Analisis Degup Jantungnya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0: PENGENALAN

Drama adalah karya sastera yang disusun untuk melukiskan hidup dan aktivitimenggunakan pelbagai
tindakan, dialog dan permainan watak. Drama penuhdengan permainan lakonan dan watak yang
mampu memukau penonton. Dramamerupakan karya yang dirancang bagi pentas teater.

Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama sebagai jenissastera yang tercipta untuk
dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkanaksi-aksi yang ditetapkan dan melafazkan dialog yang
disediakan. Hal inibertepatan dengan konsep drama moden yang memerlukan skrip untuk
dihafalseterusnya dilafazkan dalam lakonan.Sharif Shaary dalam Mohammad (1994) pula menghuraikan,
drama sebagaisatu daripada genre kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi.Berbeza
daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis untuk teater, dan parapelakon mengambil alih
peranan watak-watak yang memainkan aksi yangdiarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah
dihafal.Jelaslah, drama merupakan satu genre kesusasteraan yang dihasilkan dalambentuk dialog bahasa
prosa atau bahasa puisi. Drama yang menarik menyatukanseluruh unsur seni yang ada. Kejayaan drama
bukan setakat bergantung padaaspek lakonan semata-mata, tetapi kuat bergantung kepada skrip drama
itusendiri.
2.0: ASPEK PENTING DALAM ANALISIS SKRIP DRAMA

2.1 Tema dan Pemikiran

Tema ialah idea dasar atau persoalan utama yang diungkapkan oleh pengarang bagi mendasari
karyanya. Tema menjadi panduan kepada pengarang dalam usaha mengumpulkan, memilih dan
menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya. Tema tidak dinyatakan secara langsung dengan
jelas tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya tersebut. Tema sesuatu karya
lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya. Banyak
perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, contohnya keadilan, perjuangan, sejarah,
kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam dan banyak lagi.

Tema yang saya dapati dalam drama “Degup Jantungnya” yang merupakan karya Usman
Awang ialah dilema yang dihadapi oleh seorang pemuda dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Melalui watak Dr. Ali, kita dapat lihat bahawa dia dalam dilema dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Dia tidak mampu untuk menunaikan permintaan Umar atas dasar
kemanusiaan tetapi dia juga tidak sanggup melihat keadaan Umar yang dalam kesakitan merintih
kepadanya supaya memendekkan jangka hayatnya dengan secepat mungkin. Dia memanggil
Milah isteri kepada Umar untuk membincangkan hal ini tetapi dia tidak sanggup untuk
menyatakan kepada Milah mengenai permintaan Umar kepadanya itu. Dr. Ali memberi harapan
kepada Milah bahawa suaminya itu masih ada harapan untuk hidup. Setelah Milah melihat sendiri
keadaan Umar ketika di rumah sakit, merintih supaya tuan doktor mematikan nyawanya barulah
dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Ali. Milah menuduh Dr. Ali sebagai seorang yang
mementingkan diri padahal, dia sudah cukup dalam dilema dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Dr. Ali menyatakan bahawa dia seorang doktor untuk memelihara nyawa
bukan pembunuh. Berlaku konflik antara Milah dan Dr. Ali apabila Milah menyatakan Dr. Ali lebih
mementingkan kedudukannya sebagai seorang doktor daripada rasa kemanusiaan. Dr. Ali
menyatakan kepada Milah bahawa dia bukan mementingkan kedudukan tetapi
tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
2.2 Watak dan Perwatakan

Setiap karya sastera seperti drama pasti mempunyai pelaku yang disebut sebagai watak. Secara
mutlaknya watak ialah pelaku-pelaku dalam karya sastera. Apabila membicarakan tentang watak,
tidak dapat lari dari menyentuh jenis-jenis watak. Watak-watak ini tergolong kepada beberapa
kelompok atau jenis watak. Antara jenis watak adalah seperti berikut:

Jenis Watak Keterangan


Watak Utama Watak penting yang menggerakkan sesuatu
cerita.
Watak Sampingan Merupakan watak pembantu yang lebih kecil
peranannya daripada watak utama dalam
sesuatu karya.
Watak Pipih Watak yang tidak kompleks dan tidak
difokuskan dalam sesuatu karya.)
Watak Dinamik Watak yang aksi, fikiran, pandangan atau
perasaannya berkembang dan sering
berubah.
Watak Kodi Watak kaku yang berfungsi sebagai intermezo
dalam cerita ini. Biasanya watak sedemikian
digunakan oleh pengarang untuk
menyalurkan pendapat atau pandangannya.

Bagi konsep atau pengertian istilah perwatakan pula lebih menjurus kepada sifat-sifat watak
tertentu sama ada sifat fizikal (tubuh badan), pemikiran serta sifat perlakuan sesuatu watak itu.
Perwatakan fizikal adalah seperti besar, kurus, gemuk, tinggi, rendah, berkulit hitam atau putih,
lelaki ataupun wanita, muda atau tua usianya. Perwatakan pemikiran dan tingkahlaku pula lebih
kepada sifat seperti berani, takut, gembira, sedih, pak turut, teguh pendirian, penyayang, bengis,
dan zalim misalnya.
Justeru, berikut merupakan watak dan perwatakan dalam drama “Degup Jantungnya”:

Watak Perwatakan

Watak utama:  Berusia kira- kira 30 tahun.


Dr. Ali  Seorang yang cergas dan sensitif.
 Seorang doktor.
Seorang yang bertanggungjawab
Contohnya: Dr. Ali menjalankan tugasnya sebagai doktor dengan
merawat pesakitnya, Umar yang menghidapi penyakit kanser
paru- paru. (m/s 2)

Bersikap kemanusiaan
Contohnya: Dr Ali berfikir banyak kali tentang permintaan Umar
supaya mematikannya dengan cepat kerana dia tak sanggup
menahan sakit. Atas dasar kemanusiannya Dr. Ali tidak sanggup
menunaikan permintaan Umar. (m/s 13)

Baik hati
Contohnya: Dr. Ali menenangkan Milah apabila mendapati
suaminya, Umar cuba untuk membunuh diri kerana tidak
sanggup menahan kesakitannya. (m/s 12)

Bersikap pesimitif
Contohnya: Dr. Ali yang bersikap mudah putus harap dan
mengatakan kanser tiada ubatnya. Dia juga berasa hilang
kepercayaan bahawa kanser boleh dirawat. Tambah lagi, apabila
Dr Roswell Park begitu yakin boleh mencari ubat mengatasi
kanser tetapi sudah hampir 70 tahun tiada juga hasilnya. (m/s 6)
Watak Perwatakan

Berani menyuarakan pandangan


Contohnya: Dia berani menyatakan pendapatnya di majlis forum
universiti tentang dasar kerajaan yang membenarkan penjualan
rokok sampai menjadi berita akhbar. (m/s 4)

Seorang yang tenang


Contohnya: Apabila mendapat berita tentang kematian Umar, Dr
Ali tenang mendengar berita tersebut dan memberitahu kepada
Milah. (m/s 13)

Berpendirian tetap
Contohnya: Dr Ali telah bertengkar dengan Dr Kumar kerana dia
tetap dengan pendiriannya bahawa tidak mahu menyatakan
kepada pesakit tempoh berapa lama pesakit akan hidup kerana
harapan dapat memberi kekuatan untuk hidup kepada pesakit.
(m/s 6)

Watak Sampingan: Seorang yang penyayang


Milah Contohnya: Milah sayang kepada suaminya apabila dia datang
 Isteri kepada Umar. menjaga Umar di hospital dan dia sentiasa berharap bahawa ada
 Ibu kepada Aidah. harapan untuk suaminya untuk sembuh. Milah juga sayang
 Seorang guru. kepada anaknya Aidah apabila dia menjahit baju Melayu untuk
persembahan tariannya. (m/s 8)

Seorang yang setia terhadap suaminya


Contohnya: Milah tetap setia terhadap suaminya walaupun
suaminya menghidap penyakit kanser paru- paru. (m/s 8)
Watak Perwatakan

Watak Pipih: Seorang yang keras kepala


Ayah Dr. Ali Contohnya: Dia tidak mahu mendengar nasihat anaknya, Dr Ali
 Pegawai kerajaan supaya berhenti mengisap paip yang akan membawa kepada
yang bersara. kemudratan (m/s 4)

Berfikiran matang
Contohnya: Sebagai seorang pegawai kerajaan yang sudah
bersara, banyak pengalaman yang telah mengajarnya tentang
kehidupan. Dia menasihati anaknya supaya tidak terlalu sensitif
dan idealistik. (m/s 6)

Prihatin
Contohnya: Dia risau akan keadaan anaknya yang seperti tidak
sihat kerana bekerja teruk dan mengajaknya pulang ke rumah
untuk berehat. (m/s 7)

Watak Dinamik: Seorang yang keras kepala


Umar Contohnya: Apabila Milah menasihatinya supaya kurangkan
 Suami kepada merokok dia menoloknya dengan memberikan alasan (m/s 12)
Milah.
 Ayah kepada Aidah. Mudah berputus asa
Contohnya: Umar cuba untuk membunuh diri apabila dia tidak
lagi sanggup menahan kesakitan yang dihadainya (m/s 11)

Seorang yang penyayang


Contohnya: Dia amat menyayangi isteri dan anaknya apabila dia
bermain- main dengan anaknya, Aidah dan dia bergurau senda
bersama isterinya sebelum dia terlantar di hospital (m/s 11)
Watak Perwatakan

Prihatin
Contohnya: Walaupun dia dalam keadaan yang sakit, dia masih
mengambil berat prihal anaknya dengan bertanya kepada
isterinya bagaimana keputusan peperiksaan anaknya itu (m/s 8)

Watak Kodi:  Berumur 7 tahun setengah.


Aidah
Pandai menari
 Anak kepada Milah
dan Umar. Contohnya: Dia mewakili konsert di sekolahnya (m/s 8)

Pandai melukis
Contohnya: Aidah mendapat A dalam ujian penggalnya. (m/s 8)

Watak Kodi:
Jururawat

2.3 Plot dan struktur dramatik

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita.


Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Plot
mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan
berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan
kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari
awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut
kemahuan pengarang. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga
mencapai peleraian. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk
memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian.
Plot dalam drama “Degup Jantungnya”:

Permulaan

Pada permulaan cerita, pengarang memperkenalkan watak utama iaitu Dr. Ali. Seorang doktor
yang berusia kira-kira tiga puluh tahun- cergas dan sensitif. Milah dan Dr. Ali berbual mengenai
Umar, suami Milah yang menghidapi penyakit kanser. Dapat lihat dalam perbualan mereka, Dr.
Ali seperti merahsiakan sesuatu kepada Milah.

Perkembangan

 Konflik antara Dr. Ali dan dirinya


Dr. Ali menghidapi gangguan suara yang selalu bermain di fikirannya. Gangguan suara Umar
iaitu pesakitnya yang menghidap penyakit kanser.

 Konflik antara Dr. Ali dan Milah


Dr. Ali beras ragu-ragu untuk memberitahu Milah keadaan sebenar dan permintaan suaminya
iaitu Umar. Hal ini kerana, permintaan Umar berkaitan tentang sifat kemanusiaan dan etikanya
sebagai doktor dan kemungkinan sukar diterima oleh Milah. Milah tertanya tanya apa yang cuba
disampaikan oleh Dr. Ali sampai ingin berjumpa dengannya. Dr. Ali sering memberitahu kepada
Milah bahawa harapan itu sentiasa ada untuk Umar. Akhirnya, setelah Milah melihat sendiri
keadaan Umar, barulah dia tahu apa yang cuba Dr. Ali memberitahunya dulu.

 Konflik antara Dr. Ali dan ayahnya.


Konflik berlaku apabila Dr. Ali cuba menasihati ayahnya supaya berhenti tabiat merokok tetapi
ada sahaja alasan yang diberikan. Ayah Dr. Ali merupakan seorang perokok tegar yang sukar
dan payah untuk berhenti daripada tabiat itu kerana merokok sudah sebati dengan hidupnya. Dia
memberikan pelbagai alasan dengan mengatakan kanser bukan kerana rokok sahaja.

Perumitan

Milah pergi menziarahi Umar di rumah sakit. Komplikasi bermula apabila Umar tidak ingin
memberitahu Milah tentang kesakitan yang ditanggung olehnya selama ini. Pada ketika ini, Umar
secara tiba- tiba tidak keruan dan menyuruh Milah pulang. Namun, Milah tetap berkeras untuk
tinggal disisi suaminya. Dia pada mulanya tidak mahu Milah risau akan keadaannya tetapi
kesakitannya seperti sudah di tahap maksimum dan dalam keadaan separuh sedar Umar
menyatakan kepada Milahuntuk menyuruh doktor membunuhnya.

Klimaks

Ketika Dr. Ali menerima panggilan dan mendapati Umar cuba untuk membunuh diri tetapi dapat
dihalang. Kemudian, Dr. Ali terus bergegas ke tempat tersebut dan meninggalkan Milah seorang
diri.

Anti-Klimaks

Apabila Milah sudah rela untuk melepaskan suaminya. Milah mendesak Dr. Ali supaya
menamatkan segala keseksaan yang dihadapi oleh Umar dengan menunaikan segala
permintaannya.

Penyelesaian
Permintaan Milah sudah ditunaikan. Setelah sahaja dia mendesak Dr. Ali supaya memunaikan
permintaan suaminya, degupan jantung suaminya benar- benar terhenti.

2.3 Gaya Bahasa

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata, frasa dan
ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. Gaya bahasa bukanlah apa
yang ditulis oleh pengarang, tetapi bagaimana pengarang menulis dan mempersembahkan
ceritanya. Gaya bahasa melibatkan tanda baca, rima tona, pengulangan, tekanan dan
sebagainya yang juga ada kaitan dengan ciri-ciri linguistik dan juga semantik bahasa. Dalam hal
ini, pengarang bebas memanipulasi diksi, struktur ayat, memilih frasa, membina dialog dan aspek
bahasa yang lain untuk menimbulkan gaya atau mood. Dalam drama, gaya bahasa melibatkan
intonasi dan bunyi suara yang berbagai-bagai. Gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang
pengarang merupakan identiti dan gaya yang unik bagi pengarang itu sendiri sehingga
membezakannya daripada pengarang yang lain.
Justeru, gaya bahasa bagi drama “Degup Jantungnya” ialah:

1) Metafora
Satu objek atau abstraksi yang diberikan sifat objek lain dengan menganggap objek yang kedua
itu mempunyai aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama. (konkrit/abstrak)

Contohnya:

Milah (terlepas keluhan tajam pedih, terdiam sejurus menutup muka dengan tangannya. Cuba
mengtasi diri) : Terima kasih, tuan doktor. Sejak saya menyaksikan sendiri petang semalam saya
sudah tahu. (m/s 15)

Dr. Ali : (cuba bertegas) Cik Milah, itu hanya kata-kata liar dari seorang pesakit ketika separuh
sedar. (m/s 15)

2) Personafikasi
Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia. Personafikasi dikatakan penjelmaan
orang, binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda-benda mati yang lainnya diberi sifat manusia.

Contohnya:

Milah : …Saya tak boleh membunuh harapan bahawa suatu hari nanti dia akan sihat semula,
akan riang semula bersama saya dan Idah. (m/s 17)

3) Eufemisme
Ungkapan yang lebih halus dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang
dianggap kasar dan tidak menyenangkan. Perkataan dituturkan agar tidak menyinggung
perasaan pendengar.

Contohnya:

Milah : Dan katanya dia rela umurnya pendek beberapa tahun asalkan tetap dapat menikmati
rokok. (Teringat, melihat jam tangannya). Tuan doktor, saya mesti pulang. Dan tuan tentu banyak
kerja. (merenung Dr. Ali sejenak) (m/s 7)
4) Ironi
Sindiran halus dan mempunyai makna disebaliknya.

Contohnya:

Dr. Ali : Ya, ayah hantar saya menjadi doktor pun tak berguna, bukannya ayah mahu mendengar
nasihat saya. (muka surat 4)

5) Sinisme
Bahasa sindiran tajam yang bertujuan untuk menyakitkan hati atau menyinggung perasaan.
Juga digunakan untuk menunjukkan ejekan terhadap keikhlasan atau kejujuran seseorang yang
diragui.

Contohnya:

Dr.Ali: (Berdiri, resah) Ya, tapi dunia dagang itu meosakkan masnusia. Kaum kapitalis menipu
rakyat, mengiklankan kebaikan rokok mereka, dengan perempuan- perempuan telanjang,
dengan hero-hero yang gagah.

Ayah : Dapatkah kau menutup kilang-kilang rokok dan menahan kemasukan rokok dari luar
negeri, menahan iklan disiarkan di mana-mana? (m/s 5)

6) Repitisi
Unsur yang digunakan dalam bahasa perulangan. Biasanya gaya ini mengulang kata-kata atau
frasa beberapa kali dalam satu kalimat.

Contohnya:

Ayah : Mau membaiki segala keburukan, mau menghapuskan segala penderitaan. Mau
mengubah dunia. Tapi pengalaman mengajarku... (muka surat 6)

Milah : Ya, saya tau, saya tau. Saya mesti ingat itu. Mesti ingat itu. Jangan ingatkan seksanya
(separuh sedar, terlalu pedih) jangan ingatkan jeritannya. Jangan ingatkan cengkaman
tangannya. Jangan ingatkan rayuannya minta dikasihani. Jangan, jangan ingat itu. (muka surat
7) Anafora
Perulangan perkataan pada awal baris.

Contohnya:

Dr. Ali: Mungkin lama lagi, mungkin….mungkin tidak selama itu. (m/s 10)

8) Epifora
Perulangan pada akhir baris

Contohnya:

Milah:...Sejak saya menyaksikan sendiri semalam, saya sudah tau. Ya, saya sudah tau (muka
surat 10)

9) Responsi
Perulangan perkataan di tengah-tengah baris.

Contohnya:
Dr. Ali : ... Hanya tidak tergamak menyatakan. Dan tidak tergamak menanyakan.

2.4 Aksi

3.0: ALIRAN DRAMA DALAM SKRIP

3.1 Aliran Realisme dan Bukan Realisme

6.1 ALIRAN REALISME

Menurut Zakaria Ariffin (1984), realisme bermaksud berhampiran kepadakenyataan atau kehampiran
kepada hal-hal yang nyata terutamanya dalamhubungannya dengan penulisan sesebuah karya sastera
atau pementasansesebuah drama pentas. Ia bermaksud kepercayaan bahawa sesuatu itudapat dilihat
dan disentuh. Contohnya, sebuah kerusi, bermakna kerusi itubetul-betul wujud di situ dan boleh
disentuh.Dalam konteks drama, konsep realisme seseorang penulis lebihmenekankan kepada gambaran
kehidupan sebagaimana yang dapat dilihatbetul-betul berlaku, bukannya gambaran kehidupan yang
bakal ataumungkin berlakuDari sudut struktur drama realisme Malaysia menggunakan teori Aristotle
iaitu adanya protasis, apitasis dan katastasis. Manakala dari sudutplotnya masih berpegang kepada pola
lima tahap iaitu eksposisi, krisis,

klimaks, antiklimaks dan penyelesaian. Drama realisme Melayu lebihdihasratkan kepada penyampaian
cerita, sehingga yang dipentingkan ialahcerita dan bagaimana hendak menyudah atau menyelesaikan
cerita.Mustapha Kamil Yassin telah menegaskan konsep aliran realismemelalui dramanya Atap Genting
Atap Rembia (1963). Dalam eseinya

(“Beberapa Persoalan Drama dari Segi Penulisan”, Dewan Masyarakat,

Oktober 1963), Mustapha dengan tegas menolak drama-dramabangsawan serta sandiwara yang pada
waktu itu sudah meninggalkanalam fantasi dan mula membawa tema dan plot yang masuk akal,
tetapimasih belum pembaharuan ke arah konsep moden dalam perkembangandrama Melayu waktu
itu. Menurut Mustapha dalam eseinya dalam Zakaria

Ariffin (1984), sandiwara, “belum mengemukakan lakonan sebagai satu

kesenian. Senikatanya masih terpulang kepada para peserta yangmelahirkan ucapan mengikut kehendak
peristiwa. Perabot dan alat-alanyamasih ditarik, digulung atau dilepaskan. Sandiwara tidak lepas dari
menjadi

alat penghibur semata dan bukan sebagai seni yang berkesan.”

Tambahan lagi, Hassan Ahmad juga bersetuju dengan Mustapha Kamil

tentang drama aliran realisme. Hal ini boleh dilihat dalam eseinya “Sepin

tas

Lalu Mengenai Drama” (Dewan Bahasa, Jun 1960). Menurutnya,“pengarang drama zaman sekarang,
zaman serba baharu dan maju, mesti

menitikberatkan soal tema dan bahan-bahan cerita yang sesuao denganmasyarakat penontonnya.
Antara drama yang membawa aliran realisme

ialah “Manusia Hina” karya Kala Dewata dan “Malam Kemerdekaan” yang

dipentaskan pada tahun 1960, bersesuaian dengan masyarakat padazaman itu.

6.2 ALIRAN BUKAN REALISME

Drama aliran bukan realisme amat berbeza dengan aliran realisme. Hal inikerana drama ini mendokong
sifat yang tidak logik dan tidak masuk akal.Drama tradisional tergolong dalam drama aliran bukan
realisme. Hal inikerana drama ini mempunyai gaya penceritaan yang dipengaruhikepercayaan dan
budaya.Sebagai contoh dalam drama

“Cetera yang Kedua” dalam buku


SejarahMelayu (1975)

, “Maka dengan takdir Allah Taala lembu kenaikan baginda

(Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama). Itu pun muntahkan

buih, maka keluarlah daripada buih itu seorang manusia laki-laki dinamaiBat dan destarnya
terlalu besar. Jelas di sini bahawa terdapat unsur bukanaliran realisme apabila penulis menyatakan
lembu mengeluarkan buih yangdalamnya terdapat seorang manusia. Jika mengikut logik akal,
manamungkin seekor lembu dapat mengeluarkan seorang manusia. Inilah yangdinamakan unsur aliran
bukan realisme dalam drama.

4.0: LATIHAN ASAS VOKAL, PENGUCAPAN DAN ASAS LAKONAN UNTUK


PEMENTASAN DRAMA
Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam kemahiran
fizikal khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi. - Ia penting untuk keserasian dan
kesesuaian. - Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon. - Vokal yang
baik mempunyai cirri-ciri berikut ; a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh. b)
Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi) c) Mesej dialog sampai kepada penonton. d)
Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal
- Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang berterusan dan
berkesan. - Antara latihan vocal yang boleh dilakukan ialah : a) Tariklah nafas dan
keluarkan dengan energi sambil menyebut “wah….”, mengumam “mmm…mmm…”,
mendesis “sss…”, vocal aaa…,iii…, uuu…, eee…, ooo….Lakukan berulang kali.
Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal c) Berteriak sekuat-kuatnya seperti
orang hysteria. d) Bersuara, berteriak, berbiacara sambil berjalan, melompat,
membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan berbagai variasi lain.
- Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak sedang terkikis. -
Walau bagaimanapun latihan vocal jangan keterlaluan sehingga merosakkan peti suara. -
Latihan lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan luaseperti dalam hutan,
di kawasan pantai, sungai dan bukit. - Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat
tertutup.
5.0 PENUTUP

You might also like