Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan proses bersepadu untuk menentukan keadaan, takat


pembelajaran dan perkembangan murid. Pentaksiran dilakukan melalui ujian atau
peperiksaan. Ujian ini amat penting bagi menentukan tahap pencapaian murid dengan
betul. Ujian yang tidak mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai
kesahan dan keutuhan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan sesuatu ujian
adalah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JSU) yang merupakan rancangan
persediaan item atau soalan. JSU dikenali juga sebagai “Test Blue Print” dan “Test
Specification”. JSU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan”
(menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Terdapat beberapa langkah bagi membina JSU ini. Pertama, kita perlu senaraikan
tajuk-tajuk yang hendak diuji berserta dengan masa belajar yang diperuntukkan.Tajuk
yang disenaraikan harus didapati daripada kurikulum standard mata pelajaran matematik.
Kita boleh menyenaraikan dan susunkannya dalam bentuk jadual supaya tampak lebih
jelas. (Lampiran 1). Kedua, guru boleh membuat peruntukan markah bagi soalan yang
hendak diuji berdasarkan masa untuk pengajaran dan kepentingannya. Guru boleh
mengira peruntukan markah bagi setiap soalan dengan menggunakan formula
𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑡𝑜𝑝𝑖𝑘
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑎𝑟
× 100 . Ketiga, kita harus menentukan aras kemahiran

untuk tajuk mengikut aras Taksonomi Bloom (semakan semula) iaitu mengingati,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Keempat, menentukan
aras kesukaran brdasarkan jenis ujian. Jika ujian kriteria, aras kesukaran hampir sama
iaitu hampir semua rendah atau tinggi bergantung pada sasaran dan tujuan ujian. Bgai
ujian norma, kesukaran biasanya dibina mengikut lengkung norma dan penentuan seperti
25% soalan mudah, 50 % soalan sederhana dan 25% soalan sukar atau nisbah seperti
3:4:3, 5:3:2, 1:3:1 dan sebagainya. Kelima, menentukan jenis ujian iaitu ujian aneka
pilihan. Keenam, mengira jumlah item setiap topik yang diuji dalam ujian yang
dirancangkan. Bilangan item bagi setiap topik yang hendak dibina boleh ditetapkan
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑠𝑎
dengan menggunakan formula × 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑒𝑚. Akhir sekali,
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ𝑎𝑛

melengkapkan JSU dalam satu jadual (Lampiran 2).

1
3.0 PEMBINAAN ITEM UJIAN OBJEKTIF

Terdapat pelbagai jenis item ujian objektif iaitu item jenis jawapan pendek, jenis
pilihan, item padanan, item aneka pilihan dan aneka gabungan. Penulis menggunakan
item aneka pilihan dalam set soalan ujian ini bagi menguji keberkesanan hasil
pembelajaran dengan lebih tepat. Menurut Boon Pong Ying, et.al (2017), item aneka
pilihan terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Pokok Soalan, pilihan jawapan dan aspek
umum. Pokok soalan berfungsi untuk mengemukakan suatu tugasan atau masalah yang
jelas. Pokok soalan ini boleh ditulis dalam bentuk soalan atau pernyataan yang tidak
lengkap. Rangsangan seperti graf, gambar, peta, jadual, dan petikan kadang kala
digunakan untuk memperincikan soalan yang dikemukakan. Dalam pokok soalan ini, guru
perlu kemukakan satu soalan yang spesifik, eksplisit dan mengandungi satu masalah
sahaja dalam pokok soalan supaya murid tidak keliru. Kemudian, pokok soalan harus
dilaksanakan dalam bentuk positif dan elakkan soalan negative seperti tidak, kecuali atau
salah. Perkara ini akan menyebabkan murid mudah tersalah faham dan membuat
kesilapan. Bahagian kedua iaitu pilihan jawapan bagi soalan jenis aneka pilihan ini
biasanya mempunyai empat pilihan jawapan yang disediakan. Hanya satu daripada
pilihan jawapan yang benar dan yang lain bertindak sebagai pengganggu. Pengganggu
berperanan menarik perhatian calon yang kurang mengetahui apa-apa yang dipelajari
tetapi tidak harus mengelirukan mereka yang memahami soalan itu. Bahagian ketiga iaitu
aspek umum dalam ujian ialah struktur bahasa dan istilah mestilah betul dan sesuai dan
menggunakan ejaan yang betul. Kemudian, sebaran jawapan perlu hampir sama banyak
dan tidak mengikut satu pola tertentu.

2
4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN UJIAN

Dalam proses mentadbir ujian ini, guru terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mentadbir ujian ini. Guru memberitahu
tugasan yang diberikan dan berbincang dengan PK HEM tersebut untuk mentadbir ujian
ini pada murid tahun 5. Hasil dari perbincangan, guru diberikan dua masa pengajaran iaitu
bersamaan dengan satu jam pada kelas yang diberi iaitu 5 Setia. Sebelum mentadbir
ujian, guru terlebih dahulu menganalisis kelas tersebut dan bilangan murid dalam kelas
tersebut. Hal ini supaya guru dapat memastikan murid sudahpun mempelajari topik-topik
yang hendak diuji dan menyediakan kertas soalan yang mencukupi. Kemudian, guru
memberi taklimat ringkas tentang tugasan yang perlu dilaksanakan kepada murid dan
memberi arahan tentang ujian. Hal ini supaya, murid faham akan tugasan yang perlu
dilaksanakan dan menjawab ujian mengiikut arahan yang diberikan. Selepas itu, bagi
mengelakkan murid-murid dari meniru, guru meminta setiap murid menjarakkan meja
masing-masing. Hal ini supaya murid dapat menjawab soalan tanpa gangguan dan tidak
meniru rakan msebelah semasa menjawab ujian.

Guru mengedarkan kertas saranan jawapan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan
kertas soalan. Perkara ini supaya murid tidak mencuri-curi buka kertas soalan dan
berbincang dengan rakan-rakan semasa proses pengedaran kertas soalan. Setelah
semua kertas diedarkan, guru menetapkan masa untuk mula menjawab dan meminta
murid mula menjawab pada masa yang telah ditetapkan iaitu 30 minit. Semasa murid
menjawab soalan, guru akan memantau setiap murid sambil berjalan disekeliling kelas
supaya dapat memantau kelas dengan lebih baik.perkara ini juga supaya mudah untuk
guru membantu murid sekiranya mereka mempunyai soalan atau masalah tentang ujian
tersebut. Contohnya, tidak memahami istilah yang digunakan atau gambarajah kurang
jelas. Selepas tamat tempoh menjawab, guru mengutip kertas ujian tersebut dan
menyemak jawapan murid serta mencatatkan data tentang pencapaian murid untuk
membuat analisis. Selepas itu, pada lebihan masa yang tinggal, guru berbincang dengan
murid tentang soalan-soalan dalam ujian tersebut supaya murid peka dengan kesalahan
mereka dalam ujian tersebut.

3
5.0 ANALISIS ITEM

Terdapat 20 item yang dibina dalam ujian jenis aneka pilihan ini. tahap kesukaran
dipilih dengan mengikut lengkung norma dan penentuan seperti 25% soalan mudah, 50
% soalan sederhana dan 25% soalan sukar atau nisbah seperti 1:3:1. Item-item ini juga
dibina mengikut aras Taksonomi Bloom (semakan semula) iaitu mengingati, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Ujian ini telah dilaksanakan oleh 20
orang murid dari Tahun 5 di SK Rapat Setia, Ipoh, Perak.

5.1 INDEKS KESUKARAN ITEM

Menurut Mohamad Fauzi Yunus (1996), kesukaran sesuatu item ,p, didefinisikan
sebagai kadaran murid yang dapat menjawab item itu dengan betul. Nilai p terletak
antara 0 dan 1. Formula bagi indeks kesukaran adalah :

𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙


𝑝=
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

Menurut Bloom, Hastings dan Madaus (1971), sebarang yang baik bagi keputusan
ujian yang diperoleh jika indeks kesukanran, p, berada dalam julat 0.20 hingga 0.8,
dengan min antara 0.5 hingga 0.6. Jika p < 0.20, item dianggap terlalu sukar dan
jika p > 0.8, item dianggap terlalu mudah. Oleh itu, jika indeks kesukaran sesuatu
item itu kurang daripada 0.20 atau lebih daripada 0.80, maka item itu perlu diubah
suai atau digugurkan terus. Indeks kesukaran item dinyatakan dalam lampiran 4.

NO ITEM Jumlah murid Indeks kesukaran Status


menjawab betul item, p
5 13 0.65 ITEM DITERIMA
8 19 0.95 ITEM TERLALU
MUDAH

Jadual 1 : Indeks kesukaran item

Berdasarkan jadual 1, item 5 mempunyai indeks kesukaran,p, sebanyak 0.65. Hal


ini bermakna item tersebut adalah pada aras sederhana iaitu dalam lingkungan
0.20 hingga 0.80. Manakala bagi item 8 pula mempunyai ideks kesukaran
sebanyak 0.95. Hal ini bermakna item tersebut adalah terlalu mudah kerana nilai

4
indeks melebihi 0.80. Item ini menandakan bahawa terlalu ramai murid yang boleh
menjawab soalan ini dengan betul dan perlu diperbaiki. Selepas dianalisis,
kesemua item berada pada aras kesurakan sederhana kecuali item nombor 3,4,7
dan 8 yang mempunyai indeks melebihi 0.80 iaitu terlalu mudah

5.2 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Menurut Boon Pong Ying, et.al (2017), ciri diskriminasi sesuatu item didefinisikan
sebagai keupayaan item itu membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi
dengan murid yang berpencapaian rendah. Indeks diskriminasi, d, bagi sesuatu
item merupakan kadaran murid berpencapaian tinggi yang mendapat item itu
dengan betul menolak kadaran murid berpencapaian rendah yang medapat item
itu dengan betul. Nilai d terletak antara -1 dan 1. Formula bagi indeks diskriminasi
item ialah :

𝑅𝐴 − 𝑅𝐵
𝑑=
1
2 (𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑅𝐴 𝑑𝑎𝑛 𝑅𝐵 )
𝑅𝐴 menunjukkan bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item
daripada kalangan murid berpencapaian tinggi, iaitu kumpulan Atas. Murid
berpencapaian tinggi terdiri daripada 27 % murid yang mendapat skor tertingi
dalam ujian yang terlibat (Wiersma & Jurs, 1990). 27% dari 20 orang murid ialah 5
orang murid. Oleh itu, guru akan mengambil 5 orang murid yang mendapat markah
tertinggi dalam ujian

𝑅𝐵 pula merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item
daripada kalangan murid berpencapaian rendah, iaitu kumpulan Bawah. Murid
berpencapaian rendah terdiri daripada 27 % murid yang mendapat skor terendah
dalam ujian yang terlibat (Wiersma & Jurs, 1990). 27% dari 20 orang murid ialah 5
orang murid. Oleh itu, guru akan mengambil 5 orang murid yang mendapat markah
terendah dalam ujian

5
Jadual 2 : Pengelasan data bagi nilai indeks diskriminasi item

Menurut Macintosh dan Morrison (1972), semua item yang mempunyai item
diskriminasi 0.20 ke atas boleh diterima manakala item yang mempunyai indeks
diskriminasi kurang daripada 0.20 merupakan item yang kurang baik dan perlu
diubah suai atau digugurkan. Indeks item diskriminasi dinyatakan dalam Lampiran
5 a dan 5 b.

No. Item 12 15
Bilangan jawapan
betul bagi murid 5 0
kumpulan tinggi

Bilangan jawapan
betul bagi murid 0 0
kumpulan rendah
Indeks diskriminasi, d 1 0
Huraian Item ini sangat baik dan Item ini tidak baik dan perlu
tidak perlu digubal semula digubal semula soalan
soalan tersebut tersebut

Jadual 3 : Analisis indeks diskriminasi item

Berdasarkan jadual 2, item 12 mempunyai indeks diskriminasi,d sebanyak 1


iaitu melebihi 0.20. Hal ini menunjukkan item yang dibina adalah sangat sesuai
dan tidak perlu diubahsuai. Manakala bagi item 15 pula, indeks diskriminasi,d
sebanyak 0 iaitu kurang dari 0.2. Hal ini menunjukkan item ini kurang sesuai dan
perlu diubahsuai kerana ianya tidak dapat membezakan antara murid
berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah.

6
5.3 PENGUBAHSUAIAN ITEM

Item yang dipilih untuk diubah suai ialah item nombor 8 yang mempunyai soalan
terlalu mudah.

SOALAN ASAL ITEM 8


8. 956 421 – 305 110 =

A. 649 125
B. 651 311
C. 649 311
D. 651 793

Indeks kesukaran 0.95 Terlalu mudah


Indeks diskriminasi 0.2 Diterima tetapi kurang
baik
Keputusan Perlu digubal semula

ITEM 3 SELEPAS DIGUBAL


8. – 305 110 = 651 311, nilaikan nombor dalam petak

A. 955 431
B. 956 421
C. 956 231
D. 965 421

Item 8 perlu diubahsuai kerana indeks kesukarannya adalah pada tahap terlalu
mudah. Hal ini bermakna hampir kesemua murid kelas 5 Setia boleh menjawab
soalan ini dengan betul. Perkara ini berlaku kerana soalan yang dinyatakan terlalu
‘direct’ dan nilai yang digunakan juga adalah yang mudah untuk ditolak. Oleh itu,
pengubahsuaian dari segi soalan perlu ditinggatkan ke aras yang lebih sukar
berbanding soalan asal.

7
6.0 LAPORAN PRESTASI MURID

Seramai 20 orang murid dari tahun 5 Setia telah menjawab ujian matematik ini dengan
lengkap. Senarai markah keseluruhan murid terdapat di Lampiran 6

6.1 MIN MARKAH UJIAN


Bagi skor tidak terkumpul, min boleh dikira dengan menjumlahkan semua skor dan
membahagikan dengan bilangan skor

17 + 17 + 16 + 15 + 15 + 14 + 14 + 13 + 13 + 13 + 13 + 12 + 11 + 11 + 10 + 9 + 9 + 9 + 8 + 6
𝑀𝐼𝑁 =
20

245
=
20
= 12.25

Oleh itu, skor min bagi ujian ini ialah 12.25

6.2 MOD MARKAH UJIAN


Skor mod ditentukan oleh kekerapan skor tersebut dicapai oleh murid dalam ujian

MOD :
17,17, 16, 15, 15, 14, 14, 13, 13, 13, 13, 12, 11, 11, 10, 9, 9, 9, 8, 6

Maka, nilai mod ialah 13 kerana mempunyai kekerapan yang paling tinggi

6.3 MEDIAN
Median merujuk pada skor di tengah. Bilangan skor adalah genap. Oleh itu,
median adalah purata kedua-dua skor di tengah.

17,17, 16, 15, 15, 14, 14, 13, 13, 13, 13, 12, 11, 11, 10, 9, 9, 9, 8, 6

13+13
Median =
2
= 13

8
6.4 SISIHAN PIAWAI

Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor. Sishan
piawai ini penting kerana ia memberikan gambaran yang lebih tepat tentang
sebaran skor murid. Sisihan piawai boleh dikira dengan menggunakan formula
berikut :

∑ 𝑓𝑥 2 ∑ 𝑓𝑥 2
𝜎= √ −( )
𝑁 𝑁

Dengan, 𝜎 = sisihan piawai


𝑥 = skor
N = bilangan
f = kekerapan skor

Pengiraan bagi 𝑥, 𝑓 dan N terdapat di Lampiran 7.


Oleh itu, sisihan piawai bagi skor ujian ini ialah :

3201 245
𝜎= √ − ( )2
20 20

= 3.16

6.5 VARIANS

∑ 𝑓𝑥 2 ∑ 𝑓𝑥 2
𝜎2 = 𝑁
−( 𝑁
)
3201 245
= − ( )2
20 20

= 9.9875

Tafsiran bagi min, mod, median, sisihan piawai dan varians terdapat di Lampiran
8.

9
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan pencapaian keseluruhan murid, hanya terdapat


beberapa soalan sahaja yang perlu digubal semula disebabkan oleh faktor tahap
kesukaran yang terlalu mudah, kurang relevan dan item yang gagal membezakan murid
yang berpencapaian tinggi dan murid yang berpencapaian rendah. Di samping itu, melalui
pengiraan indeks kesukaran danindeks diskriminasi, aras kesukaran dan kesesuaian
sesuatu item yang dibina dapat dikenalpasti. Oleh itu, perkara ini dapat membantu
seseorang guru untuk mengenalpasti item-item yang perlu disimpan dalam bank soalan
dan item-item yang perlu diubah suai supaya ianya sesuai ditadbirkan kepada murid-murid
sekolah.

(1266 PP)

10
LAMPIRAN 4

INDEKS KESUKARAN ITEM, p

Adalah jawapan yang betul

ITEM Indeks kesukaran item, p MAKSUD


A B C D 𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙
20

1 1 16 0 3 0.80 ITEM DITERIMA

2 0 3 3 14 0.70 ITEM DITERIMA

3 18 1 1 0 0.90 ITEM TERLALU MUDAH

4 2 1 17 0 0.85 ITEM TERLALU MUDAH

5 1 4 13 2 0.65 ITEM DITERIMA

6 4 14 1 1 0.70 ITEM DITERIMA

7 0 2 18 0 0.90 ITEM TERLALU MUDAH

8 1 19 0 0 0.95 ITEM TERLALU MUDAH

9 11 5 3 1 0.25 ITEM DITERIMA

10 1 15 3 1 0.75 ITEM DITERIMA

11 0 3 2 15 0.75 ITEM DITERIMA

12 1 1 12 6 0.60 ITEM DITERIMA

13 15 2 1 2 0.75 ITEM DITERIMA

14 10 7 1 2 0.50 ITEM DITERIMA

15 5 8 3 4 0.25 ITEM DITERIMA

16 2 9 6 3 0.45 ITEM DITERIMA

17 3 7 7 3 0.35 ITEM DITERIMA

18 3 5 9 3 0.45 ITEM DITERIMA

19 5 2 5 8 0.40 ITEM DITERIMA

20 2 7 11 0 0.55 ITEM DITERIMA

11
LAMPIRAN 5b

ANALISIS DISKRIMINASI ITEM UJIAN

NO. Bilangan Bilangan Indeks diskriminasi, Maksud


ITEM jawapan jawapan 𝒅
𝑹𝑨 − 𝑹𝑩
betul betul =
𝟏
(𝒋𝒖𝒎𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒖𝒓𝒊𝒅 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑹𝑨 𝒅𝒂𝒏 𝑹𝑩 )
kumpulan kumpulan 𝟐

tinggi, 𝑹𝑨 bawah, 𝑹𝑩

1 5 4 0.2 ITEM DITERIMA

2 5 2 0.6 ITEM DITERIMA

3 5 3 0.4 ITEM DITERIMA

4 4 4 0 ITEM TIDAK DITERIMA

5 4 3 0.2 ITEM DITERIMA

6 5 2 0.6 ITEM DITERIMA

7 5 3 0.4 ITEM DITERIMA

8 5 4 0.2 ITEM DITERIMA

9 2 1 0.2 ITEM DITERIMA

10 5 3 0.4 ITEM DITERIMA

11 4 3 0.2 ITEM DITERIMA

12 5 0 1 ITEM DITERIMA

13 5 2 0.6 ITEM DITERIMA

14 4 1 0.6 ITEM DITERIMA

15 0 0 0 ITEM TIDAK DITERIMA

16 2 2 0 ITEM TIDAK DITERIMA

17 4 1 0.6 ITEM DITERIMA

18 3 1 0.4 ITEM DITERIMA

19 4 0 0.8 ITEM DITERIMA

20 4 2 0.4 ITEM DITERIMA

12

You might also like