Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


Atucara Majlis
Perhatian
Mohon Kerjasama Semua Pelajar Untuk Memberi Laluan Kepada
Majlis Sambutan Hari Guru Yang Akan Berlangsung Sebentar
Lagi. Terima Kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rakan-Rakan Pelajar Sekalian,Marilah Sama-Sama Kita
Memberikan Tepukan Yang Gemuruh Kepada Semua Barisan
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu.

Istana Kota Sebelas Tingkat


Tempat Baharu Nakhoda Pekan
Sama Kata Sama Sepakat
Hari Guru Mari Raikan.

Batu Bernama Si Batu Bata


Tempat Hinggap Siburung Balam
Guru Itu Ibarat Pelita
Memberi Cahaya Setiap Malam

Salam Sejahtera…Dan Salam Negaraku Malaysia

Yang Berusaha
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


Encik Togang Sedin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung
Batu
Yang Dihormati,
Puan Lim Ming Lee
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
Puan Norjannah Binti Sehim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati,
Encik Mohd Amir Bin Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati,
Encik Junit Jimbau
Penolong Kanan Petang

Barisan Guru-Guru Yang Disayangi, Barisan Pengawas Dan


Rakan-Rakan Yang Dikasihi Sekalian…

Bersyukur Kepada Tuhan,Kerana Pada Pagi Ini Kita Dapat


Bersama-Sama Berkumpul Bagi Meraikan Insan Yang Amat Kita
Sanjungi. Dalam Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat
Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


_______________________________________ Itulah Tema
Perayaan Hari Guru Pada Tahun Ini. Selamat Hari Guru
Diucapkan Kepada Semua Guru.
---------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai Pembuka Tirai Majlis Kita Pada Hari Ini, Dijemput Para
Guru Dan Pelajar Untuk Berdiri Serta Bersama-Sama
Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku.
----------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Atas Nyanyian Sebentar
Tadi.

Bunga Mawar Cantik Tersemat


Dipetik Gadis Di Tepi Titi
Doa Dibaca Memohon Rahmat
Moga Majlis Sentiasa Diberkati

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Hari Yang Penuh


Bermakna Ini, Marilah Sama-Sama Kita Menadah Tangan
Mengaminkan Bacaan Doa Yang Akan Dilafazkan Oleh *Al Fadhil
Ustaz Zaini .
Majlis Dengan Penuh Takzim Mempersilakan.
----------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Zaini


atas Bacaan Doa sebentar Tadi.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


Putik Baru Mekar Di Laman
Kembang Kudup Kumbang Terikat
Hargai Guru Sepanjang Zaman
Agar Hidup Beroleh Berkat.

Hadirin yang di kasihi sekalian, majlis diteruskan lagi dengan


ucapan daripada ketua pengawas _______________________
untuk memberikan ucapan mewakili murid – murid Sekolah
Kebangsaan Tanjung Batu.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Terima kasih diucapakan kepada ketua pengawas atas ucapan


yang diberikan.

Hadirin Sekalian Majlis Diteruskan Dengan Ucapan Alu-Aluan


Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Sempena
Meraikan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu
Ini

Dengan Itu Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan Encik


Togang Sedin, Untuk Menyampaikan Ucapan Aluan. Dipersilakan.

Terima Kasih Tuan Guru Besar Di Atas Ucapan Yang Sangat


Bermakna Di Hari Yang Bersejarah Ini.

Angin Menderu Dengan Sepoinya


TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


Di Anak Tangga Duduk Berperikan
Kasih Guru Akan Muridnya
Masa Dan Tenaga Rela Korbankan

Beralih Kita Ke Acara Seterusnya Dengan Menjemput Semua


Guru Berdiri Untuk Bacaan Ikrar Guru Yang Akan Diketuai oleh
Cikgu Azri

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Cikgu Azri


Atas Bacaan Ikrar Guru Sebentar Tadi

Seterusnya Marilah Kita Bersama – Sama Mendengar Kelunakan


Suara Dari Guru - Guru Dengan Nyanyian Lagu Tema Hari Guru,
Lagu Kami Guru Malaysia Dan Lagu Pendidik Bumi Kenyalang.
Semua Guru Dijemput Berdiri.
----------------------------------------------------------------------------------------
Demikianlah Tadi Nyanyian tiga Buah Lagu Daripada Guru-Guru
Yang Kita Sayangi.
----------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang Kita Telah Sampai Ke Acara Memotong Kek Oleh Tuan
Guru Besar Dan Guru – Guru Penolong Kanan.
Mohon Guru - Guru Yang Lain Bersama-Sama Mengiringi Guru
Besar Untuk Acara Memotong Kek. Majlis Mempersilakan.

Majlis Mengucapkan Setinggi Penghargaan Kepada Para Guru


Diatas Kerjasama Yang Diberikan.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


---------------------------------------------------------------------------------------
Hadirin Sekalian,
Tinggi Bukit Silang Gemilang
Air Pasang Tenang-Tenangan
Budi Sedikit Tidak Akan Hilang
Dalam Hati Kenang-Kenangan

Marilah Sama-Sama Kita Ucapkan “Terima Kasih Cikgu” Kepada


Barisan Guru Yang Kita Semua Sayangi Ini.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada


semua guru oleh murid – murid.
----------------------------------------------------------------------------------------
Para Guru Dan Rakan Pelajar Yang Budiman.
Kita Sudah Sampai Ke Penghujung Majlis.
Tapi sebelum itu, saya menjemput semua guru dan murid untuk
berdiri bersama-sama menyanyikan lagu sekolah.
Akhir Kata Tamatlah Sudah Majlis Kita Pada Pagi Ini. Sekali Lagi
Syabas Dan Tahniah Kepada Warga Sekolah Kebangsaan
Tanjung Batu Kerana Dapat Bersama-Sama Dalam Meraikan
Sambutan Hari Guru Pada Tahun Ini.

Semoga Tuhan Menganugerahkan Ilham Kepada Semua Guru


Untuk Menjadi Pendidik Yang Gemilang.Semoga Benih-Benih
Keikhlasan Berjaya Ditanam Dalam Setiap Batas Hati Para
Guru,Kerana Dengan Keikhlasan,Akan Terpancar Kejernihan Dan
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.


Kejayaaan Anak Didik Yang Mutlak.

Majlis Menjemput Semua Guru Untuk merakamkan memori indah


Sambutan Hari Guru Tahun 2018.
Terima Kasih Daun Keladi
Panjang Umur Kita Sambut Lagi
Buat Guru Kami Sudahi
Selamat Hari Guru Buatmu Dikasihi
Jasa Guru Terpahat Dihati

Jasamu Dikenang
Budimu Tak Terbilang
Semangatmu Dijulang
Kepimpinanmu Gemilang
Menjadikan Kami Cemerlang
Terima Kasih Cikgu

Saya (______________________________________) daripada


kelas (______________) dan saya
(_____________________________________) daripada kelas
(________________) ingin memohon ampun sekiranya terdapat
salah atau terkasar bicara sepanjang kami mengacarakan majlis
ini. Yang baiknya datang dari Tuhan, dan yang buruknya dari kami
sendiri.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KEBANGSAAN TANJUNG BATU TAHUN 2018.

Berjumpa lagi untuk Sambutan Hari Guru yang akan datang.


TERIMA KASIH CIKGU!
Salam sejahtera dan jumpa lagi.

You might also like