Tugasan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Menurut Boon et.al (2009), media dikenali sebagai medium yang bermaksud
sesuatu komunikasi yang membawa maklumat. Media terdiri daripada pelbagai jenis
iaitu radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak, dan
komputer (Chin, 2009). Oleh itu, media pengajaran merupakan sesuatu alatan untuk
menyampaikan maklumat pengirim (guru) kepada penerima (murid) maklumat
sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian
penerima. Selain daripada itu, media pengajaran bukan sahaja untuk meningkatkan
minat dan pemahaman murid terhadap pengajaran guru, malahan juga dapat
mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di bilik darjah.
Sebagai contohnya, murid dapat belajar sendiri degan panduan dan bimbingan yang
terdapat dalam media yang digunakan.

Media interaktif merupakan media pengajaran yang amat berguna dan popular
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal
ini kerana, media interaktif adalah satu bahan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) yang mempunyai kombinasi teks, gambar, audio, video dan animasi. Gabungan
ini menjadi satu kesatuan sehingga berlakunya komunikasi dan interaksi. Dengan itu,
murid tidak lagi hanya duduk untuk mendengar apa yang dicerita oleh guru tetapi juga
dapat berinteraksi secara langsung dengan media interaktif ini.

2.0 Kriteria Penilaian Media Pengajaran Berdasarkan Instrumen Sesuai

Instrumen yang telah saya gunakan sebagai dasar penilaian media interaktif
saya ialah Lembaran Penilaian Media Interaktif Pengajaran. Berdasarkan EMPI
(Evaluation of Multimedia Pedagogical and Interactive) yang ditulis oleh Crozat et.al
(1998), saya telah memilih dan membuat rubrik penilaian pada insturmen saya. Selain
daripada itu, saya juga merujuk kepada lembaran grid penilaian media interaktif yang
dibuat oleh Angelina (2013) untuk penghasilan instrumen saya. Dalam instrumen saya,
terdapat dua aspek yang harus dinilai pada media interaktif ialah media dan pedagogi.
Pada aspek media, terdapat lima aspek lagi yang harus dinilai iaitu kualiti media
secara teknikal, kemudahan penggunaan media, elemen media visual, elemen media
audio dan interaktif. Pada aspek pedagogi pula, aspek pembelajaran dan standard isi
kandungan media interaktif akan dinilai.

Terdapat empat penilaian dalam aspek kualiti media secara teknikal antaranya
adalah kemampuan media interaktif tersebut dapat digunakan pada berbagai jenis
sistem operasi di komputer seperti Mac, Windows dan Linux. Kedua ialah
pemasangan media interaktif. Contohnya, proses memasang media interaktif sama
ada senang atau susah. Ketiga, kelancaran pengoperasian media interaktif tersebut
iaitu adakah media interaktif tersebut berjalan lancar tanpa hang/crash ketika
digunakan. Keempat ialah dokumentasi iaitu manual penggunaan yang sempurna dan
jelas disediakan sebagai petunjuk media interaktif ini.

Dalam kemudahan penggunaan media pula, konsistensi kedudukan butang


hyperlink, bentuk butang hyperlink serta warna dan fungsi pada setiap slaid dinilai.
Sebagai contoh, butang hyperlink “Home” adalah sama kedudukan, bentuk, warna
serta fungsi pada setiap slaid.

Dalam elemen media visual, teks, warna teks dan background dan ilustrasi
akan dinilai. Penilaian teks meliputi ukuran huruf, jenis huruf dan jumlah perkataan
yang sesuai dalam slaid. Selain itu, warna teks dengan background dinilai secara
adakah pemilihan warna teks sesuai dengan warna background. Seterusnya, ilustrasi
seperti gambar, video dan animasi dinilai pada kualitinya sama ada baik dalam segi
ukuran, warna dan kedudukan.

Dalam elemen media audio pula, suara, sound effect dan backsound akan
dinilai. Penilaian suara adalah kualiti suara yang meliputi suara bersih, jelas dan
mempunyai tempo. Penilaian sound effect pula dinilai berkaitan dengan pelbagai jenis
sound effect yan digunakan dan tidak mengganggu perhatian. Penilaian backsound
pula merangkumi pemilihan backsound yang sesuai dan tidak menggangu perhatian
pengguna serta tidak menutup suara. Media interaktif juga dinilai tentang kemampuan
pengguna mengawal media interaktif serta dapat memberikan feedback pada setiap
perlakuan.

Pada aspek pedagogi, terdapat tiga elemen yang perlu dinilai dalam media
interaktif, antaranya ialah keselarasan ilustrasi visual dan deskripsi iaitu adakah
penjelasan ilustrasi visual adalah sesuai dengan deskripsi. Seterusnya ialah
penekanan pembelajaran. Dalam konteks ini, media dilihat sama ada maklumat
penting dihiaskan dengan bentuk dan warna yang berbeza. Akhir sekali ialah penilaian
terhadap soal latihan yang diberikan. Soal latihan haruslah sesuai dengan tahap
penguasaan pengguna.

Tambahan pula, aspek yang dinilai adalah standard isi kandungan media
interaktif. Ia merangkumi penilaian elemen kesesuaian informasi, gambar dan animasi
dengan isi kandungan; kesesuaian isi kandungan dengan kurikulum seperti Kurikulum
Standard Sekolah Rendah; dan kesesuaian isi kandungan dengan tujuan
pembelajaran. Penilaian aspek ini lebih ke arah kepada informasi, gambar dan animasi
yang digunakan dalam slaid sama ada sesuai dengan isi kandungan. Selain itu,
kesesuaian isi kandungan media interaktif tersebut dengan kurikulum dan tujuan
pembelajaran pengguna juga dinilai.

3.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, Lembaran Penilaian Media Interaktif Pengajaran ini


amat sesuai digunakan sebagai dasar penilaian media interaktif seperti CD Interaktif.
Hal ini kerana, melalui instrumen ini, kita dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan
media interaktif yang kita hasilkan. Dengan itu, kita dapat menambahbaik media
interaktif kita supaya menjadikan lebih sempurna dan menarik.
Lampiran
4.0 Rujukan

Boon, P. Y., Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin
Wan Hassan. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Chin, Y. P. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: UG


Press Sdn. Bhd.

Osman Affan. (2017, September 8). 21 tips Microsoft Powerpoint. Diakses daripada
SmartStudy Consultant: http://www.osmanaffan.com/21-tips-microsoft-
powerpoint/

Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

You might also like