Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MAJLIS GRADUASI 2018

(PELAJAR TINGKATAN 5)
ANJURAN SMK DATO UNDANG HAJI ADNAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

PENDAHULUAN

Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang baik
daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu,
perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar, serta permuafakatan
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah. Majlis
Hari Graduasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan yang
terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberi
kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke
arah yang lebih cemerlang dan progresif.

OBJEKTIF
i. Meraikan para pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan hampir menamatkan zaman
persekolahan di SMK Dato Undang Haji Adnan
ii. Menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Tingkatan 5 agar
dapat menghadapi Peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan positif.
iii. Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
iv. Meningkatkan keyakinan dan keprihatinan pelajar terhadap tanggungjawab yang perlu
mereka galas setelah berada di dunia luar sana (selepas persekolahan).
v. Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan guru-guru walaupun
selepas tamat persekolahan mereka nanti.

CADANGAN PELAKSANAAN
1. Sasaran anggaran murid yang akan menyertai ialah 102 orang
2. Cadangan Tarikh : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Tempat : Dewan Auditorium ILP Pedas
3. Aktiviti Program Rujuk Lampiran B

You might also like