Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Contoh Ulasan Karangan Piramid Makanan PT3 Bahasa

Melayu
Untuk kali ini bagi latih tubi untuk bahasa C kertas Bahasa
Melayu PT3, Mypt3 kongsikan kepada anda contoh karangan
ulasan PT3 Bahasa Melayu untuk tema piramid makanan.

Seperti yang anda tahu untuk bahagian ini, format yang


diberikan memerlukan anda untuk memerhatikan contoh carta
yang diberikan seperti di bawah.

Selepas itu anda diminta untuk memberikan ulasan dan


pendapat bernas anda yang mana panjang ulasan karangan
yang diperuntukkan kepada anda adalah antara 80 hingga 100
patah perkataan sahaja.

Tidak boleh lebih daripada. Bermakna ulasan karangan anda


mesti berfakta, padat dan bernas.
Piramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan.
Amalan pemakanan yang seringkali dicadangkan ialah mengambil 8 hingga
12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan
tenaga kepada manusia. Selain itu, kita disarankan mengambil hidangan
sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membantu sistem penghadaman. Di
samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan
kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Bagi mengelakkan
gejala obesiti, kita diperingatkan supaya mengurangkan pengambilan susu
dan produk tenusu. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah
digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita
digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

You might also like