Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Transkrip Temu Bual Bersama Guru Berpengalaman

Temu bual
Penulis Assalamualaikum cikgu. Saya Muhamad Shamir bin Abdul Rohim. Saya
merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Saya
merupakan pelajar semester 8 dan major Matematik. Tujuan saya menemu
bual cikgu adalah untuk tugasan kerja kursus saya yang meminta membuat
laporan mengenai guru berpengalaman dalam bidang Matematik. Jadi, boleh
cikgu kongsikan sedikit mengenai latar belakang cikgu?
Guru Waalaikumussalam. Bismillah hirrahma nirrahim. Nama saya Wan Hairul Nizam
bin Wan Abu Bakar. Berasal dari Taiping, Perak. Saya telah berkhidmat di SK
Kompleks KLIA selama lebih kurang 21 tahun. Boleh dikatakan saya paling
senior dalam sekolah ini dan telah berpengalaman mengajar matematik selama
21 tahun.
Penulis Seterusnya, boleh cikgu kongsikan sedikit mengenai inovasi yang pernah cikgu
hasilkan?
Guru Saya mengajar berpusatkan murid dan apabila ada aktiviti berkumpulan saya
akan gunakan bahan bantu mengajar seperti kad nombor, dadu kira-kira, kertas
mahjong dan permainan dalam kelas.
Penulis Bagaimanakah cikgu berkongsi inovasi yang cikgu hasilkan dengan rakan-
rakan cikgu yang lain?
Guru Saya berkongsi melalui blog yang saya hasilkan. Walaupun blog itu tidak lah
nampak begitu cantik dari segi hiasan.
Penulis Apakah sikap yang perlu ada dalam diri seseorag untuk menjadi dirinya guru
yang cemerlang?
Guru Antara sikap yang perlu ada dalam diri ialah pertama sekali, guru mestilah
pandai mencari peluang dan sentiasa berfikiran positif. Guru juga perlu inovatif
dalam menyampaikan pengajaran dan sentiasa memastikan murid bersedia
untuk belajar. Semua guru layak untuk jadi yang cemerlang tetapi ianya
bergantung kepada diri masing-masing.
Penulis Soalan terakhir dari saya, adakah cikgu menggunakan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik?
Guru Ada kalanya saya gunakan juga ICT sebagai medium pengajaran saya. Tetapi
saya juga tidak mengetepikan konsep tradisional dalam pengajaran saya. Bila
saya gunakan ICT, murid-murid akan lebih tertarik untuk belajar kerana di
sekolah ini juga disediakan kemudahan komputer riba untuk setiap murid.
Penulis Terima kasih cikgu atas perkongsian yang dierikan. Semoga cikgu terus berjaya
dalam bidang perkhidmatan cikgu.
Guru Sama-sama.

Biodata guru
Nama : Wan Hairul Nizam bin Wan Abu Bakar
Sekolah: SK Kompleks KLIA, Negeri Sembilan
Bidang: Matematik
Pengalaman: 21 tahun mengajar Matematik

You might also like