05jepun Malaya

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 31

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, 1942-19451

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlaku ketika Perang Dunia Kedua.


Perang ini pada umumnya dikira bermula di Eropah pada bulan September
1939, apabila Jerman menyerang Poland. Di Asia, permulaan kepada
peperangan itu dianggap bermula dengan penyerangan Jepun ke atas
China pada tahun 1937. Dari kawasan itu, peperangan merebak menjadi
sebahagian daripada Perang Dunia Kedua. Peperangan di Asia dikenali
juga sebagai Perang Pasifik kerana kejayaan dan kegagalan Jepun banyak
ditentukan oleh kecapaiannya menghadapi angkatan perang Amerika di
Lautan Pasifik.

Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu berlaku pada tempoh yang sama
dengan serangan mengejut Jepun terhadap pangkalan tentera Amerika di
Pearl Harbour, iaitu pada bulan Disember 1941. Perang bermula di Tanah
Melayu apabila Jepun melancarkan serangan udara ke atas Singapura dan
mendaratkan tenteranya di Kelantan. Taktik serangan Jepun itu di luar
perhitungan pertahanan Tanah Melayu dan Singapura yang menjangkakan
serangan udara dan laut Jepun akan datang dari arah timur dan selatan
Singapura. Justeru itu tidak terbentuk pertahanan yang kuat bagi
menghadapi serangan darat Jepun dari arah utara. Dengan itu mudah bagi
Jepun menguasai Tanah Melayu-Singapura dan mendudukkinya selama
kira-kira tiga setengah tahun.

Pendudukan Jepun merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah Tanah


Melayu. Sungguhpun pendudukan itu tidak lama, perubahan yang
dicetuskannya sangat penting terutamanya dalam meransang kesedaran
politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu keseluruhannya menjadi
insaf tentang keburukan penjajahan dan peperangan. Kehilangan nyawa
dan kerosakan harta benda serta kekejaman perang membawa
penderitaan hidup kepada mereka. Di samping itu pendudukan Jepun juga
telah menguatkan perasaan dan politik perkauman yang berlanjutan
sehingga lepas perang.

LATAR BELAKANG SERANGAN JEPUN

1
Nota kuliah ini adalah ikhsan dari Dr. Nabir Bin Hj. Abdullah (UKM)

1
Jepun muncul sebagai sebuah negara yang kuat berpunca dari gerakan
pemodenannya yang dilancarkan dengan giat selepas Pemulihan Dinasti
Meiji (1868). Pemodenan yang membebaskan Jepun dari kongkongan
kuasa feudal. Rancangan-rancangan utama pemodenan itu mengambil
contoh kemajuan dari Barat. Dengan dibantu oleh pertumbuhan penduduk
yang pesat, Jepun berubah daripada sebuah negara pertanian kepada
negara perindustrian yang kuat dan menguntungkan. Kemajuan
perindustrian memaksa Jepun mencari pasaran dan ia semakin bergantung
kepada bahan mentah dari luar.

Pada akhir abad ke-19 China merupakan kawasan tumpuan perdagangan


antara bangsa dan Jepun tidak mahu ketinggalan dalam pasaran itu. Bagi
mendapatkan bahan-bahan mentah yang murah dan mudah, Jepun
menghalakan perhatian eksploitasinya ke kawasan Korea dan Manchuruia.
Kedua-dua kawasan ini yang dikuasai secara longgar oleh China turut
mendapat perhatian Rusia yang sedang mengembangkan kuasanya arah
ke timur. Persaingan daripada Rusia itu menyebabkan Jepun berperang
dengan China pada tahun 1895 untuk mengelakkan Korea jatuh ke tangan
Rusia. Hasil peperangan itu Jepun memperolehi Taiwan (Farmosa).

Pada tahun 1902 termetri Pakatan Inggeris-Jepun yang dianggap oleh


sebahagian sejarawan sebagai membantu kebangkitan ketenteraan di
negara Jepun. Sejauhmana tanggapan itu betul tidak dapat dipastikan,
tetapi yang jelas ialah Jepun selepas tahun 1904 bukan sahaja berjaya
menggunakan tentera bagi mempertahankan kepentingannya, juga
semakin bersifat imperialistik. Pada tahun 1904 Jepun terpaksa berperang
dengan Rusia bagi menguasai Manchuria yang cuba diambil oleh Rusia.
Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia (1905) di Mukden dan Tsushima
membolehkannya menguasai Port Arthur dan Korea. Jepun juga berhasil
menempatkan tenteranya di Manchuria bagi melindungi jalan keretapi
Manchuria selatan. Kawasan Manchuria penting bagi Jepun kerana di situ
terdapat bahan arang batu dan galian besi yang diperlukan oleh kilang-
kilang perindustiannya. Selain daripada itu kawasan Manchuria juga boleh
dijadikan kawasan penempatan orang-orang Jepun. Kejayaan-kejayaan itu
menjadikan Jepun sebuah kuasa perindustrian dan ketenteraan utama di
Asia.

Pada masa Perang Dunia Pertama, Jepun yang menyebelahi pihak Berikat
bertambah kuat kerana kejayaannya mengambil kawasan-kawasan milik
Jerman di Pasifik. Berikutan dari sokongan Jepun ke atas pihak Berikat,
maka melalui Perjanjian Versailles, Jepun dibenarkan menguasai terus
Caroline, Mariana dan Kepulauan Marshall di Pasifik. Manakala tindakan
Jepun menyediakan kapal dan bahan bedil bagi kegunaan pihak Berikat
dalam Perang itu, meningkatkan lagi pencapaian industri dan
keuntungnya. Ia juga berjaya membina angkatan lautnya yang kuat.

Perkembangan pesat perindustriannya memaksa Jepun mendapatkan lebih


banyak bahan mentah seperti minyak, getah dan bijih besi dari luar kerana
negara Jepun tidak kaya dengan bahan-bahan mentah. Sebagai tukaran
Jepun memasarkan keluar barang-barang pengeluaran kilang-kilangnya

2
dan juga sutera. Perimbangan tukaran import eksport Jepun mula terjejas
berikutan dari kemelesetan ekonomi dunia pada awal 1930an. Malah
sebelum tempoh itu, Jepun sudah terasa bebanan ekonomi akibat gempa
bumi yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Yokohama dan Tokyo
pada tahun 1923. Jepun juga semakin sukar menampung keperluan
makanan kerana penduduknya yang bertambah pada kadar lebih satu juta
setiap tahun. Pengeluran beras tidak dapat menampung sepenuhnya
keperluan rakyat sehingga harga bahan makanan itu menjadi semakin
mahal. Selain daripada masalah ekonomi, kedudukan ketenteraannya juga
tergugat apabila kerajaan Inggeris atas desakan Amerika Syarikat melalui
Persidangan Washington (1922) khususnya, menggantikan Pakatan
Inggeris-Jepun dengan Pakatan Pelbagai Kuasa. Pakatan baru ini tidak
memberi sebarang kelebihan kepada Jepun malah melalui Persetiaan
Sembilan Kuasa, Jepun tidak dibenarkan bertindak agresif terhadap China.
Tentera lautnya juga diarahkan supaya dihadkan kepada sepertiga saiz
angkatan laut Britain dan Amerika.

Tindakan kuasa-kuasa Barat mengurangkan keunggulan ketenteraan Jepun


mencetuskan perasaan tidak puas hati pihak ketenteraannya. Golongan
tentera dan para penyokongnya berusaha untuk memulihkan keunggulan
ketenteraan Jepun. Kelemahan sosio-ekonomi dan politik dalam negara
Jepun membuka peluang kepada golongan tentera generasi baru untuk
mendapat pengaruh politik dan hak untuk mengamalkan dasar luar yang
bersifat perluasan pengaruh dan wilayah. Berikutan dengan tumbangnya
kerajaan (pimpinan Minseito) pada tahun 1931, dasar luar tersebut
semakin diperkuatkan. Berikutan dengan itu Jepun menceroboh masuk dan
menguasai kawasan China di Manchuria dan menamakan kawasan itu
`Manchukuo'. Jepun melantik seorang maharaja bonekanya di situ pada
tahun 1932. Apabila bantahan dibuat oleh Liga Bangsa-bangsa Jepun
menarik diri dari menganggotai badan dunia itu.

Kejayaan di Manchuria meningkatkan pengaruh pihak tentera. Penguasaan


tentera dalam politik Jepun menjadi lebih unggul apabila Parlimen (Diet)
Jepun bubar pada 31 Mei 1937. Selepas itu kerajaan dijalankan oleh
Putera Konoye yang menyatukan negara Jepun ke dalam sebuah Kerajaan
Kebangsaan yang kuat dipengaruhi pihak tentera. Di dalam negara,
kerajaan ini mengalakkan pemulihan Sistem Maharaja (Tennosei) dan
menjadikan Sistem itu sebagai asas kepada nasionalisme ketenteraan.
Manakala dasar luar kerajaan ini menjadi semakin keras apabila berlaku
peristiwa Lukonchiao sehingga mencetuskan peperangan dengan China.

Dengan termetrinya Pakatan Anti-Komintern antara Jepun dengan Jerman


pada bulan Disember 1936, meningkatkan hasrat Jepun untuk
membendung pengaruh Rusia di timur dan memperolehi peluang yang
lebih untuk bertindak ke atas China. Pakatan itu membimbangkan
kesemua pihak di China. Justeru kerana itu pihak-pihak yang bertentangan
di China, iaitu Parti Komunis, Kuomintang dan Penguasa Manchuria,
bersetuju bersatu tenaga dan usaha untuk menentang Jepun. Pergeseran
China-Jepun itu mebawa peperangan terbuka antara keduanya. Pada bulan
Julai 1937 Jepun melancarkan penyerangan ke atas seluruh negara China.

3
Tindakan Jepun itu menimbulkan bantahan terhadap Amerika Syarikat dan
sekutunya seperti Britain dan Belanda.

Selepas Jepun berjaya menguasai bandar Hankow pada bulan Oktober


1938, kuasa-kuasa Barat seperti Amerika Syarikat mula campur tangan
dalam peperangan China-Jepun itu. Amerika Syarikat mengirim satu nota
kepada Jepun pada 6 Oktober 1938 menuduh Jepun melanggar dasar
`pintu terbuka (China'. Jepun menjawab tuduhan itu dengan
mengisytiharkan satu konsep atau rancangan yang dinamakan sebagai
`Peraturan Baru' (New Order). Pengisytiharan itu menyebut, adalah sudah
tiba masanya kuasa Eropah dan Amerka dikeluarkan dari Asia dan
dilaksanakan Rancangan Kesemakmuran Asia Timur Raya. Rancangan
atau Peraturan Baru ini meliputi satu kawasan yang berpusat disekitar
Jepun, China dan Manchukuo serta mengandungi Pulau-pulau Amanah
(Mandated Islands), Indo China, Thailand, Tanah Melayu, Borneo, Hindia
Timur Belanda (Indonesia), Australia, New Zealand dan jika boleh,
termasuk benua kecil India. Keseluruhan kawasan ini dinamakan Kawasan
Kemakmuran Bersama yang serba serbinya cukup dari segi ekonomi dan di
bawah naungan Jepun. Ringkasnya, `Peraturan Baru' itu ialah Jepun
bertindak menamatkan penjajahan kuasa-kuasa Barat dari kawasan
tersebut, menjadi penaung kepada kawasan-kawasan itu dan memajukan
ekonomi mereka bagi kemakmuran bersama. Matlamat ekonomi
`Peraturan Baru' ini sebenarnya untuk membolehkan Jepun mendapat
bahan-bahan mentah yang dikuasai oleh kuasa-kuasa penjajah Barat.
Jepun sangat memerlukan bahan-bahan itu keraja sejak awal 1930an,
penjajah Barat di Asia Tenggara telah mengenakan sekatan kepada bahan
mentah yang boleh dibeli oleh Jepun. Selain daripada itu Jepun mahu
kawasan-kawasan tadi bagi memasarkan barangan keluaran industrinya
dengan bebas tanpa lagi sekatan oleh penjajah Barat. Gerakan Jepun ke
Asia Tenggara bermula dengan penaklukan ke atas Indo China pada bulan
Ogos 1941 yang dijajah oleh Perancis.

Walau bagaimanapun sejak peperangan dengan China ekonomi Jepun


semakin tertekan sehingga memaksanya memikirkan semula rancangan
perluasan kuasa yang lebih besar. Jepun menghadapi dua pilihan, sama
ada,

(a) menarik balik tenteranya dari negeri China melalui tolak ansur
dan mendapat keuntungan ekonomi daripada perang di Eropah,
atau

(b) berperang dengan kuasa Barat.

Perdana Menteri Putera Konoye berusaha mengadakan perundingan


dengan Amerika Syarikat untuk mencari jalan penyelesaian. Beliau gagal
dan ini mempengaruhi beliau meletakan jawatan pada bulan Oktober
1941. Kegagalan rundingan itu menyebabkan Amerika Syarikat bertindak
membekukan semua harta Jepun di Amerika Syarikat dengan cara
mengambil alih semua perniagaan import dan eksport dengan Jepun.
Tindakan Amerika Syarikat diikuti oleh Britain dan kuasa-kuasa Barat yang

4
lain. Seterusnya Amerika Syarikat, Britain dan Belanda melancarkan
sekatan (embargo) minyak dan barang petroleum ke atas Jepun. Tindakan
pembekuan harta Jepun dan sekatan minyak khususnya sangat
membebankan Jepun kerana 80% daripada keperluan minyak Jepun
datangnya daripada Amerika Syarikat dan 10% daripada Belanda.

Kesemua tindakan kuasa Barat itu mengalakkan Perdana Menteri Jepun


yang baru, Jeneral Tojo, memilih untuk berperang dengan Amerika
Syarikat dan sekutunya sekiranya rundingan dengan Amerika Syarikat
terutama mengenai bekalan minyak tidak berhasil. Perundingan yang
dijalankan menghadapi jalan buntu kerana Amerika Syarikat mengenakan
pra-syarat sebelum pembekuan dan sekatan tersebut dimansuhkan.
Amerika Syarikat mahu tentera Jepun dikeluarkan dahulu dari negeri
China dan Indo-China. Pra-syarat itu tidak diterima oleh Jepun. Akibatnya
pada 8 Disember 1941, tentera udara Jepun dengan dibantu oleh beberapa
buah kapal selam menyerang secara mengejut ke atas angkatan laut
Amerika di Pearl Harbour, Hawaii. Angkatan Laut Amerika mengalami
kerosakan yang teruk. Lapan kapal perang dan 350 kapal terbang Amerika
dimusnahkan. Lebih daripada 2,000 orang Amerika terbunuh. Serangan itu
menyebabkan Amerika
Syarikat dan Britain mengisytiharkan perang ke atas Jepun dan dengan itu
Perang Dunia Kedua tersebar ke Asia.

Pada tarikh yang sama, tentera Jepun menyerang Asia Tenggara.


Pendaratan tenteranya ke pantai Kota Bahru, Singora dan Patani sama
harinya dengan penyerangan ke atas Pearl Harbour. Setelah mendaratkan
tenteranya di selatan Thailand, Jepun memaksa Thailand menerima
Perjanjian Persahabatan dengannya pada 11 Disember. Perjanjian ini
menetapkan Thailand tidak akan menyerang tentera Jepun. Dengan
jaminan itu Jepun tidak bimbang tenteranya di serang dari belakang ketika
mara ke selatan mengarah ke Singapura. Sehingga 15 Febuari 1942,
tentera Jepun berjaya menguasai sebahagian Asia Tenggara, termasuklah
Tanah Melayu dan Singapura.

SEBAB-SEBAB JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU

A. Sebab-sebab di Tanah Melayu dan Asia Tenggara.

1. Kekayaan Sumber Bahan Mentah.

Tanah Melayu kaya dengan bijih timah, getah dan bijih besi. Bahan-
bahan mentah tersebut bukan sahaja penting kepada ekonomi negeri
Jepun tetapi juga kepada ketenteraan untuk membina alat-alat
senjata.

2. Pasaran barang- barang Jepun.

Barang-barang Jepun sukar menembusi pasaran luar terutama di


Timur yang dikuasai oleh negara-negara Barat. Negara-negara Barat
mengenakan sekatan-sekatan ke atas barang-barang Jepun. Sekatan

5
itu diamalkan juga di negera China dan Tanah Melayu. Oleh itu
dengan mengusir kuasa Barat, termasuk Inggeris di Tanah Melayu
akan membebaskan Jepun memasarkan barang-barangnya di luar
negaranya.

3. Melumpuhkan kegiatan orang- orang Cina.

Apabila Jepun memerangi negara China, orang-orang Cina di Tanah


Melayu menyampaikan simpati serta bantuan kewangan dan moral
kepada negara asal leluhur mereka. Cawangan-cawangan
Kuomintang di Tanah Melayu telah memungut derma daripada
masyarakat Cina. Di antara bulan Julai 1937 hingga bulan November
1940, sebanyak $146 juta telah dapat dikumpul dan dihantar ke
negeri China. Bantuan kewangaan tersebut merupakan bantuan
terbesar dari mana-mana wilayah di seberang laut. Bantuan ini
menimbulkan kemarahan Jepun dan dengan penaklukan ke atas
Tanah Melayu, bukan sahaja Jepun dapat membalas tindakan orang-
orang Cina itu, malah ia akan mengambil kekayaan masyarakat Cina
untuk kepentingannya.
4. Sikap Anti-British/Barat.

Tindakan Inggeris khasnya dan Barat umumnya menyokong China


menentang Jepun serta sikap Amerika Syarikat melayan orang-orang
Jepun yang berhijrah ke negara itu sebagai masyarakat kelas kedua
mencetuskan sikap anti-Barat di kalangan orang-orang Jepun. Oleh
itu dengan menakluki Tanah Melayu, Jepun bukan sahaja dapat
membalas dendam terhadap British, malah menamatkan keunggulan
Barat di Asia.

5. Sokongan Dari Gerakan Anti-British Di Tanah Melayu.

Di Tanah Melayu terdapat anasir-anasir anti-British dikalangan


orang-orang Melayu yang dipelopori oleh orang-orang seperti
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.
Pada tahun 1938, mereka menubuhkan Kesatuan Melayu Muda yang
berhaluan kiri.

Orang-orang India pula terpengaruh dengan Gerakan Kemerdekaan


India pimpinan Chandra Bosse dan juga Gerakan Ghadar. Seperti
juga pejuang-pejuang berhaluan kiri Melayu, orang-orang India ini
menyanjung kecapaian baik Jepun. Mereka percaya Jepun dapat
membantu perjuangan mereka seperti yang telah dibuat oleh Jepun
terhadap pejuang-pejuang Indo China.

Kepercayaan dan sokongan golongan itu menyakinkan lagi pihak


Jepun terhadap peranannya sebagai penyelamat Asia daripada
penjajahan Barat. Jepun boleh menggunakan kesempatan
memperalatkan orang-orang ini untuk menyebarkan dakyah-dakyah
perjuangan Jepun dan seterusnya membantu dalam perluasan
kuasanya.

6
B. Sebab-sebab di Negeri Jepun

1. Faktor Ekonomi Jepun.

Perkembangan pesat perindustrian Jepun memaksanya mendapatkan


bahan-bahan mentah dengan lebih banyak dan tekal. Keperluan ini
hanya akan diperolehi jika tiada lagi sekatan kuasa-kuasa Barat yang
menguasai kawasan-kawasan sumber bahan-bahan tersebut. Bahan-
bahan mentah itu semakin sukar diperolehi oleh Jepun sejak 1920an
kerana kemelesetan ekonomi dunia dan sekatan-sekatan negara
Barat terhadap perdagangan Jepun. Ekoran daripada tindakan Jepun
ke atas China pada awal 1930an, negara-negara Barat semakin
menyekat peluang ekonomi Jepun di Asia. Akibatnya ekonomi Jepun
yang sudahpun tertekan oleh perbelanjaan besar memerangi China
(sebanyak 1,477 juta Yen dalam peperangan 1931-1932 dan
meningkat kepada 2,282 juta Yen pada 1936-1937) menjadi semakin
buruk. Hutang negara Jepun semakin bertambah sedangkan
pendapatannya tidak meningkat. Sebagai langkah memperbaiki
ekonominya, cukai yang lebih dikenakan ke atas rakyat.
Pengorbanan rakyat diminta dan janji diberikan bahawa perluasan
wilayah akan mendatangkan kemakmuran ekonomi kepada mereka.
Jelas tujuan melancarkan perang ialah untuk membina suatu
ekonomi yang dapat menampung keperluan sendiri di Asia Timur
Raya. Jepun ingin membina ekonomi atas dasar pintu tertutup
kepada negara-negara lain di dunia. Dengan ini Jepun tidak lagi
terpaksa bergantung kepada Eropah dan Amerika Syarikat.

2. Faktor politik-tentera Jepun.

Kebangkitan pemerintahan tentera di negeri Jepun pada tahun


1930an merupakan faktor penting mejerumuskan Jepun ke dalam
kancah peperangan. Golongan tentera menjadi amat berkuasa
setelah menghapuskan pemimpin-pemimpin politik. Kejayaan
mereka menduduki Manchuria dan beberapa kejayaan lain di negera
China meningkatkan lagi prestasi tentera Jepun. Mereka merasa
tentera Jepun cukup kuat dan yakin akan mendapat kemenangan bila
berhadapan dengan tentera Barat.

C. Sebab-sebab Kekosongan Kuasa di Timur

Peperangan yang meletus di Eropah mulai tahun 1939, memaksa


kuasa-kuasa Barat menumpukan kekuatan tentera mereka ke Eropah
dan Afrika Utara untuk menentang Jerman dan sekutunya. Akibatnya
kekuatan Inggeris di Tanah Melayu dan Burma, Belanda di Indonesia
dan Perancis di Indo-China telah berkurangan. Keadaan ini
menyakinkan lagi Jepun terhadap kemampuannya mengusir kuasa-
kuasa Barat dari Asia. Amerika Syarikat sahaja yang tidak terbabit
pada peringkat awal dalam perang di Eropah menjadi halangan
utama kepada cita-cita perluasan kuasa Jepun. Justeru itu, jika

7
kekuatan Amerika Syarikat di Pasifik dapat dilumpuhkan, Jepun pasti
ia akan berjaya memenuhi cita-citanya itu.

SERANGAN TENTERA JEPUN KE ATAS TANAH MELAYU.

1. Pada 8 Disember 1941, dua ketumbukan tentera Jepun (Ketumbukan


Kelima dan Ketumbukan ke-18) dengan dibantu oleh satu pasukan
tentera kereta kebal telah mendarat di Kota Bharu, Singora dan
Patani. Pada hari yang sama, tentera udara melakukan pengeboman
tepat ke atas lapangan terbang Inggeris di Kedah, Seberang Perai
dan Kelantan sehingga melemahkan kekuatan tentera udara
Inggeris.

2. Pada 10 Disember, kapal perang Prince of Wales dan Repulse di


bawah pemerintah Laksamana Sir Tom Phillips yang berusaha
menghalang kemaraan tentera Jepun di Teluk Siam telah
ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun kira-kira 80 kilometer dari
bandar Kuantan, Pahang. Kejayaan ini menjadikan Jepun paling
berkuasa di Lautan China Selatan dan Pasifik dan ia boleh membawa
seberapa banyak tentera rantau ini tanpa sebarang halangan.

3. Sehari kemudian tentera Jepun dengan bantuan pasukan kereta


kebal berjaya menggempur pertahanan tentera British di Jitra,
Kedah. , menyebabkan tentera Gurkha (India), Angkatan Kedua
Tentera Timur Surreys dan Angkatan Pertama Tentera Leicesters
terpaksa berundur. Tentera Jepun terus mara dan menakluki bandar
Alor Setar pada 12 Disember dan Kroh di utara Perak pada 14
Disember. Pada tempoh ini pertahanan Inggeris di Kelantan juga
tumpas.

5. Kekuatan tentera Jepun meningkat dengan ketibaan pasukan


daripada Ketumbukan Kawalan Diraja Jepun pada 15 Disember.
Kekuatan tentera ini memudahkan Jepun menawan Pulau Pinang
pada 17 Disember yang sebelum itu telahpun digempur oleh kapal-
kapal terbang pejuangnya. Dengan menggunakan bot-bot yang
masih boleh digunakan, tentera Jepun mara ke Pulau Pinang dan
mendarat di belakang garisan pertahanan tentera British.

6. Dengan bantuan tentera yang mara dari Keroh dan Grik, angkatan
yang bergerak dari Pulau Pinang berjaya menguasai Kuala Kangsar
pada 24 Disember. Tiga hari kemudian, mereka berjaya pula
menawan bandar Ipoh.

7. Berikutnya giliran Teluk Intan (Teluk Anson) pula jatuh ke tangan


Jepun. Melalui serangan laut dan darat pada 11 Januari 1942, Teluk
Intan ditawan. Pada hari berikutnya Slim River pula jatuh ke tangan
Jepun. Ketumbukan Tentera India yang mempertahan Slim River
hampir-hampir luput keseluruhannya.

8. Kejatuhan Slim River memudahkan tentera Jepun mara ke bandar

8
Kuala Lumpur dan menawannya pada 11 Januari.

9. Kemaraan pantas tentera Jepun cuba dihalang oleh tentera Inggeris.


Pada 14 Januari, tentera bantuan daripada Ketumbukan British ke-18
tiba untuk menguatkan pertahanan menentang Jepun. Walau
bagaimanapun pertahanan mereka tidak berjaya menyekat Jepun
menawan kawasan hingga ke Segamat yang dikuasai pada 21
Januari.

10. Kemaraan tentera Jepun yang sukar dihalang itu, semakin


mengancam kedudukan Inggeris di Singapura. Sebagai langkah
menyelamatkan Singapura Inggeris membentuk pertahanannya di
Johor. Tentera British telah mendapat bantuan daripada tentera
Australia (Ketumbukan Kelapan). Tentera Australia telah dapat
memperlahankan sedikit kemaraan tentera Jepun apabila berjaya
membunuh antara 400-500 tentera Jepun di Muar dengan korban di
pihak sendiri sebanyak 70 orang. Namun demikian kejayaan itu
hanya sementara kerana pada 24 Januari tentera Jepun berjaya
menawan Kluang.

11. Kejayaan mudah di sebelah pantai barat disaingi oleh kecapaian di


sebelah pantai timur. Di medan pertempuran di pantai timur, tentera
Jepun berjaya menawan bandar Kuantan setelah pertahanan
pelabuhan Kuantan diperintah oleh Jeneral Wavell berundur ke
pertahanan baru di Johor pada 9 Januari. Pada 26 Januari 1942,
dengan bantuan dua buah kapal pengangkut dan dua belas kapal
pemusnah mereka berjaya menguasai Endau. Walaupun dalam
pertempuran di Endau, pihak Jepun kehilangan tiga belas kapal
terbang, tetapi kemusnahan di pihak Inggeris lebih teruk. Empat
belas kapal terbang Inggeris dijatuhkan dan dengan itu saki baki
kekuatan udara Inggeris tidak wujud lagi. Pihak Jepun juga dapat
menengelamkan kapal H.M.S. Thanet. Dari Endau ketumbukan
tentera Jepun itu bergabung dengan tentera yang telah mendudukki
Kluang beberapa hari sebelum itu. Dalam ertikata lain, pergabungan
ini membuktikan strategi dan kesergaman (ko-ordinasi) gerakan
pihak Jepun sangat baik dan berkesan.

12. Dengan segala kekuatan yang disatukan, tentera Jepun mara ke


selatan dan menawan bandar Johor Bahru pada 31 Januari. Tentera
British sebelum itu, pada 27 Januari telah pun berundur ke
Singapura untuk membentuk pertahanan di utara pulau itu,
terutamanya di kawasan Bukit Timah. Pertahanan ini mendapat
bantuan 7000 askar India, 2000 askar Australia dan sepasukan
tentera British yang baru tiba ke Singapura. Sebuah angkatan kapal
terbang pejuang Hurricane juga sampai tetapi tidak dapat memberi
perkhidmatan yang baik kerana lapangan terbang di Singapura
sering dibedil dan di bom oleh pihak Jepun. Bantuan peralatan
senjata, kereta kebal, perubatan dan makanan yang dibawa oleh
konvoi empat buah kapal dari India gagal dipunggah turun setelah
diserang oleh kapal-kapal terbang Jepun.

9
13. Pada malam 8 Februari, pihak Jepun mendaratkan 13,000 tenteranya
di pantai barat laut Singapura. Seramai 10,000 lagi didaratkan pada
waktu subuh. Dua hari kemudian tentera itu berjaya menawan stor
makanan dan petrol di Bukit Timah. Kejayaan Jepun itu
menyebabkan pihak Inggeris mengarahkan kapal-kapal terbang
Hurricane yang masih terselamat diterbangkan ke Indonesia.
Walaupun Jeneral Wavell memerintahkan supaya Singapura
dipertahankan habis-habisan tetapi kedudukan pertahanan itu dalam
keadaan genting kerana saluran air ke Singapura dari loji air di
Johor diputuskan sementara meriam-meriam dan kapal terbang
Jepun membedil kedudukan pertahanan tersebut.

14. Tentera British, Australia, India dan beberapa anggota pasukan


askar Melayu telah berjuang bersungguh-sungguh, namun mereka
tidak dapat menahan kemaraan tentera Jepun. Semangat mereka
mulai patah kerana pihak Jepun berjaya menguasai kawasan markas
tentera di Alexandra. Tindakan Jepun membunuh dengan kejam
ramai pegawai dan pesakit Hospital Tentera Alexandra mengugat
lagi ketahanan semangat tentera-tentera pertahanan Singapura.

15. Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E.Percival, Pemerintah


Tentera British di Tanah Melayu telah mengaku kalah dan menyerah
diri berserta 80,000 tenteranya kepada Leftenan Jeneral Yamashita
Tomoyuki, Pemerintah Tentera Jepun. Kekalahan ini merupakan
kekalahan paling teruk dan memalukan yang pernah dialami oleh
pihak Inggeris.

10
SEBAB-SEBAB KEMENANGAN MUDAH TENTERA JEPUN
MENAWAN TANAN MELAYU

A. Kelebihan Tentera Jepun.

1. Persiapan awal tentera Jepun

(a)Kecekapan ketenteraan ditingkat dan dipersesuaikan bagi


peperangan di kawasan khattul-istiwa dan tropika. Sebelum
menyerang Tanah Melayu, tentera Jepun telah dlatih terlebih
dahulu taktik peperangan di hutan tropika. Untuk tujuan itu
sebuah pusat ditubuhkan dikenali sebagai `Sesi Siasat Tentera'
di Taiwan, di bawah pimpinan Kolonel Tsuji. Sebuah pusat
latihan tentera juga ditubuhkan di Indo-China Selatan.

(b)Maklumat berhubung dengan keadaan penduduk, geografi,


ekonomi, politik, corak pertahanan dan ketenteraan Tanah
Melayu dikumpul terlebih dahulu. Sebelum meletus
peperangan, pihak Jepun telah menghantar ejen-ejen tentera
ke Tanah Melayu. Mereka ini menyamar dan menjalankan
berbagai pekerjaan seperti penjual barang-barang mainan
atau tukang kasut, peniaga, pekebun atau lain-lainnya.
Melalui gerakan risikan yang dlakukan mereka itu, pihak Jepun
dapat mengumpulkan maklumat mengenai kedudukan dan

11
kekuatan tentera British. Maklumat-maklumat itu bukan sahaja
digunakan oleh pihak tentera, tetapi oleh badan-badan
persiapan penaklukan yang merangka dasar dan sistem
pentadbiran yang bakal digunakan di kawasan-kawasan
taklukan Jepun.
2. Pengalaman dalam peperangan.

(a)Tentera Jepun mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan


seperti Perang China-Jepun (1894-1895), Perang Rusia-Jepun
(1904-1905) dan Perang Manchuria (1931). Pengalaman itu
berguna bagi membentuk strategi peperangan yang berkesan.

(b)Kemenangan yang dicapai di dalam ketiga-tiga peperangan


tersebut memberi perangsang kepada semangat perjuangan
tentera Jepun.

(c)Oleh kerana tentera Jepun telah biasa dengan peperangan dan


dapat menggunakan segala pengalaman dalam menghadapi
peperangan di Tanah Melayu menentang British.

3. Kepimpinan yang baik dan strategi yang berkesan.

(a)Tentera Jepun mempunyai pegawai-pegawai yang berkebolehan


dan berpengalaman seperti Leftenan Jeneral Yamashita dan
Kolonel Tsuji. Walaupun kekuatan Pasukan Tentera ke-25 di
bawah pimpinan Yamashita hanya kira-kira 60,000 orang
berbanding dengan kekuatan tentera pertahanan Tanah
Melayu yang lebih ramai, mereka tetap yakin terhadap
keupayaan mereka. Kecapaian baik Yamashita dalam kempen
peperangan di Tanah Melayu menyebabkan beliau dikenali
sebagai `Harimau Malaya'.

(b)Strategi yang digunakan oleh pihak tentera Jepun sangat


berkesan. Antaranya

i.Tentera Jepun menggunakan taktik memerangkap musuh iaitu


dengan menyerang dari belakang pertahanan tentera
British. Taktik ini menyebabkan pertahanan tentera
British menjadi kucar-kacir dan mudah digempur.

ii.Serangan ke atas lapangan terbang Kota Bharu, Alor Setar dan


Taiping menjejaskan pertahanan tentera British yang
tidak menerima perlindungan udara secukupnya.

iii.Jepun sedar kubu pertahanan laut Inggeris di Singapura sukar


ditembusi dengan serangan hadapan dari arah laut
kerana semua meriam kubu itu menghala ke laut. Oleh
itu Jepun melancarkan serangan dari arah darat melalui
Tanah Melayu dan dengan itu mereka terelak daripada
tembakan meriam-meriam kubu tersebut. Meriam-

12
meriam itu sukar pula dialih-alihkan arahnya kerana ada
yang terkunci pada satu arah sahaja dan masih
dibimbangkan serangan Jepun dari arah laut.

iv.Menggunakan kemudahan-kemudahan pengangkutan yang


terdapat di Tanah Melayu seperti basikal dan bot-bot
yang terdapat dengan banyaknya di negeri ini. Dengan
menggunakannya tentera Jepun dapat bergerak dengan
pantas dan tanpa disedari oleh pihak musuh.

(c)Dengan strategi yang baik dan semangat perjuangan yang tinggi


menyebabkan Jeneral Yamashita dan tentera Jepun dapat
menawan Tanah Melayu dalam masa yang singkat (70 hari
sahaja).

4. Semangat perjuangan yang tinggi.

(a)Semangat perjuangan tentera Jepun sangat tinggi kerana


perjuangan mereka adalah kerana mempertahankan maruah
bangsa dan negara serta kemuliaan Maharaja. Atas sebab-
sebab itu maka mereka berjuang bersungguh-sungguh dan
tidak akan menyerah diri kepada musuh kerana perbuatan itu
dianggap memalukan dan hina.

(b)Sifat perjuangan yang tinggi dan penuh keberanian dapat dilihat


dalam pasukan `Kamikaze' (berani mati) dalam tentera udara
Jepun. Mereka sedia mengorbankan nyawa mereka dalam
mengempur musuh kerana menganggap kematian mereka
demikian itu satu kehurmatan diri yang tinggi.

(c)Dengan adanya sifat-sifat tersebut menyebabkan tentera udara


Jepun berjaya menenggelamkan kapal perang Prince of Wales
dan Repulse walaupun Kerajaan British dengan bongkak
menyatakan kedua-dua kapal tersebut tidak dapat
ditenggelamkan.

5. Senjata yang bermutu tinggi.

(a)Kejayaan tentera Jepun juga dipengaruhi oleh senjata yang


bermutu. Jepun mempunyai kapal terbang pejuang Zero
Fighter yang setanding dengan kapal terbang pejuang terbaik
yang dipunyai oleh tentera udara British dan Amerika Syarikat.
(b)Dalam pertempuran di Tanah Melayu, Jepun menggunakan Zero
Fighter, sedangkan tentera British menggunakan kapal
terbang yang telah usang dan tidak setanding dengan Zero
Fighter. Kapal terbang pejuang British yang terbaik iaitu Spit
Fire dan Hurricane digunakan di Eropah dan Afrika Utara.

B. Kelemahan Tentera British.

13
1. Tentera British di Tanah Melayu kurang berpengalaman.

Kebanyakan tentera Inggeris yang berpengalaman dan peralatan


perang yang baik telah dihantar ke medan perang di Eropah sejak
1939. Oleh itu anggota tentera yang bertugas di Tanah Melayu
adalah baru serta kurang pengetahuan dan pengalaman setempat.
Mereka bukan sahaja tidak mempunyai pengetahuan baik dalam
geografi Tanah Melayu, malah kurang pengalaman taktik
peperangan hutan tropika-khattulistiwa. Sebahagian daripada
mereka tidak pernah melihat atau menghadapi serangan kereta
kebal. Malah tentera India yang dilatih selalu dalam taktik
menyerang, menjadi tidak tentu arah apabila terpaksa menjadi pihak
yang sentiasa berundur dan bertahan.

2. Perpecahan dalam tentera British.

(a)Pemimpin-pemimpin perjuangan kebangsaan India secara terbuka


membantah keterlibatan India dan tentera yang dianggotai
oleh orang-orang India ke dalam peperangan di Tanah Melayu.

(b)Tentera-tentera India juga dilemahkan semangat perjuangan


mereka untuk Inggeris oleh dakyah-dakyah anti-British yang
disampaikan oleh Liga Kemerdekaan India yang mendapat
sokongan dari Jepun. Oleh itu terdapat segolongan tentera
India yang sedia bergabung dengan pergerakan kemerdekaan
India atau tidak menentang Jepun demi kepentingan
perjuangan pembebasan negara ibunda mereka.

(c)Dakyah-dakyah Jepun disampaikan juga oleh agen-agen Jepun


terutamanya yang bertugas di dalam penerbitan akhbar di
Singapura.

3. Kemerosotan Semangat Perjuangan Tentera British.

(a)Sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, moral dan displin


tentera British memang mendapat sanjungan. Tentera British
dianggap salah satu pasukan tentera yang terkuat.

(b)Tetapi setelah peperangan meletus pada tahun 1939, tentera


British dan sekutunya menerima kekalahan yang menyedihkan
di Eropah dan Afrika Utara. Tentera British dan sekutunya
(Perancis dan Belanda) terpaksa berundur ke Britain
sementara di Afrika Utara mereka terpaksa berundur ke Mesir.

(c)Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun memusnahkan Angkatan


Laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Hawaii dan pada 10
Disember 1941 kapal perang Prince of Wales dan Repulse
ditenggelamkan.

(d)Peristiwa-peristiwa di atas secara tidak langsung melemahkan

14
semangat perjuangan tentera British di Tanah Melayu.

4. British belum cukup bersedia dari segi pertahanan.

(a)Mengikut anggaran strategi pada tahun 1940, untuk


mempertahankan bahagian utara Tanah Melayu untuk
beberapa bulan, sebanyak 45 batalion dengan machine guns
dan kereta kebal diperlukan. Sekiranya Tentera Udara dapat
menangkis pendaratan tentera Jepun, sebanyak 25 batalion
sahaja yang diperlukan. Apabila Jepun menduduki Indo China
pada bulan Ogos 1941, sebanyak 566 buah kapal terbang dan
48 batalion infantri diminta bagi memperkukuhkan pertahanan
depan utara Tanah Melayu. Malangnya permohonan itu tidak
dipenuhi dan apabila Jepun mendarat di Kelantan, Tentera
Udara British hanya mempunyai 141 buah kapal terbang
daripada lapan jenis. Sedikit sahaja kapal terbang itu yang
moden, selebihnya sudah usang dan ada diantaranya tidak
dapat digunakan lagi. Kapal terbang pengebom atau torpedo
langsung tidak ada. Bilangan tentera darat yang terdapat di
utara Tanah Melayu ketika itu hanyalah sebanyak 32 batalion
dan mereka tidak pula mempunyai kereta kebal. Sementara itu
di perairan pantai timur tidak terdapat pun kapal perang atau
bot peronda.

(b)Ketika serangan Jepun berlaku tidak ada kapal perang di Tanah


Melayu untuk mempertahankan serangan musuh dari laut. Dua
hari selepas serangan Jepun barulah kapal perang Prince of
Wales dan Repulse tiba tanpa perlindungan udara secukupnya
menyebabkan kedua-dua kapal itu dapat ditenggelamkan oleh
Jepun.

(c)Ketika meletusnya peperangan pertahanan Tanah Melayu


mempunyai tiga ketumbukan (Ketumbukan ke-8 Australia,
Ketumbukan ke-9 dan ke-11 India) terdiri daripada British,
Australia, India dan askar Melayu berjumlah kira-kira 89 ribu
berbanding dengan keseluruhan tentera Jepun berjumlah 150
ribu orang askar.

5. British bersifat angkuh dan memperkecilkan kemampuan tentera


Jepun.

(a)Sejak awal abad ke-20 usaha membina kubu pertahanan laut


dilaksanakan di Singapura. Kubu itu disiapkan menjelang
Perang dengan Jepun. Pihak British secara angkuh
menyatakan kota pertahanan itu merupakan kubu yang tidak
boleh ditembusi dan boleh bertahan dari gempuran musuh
sekurang-kurangnya selama 10 tahun.

(b)Menurut perkiraan pihak pertahanan Tanah Melayu, pihak Jepun

15
akan mengambil masa lebih setahun untuk sampai ke
Singapura dari Siam Selatan. Tetapi terbukti Jepun berjaya
melakukannya dalam masa kira-kira dua bulan sahaja.

(c)Di samping itu, pihak British tidak menduga tentera Jepun akan
melancarkan serangan pada bulan Disember. Pada waktu itu
musim tengkujuh yang menjadikan Laut China Selatan
bercuaca buruk dan ombak bergelombang kuat.

6. Lumpuhnya keunggulan kekuatan tentera Barat.

(a)Serangan tentera Jepun ke atas Pearl Habour dan memusnahkan


Angkatan Laut Amerika Syarikat menyebabkan musnah
harapan British di Tanah Melayu untuk mendapat bantuan
daripada Amerika Syarikat.

(b)Musnahnya Angkatan Laut Amerika Syarikat di Pearl Habour


menyebabkan tidak ada satu kuasa yang dapat menghalang
Jepun. Jepun merupakan kuasa tentera yang terkuat di Timur.
Keadaan ini memudahkan pergerakan tentera Jepun.

(c)Oleh kerana tentera Jepun merupakan kuasa terkuat dan


lebih-lebih lagi dalam penguasaan ruang udara menyebabkan
dengan mudah mereka berjaya menenggelamkan kapal perang
Prince of Wales dan Repulse pada 10 Disember 1941.

(d)Ketiadaan Prince of Wales dan Repulse membolehkan Jepun


menghantar tentera, alat-alat kelengkapan perang, bekalan
dan bantuan tanpa sebarang masalah.

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU DAN KESANNYA

Jepun memulakan penguasaannya di Tanah Melayu setelah pihak Inggeris


menyerah kalah pada 15hb Februari 1942. Pemerintahan Jepun
berlanjutan selama kira-kira tiga setengah tahun. Jepun tidak mewujudkan
pemerintahan yang secocok dengan konsep `Peraturan atau Pemerintahan
Baru Asia Timur Raya' yang memberi kemakmuran bersama kerana
terpaksa terus berperang untuk menguasai Australia, New Zealand dan
India serta menentang serangan balas kuasa-kuasa Barat. Asia Tenggara
yang berjaya dikuasai dibahagikan kepada lapan kawasan. Setiap kawasan
ditadbir oleh satu pasukan tentera. Tanah Melayu dan Sumatera pada
mulanya digabungkan dan diletakkan di bawah pentadbiran tentera dari
Pasukan ke-25 yang dipimpin oleh Jeneral Hitoshi Nishioeda. Selama tiga
setengah tahun pemerintahan bercorak ketenteraan itu membawa kesan
yang buruk terhadap kehidupan rakyat dan ekonomi Asia Tenggara,
termasuklah Tanah Melayu.

Pentadbiran dan politik zaman pendudukan Jepun.

1. Tanah Melayu dan Singapura di letakkan di bawah pemerintahan

16
tentera Jepun dengan seorang Ketua Negara yang tinggal di
Singapura. Walau bagaimanapun pentadbiran Tanah Melayu dan
Singapura diberi organisasi pentadbiran yang berasingan.

2. Singapura diberi nama `Syonan-to' (bermaksud `Cahaya Selatan')


ditadbir oleh seorang Datuk Bandar atau Gabenor. Status Singapura
adalah sebagai tanah jajahan Jepun berbeza dengan Tanah Melayu-
Sumatera dijadikan sebagai kawasan naungan dan ditadbir setiap
negeri oleh seorang Presiden yang bertanggungjawab kepada
Gabenor di Singapura.
3. Tanah Melayu disatukan dengan Sumatera ke dalam sebuah
kerajaan yang dikenali sebagai `New Malai' (Malaya Baru).
Sumatera kemudiannya dikeluarkan dari `New Malai'. Pentadbiran
`New Malai' adalah seperti berikut:

(a) Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap


wilayah mempunyai seorang Gabenor. Majlis-majlis yang
menyerupai Majlis Mesyuarat Negeri (yang wujud di negeri-
negeri Melayu sebelum Perang) ditubuhkan di tiap-tiap negeri.

(b) Jepun mengekalkan pemerintahn beraja. Pada peringkat awal


pendudukan Jepun, kedudukan raja-raja Melayu tidaklah
menentu. Bagaiamapun pihak Jepun bersetuju untuk
mengembalikan kedudukan raja-raja. Pada 20hb dan 21hb.
Januari 1943 satu mesyuarat di antara pihak Jepun dengan
wakil raja-raja dari negeri-negeri Melayu dan Sumatera
diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat tersebut Pemerintah
Tentera Jepun, Jeneral Yaheita Saits dan ketua pentadbiran
tentera, Jeneral Hitoshi Nishioeda telah bersetuju
mengekalkan kedudukan Raja-raja, tetapi tidaklah setaraf
dengan keadaan yang mereka nikmati sebelum Perang. Sultan
diakui sebagai ketua negari tetapi tertumpu dalam hal-ehwal
agama sahaja. Pengiktirafan kedudukan raja-raja itu
merupakan strategi Jepun bagi mendapatkan sokongan terus
menerus orang-orang Melayu terhadap pentadbiran Jepun di
negara ini.

Pengakuan terhadap kedudukan raja-raja itu, bererti Jepun


mengiktiraf orang-orang Melayu sebagai pihak yang berhak ke
atas Tanah Melayu. Bangsa lain adalah sebagai pendatang.
Justeru itu Jepun memberi dorongan kepada pergerakan
nasionalisme Melayu. Ramai kakitangan pentadbiran Jepun
diambil dari kalangan orang Melayu.

(c) Pada bulan Ogos 1943, Jepun telah menyerahkan Negeri-negeri


Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan
kepada Kerajaan Siam. Tindakan ini dibuat kerana Jepun ingin
membalas jasa Siam yaang telah membantu Jepun dalam
kempen menawan Tanah Melayu dan menghormati dasar
Kerajaan Siam yang pro-Jepun.

17
(d) Pada bulan Jun 1943, Jeneral Tojo telah memberi arahan supaya
rakyat tempatan dibenarkan menganggotai Majlis-majlis
Mesyuarat terebut. Pada bulan Oktober 1943, sesuai dengan
keanggotaannya Majlis Mesyuarat itu ditukar nama kepada
Majlis Perundingan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Datuk Bandar
atau Gabenor dan ahli-ahli yang dipilih oleh Jepun dan
orang-orang tempatan. Datuk Bandar atau Gabenor menjadi
Pengerusi, sementara Sultan sebagai Naib Pengerusi. Majlis
ini sebenarnya tidak mempunyai kuasa yang lebih daripada
sifat penasihat sahaja. Persidangannya berlaku hanya apabila
dipanggil oleh Pengerusi atau Presidennya.

4. Untuk menjamin dan mengekalkan keamanan, Jepun telah


mengadakan Perkhidmatan Sulit Jepun (Tekkikan), Polis Tentera
(Kempetei), Anggota Jabatan Penyiasat (Toko) dan polis biasa.

a.Tekkikan - perisik tertinggi tentera Jepun yang mempunyai


organisasi yang luas dan kompleks. Badan ini mempunyai
hubungan di seluruh dunia. Tugasnya ialah menjalankan
propaganda, sabotaj dan melakukan pembunuhan jika perlu.

b.Toko pula terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Jepun yang


menjalankan tugas-tugas perisikan di seluruh tempat di Tanah
Melayu.

c.Kempetei merupakan pasukan tentera yang bertindak sebagai


perisik-perisik yang menyelidik masyarakat untuk
mempastikan sebarang bantahan dan rasa tidak puas hati
orang ramai dapat dibendung dan mereka yang dianggap
berbahaya kepada pentadbiran Jepun ditangkap dan dihukum.
Di antara kegita-tiga unit itu Kempetei merupakan polis yang
paling dirasai kewujudannya dan ditakuti oleh orang ramai.
Pasukan ini terdiri daripada berbagai kaum, tetapi
kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Mereka
mempunyai kuasa yang tidak terbatas di dalam menyoal dan
menghukum orang ramai yang dikatakan bersikap anti-
kerajaan dalam sebarang bentuk perlakuan. Sikap anggota
kempetei bukan bangsa Jepun ini kadangkala lebih ganas
daripada Jepun sendiri.

5. Jepun mengadakan perkhidmatan negara (national service). Orang


lelaki yang sihat dimestikan memasuki salah satu pasukan tentera
iaitu sama ada Giyugun, Boetai atau Heihas.

a.Giyugun ialah unit sukarela tempatan. Keahliannya terdiri daripada


orang-orang Melayu. Hanya sebilangan kecil terdiri daripada
bangsa Cina dan India. Tugas pasukan ini ialah untuk menjaga
dan mempertahankan Tanah Melayu.

18
b.Boetai merupakan pasukan yang diguna khas bagi menentang
komunis termasuklah tentera MPAJA (Malayan People Anti-
Japanese Army - Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya).

c.Heihas dianggotai oleh orang-orang Melayu dan Indonesia. Tugas


mereka ialah untuk menjaga keamanan di mana-mana yang
diperlukan.

Wujudnya pasukan-pasukan ini dan pasukan-pasukan perisikan tadi


maka pemerintahan ketenteraan Jepun di Tanah Melayu tidak
menghadapi banyak ancaman atau penentangan orang ramai.

5. Pemerintah Jepun melarang penggunaan radio-radio gelombabg


pendek, ia dikuatkuasakan sejak bulan Ogos 1942. Tujuannya untuk
mengelakkan orang ramai mengikuti siaran radio pihak Berikat.

Keadaan Ekonomi Tanah Melayu Waktu Pendudukan Jepun.

1. Kedudukan ekonomi Tanah Melayu merosot sama sekali.


Kemakmuran ekonomi bersama yang dilaung-laungkan oleh Jepun
sebelum perang tidak wujud. Sebaliknya kemiskinan yang berlaku
secara menyeluruh.

2. Jepun tidak mendapat faedah besar ekonomi seperti yang


dijangkakan. Punca utama ialah kerana pihak Inggeris mengamalkan
dasar pemusnahan ataupun menjalankan `taktik bumi hangus' ketika
mereka berundur dari sesuatu kawasan. Tujuan mereka ialah untuk
tidak memberi peluang kepada Jepun menggunakan kemudahan-
kemudahan seperti jalan keretapi, jambatan, jalanraya dan bekalan-
bekalan lain. Berjuta-juta gelen minyak petrol dan minyak lain
dibakar atau dibuang begitu sahaja. Limbungan, jambatan, gudang,
peralatan tentera, stor getah dan kapal korek dengan sengaja
dibinasakan. Bahan-bahan makanan juga dibiarkan rosak atau
busuk. Kerosakan ini menyukarkan pemulihan ekonomi oleh pihak
Jepun.

3. Jepun juga tidak dapat mengumpul bahan-bahan mentah setempat


yang diperlukannya kerana kemudahan pengeluran dan
pengangkutan kurang sekali. Perdagangan atau pasaran luar juga
terputus. Akibatnya, kemusnahan lapangan dan daya sumber
ekonomi akibat peperangan mencetuskan kesengsaraan hidup
kepada penduduk Tanah Melayu. Pengangguran meningkat pesat
dan kemiskinan meluas.

4. Bekalan yang didatangkan dari negera Jepun sangat sedikit dan


kebanyakan bekalan itu dan bekalan di Tanah Melayu juga diberikan
keutamaan kepada kehendak tentera Jepun terlebih dahulu.

5. Sebagai langkah mengatasi kekurangan bekalan makanan khususnya


pemerintah Jepun menganjurkan ekonomi sara diri. Orang-orang

19
tempatan digalakkan menanam lebih banyak tanaman makanan dan
menggunakan bahan-bahan tempatan.

6. Kedudukan ekonomi Tanah Melayu menjadi semakin tenat apabila


tentera British dan Amerika Syarikat mula bertindak balas. Kejayaan
tentera Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya)
melemahkan Jerman membolehkan mereka meningkatkan tindakan
melemahkan kekuatan Jepun. Kapal-kapal selam British mula
mengganggu perjalanan kapal-kapal Jepun. Apabila Burma dapat
diambil oleh tentera Berikat bekalan beras dari Burma terhenti.
Untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan lain-
lainnya, pihak Jepun menggalakkan lagi penanaman lebih banyak
tanaman makanan. Pelbagai kaedah dilakukan seperti mengadakan
pertandingan bercucuk tanam di halaman rumah, pertunjukan bahan
pertanian, memberi nasihat teknik dengan percuma dan memberi
pinjaman wang.

7. Selain itu tanah perkampungan (pertanian) baru dibuka di Endau,


Johor, Kampung Fuji di Bahau, Negeri Sembilan dan sebuah
kampung di Pulau Bintang. Beribu ekar kawasan getah dibersihkan
untuk dijadikan kawasan pertanian. Walau bagaimanapun usaha-
usaha ini tidak memadai untuk menampung keperluan makanan
Tanah Melayu.

8. Kedudukan ekonomi Tanah Melayu yang buruk itu menjadi lebih


teruk lagi apabila kuasa pertukaran wang dan barangan merosot
sekali. Wang dicetak dan diedarkan begitu berlebihan. Sebelum
peperangan wang yang dikeluarkan sebanyak $200 juta tetapi pada
akhir peperangan jumlah wang meningkat kepada $4,000 juta. Wang
itu tidak ada sandaran yang kukuh menyebabkan nilainya tidak
seberapa.

9. Kekurangan dalam pelbagai bekalan menyebabkan wujud secara


leluasa pasar gelap. Ketika itu tidak ada benda yang diperlukan oleh
orang ramai yang tidak diperdagangkan di pasar gelap.

20
10. Kedudukan ekonomi yang teruk itu memaksa Jepun mengubah sikap
bermusuh dengan orang-orang Cina. Jepun mula mengakui peranan
dan kepentingan orang Cina dari segi ekonomi. Jepun sanggup
mengekalkan kedudukan ekonomi orang Cina asalkan mereka
sanggup memberi sumbangan yang diperlukan oleh Jepun untuk
membiayai perjuangannya. Pemerintah Jepun telah menuntut
sebanyak $50 juta daripada masyarakat Cina di Tanah Melayu.
Tetapi jumlah yang diperolehi pada 20 April 1942 hanya $29 juta
sahaja.

11. Walau apa pun kedudukan ekonomi penduduk Tanah Melayu,


kewujudan pentadbiran Jepun di sini mengalakkan juga kegiatan dan
kedatangan syarikat-syarikat besar dari Jepun. Selain Mitsui dan
Mitsubishi yang telah sedia ada di sini sebelum Perang, disusuli oleh
syarikat-syarikat kecil yang lain seperti Kaisya dan Kumiai.
Bank-bank Jepun turut ditubuhkan seperti Bank Specie Yokohama
Berhad.

Keadaan Sosial Tanah Melayu Waktu Pendudukan Jepun.

1. Pemerintah Jepun memberi layanan yang tidak sama terhadap kaum-


kaum yang mendiami Tanah Melayu. Dasar yang bersifat `pecah dan
perintah' diamalkan sehingga menimbulkan bibit-bibit perselisihan
kaum terutama di antara orang Melayu dan Cina. Orang-orang
Melayu mendapat layanan baik dari pihak Jepun kerana Jepun mahu
mendapat kerjasama daripada orang Melayu menyokong perjuangan
Jepun.

(a) Jepun berpendapat orang-orang Melayu sebagai tuan punya


Tanah Melayu yang mutlak.

(b) Ramai orang Melayu dilantik menjadi pegawai-pegawai dalam


perkhidmatan pentadbiran kerana mengisi kekosongan yang
ditinggalkan oleh pegawai-pegawai Eropah.

(c) Orang-orang Melayu juga digalakkan memasuki pasukan polis


dan pasukan keselamatan.

(d) Jepun menyebarkan dakyah-dakyah anti-Cina dalam masyarakat


Melayu terutama di kampung-kampung. Malahan orang-orang
Melayu digumakan untuk menentang Malayan People
Anti- Japanese Army (MPAJA) yang terdiri kebanyakannya
daripada orang-orang Cina.

3. Seperti orang Melayu, orang India juga mendapat layanan baik.


Jepun ingin mendapat sokongan orang India dalam kempen
menentang British kerana Jepun bercita-cita menakluk India.
Langkah awal ke arah itu ialah dengan memberi sokongan kepada
pembentukan Liga Kemerdekaan India (Indian Independence

21
League) dan Tentera Kebangsaan India (Indian National Army) di
Tanah Melayu. Kedua badan ini akan berkempen untuk
membebaskan India daripada penjajahan Inggeris.

4. Berlainan dengan orang Melayu dan India, orang-orang Cina


mendapat layanan buruk daripada pemerintah Jepun.

(a) Jepun menyifatkan orang-orang Cina sebagai musuh. Jepun


begitu marah kepada orang Cina kerana meberi penentangan
yang hebat terhadap pendudukan Jepun di negeri China
(1937-1941). Orang-orang Cina di Tanah Melayu pula memberi
bantuan kewangan dan tenaga sukarela untuk bersama-sama
berjuang menentang Jepun.

(b) Pemerintah Jepun terutama aanggota Kempetei telah melakukan


tangkapan serta penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai
orang Cina (Su Ching), melibatkan beribu-ribu nyawa juga
dilakukan.

(c) Sekolah-sekolah Cina ditutup. Murid-murid sekolah Cina terpaksa


memasuki sekolah Jepun (Nippon Go) yang menyampaikan
nilai-nilai budaya Jepun kepada murid-muridnya.

(d) Oleh kerana adanya penindasan terdapat orang-orang Cina yang


melarikan diri ke kawasan-kawaan pedalaman dan ada pula
yang masuk ke dalam hutan bagi menganggotai MPAJA.

(e) Orang-orang Cina yang tidak melarikan diri terpaksa memberi


kerjasama kepada pemerintah Jepun. Mereka dibenarkan
menjalankan aktiviti ekonomi, tetapi perlu memberi
sumbangan kewangan dan bekalan kepada pemerintah Jepun.
Sebagai usaha mengumpulkan peranan dan sumbangan orang
Cina maka Jepun bersetuju dibentuk satu jawatankuasa
kebajikan (ekonomi) Cina di bawah pimpinan Lim Boon King.
Jawatankuasa ini kemudian menjadi pelopor kepada
pembentukan Persatuan Orang Cina Seberang Laut.

5. Orang Serani yang mempunyai hubungan darah dengan orang-orang


Eropah turut menerima layanan yang buruk. Mereka tidak
dipercayai oleh Jepun sejak dari awal lagi.

6. Jepun juga menjalankan usaha untuk menjepunkan rakyat


jajahannya dengan pelbagai kaedah. Pada keseluruhannya bahasa
Jepun dijadikan sebagai bahasa lingua franca dalam empayar
mereka. Oleh itu bahasa Jepun tidak sahaja diajar di sekolah-sekolah
malah ia menjadi bahasa rasmi di jabatan-jabatan kerajaan.

(a)Jepun merancang menjadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca


dalam empayer mereka. Oleh itu bahasa Jepun tidak sahaja
diajar di sekolah-sekolah, malah ia menjadi bahasa rasmi di

22
jabatan-jabatan pentadbiran.

(b) Sekolah-sekolah tempatan terutama sekolah Inggeris dan Cina


ditutup dan dijadikan sekolah rendah umum yang
mengutamakan penggunaan bahasa Jepun.

(c) Sebilangan orang tempatan terutama orang Melayu dihantar ke


negeri Jepun untuk mempelajari bahasa Jepun dan mengikuti
latihan perguruan.

(d) Susunan pelajaran diasaskan kepada dasar pelajaran Jepun.


Latihan jasmani, menyanyi lagu kebangsaan Jepun,
membongkok arah matahari terbit sebagai menghormati
Maharaja Jepun (Tenno Heika) dan peraturan-peraturan lain
yang bercorak Jepun dijalankan di sekolah-sekolah.

(e) Sekolah menengah atas dan tinggi tidak dibuka kerana tidak
diingini dari segi siasah Jepun di Tanah Melayu. Sebaliknya
sekolah-sekolah teknik, pertukangan, maktab kaji laut,
perikanan dan pertanian lebih diutamakan. Beberapa sekolah
tersebut diwujudkan disamping beberapa pusat latihan atau
maktab tentera darat, laut dan udara. Pusat-pusat latihan
tentera ini diwujudkan bagi melatih rekrut-rekrut untuk
keperluan tentera dengan seberapa segera.

7. Dalam masa pendudukan Jepun, perkhidmatan kesihatan dan


perubatan merosot sekali kerana Jepun mengambil segala
kemudahan sosial dan ubat-ubatan bagi kegunaannya orang-orang
Jepun sahaja. Keadaan ini berserta dengan masalah kekurangan
makanan, menyebabkan wabak penyakit mudah berlaku di kalangan
penduduk Tanah Melayu.

8. Pada 31 Mac 1942, Radio Syonan memulakan siarannya dibawah


kawalan Jabatan Pengawal Siaran radio. Hanya peti radio gelombang
sederhana sahaja dibenarkan pengunaannya, sementara gelombang
pendek yang boleh menerima siaran jauh diharamkan. Hukuman
bunuh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan
gelombang pendek.

9. Pada 1 September 1943, penerbitan filem mula dikawal. Tapisan


yang ketat ddikenakan terutama ke atas filem-filem yang memuja
Barat dan yang boleh membahayakaan kedudukan Jepun. Filem-filem
Jepun dan filem-filem rencana telah ditunjukkan, sementara hampir
kesemua filem Barat, Cina dan India diharamkan.

10. Pada 10 Septenber 1942, Pejabat Perang membenarkan akhbar


diterbit semula. Wakil Syarikat Akhbar Domei mengambil alih
penerbitan akhbar di Tanah Melayu.

PERGERAKAN DAN KEGIATAN POLITIK PADA

23
ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

Kegiatan Politik dan Pergerakan Naionalisme Melayu.

1. Pendudukan Jepun telah menimbulkan kesedaran politik yang lebih


mendalam di kalangan orang-orang Melayu. Kejayaan tentera Jepun
menakluki Tanah Melayu dan Singapura telah menambah lagi
semangat perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu terutama di
kalangan anggota Kesatuan Melayu Muda (yang dahulunya
diharamkan oleh Inggeris) untuk menentang penjajahan Inggeris.

2. Kekalahan British ditangan tentera Jepun telah menjatuhkan imej


keagungan tentera British dan menjejaskan kedudukan Brtish di
Tanah Melayu. Kekalahan British secara tidak langsung
menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap British. Orang
Melayu tidak boleh lagi mengharapkan sepenuhnya terhadap
perlindungan British.

3. Pihak Jepun sedar untuk menguatkan kedudukannya di Tanah


Melayu terutama dalam menentang British, mereka perlu mendapat
sokongan daripada orang-orang Melayu. Sebagai langkah pertama
ke arah matlamat tersebut, pemerintah Jepun membebaskan
pemimpin-pemimpn Melayu yang dipenjara oleh British terutamanya
ketua-ketua KMM seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad
dan Ahmad Boestamam. Dengan persetujuan pihak Jepun, Kesatuan
Melayu Muda (KMM) bergiat semula. Jepun berharap KMM dapat
membantu perjuangan Jepun tetapi didapati KMM tidak memenuhi
matlamat mereka. Pada akhir bulan April 1942, KMM dibubarkan.

4. Pada tahun 1943, dengan sokongan Jepun juga ditubuhkan pasukan


Pembela Tanahair (PETA) diketuai oleh Ibrahim Yaakob. Bekas
anggota KMM memberi sokongan kepada PETA. Tujuan Jepun
menubuhkan PETA ialah untuk menggunakannya menentang
gerakan-gerakan anti-Jepun sepereti MPAJA yang ditaja oleh Parti
Komunis Malaya. MPAJA mendapat bantuan daripada tentera British
melalui Pasukan 136.

5. Menjelang tahun 1945, Jepun mulai merasa mereka akan kalah


dalam peperangan dan keadaan ini mempengaruhi pemerintah Jepun
menukarkan dasar terhadap Tanah Melayu dan Indonesia.
Pemerintah Jepun bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada kedua kawasan yang digabungkan. Sebagai langkah ke arah
itu maka pada bulan Julai 1945, ditubuhkan Kestuan Rakyat
Indonesia Semenanjung (KERIS) diketuai oleh Dr. Burhanuddin
al-Helmy dan Ibrahim Yaakob.

6. KERIS memperjuangkan idea mengenai percantuman antara Tanah


Melayu dengan Indonesia dalam konsep Indonesia Raya. Pemimpin-
pemimpin KERIS telah mengadakan perundingan-perundingan
dengan pemimpin Indonesia. Rundingan-rundingan telah diadakan

24
pada 8 Ogos 1945 di Singapura dan pada 12 Ogos berikutnya di
Taiping, Perak . Dalam pertemuan itu Dr. Burhanuddin dan Ibrahim
Yaakob bersetuju pengisytiharan kemerdekaan bersama Indonesia-
Tanah Melayu dengan Tanah Melayu menjadi sebahagian wilayah
Indonesia.

7. Kesedaran semangat kebangsaan orang Melayu ditingkatkan juga


oleh sebab-sebab berikut:

(a) Pengalaman orang-orang Melayu memegang jawatan-jawatan


penting seperti Pegawai Daerah dan pegawai tadbir lainnya.
Pengalaman itu memberi keyakinan kepada orang-orang
Melayu untuk memegang hal-hal pentadbiran dan memerintah
negeri sendiri.

(b) Peluang yang diberikan oleh Jepun kepada orang-orang Melayu


bergiat dalam hal-hal awam, terutamanya dalam kegiatan
agama secara tidak langsung mempengaruhi perpaduan
orang-orang Melayu.

i. Pada bulan April 1943, diadakan Persidangan Wakil-wakil Islam


dari Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura.

ii.Pada bulan Disember 1944, diadakan Majlis Agung Agama Islam


Se-Malaya di Kuala Kangsar.

iii.Menubuhkan Jabatan Undang-undang dan jawatankuasa


mengenai hal-ehwal agama.
Kegiatan Politik Orang Cina.

Sebelum Perang, Kuomintang Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1912,


merupakan badan politik Cina yang aktif. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu melumpuhkan badan itu. Sebaliknya Parti Komunis Malaya (PKM)
menjadi badan yang popular di kalangan orang-orang Cina. PKM yang
ditubuhkan di Tanah Melayu pada 1927, bergerak secara sulit dan
berpangkalan di hutan-hutan dalam usahanya menentang Jepun. Orang-
orang Cina menganggotai atau memberi sokongan kepada badan ini
kerana marah terhadap dasar penindasan Jepun terhadap mereka. Justeru
itu Jepun sangat berusaha memburu dan memusnahkan anggota PKM
kerana keaktifan mereka menentang Jepun.

Orang-orang Cina turut menjadi anggota terbanyak dalam MPAJA. Badan


ini ditubuhkan pada Mac 1942 atas tajaan PKM sebagai pilihan kepada
orang Cina yang tidak dapat menerima PKM melibatkan diri dalam
menentang Jepun. Pembentukan MPAJA juga mengalakkan bantuan
Inggeris kepada badan itu kerana Inggeris juga kurang senang bekerja
sepenuhnya dengan PKM. MPAJA bergerak bergerak di bukit-bukit dan
hutan-hutan. MPAJA menerima bantuan daripada Pihak Berikat melalui
East Asia Command dan Pasukan 136 yang berpusat di Sri Lanka. Malahan
anggota MPAJA mendapat latihan daripada pegawai-pegawai tentera dari

25
Pasukan 136 yang digugurkan melalui udara dan didaratkan melalui laut.
East Asia Command menghantar kira-kira 500 pegawai membantu MPAJA.
Satu perikatan sementara dibentuk antara MPAJA dengan pihak Inggeris
yang menetapkan alat-alat senjata yang diberikan kepada MPAJA akan
dipulangkan kepada Inggeris selepas Perang. Pihak British menggunakan
MPAJA untuk melemahkan kedudukan Jepun dan memudahkan tentera
British dan Pasukan Berikat melancarkan gerakan membebaskan Tanah
Melayu.

Pada pertengahan tahun 1942, MPAJA mempunyai empat rejimen. Rejimen


Pertama mengandungi 100 anggota, Rejimen Kedua mengandungi 160
anggota, Rejimen Ketiga mengandungi 360 anggota dan Rejimen
Keeempat mengandungi 250 anggota. Sehingga tahun 1944, MPAJA
mempunyai 3000-4000 anggota dan pada tahun 1945 meningkat kepada
6000-7000 anggota.

Selain daripada gerakan ketenteraan itu masyarakat Cina yang tinggal di


kawasan pedalaman dan di pinggir hutan telah memberi bantuan seperti
perubatan, makanan dan maklumat-maklumat penting kepada
gerakan-gerakan menentang Jepun. Golongan ini dikenali sebagai Min
Yuen.

Untuk menghadapi penentangan orang-orang Cina yang anti-Jepun,


pemerintah Jepun berusaha mendapatkan sokongan daripada orang-orang
Cina yang tinggal di bandar-bandar. Pemerintah Jepun juga memujuk
orang Cina supaya memberi `hadiah sukarela' yang terkenal itu yang
terdiri daripada wang sebanyak $50 juta pada tahun 1942. Sumbangan ini
diistilahkan sebagai perbuatan muhibah orang Cina terhadap Panglima
Tertinggi Jepun, Leftenan Jeneral Yamashita.

Pemerintah Jepun juga menubuhkan kelab-kelab seperti Epposho bagi


masyarakat Cina di Pulau Pinang pada tahun 1944 dan Hodosha pada
tahun 1945 bagi mewakili semua kaum. Tujuan utama penubuhan Epposho
dan Hodosha ialah untuk menggalakkan orang-orang Cina berbincang
terus terang sebarang tidak puas hati dan membuat cadangan-cadangan
yang membina kepada pentadbiran tentera Jepun. Pihak Jepun juga
mengharapkan agar penubuhan kedua-dua badan ini akan dapat
menwujudkan perasaan nasionalisme orang-orang di Tanah Melayu yang
akan menghalang percubaan pihak British untuk kembali ke Tanah
Melayu.

Langkah lain yang digunakan oleh pemerintah Jepun untuk menentang


golongan Cina yang anti-Jepun ialah menggunakan pasukan polis Melayu
dan PETA. Tindakan ini merupakan langkah yang kurang bijak kerana ia
telah menimbulkan kemarahan orang-orang Cina terhadap orang-orang
Melayu.

Kegiatan Politik Orang India.

Seperti orang-orang Melayu, orang-oranng India juga mendapat layanan

26
yang baik kerana Jepun mahu menggunakan semangat nasionalisme
orang-orang India untuk kepentingan perjuangan mereka. Mejar Fujiwara,
seorang pegawai perisik tentera telah ditugaskan mengelolakan
pergerakan orang-orang India baik di kalangan orang awam ataupun
tentera. Mejar Fujiwara segera menubuhkan Liga Kemerdekaan India
(Indian Independence League) diketuai oleh Rash Bihari Bose, seorang
revolusioner India yang melarikan diri ke negeri Jepun pada tahun 1915.
Rash Bihari Bose telah dibantu oleh Kapten Mohan Singh dari tentera
India British selepas beliau ditawan oleh tentera Jepun di Kedah.
Pemerintah Jepun berharap orang-orang India dan juga tentera India
memberi sokongan kepada pergerakan Liga Kemerdekaan India yang
memperjuangkan penubuhan Kerajaan `Azad Hind' (India Bebas) yang
berpangkalan di Singapura. Matlamat pihak Jepun ialah supaya
orang-orang India membantunya dalam kempen menyerang India.

Untuk menjayakan rancangan penubuhan kerajaan Azad Hind, ditubuhkan


Tentera Kebangsaan India (Indian National Army) yang kemudian diambil
alih oleh Subhas Chandra Bose, bekas Dipertua Kongres Kebangsaan
India. Askar-askar India yang menyerah diri diseru memasuki Tentera
Kebangsaan India itu. Jepun bertujuan menggunakan tentera ini bagi
membantunya mengusir kuasa Inggeris dari India. Gerakan Liga
Kebangsaan India dan Tentera Kebangsaan India telah mendapat sokongan
daripada beberapa orang sukarelawan India dan salah seorang daripada
mereka ialah Pritam Singh dari Bangkok. Beliau dan sukarelawan India
lain telah menyertai Tentera Kebangsaan India dan tentera Jepun
menyerang India pada tahun 1943.

Sungguhpun demikian tidak semua orang India dan tentera India yang
menjadi tawanan perang Jepun menyertai kedua badan tersebut kerana
sangsi terhadap kejujuran Jepun membantu pembebasan India. Mereka
dapati tindakan dan dasar Jepun lebih merugikan. Ramai orang India
kehilangan pekerjaan kerana penutupan ladang-ladang seperti getah, kopi
dan lain-lainnya. Penindasan Jepun juga berleluasa terhadasp orang awam,
termasuk orang-orang India sendiri yang mudah disyaki tidak memberi
kerjasama kepada Jepun. Sejumlah pula daripada mereka dipaksa
membina landasan keretapi merentasi barat Thailand ke Burma.
Pembinaan landasan keretapi, termasuk jambatan menyebarangi Sungai
Kwai mengorbankan banyak nyawa akibat deraan kerja dan paksaan serta
kekurangan makanan sehingga dikenali projek itu sebagai Jalan Keretapi
Maut.

Serangan tentera Jepun dan Tentera Kebangsaan India terhadap negara


India pada tahun 1943, tidak berjaya. Mereka hanya dapat menawan
bahagian timur Assam. Kemaraan mereka berjaya dihalang di Imphal dan
Kohima menyebabkan mereka terpaksa berundur. Ramai anggota Tentera
Kebangsaan India dari Brigade Kedua menyerah diri kepada pihak British.
Chandra Bose terpaksa berundur ke Singapura. Gerakan Kemerdekaan
India terus menjadi lemah apabila Jepun mengalami kekalahan dan
masyarakat India tidak lagi memberi sokongan. Pada bulan Jun 1945,
Chandra Bose berlepas ke negera Jepun tetapi malangnya pesawat yang

27
dinaiki dikatakan jatuh terhempas di Taiwan dan beliau terbunuh dalam
kemalangan itu.

BERAKHIR ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN

Sejak pertengahan tahun 1943, keunggulan tentera Jepun mula tergugat


apabila mereka mengalami kekalahan dalam beberapa pertempuran. Pada
1 Disember 1943, satu persidangan diadakan di Kaherah, Mesir.
Persidangan itu meminta Kerajaan Jepun menyerah kalah, tetapi ditolak
Jepun.
Kedegilan Jepun itu menyebabkan tentera Berikat meningkatkan
pergempuran mereka terhadap kedudukan Jepun di Asia dan Pasifik.
Sementara itu dengan kekalahan Jerman pada tahun 1945, keupayaan
tentera Berikat untuk mengempur Jepun bertambah baik. Malah dari
tahun 1944 hingga pertengahan tahun 1945, tentera British telah berjaya
mengusir penguasaan Jepun ke atas beberapa kawasan terutamanya di
Burma dan Pasifik selatan. Menjelang pertengahan tahun 1945 tentera
Berikat sudah bersedia untuk mengempur Jepun di Tanah Melayu.
Sebelum tindakan itu dibuat, kekuatan tentera laut dan udara Jepun
dipatahkan dahulu oleh tentera laut Amerika Syarikat dalam satu siri
peperangan di kawasan kepulauan Midways.

Pada 26 Julai 1945, diadakan Persidangan Potsdam yang dihadiri oleh


Presiden Truman (Amerika Syarikat), Perdana Menteri Churchill (Britain)
dan Perdana Menteri Stalin (Rusia). Persidangan itu meminta supaya
Kerajaan Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Permintaan itu ditolak oleh
Jepun pada 28 Julai kerana ia enggan menyerah tanpa sebarang syarat.
Akibatnya pada 6 Ogos 1945, bom atom yang pertama digugurkan d
Hiroshima.

Walaupun bom atom itu memusnahkan dengan teruk penduduk dan bandar
Hiroshima Kerajaan Jepun masih tidak menunjukkan reaksi untuk
menyerah kalah. Kedegilan itu menyebabkan bandar Nagasaki pula dibom
dengan bom atom pada 9 Ogos. Pengeboman ini disusuli pada 13 Ogos
dengan penyerangan kapal-kapal terbang ke atas bandar Tokyo. Setelah
menerima serangan yang tidak dapat ditentang lagi maka Maharaja Jepun
mengisytiharkan negaranya menghentikan peperangan pada 15 Ogos
1945. Jepun mengakui kalah secara rasmi pada 2 September 1945. Dari
tempoh itu Jepun diletakkan di bawah pengawalan atau pentadbiran
tentera Amerika (SCAP).

Kekalahan Jepun memudahkan kemaraan tentera Berikat menguasai Asia


Tenggara. Pada 3 September, tentera British mendarat di Pulau Pinang dan
pada 5 September di Singapura. Pendaratan tentera British yang terbesar
ialah pada 9 September di Port Dickson dan Port Swettenham. Pada 12
September, upacara penyerahan kuasa kepada British diadakan di
Bangunan Perbandaran Singapura. Pihak Jepun diwakili oleh Jeneral
Itagaki merasmikan penyerahan itu kepada pihak British yang diwakili
oleh Lord Louis Mountbatten, iaitu Pemerintah Turus Agung Pihak Berikat.

28
Menjelang akhir bulan Septenber 1945, tentera British sudah berjaya
menguasai sepenuhnya Tanah Melayu. Ekoran daripada itu diadakan
penyerahan secara rasmi kuasa ke atas Tanah Melayu kepada pihak
British. Upacara penyerahan ini diadakan di Kuala Lumpur pada 22
Februari 1946. Pihak Jepun diwakili oleh Jeneral Itagaki, sementara pihak
British diwakili oleh Leftenan Jeneral Messervy, Pemerintah Tentera British
di Tanah Melayu.

TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

Kekalahan Jepun berlaku dengan mengejut sehingga pihak Inggeris yang


kembali ke Tanah Melayu tidak dapat mengadakan penguatkuasaan
pentadbiran dan keselamatan yang berkesan dengan segera. Kira-kira dua
minggu selepas pengisytiharan kekalahan Jepun Tanah Melayu berada
dalam kekosongan kuasa kerajaan. Dalam tempoh itu MPAJA dan PKM
cuba mengambil alih kawasan ke atas negeri-negeri Semananjung. Bagi
tujuan itu wujud `Tentera Bintang Tiga' iaitu gabungan MPAJA dan PKM
yang akan berjuang menguasai Tanah Melayu. Tentera itu telah mengambil
beberapa tindakan yang memburukan lagi hubungan orang-orang Melayu
dengan orang-orang Cina. Orang-orang Cina terutamanya MPAJA dan PKM
membalas dendam terhadap orang-orang Melayu yang dahulunya memberi
sokongan kepada Jepun, terutamanya mereka yang pernah bertugas
sebagai Kempetei. Hukuman mudah dijatuhkan oleh Mahkamah
`Kangaroo' yang dibentuk dan dikendalikan dengan sewenang-wenang
cara da kuasa oleh pihak Tentera itu. Akibat daripada tingakan Tentera
itu, beberapa pertempuran kaum berlaku terutamanya di Batu Pahat
(Johor), Pulau Pangkor dan beberpa tempat lain di Perak, Selangor,
Trengganu dan Negeri Sembilan.

Persengketaan kaum itu dikendurkan apabila kerajaan Inggeris


membentuk Pentadbiran Tentera Inggeris Tanah Melayu (British Military
Administration - ringkasnya BMA). Di antara langkah-langkah awal BMA
ialah menamatkan persengketaan kaum dan merundingkan dengan
pegawai-pegawai MPAJA bagi penyerahan senjata-senjata mereka.
Keanggotaan ahli-ahli MPAJA ditamatkan kerana peranan mereka
menentang Jepun sudah berakhir dan mereka diberi wang pampasan atau
gantirugi sebanyak $350 seorang. Sebahagian daripada anggota MPAJA
itu kemudiannya memasuki pertubuhan Old Comrades Association
(Persatuan Setiakawan Lampau). Walau bagaimanapun bagi mengenang
jasa PKM, pihak Inggeris mengiktiraf badan itu sebagai pergerakan (parti)
yang sah. Pengakuan terhadap PKM diteruskan oleh pentadbiran awam
yang menggantikan BMA pada tahun 1946. PKM kemudiannya diharamkan
pada tahun 1948 setelah melakukan tindkan-tindakan menentang kerajaan
yang mencetuskan zaman Darurat di Tanah Melayu.

KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1. Zaman pendudukan Jepun merupakan zaman pahit dalam sejarah


hidup orang-orang di Tanah Melayu. seperti yang telah dinyatakan,
kehidupan orang-orang tempatan penuh dengan penderitaan dan

29
penindasan. Zaman pendudukan Jepun menjadi ingatan yang sukar
dilupakan.

2. Oleh kerana zaman pendudukan Jepun tidak ada pekerjaan,


kekurangan makanan dan barang keperluan harian, tidak ada
rancangan pembangunan ekonomi dan sosial, menyebabkan proses
pemulihan selepas Perang sangat sukar dan lambat.

3. Dasar `pecah dan perintah' Jepun secara tidak langsung


menimbulkan perselisihan di antara orang Melayu dengan orang
Cina. Perbalahan kaum menjadi nyata dan lebih sengit apabila
pertubuhan MPAJA mengambil tindakan membalas dendam
terhadap orang-orang Melayu yang dituduh menjadi penyokong
Jepun. Tindakan MPAJA atau Tentera Bintang Tiga itu ditentang oleh
orang-orang Melayu sehingga terjadi pertempuran kaum di
beberapa tempat.

4. Pendudukan Jepun secara tidak langsung telah memberi peluang


kepada Parti Komunis Malaya menjadi parti yang popular dan
berpengaruh. Pihak Inggeris pula memberi pengiktirafan kepada
PKM selepas Perang. Keadaan ini memberi peluang kepada PKM
mempropagandakan ideologi Komunis dan membuat rancangan
untuk menumbangkan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dengan
bantuan Komunis Antarabangsa.

5. Pendudukan Jepun mempercepatkan perkembangan kesedaran


kebangsaan mereka. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggeris
memperlihatkan keunggulan Inggeris tidaklah setinggi dan sekebal
yang pernah mereka percayai. Kegagalan Inggeris mempertahankan
Tanah Melayu sehingga mengakibatkan kemusnahan negeri dan
penderitaan rakyat menimbulkan kemarahan dan kesangsian orang-
orang Melayu terhadap kejujuran dan kesanggupan Inggeris
mempertahankan bangsa dan tanah jajahan mereka. Malah
kesempatan yang diberikan oleh Jepun kepada orang Melayu
membentuk pergerakan politik dan terlibat dalam pentadbiran serta
diakui sebagai pihak yang berhak ke atas Tanah Melayu membuka
selera orang Melayu untuk memerintah sendiri tanah air mereka.
Apabila kerajaan Inggeris mengumunkan rancangan Malayan Union
yang banyak merugikan hak orang Melayu, kesedaran politik dan
kebangsaan orang Melayu bertambah nyata lagi. Mereka menentang
kuat rancangan Malayan Union dan penentangan itu disatukan
penyuaraan dan tindakannya melalui Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (United Malay National Organization - UMNO).
Pertubuhan ini dibentuk pada bulan Mei 1946 hasil persetujuan
gabungan pelbagai persatuan dan pergerakan orang Melayu yang
bertekad menolak Malayan Union.

30
31

You might also like