Laporan Kajian Kes Persatuan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2019

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


Oleh: MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM

LAPORAN LENGKAP

Pada hari Sabtu, 9 Mac 2019 yang lepas IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah
mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang IPGKBM. Kejohanan ini
telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKBM, Pelbagai acara trek peringkat akhir telah
dipertandingkan sewaktu kejohanan dijalankan. Acara sukantara, akhir padang, tarik tali dan
raptai telah diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang tersebut. Peserta berkumpul dan
bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.15 pagi di padang. Ketibaan tetamu khas disambut
dengan sungguh meriah dan diiringi oleh Jabatan Perwakilan Pelajar. Pelbagai tugas telah
diberikan kepada saya dalam perihal menguruskan kejohanan ini. Saya juga selaku timbalan
ketua rumah sukan Pewira (biru). Pelbagai ilmu pengurusan rumah sukan telah dapat
ditimba seperti pengurusan atlit, sukantara, pengagihan tugas kawad dan aerodance serta
membantu dari segi teknikal untuk membawa rumah sukan pewira menjadi nombor satu.

Seterusnya, sebagai kumpulan semester 4 saya telah dibahagikan kepada tugas


hakiki dalam bidang kepegawaian semasa dan sebelum kejohanan. Sewaktu sukantara
saya telah dilantik menjadi Ketua Hakim Lontar peluru selama dua hari. Tugas pegawai
sukan dalam menjadi ketua hakim dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut undang-
undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terkini. Selain itu, Sewaktu hari kejohanan saya
sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi ketua hakim acara lompat tinggi lelaki dan
wanita. Acara tersebut dapat diadili dengan sempurna bersama undang-undang KOM terkini
dan dan telah membantu saya untuk lebih memahami tugas sebagai seorang pegawai
sukan.

Di samping itu, pada waktu perasmian pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan


segak manakala pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut.
Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing
untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh pelajar semester 4
iaitu Mohamad Danial dan ucapan aluan oleh Pengarah sejurus ucapannya. Seterusnya,
acara trek dijlankan seperti di dalam buku kejohanan sehinggalah acara terakhir iaitu
persembahan aerodance. Semua pelajar dan pensyarah berkumpul di tgah menyaksikan
acara tersebut dengan jayanya.

1
Akhirnya, semua pelajar berkumpul mengikut rumah sukan ditengah padang untuk
menunggu keputusan rasmi kejohanan serta upacara penutupan. Saat yang ditunggu telah
diumumkan rumah Panglima menjuarai kejohanan kali ini manakala rumah pewira
menduduki tempat kedua. Seterusnya, penyampaian medal dan hadiah kepada semua
pemenang dilaksanakan dengan lancar. Penutupan akhirnya ditutup dengan rangkaian lagu
institut. bahasa dengan hormatnya dan penuh disiplin oleh semua warga institut. Setelah
semua warga bersurai, pelajar semester 4 diminta tunggu untuk membuat refleksi kecil dan
mengemas semula seta memastikan kebersihan padang terjaga dengan seperti biasa.
Tambahan pula, pada isnin petang berikutnya, saya dan kawan semester 4 bersama-sama
turun ke padang untuk membantu membuka kembali khemah yang telah disediakan ke
tempat yang asal. Sekian sahaja laporan Kejohanan Olahraga Tahunan 2019 Institut
Pendididkan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Yang Menjalankan Tugas,

…………………………. ……………

Muhammad hafizuddin Bin Abu Kassim

You might also like