahawa ketika proses pengajaran berlaku, murid perlu memberi perhatian dan tidak berbuat
bising. Guru juga tidak mengalami sebarang halangan ketika mengajar anak murid.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Konklusinya, saya berpuas hati dengan tindakan murid-murid saya. Kini mereka sedar
dengan perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ketika dalam kelas. Saya
juga perlu memastikan murid selalu mengikut peraturan yang diberikan oleh guru.

RUJUKAN
Mohd Hasani Dali. (2009). Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama : Puan Azuidah Bt Abdul Wahab


Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ; Encik Zainal Ariff bin Mat


Tarikh :
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal :6 MINGGU
: 14 September 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
6
: Sikap tidak mengangkat tangan ketika menjawab soalan
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Minggu ini merupakan minggu keenam saya memasuki sekolah SK Cator Avenue.
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah, murid tidak mengangkat tangan ketika
menjawab soalan. Murid murid tahun 2 Utarid tidak mengangkat tangan mereka apabila
hendak menjawab soalan. Terdapat sekumpulan murid lelaki yang sering menjawab tanpa
mengangkat tangan mereka.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pada pandangan saya, punca masalah ini berlaku ialah kerana sikap mesra saya dengan
para murid. Perkara ini menyebabkan murid mengingkari arahan guru. Seterusnya pula,
kelas ini mengandungi murid-murid yang terdiri daripada kepelbagaian kecerdasan. Maka,
murid-murid yang mempunyai pencapaian yang kurang cemerlang sering mempengaruhi
murid lain. Perkara ini menyebabkan murid lain turut terpengaruh dan melakukan perbuatan
kawan mereka.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Lee Lay Wah (2016), peneguhan positif iaitu pemberian ganjaran harian
merupakan sejenis rangsangan bagi menggalakkan murid melakukan tingkah laku positif
yang diinginkan oleh guru. Maka, saya rasa, teknik ini merupakan salah sebuah teknik yang
perlu diaplikasikan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu ini, saya telah
mengenal pasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah ini:
 Saya perlu menetapkan peraturan iaitu murid perlu mengangkat tangan
sekiranya ingin menjawab soalan.
 Murid hanya dibenarkan menjawab apabila diberi signal oleh guru untuk
menjawab.
 Pemberian token kepada ahli kumpulan yang mengikuti arahan guru.
 Memberikan kata-kata motivasi kepada murid agar tidak mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh guru.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan dengan melaksanakan ketiga-tiga cadangan yang telah
diberikan. Saya juga akan turut berbincang dengan guru kelas mereka bagi menyelesaikan
masalah ini.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 18 September 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Saya telah melakukan langkah yang telah dicadangkan dan saya telah mendapati langkah
tersebut amat berkesan. Antara langkah yang sangat berkesan ialah pemberian token
kepada ahli kumpulan yang mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Murid akur dengan
peraturan guru apabila mereka diberikan ganjaran dalam bentuk token.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :

Konklusinya, saya berpuas hati dengan tindakan murid-murid saya. Kini mereka sedar
dengan perkara yang boleh dilakukan apabila ingin menjawab soalan. Saya juga percaya
bahawa sistem ganjaran sangat berkesan.

RUJUKAN
Lee Lay Wah. (2016).Program Pengurusan Tingkah Laku. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama : Puan Azuidah Bt Abdul Wahab


Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ; Encik Zainal Ariff bin Mat


Tarikh :
PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal :7 MINGGU
: 19 September 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
7
: Murid sering keluar kelas
Tajuk

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Minggu ini merupakan minggu ketujuh saya berada di Sk Cator Avenue. Masalah yang
saya hadapi pada minggu ini ialah, murid gemar keluar kelas menggunakan pelbagai
alasan. Antara alasan utama ialah, hendak ke tandas. Masalah ini sering dilakukan oleh
murid tahun 2 Utarid. Saya mengajar kelas ini Bahasa Melayu dan hanya masuk kelas
mereka seminggu sekali. Dalam sejam, sekurang-kurangnya sejumlah lapan murid akan
keluar dengan alasan hendak ke tandas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pada pandangan saya, punca masalah ini berlaku ialah kerana murid suka merayau di
luar kelas. Murid bukannya pergi ke tandas untuk membuang air kecil tetapi mereka hanya
menggunakan alasan ini untuk merayau di luar kelas. Mereka juga suka menggunakan jalan
yang paling jauh ke bilik darjah.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut James Ang Jit (2014) aktiviti yang menarik dan pelbagai dapat menarik perhatian
murid daripada aktiviti-aktiviti lain. Murid akan memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap
kerja yang diberikan dan tidak akan hilang tumpuan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu ini, saya telah
mengenal pasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah ini:
 Saya perlu menetapkan peraturan iaitu murid tidak dibenarkan keluar dari bilik
darjah pada awal dan akhir 10 minit sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Murid hanya dibenarkan keluar ke tandas sekali sahaja.
 Murid hanya diberi masa 5 minit untuk pergi ke tandas.
 Memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan dengan melaksanakan ketiga-tiga cadangan yang telah
diberikan. Saya juga akan turut berbincang dengan guru kelas mereka bagi menyelesaikan
masalah ini.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 24 September 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Saya telah melakukan langkah yang telah dicadangkan dan saya telah mendapati langkah
tersebut berkesan. Antara langkah yang sangat berkesan ialah murid hanya dibenarkan
keluar ke tandas sekali sahaja dan aktiviti yang pelbagai di dalam kelas. Murid akur dengan
peraturan guru apabila mereka dletakkan peraturan sebegini. Murid berasa seronok dengan
aktiviti yang diadakan dan tidak keluar dari kelas kerana ingin menyiapkan tugasan yang
telah diberikan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :

Konklusinya, saya berpuas hati dengan tindakan murid-murid saya. Kini, mereka tahu
bahawa, mereka hanya dibenarkan keluar sekali sahaja pada satu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Mereka juga sedar bahawa, mereka perlu sampai ke bilik darjah dalam
tempoh masa 5 minit.

RUJUKAN
James Ang Jit. (2014). Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: PTS Publications.

Disemak oleh Guru Pembimbing

_______________________

Nama : Puan Azuidah Bt Abdul Wahab


Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

_______________________

Nama ; Encik Zainal Ariff bin Mat


Tarikh :

You might also like