Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 KONSEP FONEM DAN JENIS-JENIS FONEM 3-5

3.0 KONSEP FONEM SUPRASEGMENTAL 6

3.1 PROSODI DAN FONEM SUPRASEGMENTAL 6

3.1.1 TEKANAN DAN KELANTANGAN SUARA 6

3.1.2 NADA DAN INTONASI 7

3.1.3 JEDA 7-8

3.1.4 PANJANG DAN PENDEK 8-9

3.1.5 TEMPO 9

3.1.6 RIMA 9

4.0 KEPENTINGAN BAKAL GURU MEMPELAJARI ILMU

FONETIK DAN FONOLOGI 9-10

4.1 GURU DAPAT MENGENAL PASTI KELEMAHAN

MURID DALAM BERTUTUR 10

4.2 GURU LEBIH BERPOTENSI UNTUK MENGAJAR MURID

MENGGUNAKAN KAEDAH YANG TEPAT 10

5.0 KESIMPULAN 10-11

RUJUKAN 12
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 2

1.0 PENGENALAN
Fonetik merupakan satu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Bunyi-bunyi bahasa ini
dikeluarkan atau dibunyikan oleh manusia bertujuan untuk berkomunikasi antara satu
sama lain. Menurut Kamus Dewan (2007) fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Nor
Hashimah (2015) menyatakan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa yang
menitik beratkan pelahiran bahasa bukan kandungannya, iaitu bunyi bahasa yang terhasil
lebih penting daripada maksudnya. Bahasa yang diperdengarkan akan diproses oleh otak
untuk dikenal pasti seterusnya menterjemah perbezaan bunyi yang dihasil oleh manusia.
Ilmu fonetik ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, fonetik artikulasi, fonetik
akustik dan fonetik auditori.

Ilmu
Fonetik

Fonetik Fonetik Fonetik


Artikulasi Akustik Auditori
Fonetik artikulasi ialah cabang ilmu yang mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dalam
penghasilan bunyi. Penghasilan bunyi ini sama ada bunyi vokal atau konsonan dengan
menggunakan alat pertuturan seperti bibir, lidah, laluan udara dan sebagainya. Fonetik
akustik pula mengkaji perihal sifat fizikal bunyi bahasa. Fonetik akustik juga dikenali
sebagai bidang fonetik fizikal. Sifat bunyi bahasa ini boleh dipengaruhi oleh gelombang
udara dari paru-paru yang mengalami perubahan disebabkan oleh gangguan yang dibuat
oleh alat artikulasi. Alat artikulasi ini termasuklah pita suara, lidah dan lain-lain.
Seterusnya, fonetik auditori atau dikenali juga sebagai fonetik pendengaran ialah cabang
mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Secara keseluruhan, fonetik ialah
bidang yang mengkaji tentang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi itu.
Fonologi pula ialah satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan
oleh manusia. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa itu
dikatakatan fonologi. Perkataan fonologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud
suara atau bunyi. Menurut Kamus Dewan (2007) fonologi ialah kajian tentang bunyi
sebutan dalam sesuatu bahasa. Fonetik juga ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa.
Fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ
ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ itu (Nor Hashimah, 2015). Hal
ini dapat merumuskan bahawa fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa sama
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 3

ada membezakan makna atau tidak membezakan makna. Matlamat fonologi untuk
menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu seterusnya mewujudkan sistem ejaan
bagi satu-satu bahasa.
Kesimpulannya, kedua-dua bidang fonetik dan fonologi ini saling melengkapi antara satu
sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila
sudah menguasai bidang fonetik, barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa
dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna.

2.0 KONSEP FONEM DAN JENIS-JENIS FONEM


Menurut Shamsul Mardiyyah Bahrum (2013), fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang
berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit
bunyi. Sebagai contoh, perkataan muka terdiri daripada empat unit bunyi iaitu, m, u, k
dan a. Setiap unit-unit tersebut dipanggil fonem. Setiap unit bunyi ini mempunyai fungsi
yang tersendiri. Sekiranya huruf m tersebut ditukar kepada huruf l, perkataan tersebut
menjadi luka yang membawa maksud yang berbeza. Perkara ini jelas menunjukkan
bahawa fonem ialah unit yang berperanan dalam membezakan dan mengubah maksud
perkataan. Bahasa Melayu mempunyai 30 fonem yang terdiri daripada 24 fonem asli dan
enam fonem pinjaman. 24 fonem asli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu, enam fonem
vokal dan 18 fonem konsonan.

FONEM VOKAL

JENIS-JENIS FONEM

FONEM KONSONAN

Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, fonem boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu, fonem vokal dan fonem konsonan. Abdullah Hassan (2005) menyatakan bahawa
fonem vokal standard bahasa Melayu iaitu sebanyak enam fonem. Enam fonem vokal
tersebut ialah /a/, /e/, /ә/, /i/, /o/ dan /u/. Fonem vokal pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu
vokal depan, vokal belakang dan vokal tengah. Kedudukan lidah ketika menyebut fonem
vokal ini memainkan peranan dalam menentukan jenis fonem ini. Fonem vokal hadapan
ialah /i/, /e/ dan /a/, manakala fonem vokal belakang ialah /o/ dan /u/, serta fonem vokal
tengah ialah /ә/. Berikut merupakan keratan rentas lidah bagi fonem vokal:
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 4

Berikut pula merupakan jadual contoh penggunaan fonem vokal:


Huruf Fonem Penggunaan Fonem Vokal
Awal Akhir Tengah
a /a/ /api/ /saya/ /ayah/
i /i/ /itik/ /hati/ /titik/
o /o/ /obor/ /pidato/ /bola/
u /u/ /urat/ /bulu/ /bulat/
e (e taling) /e/ /enak/ /tauge/ /renggang/
e (e pepet) /ә/ /emak/ /prisme/ /besar/

Seterusnya, dalam bahasa Melayu terdapat 18 fonem konsonan yang terdiri daripada
beberapa jenis fonem. Fonem konsonan ini ialah /b/, /c/, /d/, /g/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, /p/,
/r/, /s/, /t/, /w/, /y/, /ny/, dan /ng/. Terdapat tujuh jenis fonem konsonan termasuklah letupan,
letusan, sengauan, geseran, getaran, sisian dan separuh vokal. Hal ini dapat merumuskan
bahawa setiap huruf mewakili satu sebutan fonem. Oleh itu, bahasa Melayu menjadi
mudah untuk dipelajari kerana sistem fonologi bahasa Melayu yang mudah. Berikut
merupakan jadual contoh penggunaan fonem konsonan:

Huruf Fonem Contoh Penggunaan Fonem Jenis Fonem


Awal Akhir Tengah Konsonan
p /p/ /paya/ /sayap/ /lapah/
b /b/ /belah/ /jawab/ /sibuk/
t /t/ /tanah/ /sesat/ /letak/ Fonem Konsonan
d /d/ /dagu/ /had/ /sudu/ Letupan
k /?/ /kacang/ /segak/ /sangkar/
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 5

g /g/ /garam/ /dialog/ /sanggup/


c /č/ /cawan/ /koc/ /mac/ Fonem Konsonan
j /j/ /jatuh/ /pakej/ /baju/ Letusan
m /m/ /malang/ /kelam/ /lambat/
n /n/ /naga/ /laman/ /panda/ Fonem Konsonan
ng /ŋ/ /nganga/ /sayang/ /mangga/ Sengauan
ny /ɲ/ /nyamuk/ - /monyok/
s /s/ /sakit/ /libas/ /mangsa/ Fonem Konsonan
h /h/ /hati/ /sejarah/ /bahaya/ Geseran
r /r/ /rakan/ /bayar/ /burung/ Fonem Konsonan
Getaran
l /l/ /lawak/ /soal/ /mula/ Fonem Konsonan
Sisian
w /w/ [watak] - /tawar/ Fonem Konsonan
y /j/ [yakin] - [sayang] Separuh Vokal

Di samping itu, fonem konsonan pinjaman juga termasuk dalam fonem konsonan.
Fonem konsonan pinjaman ini dipinjam daripada bahasa asing iaitu bahasa Inggeris
dan bahasa Arab. Semua jenis fonem ini terdiri daripada fonem konsonan geseran
namun ada bunyi fonem ini disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang
bervariasi bebas dengan fonem asli. Fonem daripada bahasa Inggeris ialah fonem /v/
manakala fonem daripada bahasa Arab ialah /f/, /z/, /sy/, /kh/, dan /gh/. Berikut
merupakan jadual contoh penggunaan fonem konsonan pinjaman:

Huruf Fonem Contoh Penggunaan Fonem Fonem Pinjaman


Awal Akhir Tengah
f /f/ /fasal/ /maaf/ /lafaz/
z /z/ /zat/ /tahfiz/ /barzakh/ Fonem Pinjaman
sy /š/ /syaitan/ /arasy/ /mesyuarat/ Bahasa Arab
kh /x/ /khabar/ /tarikh/ /akhbar/
gh /ᴽ/ /ghaib/ /baligh/ /loghat/
v /v/ /variasi/ - /konvokesyen/ Fonem Pinjaman
Bahasa Inggeris
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 6

3.0 KONSEP FONEM SUPRASEGMENTAL


Menurut Tuan Zainab (2015), fonem suprasegmental ialah bidang kajian bunyi yang
mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran, seperti
tekanan dan nada. Prosodi juga dikatakan sebagai fonem suprasegmental. Prosodi boleh
menjelaskan segala perkara berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar oleh
telinga dan diterangkan melalui lambang tulisan. Prosodi dapat membawa perubahan
kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada percakapan dalam struktur bunyi
ujaran yang dilafazkan. Terdapat empat unsur bahasa yang perlu diberi perhatian iaitu,
tekanan, nada, jeda serta panjang pendek. Unsur ini dinamakan prosodi atau
suprasegmental. Terdapat enam unsur bunyi dalam lisan termasuklah tekanan, intonasi
dan nada, tempo, rima, panjang pendek serta jeda.

Tekanan dan
Kelantangan Suara

Nada dan Intonasi


Fonem Suprasegmental

Jeda

Panjang dan Pendek

Tempo

Rima

3.1.1 TEKANAN DAN KELANTANGAN SUARA


Tekanan ini dapat menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan
bunyi keras atau lembut penyebutan satu-satu suku kata itu. Ujaran yang lebih keras
atau yang lebih lembut ini ditentukan oleh getaran yang dihasilkan oleh penutur sama
ada lebih keras atau lebih lembut. Sering kali tekanan ini digunakan bagi
menyampaikan emosi seperti marah, hairan mahupun desakan kepada pendengar.
Selain itu, tekanan ini juga bertujuan untuk mengindahkan lagi percakapan mahupun
bacaan, seperti mendeklamasikan sajak bagi menandakan tempat yang penting atau
menekankan aspek yang perlu diberi perhatian. Namun, tekanan tidak akan membawa
kepada perubahan maksud dalam bahasa Melayu. Tekanan menggunakan simbol /?/
sebagai simbol fonem. /?/ akan diletakkan pada suku kata yang menerima tekanan.
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 7

Sebagai contoh, perkataan /kapak?/ - suku kata kedua, /pak/ menerima tekanan jadi
lambang /?/ digunakan.

3.1.2 NADA DAN INTONASI


Sesuatu pengucapan mempunyai nada yang berbeza mengikut situasi supaya
pendengar dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penutur. Nada
dapat didengari dalam pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan sama ada kadar
itu meninggi atau menurun. Intonasi suara ini dapat memperlihatkan kepelbagaian
apabila bertutur dan menjadi eleman yang penting dalam prosadi linguistik ayat. Nada
suara yang berubah juga dapat memberi maksud isi pertuturan dan juga emosi.
Sebagai contoh, ayat penyata mempunyai intonasi yang menurun manakala ayat
tanya pula sering kali mempunyai intonasi yang meninggi pada akhir ayat.
Berdasarkan Tuan Zainab Wi (2015), berikut merupakan contoh intonasi yang sering
digunakan:
1. Intonasi menaik – nada suara dinaikkan mengikut masa
2. Intonasi menurun – nada suara diturunkan mengikut masa
3. Intonasi puncak – nada suara daripada naik kepada turun
4. Intonasi dipping – nada suara daripada turun kepada naik
Selain itu, tanda nombor diletakkan mengikut nada atau intonasi untuk membezakan
sama ada intonasi suara itu tinggi atau rendah. Skala yang digunakan ialah nombor 1,
2, 3 dan 4. Nombor satu menandai nada pada skala yang paling rendah dan nombor
empat pula menandai nada yang paling tinggi. Berikut merupakan contoh ayat yang
ditandai dengan nombor dalam ayat:

Jenis Ayat Contoh Ayat


Ayat Penyata Nama saya Muhammad.
2 4 3 2
Ayat Tanya Buku ini kepunyaan kamu?
2 4 2 4
Ayat Perintah Silakan masuk.
2 3 1

Di samping itu juga, intonasi yang betul juga sangat penting untuk mengetahui emosi
dan sikap pengguna bahasa semasa berkomunikasi. Walau bagaimanapun,
penggunaan skala dalam nada ini bersifat subjektif kerana setiap individu mempunyai
cara percakapan yang berbeza.
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 8

3.1.3 JEDA
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016), jeda bermaksud waktu berhenti sebentar
dan tempat berhenti sebentar (dalam pembacaan). Jeda juga dipanggil persendian.
Unsur hentian yang menjadi pemisah antara rangkai kata, perkataan mahupun ayat
ialah persendian. Sebarang kesenyapan yang berlaku dalam perkataan atau ayat
ketika bertutur juga merupakan jeda. Tanda [#] dalam ayat sebagai lambang kepada
jeda. Contoh-contoh ayat ialah seperti berikut:

Contoh ayat 1 : Berdasarkan pemeriksaan doktor Salamah Kasim menghidapi barah


otak
1. [#berdasarkan pemeriksaan doktor Salamah#Kasim#menghidapi barah otak#]
Maksudnya: Berdasarkan pemeriksaan oleh doktor yang bernama Salamah, Kasim
menghadapi barah otak.
2. [#berdasarkan pemeriksaan#doktor Salamah Kasim#menghidapi barah otak#]
Maksudnya: Berdasarkan pemeriksaan oleh seorang doktor yang tidak diberitahu,
doktor Salamah Kasim menghadapi barah otak.
3. [#berdasarkan pemeriksaan doktor#Salamah Kasim#menghidapi barah otak#]
Maksudnya: berdasarkan pemeriksaan oleh seorang doktor yang tidak diberitahu,
Salamah Kasim sedang menghadapi barah otak.

Contoh ayat 2: Ini buku sejarah Ahmad


1. [#ini#buku sejarah Ahmad#]
Maksudnya: Ayat tersebut menjelaskan bahawa buku sejarah ini milik seseorang yang
bernama Ahmad.
2. [#ini#buku sejarah#Ahmad#]
Maksudnya: Ayat tersebut menjelaskan bahawa seseorang menerangkan kepada
Ahmad bahawa ini ialah buku sejarah.

3.1.4 PANJANG DAN PENDEK


Panjang pendek atau disebut juga kepanjangan bunyi ialah kadar panjang atau
pendeknya sesuatu bunyi itu dilafazkan. Panjang pendek ini dipanggil harakat dalam
bahasa Arab. Bagi bahasa Arab dan bahasa Inggeris, Panjang pendek ini berfungsi
untuk membezakan makna tetapi bahasa Melayu Panjang pendek ini tidak berfungsi
untuk membezakan satu-satu makna perkataan dengan perkataan yang lain.
Lambang yang digunakan bagi fonem ini ialah [:]. Lambang ini dipanggil mora.
Lambang [.] mempunyai kepanjangan bunyi setengah mora, lambang [:] mempunyai
kepanjangan bunyi satu mora dan [::] mempunyai kepanjangan bunyi dua mora.
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 9

Contoh perkataan panjang dan pendek dalam bahasa Inggeris ialah [ful] -full (penuh)
dengan [fu:l] -fool (bodoh). Dalam bahasa Arab pula, panjang dan pendek ini
ditekankan dalam pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid.

3.1.5 TEMPO
Tempo merupakan kecepatan atau kelambatan kata dituturkan. Setiap individu
bertutur lama atau sekejap, banyak atau kurang dengan kadar yang cepat oleh sebab
atau tujuan yang berlainan. Perkara ini terjadi kerana situasi sekeliling yang
memerlukan seseorang itu menuturkan ujaran yang sedemikian. Sebagai contoh,
peserta pertandingan debat perlu membentangkan hujah-hujah mereka dalam masa
yang tertentu. Hal ini menyebabkan peserta tersbut perlu bercakap cepat dan padat
isinya bagi memenuhi masa singkat yang diperuntukkan. Dalam situasi tertentu, tempo
memberi kesan kepada makna, seperti untuk rangsangan dan mendapatkan
perhatian.

3.1.6 RIMA
Gabungan antara pola tekanan, tempo dan nada akan menghasilkan rima. Sering kali
dapat dilihat rima digunakan di dalam bidang muzik dan puisi. Bagi penggunaan dalam
puisi, rima ialah bunyi yang sama, sama ada pada huruf akhir atau kata akhir sesuatu
rangkap seperti pantun. Semua ujaran mempunyai rima tetapi dalam bentuk ujaran
yang lazimnya dilafazkan secara spontan oleh penutur, kita kurang peka dengan
wujudnya rima tersebut. Kita hanya menyedari apabila ujaran yang memiliki pola yang
sama itu diulang berkali-kali. Berikut merupakan contoh rima dalam pantun:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalua salah tolong tunjukkan.

4.0 KEPENTINGAN BAKAL GURU MEMPELAJARI ILMU FONETIK DAN FONOLOGI


Bidang fonetik dan fonologi amat penting dipelajari oleh bakal guru bahasa Melayu
sekolah rendah keranan murid-murid sekolah rendah berada di peringkat awal dalam
mempelajari cara bertutur dengan betul dan baik.
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 10

4.1 GURU DAPAT MENGENAL PASTI KELEMAHAN MURID DALAM BERTUTUR


Pengetahuan guru yang baik terhadap ilmu fonetik dan fonologi dapat membantu guru
mengenal pasti variasi pertuturan anak murid. Hal ini dapat membantu guru membetulkan
kesilapan yang dilakukan oleh murid. Kesilapan ini dapat dibantu melalui pebagai cara.
Psikologi murid sekolah rendah yang suka akan perkara atau pembelajaran secara
maujud perlu diberi perhatian oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) guru perlu bersifat
mesra kepada tahap murid sekolah rendah. Pemahaman guru terhadap ilmu fonetik ini
sudah semestinya dapat memudahkan guru menyediakan BBM bagi memudahkan
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan. Ilmu fonetik dan fonologi ini juga
memberi pendedahan kepada guru bahawa anak muridnya mengalami masalah pada alat
pertuturan seperti lelangit lembut, lidah, gusi dan sebagainya atau murid ini mengalami
masalah ingin mengeluarkan bunyi. Permasalahan ini semestinya dapat dikesan oleh guru
yang mempelajari ilmu fonetik dan fonologi.

4.2 GURU LEBIH BERPOTENSI UNTUK MENGAJAR MURID MENGGUNAKAN KAEDAH


YANG TEPAT
Bidang fonetik dan fonologi amat penting untuk dipelajari oleh bakal guru bahasa Melayu
sekolah rendah kerana murid-murid sekolah rendah masih berada di peringkat awal dalam
mempelajari cara bertutur dengan betul. Para guru perlu mengajar dan memberi
penekanan kepada setiap sebutan perkataan murid-murid. Mempelajari ilmu fonetik dan
fonologi memberi kelebihan kepada guru dalam kaedah bertutur yang betul lebih-lebih lagi
bagi guru yang mengajar murid bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Sebagai
contoh, apabila seseorang murid itu tidak dapat menyebut satu perkataan dengan betul,
guru tersebut dapat mengetahui di mana kesalahan yang dilakukan oleh murid itu. Dalam
hal ini, guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan murid
dalam konteks bertutur. Pengajaran cara-cara penyebutan perkataan di sekolah rendah
akan memberi kesan terhadap kaedah pertuturan murid pada masa akan datang. Secara
keseluruhan, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang akan digunakan oleh
masyarakat Malaysia dalam kehidupan seharian, penggunaan bahasa baku atau
perngeluaran perkataan yang betul dapat membantu murid bertutur dengan baik dalam
kehidupan seharian mereka.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat kita lihat bahawa ilmu fonetik dan fonologi merupakan dua
perkara yang berbeza. Bidang fonetik ini lebih terperinci berkaitan penyebutan kata dan
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 11

lambang-lambang yang menunjukkan cara sebutan. Bidang fonologi pula mengkaji berkaitan
sistem bunyi bahasa seperti cara bunyi-bunyi bahasa terhasil dan cara bunyi itu berhubung
antara satu sama lain. Selain itu, lambang-lambang fonetik ini juga memainkan peranan
penting dalam memastikan setiap perkataan itu disebut dengan betul supaya maksud yang
ingin disampaikan jelas dan pendengar menerima maklumat yang benar. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa bidang fonetik dan fonologi ini amat penting dipelajari kerana manusia
berkomunikasi antara satu sama lain melalui pertuturan dan simbol-simbol bahasa.
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BMMB3013 12

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Akademia.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2008). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin (2015). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Mardiyyah Bahrum (2013). Teks Efektif Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Ilmu
Bakti Sdn. Bhd.

Tuan Zainab Wi (2015). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMMB3013). Kuala Lumpur:
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu.

You might also like