Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Suku kata Bab 9:

Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 1 Bab 9 Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu Pada
akhir topik, pelajar akan dapat a. memahami konsep suku kata dalam bahasa Melayu. b. mengenal jenis-jenis
suku kata dalam bahasa Melayu. c. menjelaskan stuktur suku kata dan pola-polanya. d. memahami konsep
tekanan dalam suku kata dan perkataan serta penggunaan tekanan dalam ayat bahasa Melayu. e. mengenal
sebutan e pepet dalam bahasa Melayu. Garis latar modul 9.1. Pengenalan 9.2. Suku Kata dalam Bahasa Melayu
9.3.

Jenis-jenis Suku Kata

Tekanan suku kata dan perkataan

Sebutan pepet Istilah penting Ringkasan Rujukan Bab 9:

Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 2

Apakah itu suku kata? Suku kata difahami sebagai unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau
daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.Suku kata ialah unit bunyi yang lebih besar daripada
bunyi tunggal seperti [b] tetapi lebih kecil daripada perkataan.Ada juga ahli fonetik yang berpendapatbahawa
suku kata menjadi unit terkecil penghasilan bahasa dan bukannya fonem atau alofon.

Perkataan dalam bahasa terdiri daripada satu atau lebih suku kata. Setiap bahasa terdiri daripada bunyi bahasa
yang bercantum untuk menjadi suku kata, sepertib dan a bercantum menjadi ba,atau r dan u bercantum menjadi
ru. Setiap suku kata bahasa Melayu hendaklah ditandai oleh vokal. Vokal itu didahului atau diikuti oleh
konsonan, sepertidalam ba dan tu. Suku kata ba dan ru pula boleh bercantum untuk membentuk perkataan,
sepertibaru. Demikian juga suku kata babolehbergabung dengan pa untuk membentuk perkataan bapa. Bunyi
vokal ialah bunyi silabik.Bunyi silabik bermaksud bunyi yang menjadi puncak kelantangan dalam sesuatu
perkataan (Kamus Linguistik, 1997). Suku kata juga ialah gabungan bunyi dengan satu kemuncak utama antara
bunyi. Contohnya, dalam suku kata ba, kemuncak utama terletak pada bunyi kedua [a] dan bunyi kedua [u]
dalam suku kata ru. Kemuncaknya terletak pada bunyi vokal. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu,
bunyi vokal lebih menonjol daripada konsonan. 9.1 PENGENALAN ma Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam
Bahasa Melayu 3
Apabila bercakap tentang struktur suku kata, halnya adalah berkenaan dengan susunan fonem untuk membentuk
sesuatu suku kata. Struktur suku kata membawa maksud binaan fonem dalam perkataan. Sesuatu suku kata
haruslah mempunyai puncak, dan puncak ini hendaklah terdiri daripada fonem yang mempunyai ciri vokalik.
Fonem sepertiini terdiri daripada vokal dan juga konsonan. Dalam bahasa Melayu, fonem yang
berfungsisebagai puncak bagi suku kata ialah vokal. Suku kata mengandungi fonem dalam urutan yang
tertentu.Misalnya, kata kek, sen dan pen terdiri daripada tiga fonem dalam urutan yang tertentu.Fonem dalam
ketiga-tiga perkataan terdiri daripada

3. urutan fonem yang berbeza. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga binaan suku kata. Yang pertama terdiri
daripada satu vokal, seperti u dalam yu. Binaan suku kata kedua terdiri daripada deretan konsonan dan diikuti
oleh vokal, sepertibu dalam bukit. Binaan suku kata yang ketiga ialah konsonan dan diikuti oleh vokal dan
diakhirinya oleh konsonan lagi, sepertiter dalam terbit. 9.1 STUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU 1.
Apakah maksud suku kata? 2. Berapakah suku kata yang terdapat dalam perkataan yang berikut? buku sekolah
makan mahasiswa 3. Bunyi silabik ialah ………………………………………………………….. Bab 9: Suku
Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 4 Sebahagian besar perkataan dalam bahasa mempunyai gabungan
bunyi konsonan (K) dan vokal (V), sepertiVK, KV, KVK,dan VKK.Gabungan antara konsonan dan vokal ini
disebut suku kata.Dari segi persukuan kata, perkataan mengandungi satu suku atau lebih daripada satu suku kata.
Sesuatu suku kata pula dibentuk oleh satu vokal sahaja atau satu vokal disertai satu konsonan atau
beberapakonsonan. Konsonan hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan
di belakangnya secara serentak. Setiap suku kata ada segmensuku kata, biasanya terdiri daripada vokal dan
kebanyakan suku kata ada juga konsonan yang merupakan segmen bukan silabik.Konsonan biasanya berdiri
sebelum atau selepas vokal. Ciri silabik adalah di tengah atau nukleus perkataan.Konsonan yang menyusulinya
ialah permula atau onset suku kata tersebut. Konsonan yang akhirnya disebutpenutup atau koda (coda). Adakala
pemula terdiri daripada fonem kosong, seperti dalam kata enak, ikan, oren, dan penutup terdiri daripada fonem
kosong, sepertidalam kata buka, sila, dan mi. Struktur suku kata dalam perkataan dapat ditunjukkan
sepertidalam Rajah 9.1: Rajah 9.1 Stuktur suku kata Suku kata

4. Pemula Tengah Penutup (Onset) (Nukleus) (Koda) b i n (bin) p ə n (pen) t o ŋ (tong) Dalam bahasa Melayu,
terdapat tiga jenis suku kata, iatu ekasuku, dwisuku, dan banyak suku.Setiap jenis ini ada ciri-cirinya yang
tertentu. Suku kata Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 5 a. Ekasuku Ekasuku ialah
perkataan yang mempunyai satu suku kata.Dalam bahasa- bahasa dunia tidak terdapat banyak bahasa yang
mempunyai ekasuku. Misalnya, dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan sepertiI, eye, oh yang mempunyai
satu suku kata sahaja. Dalam bahasa Melayu pula, terdapat kira-kira dua puluh ekasuku, iaitu perkataan yang
mempunyai satu suku kata. Kebanyakan ekasuku dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan dan
vokal.Antaranya termasuk ru, yu dan ya. Ada sebilangan kecil yang terbentuk oleh vokal dan konsonan,
sepertikata am. Namun, bilanganperkataan berekasuku terhad dalam bahasa Melayu. Lihat beberapacontoh
ekasuku yang wujud dalam bahasa Melayu dalam Rajah 9.1. Rajah 9.1 Kata ekasuku dalam bahasa Melayu ai
am ba ca ci di ke ga ha mi oh po ro wa za b. Dwisuku Dwisuku ialah perkataan yang mempunyai dua suku
kata.Kebanyakan perkataan asas dalam bahasa Melayu terbentuk oleh perkataan yang dwisuku.Antaranya
termasuk perkataan sepertiair, aib dan wang.Lihat beberapacontoh perkataan Melayu yang mempunyai dwisuku
dalam Jadual 9.2 Jadual 9.2Perkataan dwisuku dalam bahasa Melayu a+bu a+jal ba+ca ba+la ca+ci can+du
da+da da+na e+nak fa+ham ge+lut gi+la ka+ki la+yar ma+kin na+kal pa+ti re+da Bab 9: Suku Kata Dan
Tekanan Dalam Bahasa Melayu 6 c. Banyak suku kata Oleh sebab perbendaharan kata bahasa Melayu
mengalami perkembangan yang pesat,

5. banyak perkataan asing masuk ke dalamnya.Dengan pertambahan kosa kata Melayu, banyak perkataan telah
terbentuk oleh lebih dua suku kata.Perkataan yang mempunyai lebih dua suku kata disebut sebagaibanyak suku
(polysyllable). Perhatikan antara beberapaperkataan Melayu yang mempunyai banyak suku dalam Jadual 9.3:
Jadual 9.3 Banyak suku dalam perkataan Melayu Bilangan Suku Kata Contoh Tiga suku kata per+ka+kas
ke+lin+dan Empat suku kata re+for+ma+sipe+da+go+gi Lima suku kata ma+la+pe+ta+ka si+la+tur+ra+him
Enam suku kata ma+ha+ra+ja+le+la per+so+ni+fi+ka+si 1. Ekasuku
bermaksud …………………………………………… 2. Berikan DUA contoh perkataan Melayu yang
mempunyai dua suku kata. 3. Nyatakan bilangan suku kata dalam perkataan Melayu yang berikut: - masalah
kugiran gembleng - sosiopolitikcemerlang penyelewengan Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa
Melayu 7 Pada mulanya, pola suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai pola yang mudah, iaitu yang terdiri
daripada empat pola sahaja. Hal ini demikian kerana struktur suku kata bahasa Melayu yang asli adalah
sepertiyang berikut: V= a+pa VK= am+bang KV=ba+ru KVK=a+nak Namun dengan kemasukan kata-kata
asing ke dalam bahasa Melayu, kini sudah terdapat rangkap konsonan yang berfungsisebagai pemula dan
penutup suku kata.Hal ini telah menyebabkan binaan pola-pola suka kata yang baharu dalam bahasa Melayu.
Antara pola suku kata yang baharu tersebut ialah: KKV=dra+ma,indus+tri

6. KKVK = draf KVKK=teks+til VKK = eks+tra KKVK = trak+tor, elek+trik KKVKK=kom+pleks KKKV =
stra+tegi, skru KKKVK = struk+tur, skrip Dengan hal yang demikian, bilangan pola suku kata kini sudah
bertambah. Sekarang, terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: Pola Contoh i.
V i-bu, gu-a ii. VK er-ti, ma-in iii. KV ra-kit, ba-tu iv. KVK pin- tu, hi-lang 9.2. Pola Suku Kata Bab 9: Suku
Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 8 v. KKV dra-ma, indus-tri vi. KKKV trak-tor,elek-trik vii. VKK
eks-portviii. KVKK bank-rap, kon-teks ix. KKVKK kom-pleks x. KKKV stra-tegi, skru xi. KKKVK struk-tur,
spring (Dipetik daripada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1989) Pola (i) hingga (iv) ialah empat pola
umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar di dalam bahasa Melayu. Pola (v) hingga (xi) ialah
tujuh pola suku kata yang dibentuk oleh huruf konsonan rangkap, iaitu daripada perkataan yang dipinjam
daripada bahasa Inggeris. a. Jenis Suku Kata Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata
terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan vokal, sepertibuka.
Manakala, suku kata tertutup berakhir dengan konsonan, sepertikasut. Sebelas pola suku kata di dalam bahasa
Melayu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Perhatikan contoh suku
kata terbuka dan tertutup dalam Jadual 9.4 dan 9.5 yang berikut: i. Suku kata terbuka Suku kata terbuka ialah
suku kata yang diakhiri dengan vokal dalam bahasa. Perhatikan beberapacontoh suku kata terbuka dalam Jadual
9.4: Jadual 9.4 Suku Kata Terbuka

7. a+pi ru+pa sa+na sa+ya ka+ki na+ma dra+ma ke-lam-bu pu+lau Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam
Bahasa Melayu 9 bo+ne+ka as+ta+ka pu+sa+ra er-ti sa+ri sen+da+wa ii. Suku Kata Tertutup Suku kata tertutup
ialah suku kata yang berakhiri dengan konsonan. Lihat beberapacontoh suku kata tertutup dalam Jadual 9.5 di
bawah: kam+pung sem+pitja+lan se+ko+lah bi+lik co+ret stuk+tur sem+pa+danlong+kang mi+si+kin pu+lang
sing+gah Jadual 9.5 Suku Kata Tertutup 1. Nyatakan bilangan suku kata asli dalam bahasa Melayu. 2. Bezakan
antara suku kata tertutp dan tertutup. 3. Nyatakan pola suku kata bagi perkataan yang berikut: banyak perigi
sentiasa santun desa melankolik Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 10 Tekanan merupakan
aspek yang penting dalam hal memahami dan mempelajari bahasa lisan.Unsur tekanan merupakan salah satu
aspek sebutan dalam bahasa.Tekanan diberikan pada suku kata dan perkataan dalam bahasa.Tekanan perkataan
juga dikenal sebagaitekanan leksikal. Tekanan biasanya ditandakan dengan lambang [ʹ] dalam
penulisan.Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu, sepertidalam [búda?] dan
[méjε]. Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang lain.
Ringkasnya, tekanan suku kata bermaksud suku kata diucapkan dengan keras atau lembut penyebutan suku
kata.Ada kala tekanan dirujuk sebagai aksen dalam bahasa, iaitu tekanan suara yang diberikan pada perkataan
atau suku kata. a. Tekanan pada perkataan Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata
kedua

8. dalam perkataan, seperti [ruʹmah], dan [kamʹpung]. Dalam setiap perkataan yang dibentuk oleh dua atau lebih
suku kata diberi tekanan kepada satu suku kata. Contohnya, dalam perkataan makan, suku kata ma diberi
tekanan dan dalam buku suku kata bu diberikan tekanan. Apabila struktur sesuatu perkataan dihuraikan, hal
tekanan menjadi penting. Dalam beberapabahasa tertentu, tekanan bagi perkataan telah ditetapkan,
sepertitekanan pada suku kata awal atau suku kata akhir. Perkataan cónduct berbezamaknanya dengan condućt
dalam bahasa Inggeris.Yang pertama ialah kata nama yang bermaksud ‘kelakuan’ dan yang kedua ialah kata
kerja yang bermaksud ‘mengendalikan’. 9.3. TEKANAN SUKU KATA DAN PERKATAAN Bab 9: Suku Kata
Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 11 Dalam bahasa Inggeris,tekanan digunakan dalam perkataan untuk
menunjukkan perbezaan makna, sepertidalam rajah di sebelah.Olehhal yang demikian, unsur tekanan menjadi
unsur fomenikdalam bahasa Inggeris kerana [ʹ] merupakan salah satu fonem.Hal yang demikian tidak berlaku
dalam bahasa Melayu kerana tekanan tidak digunakan untuk membezakan makna perkataan.Dalam kamus
Inggeris,lambang [ʹ] digunakan untuk bagi entri perkataan Inggeris yang diberikan tekanan, sepertidalam
gambar di sebelah.Namun, lambang seumpamaini tidak terdapat dalam kamus Melayu. Dengan hal yang
demikian, perkataan yang diberi tekanan dan ada perkataan yang tidak diberitekanan. Dalam bahasa hal ini
dirujuk sebagai bentuk kuat dan bentuk lemah.Hal bentuk kuat dan lemah amat ketara dalam bahasa,
sepertidalam bahasa Inggeris.Hal yang sedemikian tidaklah penting dalam bahasa Melayu.Tekanan hanya
diberikan semasa ayat diujarkan dalam situasi yang tertentu, terutamanya untuk menekankan sesuatu hal
melalui perkataan yang diberikan tekanan. Tekanan dalam suku kata dan perkataan merujuk kepada darjah
tekanan yang digunakan untuk menghasilkan kemuncak pada suku kata kerana terdapat suara nyaring bagi suku
kata yang diberikan tekanan.Lazimnya, bunyi suku kata dipanjangkan dan dibunyi dalam nada
tinggi.Pendekkata, tekanan memainkan peranannya dalam hal menyebut perkataan dengan betul.

9. a. Tekanan dalam ayat Tekanan dalam ayat bermaksud tekanan yang diberikan pada sesuatu perkataan di
dalam ayat untuk memberitegasan (Kamus Linguistik, 1997).Umumnya, tekanan tidak diberikan kepada semua
perkataan dalam satu-satu ayat.Biasanya, berlaku perubahan apabila perkataan dibunyikan dalam
ayat.Perubahan atau modifikasibermaksud ada perkataan yang diberikan tekanan dahulu, kini tidak diberikan
tekanan dalam ayat (Ladefoged,P, 2006).Tekanan pada perkataan dalam ayat bergantung pada golongan kata
yang hendak ditekankan dalam ayat Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 12
tersebut.Misalnya, dalam ayat “Saya ditanya”, saya ditekankan, manakala dalam ayat “Saya ditanya”, ditanya
ditekankan. Umumnya, kata isi, iaitu seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan adverba diberikan tekanan.
Kata tugas yang terdapat dalam ayat jarang-jarang diberikan tekanan. Perhatikan tekanan yang diberikan pada
perkataan dalam ayat-ayat yang berikut: i. ˈPak Mat ˈmembina sebuah ˈrumah baharu di ˈTaiping. ii. ˈPelajar-
pelajar sekolah hendaklah ˈmemakai lencana ˈsekolah semasa ˈberada di kawasan ˈsekolah. iii. ˈMasyakarat
Malaysia ˈhidup berharmoni dan ˈsaling menghormati antara satu sama lain untuk ˈmemelihara ˈperpaduan
Dalam ayat (i), kata nama khas Pat Mat, Taiping, kata nama am rumah dan kata kerja membina diberi tekanan.
Kata tugas sepertidi dan sebuah tidak diberi tekanan. Dalam ayat (ii) pula, kata nama am pelajar, sekolah dan
kata kerja memakai diberi tekanan. Kata tugas sepertihendaklah dan di tidak ditekankan dalam ayat
tersebut.Akhirnya, kata nama khas am masyarakat, perpaduan, dan kata kerja hidup dan saling menghormati

10. diberikan tekanan. Kata tugas seperti dan, antara, dan untuk tidak diberikan tekanan. 1. Apakah tujuan
sesuatu perkataan diberikan tekanan? 2. Mengapa semua perkataan tidak diberikan tekanan dalam ayat?
Jelaskan. 3. Sila letakkan lambang ˈ pada perkataan dalam ayat berikut yang harus diberikan tekanan: i. Nama
saya Mohan. ii. Saya bertugas sebagai guru di sekolah tersebut. iii. Apabila hujan turun, perlawanan bola sepak
antara sekolah ini akan diberhentikan. Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 13 Schwa
didefinisikan dalam bahasa Inggeris sebagaivokal [e] yang tidak ditekankan pada kedudukan tengah perkataan,
seperti[matə] matter (Matthews, P.H. 1997).Schwa dianggap vokal ditekankan secara lembut dan lemah dalam
bahasa Inggeris sepertidalam perkataan the, and dan for. Dalam bahasa Melayu pula, schwa dirujuk sebagai e
pepet.Dalam bahasa Melayu, terdapat lima vokal, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/. Dengan demikian, hurufe
merupakan salah satu vokal daripada lima vokal.Semua vokal ini dilafazkan dengan satu bunyi yang tertentu,
kecuali bunyi vokal /e/. Vokal /e/ pula dibunyikan dua cara yang berbeza. Hal ini bererti huruf e, ada dua
bunyi.Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem huruf e, iaitu: i. fonem e pepetyang ditulis secara
fonetik [ə] dan ii. fonem e taling yang ditulis secara fonetik [e]. Oleh hal yang demikian, schwadalam bahasa
Melayu merujuk kepada bunyi pepet[ə] yang dibunyikan berbeza daripada bunyi e taling [e].Huruf e
pepetdikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu ĕ dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun
1972).Tandadiakritik di atas e pepet(ĕ) tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi sekarang. Lihat penggunaan (ĕ)
dan (e) dalam contoh di bawah: ĕmak jadi emak kĕledek jadi keledekmĕnteri jadi menteri tĕmpohjadi
tempohpĕtak jadi petak Bunyi pepet[ə ] boleh berlaku di awal dan tengah perkataan Melayu. Kini,

11. Tekanan perkataan dalam ayat terjadi pada kata isi dalam bahasap. Tekanan membawa maksud suku kata
yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang lain. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis
suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutu Terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu
Terdapat tiga binaan suku kata dalam bahasa Melayu, iaitu ekasuku, dwisuku dan banyak suku. Setiap suku
kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah vokal.bunyi pepetjuga berlaku pada akhir perkataan.Bilangan bunyi
pepete di akhir perkataan tidaklah banyak dalam bahasa Melayu.Kebanyakan perkataan tersebut merupakan
kata serapan. Perhatikan beberapasebutan bunyi e pepet[ə] di awal, tengah dan akhir perkataan Melayu di
bawah: 9.4 SEBUTAN PEPET (SCHWA) Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 14 [ə+mak]
[əm+but] [ə+nau] [ə+rat] [ər+ti] [ə+sa] [kə+mas] [cə+tə+ra] [fi+ləm] [in+də+ra] [ka+bəl] [pə+cah] [rə+zə+ki]
[si+rən] [tə+lah] [na+sio+na+lis+mə] [e+go+is+mə][sə +ku+la+ris+mə] Jadual 9.6 Bunyi e pepetdalam
perkataan Melayu 1. Apakah maksud schwa dalam bahasa Melayu? 2. Dua jenis fonem e
adalah…………………….. dan ……………………… 3. Bulatkan perkataan dalam senarai di bawah yang
mempunyai bunyi e pepet. erat teliti tekun sate nasionalisme sukses cederamereka mesin Bab 9: Suku Kata Dan
Tekanan Dalam Bahasa Melayu 15 Suku kata ialah unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau
daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.

12. Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu 16 Abdullah Hassan. 2006.Linguistik Am. Kuala
Lumpur: PTS Professional Asmah Hj Omar. 2008.EnsiklopediaBahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. 1981.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Daftar
Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. 1991.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail Dahaman.
2000.PedomanEjaaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Linguistik.
1997.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kreidler. 1997.Charles. M. Describing SpokenEnglish: An
Introduction. London: Routledge PedomanEjaan Rumi Bahasa Melayu. 2000.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka Small. Larry. H. 1999.Phonetics:A Practical Guide for Students. Boston: Allyn Sebutan e
pepetmerupakan salah satu bunyi bagi huruf e dalam bahasa Melayu. Schwa dalam bahasa Inggeris dirujuk
sebagaie pepetdalam bahasa Melayu.Melayu. & Bacaon. Yunus Maris. The Malay Sound System.1980.Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

You might also like