Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

SEBELUM :

Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2018 telah ditubuhkan pada
mesyuarat kali pertama di Bilik Kuliah A307 pada 21 Ogos 2018. Saya Anandha Raj A/L
Munnusamy telah dipilih sebagai Ketua AJK Dokumentasi bagi program ini dalam mesyuarat
tersebut. Pendokumentasian merupakan antara perkara yang penting dalam sesebuah
aktiviti. Pengarah Projek membentangkan laporan bahawa Majlis Penutupan Sambutan
Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2018 akan diadakan pada 18 September 2018 pada pukul 2
petang bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tuanku Bainun.

Tugas utama AJK Dokumentasi adalah mengumpulkan segala laporan daripada ketua AJK
setiap biro dan mendokumentasikannya sebagai sebuah buku. Suatu gambaran ringkas
berkenaan bidang kuasa AJK Dokumentasi telah dibincangkan. AJK kami terdiri daripada 4
orang dan ditugaskan untuk menyediakan satu laporan penuh tentang keseluruhan aktiviti
yang dijalankan sepanjang Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di SJK T
Tuanku Bainun bagi tahun 2018. Kami juga ditugaskan untuk bekerjasama dengan AJK
Fotografi bagi menangkap gambar dan merakam video untuk disertakan dalam laporan.

Senarai Guru
Anandha Raj Munnusamy
Yugeswaran Puspanathan
Santhiya Sevanatham
Osai Nayagi Arumugam
(Jadual 1 : Senarai AJK Biro Dokumentasi)

SEMASA :

Pada hari program, AJK dokumentasi telah dibahagikan tugas secara terancang. kami telah
menggunakan kamera yang dibekalkan oleh AJK Fotografi untuk merakam video bagi
acara-acara yang dijalankan sepanjang Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Seterusnya, kami ditugaskan untuk memastikan kelancaran perjalanan program kerana
tiada kerja penting bagi AJK kami semasa program tersebut dijalankan. Selain itu, kami
meminta semua Ketua AJK untuk menghantar laporan AJK mereka dalam masa dua hari
setelah sahaja majlis ini tamat berlangsung. Beberapa orang AJK diarahkan untuk
membantu AJK Protokol untuk menjalankan urusan mengiringi tetamu-tetamu kehormat
semasa masuk ke dalam Dewan SJK T Tuanku Bainun.
Para pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu lagu-lagu Patriotik dimainkan.

Para pelajar menyaksikan tayangan multimedia yang dihasilkan oleh AJK Multimedia
SELEPAS :

Selepas dua hari program ini dijalankan dengan jayanya, ketua AJK dokumentasi
mengadakan satu perjumpaan dengan ahli-ahli bironya untuk mengumpul gambar-gambar
dan video-video yang telah diambil sepanjang program ini dijalankan. Sesi memberikan
refleksi mengenai tugasan yang dilaksanakan oleh AJK dokumentasi dalam program pesta
ponggal juga dikumpulkan dan mendokumentasikan segala catatan, serta gambar dalam
bentuk laporan. Laporan tersebut akan diserahkan kepada penyelaras projek bagi Majlis
Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan SJK T Tuanku Bainun Tahun 2018.

Ketua AJK Dokumentasi membetulkan format laporan dan kesilapan-kesilapan


penting dalam laporan yang disediakan oleh Ahli Biro tersebut

Ahli AJK Dokumentasi menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa Majlis


Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kepada Ketua AJK Dokumentasi
Laporan disediakan oleh,

…………………………….....

ANANDHA RAJ A/L MUNNUSAMY

Ketua AJK Dokumentasi

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018

You might also like