Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan

perbezaan jumlah kematian bayi eksogen yang direkodkan di negeri-negeri terpilih di


Malaysia antara tahun 2009 dengan tahun 2010.
Kematian bayi eksogen adalah kematian bayi yang terjadi setelah usia bayi satu
bulan hingga satu tahun. Antara faktor kematian ialah kurang gizi semasa mengandung dan
kelemahan rawatan bayi.
Walaupun wujud kaedah moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi
rawatan bersalin, namun kematian eksogen mencatatkan peningkatan kes. Sebanyak 10
juta kematian setiap hari dicatatkan seluruh dunia berpunca dari eksogen. Begitu juga di
Malaysia, jumlah kematian eksogen yang direkodkan di negeri Kedah ada tahun 2009 masih
rendah iaitu 1134 orang. Pelbagai kempen dilaksanakan telah menunjukkan berlaku
penurunan jumlah kematian pada tahun 2010 kepada 814 orang.
Bagi negeri Pulau Pinang pula jumlah kematian eksogen menunjukkan peningkatan
sebanyak 167 orang kepada 987 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Jumlah
kematian di negeri Selangor juga meningkat sebanyak 24.59% daripada 724 orang pada
tahun 2009. Negeri Selangor merupakan negeri kedua paling banyak berlaku kematian bayi
eksogen pada tahun 2010.
Kematian bayi eksogen pada tahun 2009 yang dicatatkan di negeri Sabah sebanyak
653 orang. Pelbagai usaha kerajaan untuk mengurangkan kematian bayi eksogen
menyebabkan jumlah kematian telah berkurang kepada 491 orang pada tahun 2010.
Pengenalan program pendidikan menjaga bayi telah memberi kesan kepada jumlah
kematian bayi eksogen di Sarawak apabila sebanyak 335 kes kematian dilaporkan pada
tahun 2009 merosot sebanyak 33.13% pada tahun 2010. Peningkatan jumlah penduduk dan
kemasukan pekerja asing di Johor pada tahun 2010 antara punca peningkatan kematian
bayi eksogen sebanyak 232 orang berbanding jumlah kematian pada tahun 2009 sebanyak
423 orang.
(Sumber : diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan eksport barangan pembuatan terpilih di Malayisa
antara tahun 2006 dan 2007.
Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan sedikit
peningkatan berbanding eksport pada tahun 2006. Setelah mencatat kejatuhan ketara
sebanyak 5.3% pada tahun 2006, eksport barangan elektronik dan jentera elektrik terus
merosot daripada RM300,787 juta pada tahun 2006 kepada RM288,326 juta pada tahun
2007. Kemerosotan ini disebabkan oleh peningkatan nilai ringgit yang menyebabkan harga
barangan keluaran Malaysia menjadi agak tinggi di pasaran dunia.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, eksport
produk kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM14,791 juta pada tahun 2006 kepada
RM14,391 juta pada tahun 2007. Pada tahun 2007, eksport produk getah pula mengalami
perubahan yang agak sedikit, iaitu daripada RM9,332 juta pada tahun 2006 kepada
RM9,588 juta pada tahun 2007. Namun demikian Malaysia masih mengekalkan
kedudukannya sebagai pengeluar utama produk getah dengan menyumbang sebanyak 47%
daripada keperluan dunia.
Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai
eksportnya. Pada tahun 2006,eksport produk petroleum bernilai RM23,930 juta dan telah
menokok sebanyak RM1,859 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga
membantu perkembangan dalam pengeksportan kimia, produk kimia dan plastik. Pada
tahun 2006, nilai eksport kimia, produk kimia dan plastik ialah sebanyak RM37,716 juta dan
telah melonjak kepada RM39,572 juta pada tahun 2007.
Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaan telah
mengalami penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan dengan
negara pengeluar lain yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006,
nilai eksportnya sebanyak RM8,559 juta, menyusut kepada RM8,384 juta. Eksport besi dan
keluli mengalami peningkatan yang agak ketara. Negara pengimport utama produk ini ialah
China yang membuat persiapan akhir untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Beijing
2008. Eksport besi dan keluli pada tahun ialah sebanyak RM26, 695 juta setelah mengalami
peningkatan sebanyak RM1,774 juta daripada tahun sebelumnya.

(Disesuaikan daripada Laporan Tahunan Jabatan Perangkaan Malaysia 2008)

You might also like