Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANDUAN MENULIS BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

1.0 PENGENALAN
Matlamat buku ini adalah untuk memberi latihan dan membiasakan pelatih membuat
persediaan mengajar dengan cara yang sesuai dan bersistematik. Pelatih dan penyelia
hendaklah menggunakan buku ini sepertiyang di garriskan seperti berikut:

1.1 PELATIH
i) Untuk mencatatkan segala perkara yang berkaitan dengan tugas pengajaran
dan pembelajaran harian serta dapat menunjukkan setakat mana sukatan yang
telah dan akan di sempurnakan.
ii) Untuk merekod dan meneliti kemajuan pelajar dalam mata pelajaran yang
diajar.
iii) Buku persediaan mengajar adalah sebagai satu bahan refleksi.

1.2 PENYELIA ATAU PEMBIMBING


i) Untuk menyemak perancangan dan persediaan mengajar pelatih.
ii) Untuk menilai kebolehan pelatih melaksanakan rancangan pengajaran.
iii) Untuk di gunakan sebagai rujukan dalam perbincangan.

2.0 MAKLUMAT YANG PERLU DILENGKAPKAN

Pelatih dikehendaki mengisikan maklumat-maklumat yang di berikan oleh pengurus


institusi latihan semasa melapor diri.

2.1 TAKWIM INSTITUSI

Ruangan ini perlu di isi dengan segala aktiviti institusi yang telah dirancang seperti
cuti, sukan, peperiksaan dan lain-lain semasa LM.
2.2 JADUAL WAKTU

Isikan mata pelajaran dan waktu yang telah diperuntukkan oleh pihak institusi latihan.

2.3 BUKU TEKS DAN BUKU RUJUKAN

Tuliskan nama buku teks yang digunakan dan buku rujukan yang sesuai untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran yang diperuntukkan
kepada pelatih.

1.4 SUKATAN PELAJARAN


Dapatkan sukatan pelajaran rasmi yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan
Malaysia dari pihak institusi latihan atau ketua panitia mata pelajaran berkaitan.

1.5 RANCANGAN KERJA BAGI TEMPOH LM


Berpandukan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang telah ditentukan pelatih
dikehendaki menyusun satu rancangan kerja untuk tempoh LM. Susunan tajuk
semestinya mengikut seperti dalam sukatan pelajar dan disusun mengikut kebjaksanaan
pelatih mengaturkannya dengan persetujuan dan bantuan pembimbing.

1.6 RANCANGAN KERJA MINGGUAN


Pelatih di kehendaki membuat perancangan kerja mingguan dan perlu di sediakan pada
minggu sebelum p&p sebenar. Senaraikan semua ABBM yang diperlukan untuk sesi
p&p pada minggu berkenaan di ruangan yang di sediakan.

1.7 PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN


Persediaan ini mestilah di sediakan sehari sebelum mengajar dan perlu dituliskan
mengikut format yang di sediakan. Setiap mata pelajaran yang akan diajar pada hari
berkenaan mestilah dibuat persediaan terlebih dahulu. Jika pelatih merancang untuk
mengadakan ujian pada waktu berkenaan, ruangan ini perlu juga ditulis persediaannnya.
2.8 SOALAN UJIAN DAN SKEMA PEMARKAHAN

Tulis atau kepilkan soalan ujian / peperiksaan dan skema pemarkahan yang lengkap di
ruangan yang disediakan dalam buku persediaan mengajar.

2.9 MARKAH PENCAPAIAN

Catatkan semua markah pencapaian bagi setiap penilaian ke atas pelajar hendaklah
dituliskan di ruangan yang di sediakan.

2.10 TUGASAN

Setiap tugasan yang di beri hendaklah dinyatakan di ruangan yang disediakan. Tugasan
ini seharusnya dilaksanakan oleh pelajar diluar bilik darjah.

2.11 REFLEKSI PELATIH

i) Catatkan penilaian kendiri dalam refleksi pelatih terhadap pengajaran yang baru atau
telah di sempurnakan

ii) Catatkan perkara penting yang berlaku sepanjang pengajaran dan pembelajaran

You might also like