KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI MINDAdocx

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5


2019
SMK GUAR NANGKA
TAHUN 2018

1. PENDAHULUAN

Berdasarkan keputusan ujian yang lalu, terdapat segelintir pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang tidak
mencapai keputusan mengikut standard kualiti akademik yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Golongan pelajar ini sememangnya mampu untuk cemerlang jika dibantu serta diberi perhatian dan
penumpuan yang penuh kepada mereka. Sehubungan itu, Unit bimbingan dan kaunseling bercadang
untuk menjalankan satu program motivasi berbentuk perubahan minda khas untuk pelajar-pelajar ini
bagi membantu mereka mempunyai hala tuju yang jelas sebagai persediaan menghadapi peperiksaan
PT3 dan SPM nanti

2. OBJEKTIF

Berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar ke tahap maksima dalam pencapaian akademik


(SPM 2019)
Berusaha meningkatkan kualiti kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran terutamanya mata
pelajaran kritikal
Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif pelajar untuk berusaha bersungguh-
sungguh bagi mencapai kecemerlangan akademik dan kemahiran-kemahiran soft skill sebagai
persediaan masa hadapan.

3. KUMPULAN SASARAN

Seramai 69 orang pelajar tingkatan 3 dan 78 orang pelajar tingkatan 5

4. PELAKSANAAN PROGRAM
Seperti lampiran A

5. TARIKH PELAKSANAAN
18 Mac 2019 (Isnin)

6. TEMPAT
Dewan Peperiksaan , SMKGN

7. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Puzirah bt Abd Lateh (Pengetua)

Pengerusi : En. Mohd Hashim b. Mohd Alwi (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Pn. Norliza bt Salleh (PK HEM)


KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
2019
SMK GUAR NANGKA
TAHUN 2018

Naib Pengerusi II : En. Ruslizan b. Ahmad (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Norzalina bt Jamaludin (GBKSM)

Bendahari : Pn. Aida Farehan bt Dir (Bendahari PIBG)

Penyelaras Program : Pn. Norliza bt Ismail (Penyelaras Tingkatan 3)

: Pn. Hamidah bt Hamid (Penyrelaras Tingkatan 5)

8. JAWATANKUASA PELAKSANA
Seperti lampiran B

9. KEWANGAN
Seperti lampiran C

10. PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu
memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Namun, strategi dan perancangan
yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada
semua pihak terutamanya guru-guru amatlah diperlukan dan ianya bukanlah sekadar sokongan
moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan juga material. Adalah
menjadi harapan pihak sekolah agar selepas program ini dilaksanakan , berlaku perubahan
dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan mereka dalam
peperiksaan PT3 dan SPM .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. ……………………………………….
(NORZALINA BT JAMALUDIN) Pengetua
GBKSM SMK Guar Nangka
SMK Guar Nangka
KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
2019
SMK GUAR NANGKA
TAHUN 2018

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA


PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2019

TARIKH MASA AKTIVITI

18 MAC 2019 8.00 PAGI SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 BERKUMPUL DI DALAM
DEWAN PEPERIKSAAN
(ISNIN)
8.30 PAGI CERAMAH TRANSFORMASI MINDA OLEH EN. NARIDAN B. DIN

10.30 PAGI BERSURAI

LAMPIRAN B

PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA


PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2019

JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA KECIL BIDANG TUGAS

Persiapan Tempat / Siaraya  Memastikan dewan dalam keadaan baik


 En. Abu Bakar b. Habin  Memastikan PA sistem dapat digunakan
dengan sempurna
Kawalan Disiplin / keselamatan  Mengawal disiplin murid semasa program
 Guru subjek mengikut masa PDP pelajar dijalankan

Fotografi / Dokumentasi  Mengambil gambar semasa program


 Pn. Norzalina bt Jamaludin berlangsung
 Menyediakan dokumentasi selepas
program berlangsung
KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
2019
SMK GUAR NANGKA
TAHUN 2018

LAMPIRAN C

PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA


PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2019

A. ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 BAYARAN SAGUHATI PENCERAMAH 200

JUMLAH KESELURUHAN 200

B. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling (Bayaran 200
Penceramah)
JUMLAH BESAR 200
KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
2019
SMK GUAR NANGKA
TAHUN 2018

You might also like