Senarai Kandungan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

000813-12-1695

SENARAI KANDUNGAN
Bil . Butiran Muka
Surat

Abstrak i

Kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif kajian

3.0 Lokasi Kajian

4.0 Metodologi Kajian

5.0 Dapatan Kajian

6.0 Rumusan/Kesimpulan

Rujukan

Lampiran
000813-12-1695

PENGHARGAAN

Pertama sekali , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


ibu bapa saya, Encik Justine Salim Dan Puan Yulah Binti Yamorong yang telah
banyak membantu dan menyokong saya dalam melaksanakan kerja kursus Pengajian
Am Kertas 4(900/4) Penggal 2 Tahun 2019 Yang Bertajuk “ Integrasi Dan Perpaduan
: Kawasan Kediaman” .Tanpa jasa mereka nmustahilah saya dapat melaksanakan
kerja kursus ini .

Seterusnya , ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Pengajian Am
PRA-U Sastera 2 , Encik Joslee Joseph Serta Guru Pembimbing yang Lain . Mereka
Telah banyak memberikan saya didikan dan tunjuk ajar dan panduan serta
memastikan agar perlaksanaan kerja kursus saya berjalan dengan lancer dan siap pada
waktu yang telah ditentukan .

Disamping itu , saya juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan dan pihak-pihak yang lain kerana telah banyak menyumbangkan masa
dan tenaga bagi membantu saya melaksanakan kerja kursus ini. Sumbangan pihak-
pihak ini amatlah berharga bagi saya dalam menyiapkan tugasan saya .
000813-12-1695

1.0 PENGENALAN

Menurut Dewan Bahasa Dan pustaka , Intergrasi bermaksud gabungan

dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan . Ia adalah suatu usaha yang

dilakukan untuk mewujudkan dan menyatukan kaum ke arah satu masyarakat

beridentiti Malaysia.

Menurut Wikipedia , Perpaduan ialah penyatuan , dan darjah serta jenis

panyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarkat ataupun kumpulan dan jiran

mereka . ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia

. istilah ini lazimnya digunakkan dalam bidang sosiologi ataupun sains

kemasyarakatan . Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza .

Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan

kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi . Bagi masyarakat

yang lebih kompleks pula , terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang

menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat .

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya

yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi

antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu,

kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh

duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.

Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan

curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat

kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana

keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan


000813-12-1695

pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara

manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor

pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih

ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan

memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana

sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain.

Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah

dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia

dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia

telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan

antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha

dalam mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan

itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang

berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara

kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh

demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya

supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat

dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Dalam Kajian Kerja Kursus ini Pengkaji memilih Kampung Bomboi sebagai tempat

untuk menjalankan Kajian kerja kursus pengajian Am . Kampung bomboi merupakan

kampung yang telah wujud sejak tahun 60’an . Kampung ini terletak di kawasan

bukit yang mana jarak antara kampung bomboi dan keningau adalah sejauh 8

Kilometer ( KM ). Semua penduduk di Kampung ini kebanyakan berasal daripada


000813-12-1695

Kg.Sintuong-tuong dan Kg.Garas, Tambunan . Punca penghijrahan mereka ialah

ingin mencari kehidupan yang baru , lebih selesa dan mencari kawasan pertanian

yang lebih subur pada ketika itu. Terdapat juga sesetengah penduduk yang

berpindah ke kampung bomboi disebabkan oleh faktor ekonomi yang mana mereka

membina rumah berhampiran dengan kawasan kebun mereka .Perkara ini

memudahakan mereka untuk menjalankan kegiatan pertanian mereka . Tahap

Intergrasi dan perpaduan Kampung Bomboi juga pada awalynya tidak begitu tinggi

kerana belum mempunyai system pentadbiran yang kukuh . Namun , Menjelang

tahun 1985 , perkembangan kampung bomboi mulai meningkat disebabkan oleh

peningkatan struktur sosial masyarkat di sana . Perkara ini telah menyebabkan

berlaku perubahan yang ketara dalam pembangunan ekonomi dan sosial di

kampung Bomboi.
000813-12-1695

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini Adalah untuk mengenal pasti aktiviti – aktiviti ibadah mingguan yang

dapat megeratkan hubungan silaturahim di kg . bomboi , keningau . Seterusnya

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan aktiviti pelayan dalam gereja yang dapat

memupuk integrasi dan perpaduan di kalangan penduduk kg . bomboi , keningau .


000813-12-1695

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Daerah Keningau

https://www.google.com/maps/place/Keningau,+Sabah/@5.2627834,116.0543816,10

z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x323ceeddcc873dbd:0x97c0c3bea7a1e8e9!8m2!3d5.

3374039!4d116.1566801

Dalam kajian ini , Lokasi kajian adalah satu elemen yang sangat penting . Dalam

kajian ini , pengkaji memfokuskan kawasan di daerah keningau .

Menurut wikipedia Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan

pedalaman Sabah Dan merupakan daerah yang terbesar di bahagian Pedalaman atas .

Daerah ini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu . Terletak

pada Latitud 5 20’0 U – 116 10’0 Ti . Keningau bersempadan dengan daerah Tambunan

dan Ranau .

Daerah keningau Pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis yang

lebih dikenali sebagai “ POKOK KONINGAU” oleh penduduk tempatanii. Kayu

Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai rempah dalam
000813-12-1695

masakan sehingga mendapat gelaran “Raja Rempah Ratus” . Kemahsyurannya telah

menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di

pasaran antarabangsa . Permintaan ramai telah menyebabkan daerah ini terkenal di

kalangan para pedagang . Mereka inilah yang memberikan gelaran “ Kampung

Keningau” pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan

mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis .

Nama “ Keningau” terus mahsyur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini

sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di bahagian pedalaman .

Foto 1 : Gereja St . Yohanes Rasul Kampung Bomboi

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Foto 1 merupakan Kampung Bomboi , , Kampung ini terletak di kawasan bukit yang

mana jarak antara kampung bomboi dan keningau adalah sejauh 8 Kilometer ( KM ).

Kampung ini pada awalnya hanyalah terdiri daripada sekumpulan penduduk yang

kecil . Sebilangan Daripada mereka berpindah daripada daerah Tambunan ke


000813-12-1695

kampung Bomboi disebabkan oleh faktor perkahwinan , pekerjaan dan lain-lain .

Pengkaji memilih lokasi ini kerana ia merupakan lokasi terdekat pengkaji yang boleh

dijadikan sebagai kajian . Selain itu , pengkaji tidak perlu mengeluarkan kos

kewangan yag besar untuk kos pengangkutan

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang dibuat dari tiga aspek iaitu

pemilihan responden ,teknik mendapatkan maklumat dan juga teknik memproses dan

mempersembahkan data . Proses pengumpulan data yang dilakukan adalah untuk

memperoleh maklumat yang diperlukan dalam rangka mencapai objektif kajian .

4.1: Cara Mendapatkan responden

4.1.1 Persampelan

Persampelan adalah proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi

tujuan mewakili populasi sebuah kajian . Menurut Mohd . Majid Konting ( 1998 ) ,

Pemilihan sampel adalah bersesuaian dan mempunyai sifat yang serupa dengan

populasi dalam penyelidikan . Suatu ukuran saiz sampel yang paling minimum adalah

sebanyak 30 orang responden . Penghasilan maklumat dan data yang baik dapat

membantu menghasilkan generalisasi melalui pengujian hipotesis kajian .Antara tujuan

persampelan adalah untuk membantu meminimumkan kos penyelidikan . Tambahan

pula ia dapat menjimatkan masa dan tenaga penyelidik . Akhir sekali , Persampelan
000813-12-1695

bertujuan untuk mendapat hasil kajian yang mempunyai ketepatan yang paling

maksimum .

( https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan )

Terdapat pelbagai jenis persampelan , antaranya ialah persampelan rawak mudah

, persampelan rawak mudah sistematik , persampelan kelompok , persampelan

bertujuan dan persampelan bebola salji (snowball)

( https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan

i) Dalam Kajian ini , Pengkaji menggunakkan jenis persampelan mudah .

Hal ini dikatakan demikian kerana ia adalah persampelan yang paling

mudah dan senang untuk memilih responden kajian serta tidak

memerlukan kos yang mahal . Tambahan pula bentuk – bentuk soalan

yang disoal adalah secara rawak berdasarkan kriteria yang akan

memenuhi objektif kajian ini .Kajian ini memfokuskan responden yang

terlibat aktif dalam pelayan gereja .

ii) Selain itu , pengkaji juga menggunakan kaedah persampelan bebola salji

. Responden kajian diminta untuk mencadangkan responden yang juga

pernah terlibat dalam mana-mana akitivit yang dianjurkan dalam gereja

. Dalam prosedur ini , pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil

responden yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji .


000813-12-1695

4.2 Cara mendapatkan / mengumpul maklumat / data

4.2.1 Sumber primer

Dalam Kajian ini , Sumber data diperoleh daripada sumber primer . Menurut

Rohana Yusof ( 2004) , Penyelidikan Sains Sosial , Sumber primer adalah sumber data

yang diperoleh daripada sumber asli atau pertama . Data asal dari sumber primer

dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian . Sumber-sumber

maklumat dikumpul berdasarkan eksperimen yang dibuat atau kajian lapangan . Anatar

sumber primer yang digunakan oleh pengkaji adalah borng soal selidik dan temu bual .

4.2.2 Sumber Sekunder

Pengkaji juga menggunakan sumber sekunder untuk memperoleh data . Menurut

Sabitha Marican , 2005 , Sumber sekunder ialah data yang telah dikumpulkan oleh

pengkaji lain . Pada awalnya dikumpul untuk tujuan lain , tetapi sesuai digunakkan

untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan . Antara sumber yang digunakan

pengkaji ialah jurnal , laporan dan dan akhbar .

4.2.3 Instrumen kajian

Pengkaji menggunakan 30 set boring soal selidik untuk mengkaji aktiviti yang

dapat memupuk integrasi dan perpaduan antara kaum


000813-12-1695

a) soal selidik

Dalam kajian ini , pengkaji telah menggunakan boring soal selidik untuk diedarkan

kepada kakitan awam di oekan keningau , Soal selidik Mengandungi soalan-soalan

yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden . Soal selidik merupakan satu

alat yang penting bagi seseorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal

selidik menentukan nilai kajian secara keseluruhannya . Sekiranya soalan yang

dikemukakan dalam soal selidik tidak jelas , maka jawapan yang diperoleh tidak akan

menyampaikan maklumat yang kukuh sekaligus akan menjejaskan hasil kajian .

Item Soal selidik telah disediakan oleh pengkaji berdasarkan objektif kajian yag

telah ditetapkan . Soal selidik mengandungi 15 Pernyataan lengkap . Soal Selidik

dibahagikan kepada 3 bahagian seperti yang dinyatakan dalam jadual 4.1

BAHAGIAN SOALAN JUMLAH

A Maklumat asas responden 5

B Aktiviti yang dapat memupuk integrasi 10

dan perpaduan kaum di Kampung Bomboi

C Faktor – Faktor penglibatan dalam gereja 10

di kampung bomboi

Jadual 4.1 : Pembahagian Borang soal Selidik


000813-12-1695

Bahagian A bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latar belakang responden

. Sebanyak 5 soalan akan ditanya di dalam bahagian A Yang merangkumi Jantina ,

Status pekerjaan , umur , kaum dan jumlah pendapatan . Maklumat ini digunakan untuk

menyokong objektif kajian .

Bahagian B pula mengandungi 1 soalan yang merangkumi 10 pernyataan berdasarkan

objektif yang telah ditetapkan . Soalan yang dikemukakan kepada responden ialah

aktiviti yang boleh memupuk integrasi dan perpaduan kaum di kampung Bomboi ,

keningau .

Bahagian C juga mempunyai 1 soalan yang merangkumi 10 pernyataan berdasarkan

objektif kajian yang telah ditetapkan .Soalan yang dikemukakan kepada responden

ialah faktor-faktor penglibatan dalam gereja di Kampung bomboi .

Dalam bahagian B dan Bahagian C , Pengkaji telah meminta responden untuk memilih

jawapan berdasarkan Skala Likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2

1 2 3 4 5

Sangat tidak Tidak setuju Tidak Pasti Setuju Sangat setuju

setuju

Jadual 4.2 : Nilai Skala Likert


000813-12-1695

4.3 Cara memproses dan mempersembahkan data

a) Soal Selidik

Segala data yang telah diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan kaedah

kuantitaif . Pengkaji Telah memilih untuk menggunakan kaedah pengiraan peratus

secara manual bagi setiap item soalan dan seterusnya data-data telah dipersembahkan

dalam bentuk jadual dan graf . Pengkaji menggunakan kaedah kaedah ini agar mudah

menerangkan dapatan dalam bentuk jadual , rajah atau graf sebagai bahan sokongan

analisis berjadual . Kaedah Pengiraan peratus secara manual ditunjukkan seperti dalam

jadual 4.3

Tahap Skala Bilangan Jumlah skor Peratus

Responden (%)

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Tidak Pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

Jumlah

Jadual 4.3 : Kaedah pengiraan peratus secara manual

Bentuk persebahan jadual Merupakan Teknik yang digunakan untuk mengambil satu

bahan mentah dan diproses dalam bentuk yang lebih ringkas Kajian ini menggunakan

taburan kekerapan dan peratusan untuk menentukan bilangan responden yang memberi

maklum balas terhadap item-item soalan . Secara amnya , kekerapan , peratusan dan

skor min digunakkan untuk menjawab keseluruhan objektif ini . Selain itu , Pengkaji

juga mengunakkan perisian Spreadsheets untuk mempersembahkan data dalam bentuk

graf dan carta


000813-12-1695

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas

responden terhadap soal selidik yang berkaitan dengan intergrasi dan perpaduan .

5.1 Demografi responden

5.1.1 JANTINA

Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan jantina responden iaitu lelaki dan perempuan

Jadual 1 : Jantina

JANTINA KEKERAPAN PERATUSAN ( % )

Lelaki 17 56.66

Perempuan 13 43.33

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Rajah 2 : Jantina

Umur Responden

Lelaki Perempuan 4th Qtr

Sumber : Kajian Lapangan 2019


000813-12-1695

Daripada 30 orang responden yang disoal selidik , seramai 17 orang responden

adalah terdiri daripada kaum lelaki yang mewakili peratusan sebanyak 56.66 % .

Seterusnya , seramai 13 orang responden adalah terdiri daripada kaum perempuan

dengan jumlah peratusan sebanyak 43.33 %

5.1.2 STATUS PEKERJAAN

Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan status pekerjaan reponden sama ada bekerja

untuk kerajaan , swasta dan lain-lain .

Jadual 2 : Status Pekerjaan responden

Status Pekerjaan Kekerapan ( orang ) Peratusan (%)

Swasta 8 26.66

Kerajaan 10 33.33

Lain – Lain 12 40

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Rajah 2 : Status pekerjaan responden

STATUS PEKERJAAN RESPONDEN


Swasta Kerajaan Lain-lain

26.66
40

33.33

Sumber : Kajian Lapangan 2019


000813-12-1695

Daripada 30 orang responden , 8 orang responden berkhidmat di sector swasta dengan

peratusan sebanyak 26.66 % . Seterusnya 10 orang pula berkhidmat di sector kerajaan

dengan 33.33 peratus dan akhirnya 12 orang responden Yang memilih lain-lain adalah

sebanyak 40 peratus .

5.1.3 Umur

Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan bilangan responden mengikut kategori umur.

Responden terdiri daripada umur 21-30 tahun , 31-40 tahun , 41-50 tahun , 51-60 tahun

Jadual 3 : Umur responden

Umur ( tahun ) Kekerapan ( orang ) Peratusan ( % )

21-30 8 26.67

31-40 14 46.67

41-50 5 16.67

51-60 3 10

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Rajah 3 : Umur Responden

Umur responden

10
26.67
16.67

46.67

21-30 31-40 41-50 51-60

Sumber : Kajian Lapangan 2019


000813-12-1695

Daripada 30 orang responden , 8 orang merupakan responden yang berumur 21-30

tahun mewakili peratusan sebanyak 26.67% . Seterusnya , terdapat 14 orang

responden yang berumur 31-40 tahun dan mewakili peratusan sebanyak 46.67 %

Selain itu , 5 orang reponden pula berada dalam lingkungan umur 41-50 tahun

dengan jumlah peratusan sebanyak 16.67 % . Tambahan pula , 3 orang responden

berada dalam lingkungan 51-60 tahun dengan jumlah peratusan 10 %

5.1.4 KAUM

Jadual 4 dan rajah 4 menunjukkan kaum responden .

Jadual 4 : Kaum

KAUM KEKERAPAN PERATUSAN

Kadazan dusun 18 60

Murut 7 23.33

Cina 2 6.66

Lain - lain 3 10

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Rajah 2 : Kaum

KAUM RESPONDEN
Kadazan dusun Murut Cina Lain - lain

6.66 1.2

23.33

60

Sumber : Kajian Lapangan 2019


000813-12-1695

Daripada 30 orang responden , Kebanyakan responden adalah berbangsa kadazan

dusun iaitu seramai 18 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 60 % . Seterusnya

7 orang adalah berbangsa Murut iaitu dengan jumlah peratusan 23.33 Peratus .

Seterusnya , 2 orang adalah berbangsa cina dengan peratusan sebanyak 6.66

peratus. Akhir sekali , 3 orang daripada berlainan bangsa dengan jumlah peratusan

sebanyak 10 peratus .

5.1.5 JUMLAH PENDAPATAN

Jadual 5 dan Rajah 5 Menunjukkan Jumlah pendapatan oleh setiap responden yang

disoal selidik oleh pengkaji.

Jadual 5 : Jumlah Pendapatan

Jumlah pendapatan Kekerapan Peratusan

RM1000 ke bawah 11 36.66

RM1001-2000 6 20

RM 2001-3000 11 36.66

RM3001-4000 1 3.33

RM4001-5000 1 3.33

RM 5001 ke atas 0 0

Sumber : Kajian Lapangan 2019


000813-12-1695

Rajah 5 : Jumlah pendapatan

Jumlah pendapatan responden


3.33 3.33 0
3.66

36.66
20

RM1000 ke bawah RM1001-2000 RM2002-3000


RM3001-4000 RM4001-5000 RM5001 ke atas

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada 30 orang responden , terdapat 11 orang responden yang mempunyai

jumlah gaji RM1000 dan ke bawah dengan peratusan sebanyak 36.66 % .

Seterusnya seramai 6 orang responden yang mempunyai jumlah gaji RM 1001-

2000 dengan jumlah peratusan sebanyak 20 % . Untuk Jumlah Gaji RM2001-3000

, terdapat 11 orang responden juga dengan peratusan sebanyak 36.66% . Terdapat

seorang responden yang mempunyai gaji sebanyak RM 3001-4000 dengan


000813-12-1695

5.2 Jenis aktiviti yang dapat memupuk integrasi dan perpaduan di kampung

Bomboi

Jadual 6 dan rajah menunjukkan jenis aktivit yang dapat memupuk silaturahim

Jadual 6 : Aktiviti yang memupuk integrasi dan perpaduan


BIL PERNYATAAN STS TS TP S SS JUMLAH

(1) (2) (3) (4) (5)

1 Ibadat sabda Mingguan / 0 = 0% 0 = 0% 0 = 0% 1=3.33% 29=96.67% 30


Misa kudus
2 Perayaan Paska 0 = 0% 1 =3.33% 0 = 0% 7=23.33% 22=73.33% 30

3 Perayaan Krismas / Natal 0 = 0% 0 = 0% 3 = 10% 12 = 40% 15 =50% 30

4 Sukan Belia Katolik 0 = 0% 4=13.33% 3 = 10 % 7 =23.33% 16=53.33% 30

5 Kem belia zon 0 = 0% 0 = 0% 1 =3.33% 13=43.33% 16=53.33% 30

6 Seminar hidup baru dalam 0 = 0% 4=13.33% 2=6.66% 7 =23.33% 17=56.67% 30


roh
7 Mesyuarat Ajk K.U.K/Zon 1 = 3.33% 3 = 10% 3 = 10 % 6 =20% 17=56.67% 30

8 Pelayan Altar 0 = 0% 4=13.33% 0 = 0% 10=33.33% 16=53.33% 30

9 Pemuzik gereja 1 =3.33% 3 = 10% 0 = 0% 10=33.33% 16=53.33% 30

10 Seminar Kesedaran 0=0% 1 =3.33% 0 = 0% 6=20% 23=76.67% 30


Panggilan

Sumber : Kajian Lapangan 2019


000813-12-1695

5.2.1 Ibadat sabda mingguan / Misa kudus

Ibadat Sabda Mingguan / Misa kudus


3%0%

97%

SS S TP TS STS

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada 30 orang responden yang dikaji , 29 orang responden bersamaan

96.67% sangat bersetuju bah7awa perayaan ibadat sabda mingguan / misa kudus

dapat mempupuk intergrasi dan perpaduan di kampung bomboi . Hal ini kerana , Pada

setiap minggu keluarga-keluarga yang terpisah jauh dapat berkumpul di dalam gereja

dan dapat bertanyakan khabar antara satu sama lain . Selain daripada itu , penduduk

kampung juga dapat bersama-sama dalam perayaan tersebut . Dengan adanya

perayaan ini , mereka dapat berbual antara sesame mereka , Hal ini Meningkatkan lagi

intergrasi dan perpaduan kampung Bomboi . Seterusnya Terdapat hanya seorang

responden yang setuju terhadapt pernyataan tersebut.


000813-12-1695

5.2.2 Perayaan Paska

Chart Title
80

70 73.33
60

50

40

30

20 23.33
10
0 3.33 0
0
Perayaan Paska

STS TS TP S SS

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada 30 orang responden , seramai 22 orang responden dengan peratusan

sebanyak 73.33% memilih sangat bersetuju bahawa aktivti perayaan paska dapat

memupuk intergrasi dan perpaduan kaum . Hal ini kerana terdapat pelbagai aktiviti

yang diadakan semasa perayaan paska itu berlangsung sebagai contoh , sukan untuk

keluarga yang mana ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di dalam sebuah

kampung . Seterusnya , seramai 7 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 23.33 %

memilih setuju bahawa perayaan paska dapat memupuk intergrasi dan perpaduan

kaum di kampung Bomboi . Akhir sekali , seorang daripada 30 responden memilih

tidak setuju . Hal ini kerana beliau berkata bahawa dalam perayaan tersebut terdapat

beberapa hal yang boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku seperti Alkohol .
000813-12-1695

5.2.3 Perayaan Krismas/Natal

Perayaan Krismas/Natal

0% 10%

50%
40% STS
TS
TP
S
SS

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada 30 orang responden yang dikaji , seramai 15 orang dengan jumlah

peratusan 50 Memilih sangat bersetuju bahawa perayaan krismas/natal dapat

memupuk intergrasi dan perpaduan . Hal ini kerana mereka menyatakan bahawa

perayaan krismas dapat mengumpulkan penduduk kampung tidak kira agama ,

kerana perayaan ini adalah berbentuk terbuka kepada semua penduduk

terutamanya jemputan krismas rumah ke rumah . Di samping itu , dalam perayaan

krismas juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik yang mana ia boleh

mengukir senyuman dalam kalangan penduduk kampung Bomboi itu sendiri

.Seterusnya , 12 responden dengan peratusan sebanyak 40% memilih setuju

kerana masih terdapat aktiviti yang perlu ditambah baik untuk menjadikan ia

sebagai suatu medium integrasi dan perpaduan kaum . Akhir sekali 3 responden

dengan peratusan sebanyak 10 % memilih tidak pasti .


000813-12-1695

5.2.4 Sukan belia katolik

Sukan Belia katolik

STS
TS
TP
S
SS

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada 30 orang responden , separuh daripada jumlah responden iaitu

53.33% memilih sangat bersetuju bahawa sukan belia katolik dapat memupuk

integrasi dan perpaduan antara kaum di Kampung Bomboi. Hal ini kerana dalam

sukan belia katolik , terdapat pelbagai acara sukan yang dipertandingkan antaranya

ialah, pertandingan bola sepak , bola tampar , bola baling , permainan dalaman seperti

pingpong , batu Seremban dan badminton . Sukan seperti ini merupakan aktiviti yang

sesuai untuk dijadikan alat mengukuhkan integrasi dan perpaduan kaum . Namun

begitu , masih terdapat seglintir responden yang tidak bersetuju dengan hal ini ,

mereka berpendapat aktivti seperti ini kerap berlaku perselisihan faham yang akhirnya

membawa kepada pergaduhan . Mereka menyatakan bahawa aktiviti adalah medium

yang kurang sesuai sebagai alat untuk mengukuhkan intergrasi dan perpaduan kaum .
000813-12-1695

5.2.5 Kem belia zon

Kem Belia Zon

STS
TS
TP
S
SS

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada 30 orang responden yang dikaji , lebih daripada daripada separuh

responden mewakili 53.33% memilih sangat bersetuju bahawa kem belia zon ini

dapat dijadikan sebagai medium integrasi dan perpaduan kaum . Hal ini kerana di

dalam kem tersebut , mereka diberi bimbingan dan ajaran dalam menjadikan diri

mereka sebagai seorang yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi , dalam masa

yang sama perkara ini meningkatkan lagi kemenjadian mereka sebagai seorang

penduduk yang ramah terhadap penduduk yang lain . Namun demikian terdapat

juga responden yang memilih setuju dengan kadar peratusan sebanyak 43.33 %

dan tidak pasti sebanyak 3.33 %


000813-12-1695

5.2.6 Seminar hidup baru dalam roh

Seminar Hidup baru dalam roh

0% 13%
STS
7%
TS
TP
57%
23% S
SS

Sumber : Kajian lapangan 2019

Daripada 30 responden yang dipilih , 57 % daripada 30 orang responden

bersetuju bahawa seminar ini merupakan salah satu medium yang berkesan untuk

memupuk integrasi dan perpaduan kaum di kampung bomboi . Hal ini kerana

mereka yang menyertai kem ini akan didedahkan kepada pelbagai maklumat yang

berkaitan tentang sahsiah diri yang mana ia akan membantu dalam meningkatkan

integrasi sesama .

You might also like