Assignment Biologi Klon

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Menurut Fadzil Zainol(2012) sains dan Teknologi telah memberi banyak sumbangan dalam
memajukan industri pertanian negara. Hasil kejayaan penyelidikan sains dan teknologi telah
banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan
meningkatkan kuantiti hasil pertanian. Kegiatan pertanian penanaman dan penternakan
merupakan perusahaan yang sudah lama diamalkan bagi menampung keperluan makanan dan
pendapatan manusia. Seiring dengan kepakaran sains perkembangan teknologi moden yang
semakin pesat , usaha di bidang pertanian dapat dikembangmajukan. Ia dapat menambah hasil
yang berlipat kali ganda selain dapat menjimatkan masa dan tenaga.

2.0 DEFINISI PENGKLONAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua(2012) klon ditakrifkan sebagai organisma, pokok,
haiwan yang diperoleh atau dihasilkan secara pembiakan tanpa seks . Pengklonan merupakan
suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang
banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Maka organisma yang dihasilkan adalah
serupa dengan induknya daripada segi genetik mahupun fizikalnya.Perkataan klon berasal dari
perkataan Greek yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Untuk menghasilkan
satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan akan tumbuh kepada satu pokok yang
sempurna dengan cara-cara yang tertentu.Klon yang dihasilkan menyerupai induknya kerana
sel yang diambil daripada induknya (bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu
daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat genetik untuk
menghasilkan satu organisma yang baru.

Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan


vegetatif(aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah
wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuh-tumbuhan dapat tumbuh
daripada bahagian-bahagian tumbuhan melalui pelbagai cara untuk mendapat baka tumbuhan
daripada tumbuhan yang bermutu tinggi.Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang
baru kerana pengklonan organisma telah lama dilakukan dimana satu keratan daripada
tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang
baru melalui aktiviti pembahagian sel. (Cool Ron,2012)

Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya


membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan

1
organisma yang berkualiti dan secara banyak. Teknologi klon ini mendapat perhatian
daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland
mengumumkan kelahiran Dolly, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil
daripada seekor biri dewasa. (Cool Ron,2012)

.Menurut Cool Ron (2012), prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung


kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria
atau sel yis mahupun DNA asing yang dimasukan di dalam mereka.

3.0 KEBAIKAN PENGKLONAN

Teknologi pengklonan tidak dapat dinafikan mendatangkan kebaikan kepada bidang


sains dan teknologi. Pertama, ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan. Maka,
hasil pengklonan akan menjadi lebih berkualiti. Bilangan klon yang banyak dapat
dihasilkan dalam masa yang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman .(Lee
Ching,2008)

Klon tumbuhan berbunga dapat berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam
daripada bijih bernih mengambil masa yang panjang untuk tumbuh dan menghasilkan buah).
Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkanmasa
serta menjimatkan tenaga untuk penjagaan rapi pada peringkat muda.Pengklonan turut
menjamin keseragaman baka yang baik di mana spesies daripada baka yang baik dan bermutu
tinggi akan digunakan untuk meningkatan mutu hasil tanaman.Pengklonan dalam tumbuhan
pula melibatkan pembiakan vegetatif dan tidak memerlukan agen pendebungan maka
pembiakan boleh dilakukan pada bila-bila masa. (Lee Ching,2008)

4.0 KEBURUKAN PENGKLONAN

Menurut Lee Ching(2008), keburukan klon ialah klon mempunyai rintangan yang sama
terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu klon diserang penyakit atau perosak, semua
klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit/perosak tersebut,juga
akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu.

Pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka,


jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.Bagi
teknik kultur tisu, bukan semua sel/tisu boleh diklonkan.Klon tidak menunjukan variasi dari segi
genetik. Maka hasil genetik adalah sama sahaja dan tidak pelbagai. (Lee Ching,2008)

2
5.0 JENIS-JENIS PENGKLONAN

Menurut Muhammad (1991), Terdapat beberapa jenis kaedah pengklonan telah


diamalkan. Antara contohnya iaitu, pengklonan reproduktif iaitu pengklonan untuk mewujudkan
seorang insan yang baru, yang mempunyai DNA yang sama dengan penderma nukleus.

Seterusnya ialah Pengklonan Teraputik di mana para saintis mengatakan bahawa


faedah yang bakal diperolehi dari pengklonan DNA Dewasa untuk tujuan perubatan
menjanjikan pelbagai kebaikan dan tidak patut dihentikan. Menurut mereka, ia berbeza
daripada pengklonan untuk tujuan reprodukstif. Antara faedah dijanjikan termasuk
memperolehi 'stem cell' yang akan membantu pertumbuhan sel baru dan mencipta organ-organ
penting. (Razak,2010)

Teknik Roslin pula merupakan teknik yang sama yang digunakan untuk menghasilkan
Dolly oleh Dr. Ian Wilmut dari Roslin Institute di Scotland. Teknik ini telah digunakan oleh Hans
Spemann pada tahun 1920 yang melakukan penyelidikan genetik. Ia merupakan peristiwa
penting dalam sejarah pengkIonan kerana telah dibuktikan pengklonan boleh dilakukan ke atas
haiwan dewasa.(Razak,2010)

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENGKLONAN

Menurut Muhammad(1991) Dalam kontek manusia, pengklonan dilakukan dengan cara


mengambil sel tubuh dari tubuh manusia misalnya sel kulit. Inti sel yang mengandungi DNA
(nukleusnya) tubuh ini kemudian diambil dan ditanam pada sel telur (ovum) wanita yang telah
dikeluarkan inti selnya. Dengan bantuan sejenis cairan kimia khas dan denyutan eletrik, inti sel
dari tubuh itu disatukan dengan ovum. Denyutan eletrik kedua akan diberikan untuk memulakan
pembuahan dan percambahan sel. Sel yang bercambah akan dipindahkan ke dalam rahim
seseorang wanita agar ianya dapat berkembang membentuk janin sempurna. Setelah itu bayi
yang berasal dari janin itu dilahirkan secara tabii. Keturunan yang dihasilkan akan mempunyai
kod genetik yang sama dengan induknya iaitu orang yang menjadi sumber inti sel tubuh yang
telah ditanam pada sel telur perempuan.

Manakala bagi tumbuhan pula, menurut Lee Ching dan J.Arunasalam (2010) vektor
yang digunakan secara meluas ialah plasmid Ti. Plasmid Ti yang digunakan dalam kejuruteraan
genetik ini diubahsuai agar tidak mendatangkan kesan kepada tumbuhan dan dapat digunakan
dalam pengklonan tumbuhan. Teknik ini dapat menghasilkan tumbuhan yang tahan daripada
tumbuhan yang mengandungi glyphosate yang mampu merosakkan tanaman dengan enzim

3
EPSP,yang boleh menghasilkan asid amino. Selain itu, tumbuhan ini akan tahan daripada
serangan serangga perosak. Plasmid Ti di dalam Agrobacterium tumefaciens digunakan untuk
memindahkan gen bakteria Bacillus thurigiensis yang menghasilkan protein(yang mengeluarkan
toksin untuk menghapuskan serangga perosak.) Protein ini tidak merbahaya kepada manusia.

Langkah-langkah pengklonan ini ialah plasmid akan diasingkan dan dipisahkan daripada
Agrobacterium tumefaciens. Seterusnya plasmid ini dikacukkan dengan gen EPSP synthetase
menghasilkan plasmid yang baru. Plasmid ini digabungkan semula dengan Agrobacterium,
apabila bakteria dikacuk ke dalam sel tumbuhan, plasmid ini akan pergi ke bahagian-bahagian
gen yang sesuai dalam kromosom tumbuhan .( Lee Ching dan J.Arunasalam, 2010)

7.0 CONTOH DAN PERISTIWA KEJAYAAN PENGKLONAN:

Peristiwa pengklonan yang paling terkenal ialah kemunculan biri-biri iaitu Dolly.
Penyelidikan mengenai klon telah dijalankan sejak tahun 70-an lagi. Hanya pada 1997, kaedah
pengklonan akhirnya, dibuktikan. Dr. Ian Wilmut dari Scotland, berjaya melahirkan Dolly
bersempena nama penyanyi country, Dolly Parton dan sel yang digunakan berasal daripada sel
pada kelenjar buah dada seekor kambing biri-biri betina yang lain. Dolly menjelma daripada
teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan satu-satunya hasil daripada 277 percubaan
dengan 29 bejaya tiba ke peringkat pembahagian sel diikuti dengan 13 biri-biri yang bunting dan
akhimya seekor sahaja yang selamat melahirkan anak iaitu Dolly. Manakala yang lain
keguguran atau mati sebaik saja dilahirkan. Selepas Dolly, muncul pula Polly yang mempunyai
gen manusia, Faktor IX - sejenis protein yang diperlukan untuk membekukan darah. Teknik
pengklonan akan 'melahirkan' lebih banyak Polly yang boleh mengeluarkan protein manusia
dalam susu mereka untuk digunakan bagi mengubati pesakit hemofilia. Hemofilia adalah
penyakit keturunan di mana darah tidak boleh membeku dan sehingga kini penawarnya tidak
ditemui. Selain itu, haiwan lain yang bedaya diklonkan ialah monyet, tikus, lembu, khinzir, ayam
dan yang terbaru ialah kucing. (Razak,2010)

Sekumpulan saintis dari Universiti Missouri di Columbia pula kini sedang berusaha
mengklon khinzir yang telah diubah suai genetik atas tujuan penghasilan organ.
Memandangkan krisis kekurangan organ manusia agak parah maka organ daripada khinzir
dilihat sebagai pilihan yang amat sesuai. Ini adalah kerana saiznya yang hampir menyamai
manusia yang secara tidak langsung memudahkan proses pernyarnbungan salur darah. Tetapi
masalah tetap wujud disebabkan oleh kehadiran molekul gula yang meyelaputi organ khinzir.

4
Akibatnya terjadilah penotakan sistem imum tubuh manusia terhadap organ yang
dipindahkan.(Razak,2010)

NEXIS Technologies dari Montreal, Kanada telah mengklon kambing yang dinamakan
Webster dan Peter. Kedua-duanya membawa gen labah-labah yang boleh mengeluarkan
bahan protein sutera penjerat labah-labah. Mereka kemudiannya mencadangkan untuk
mengahwinkan kambing-kambing tersebut bagi menghasilkan anak-anak betina yang
mengeluarkan susu yang mengandungi protein sutera labah-labah. Bahan susu dan sutera
yang biodegredasi itu akan digunakan di hospital untuk jahitan luka pesakit dalam
pembedahan.(Razak,2010)

.Telur dan daging ayam adalah sumber makanan hasil penternakan utama penduduk
dunia maka saintis cuba mencari teknik bagi mengklon ayam. Kejayaan pertama membabitkan
telur ayam oleh Syarikat AviGenetics di Athens, Georgia. Mereka telah berhasrat untuk
mengeluarkan telur yang dilengkapi protein terapeutik yang baik untuk kesihatan
manusia.(Razak, 2010)

Pada 1998, Advanced Cell Technologies, Massachusettes, telah melakukan pengklonan


ke atas dua ekor lembu yang dinamakan George dan Charlie. Lembu-lembu klon ini dipercayai
mampu menghasilkan susu yang lebih banyak berbanding lembu susu biasa. Sejak itu, lebih
300 ekor lembu telah diklonkan dan telah menghasilkan lebih 900 liter susu setahun.
Pengklonan ini telah mendatangkan banyak keuntungan dalam bidang komersial. (Razak,2010)

Selain itu, terlalu banyak kemunculan sumber pertanian yang telah diubahsuai pada
masa kini, iaitu dikenali sebagai GMO ( Genetically Modified Organisms). Menurut laman web
GMO Compass(2014), Golden Rice telah dihasilkan iaitu sejenis beras yang telah diubah suai
kandungan nutrisinya. Berdasarkan penyelidikan, nasi mengandungi kandungan vitamin A dan
zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah penglihatan berlaku dan dalam kes
yang lebih teruk lagi, boleh menyebabkan buta. Kajian di Freiburg, Germany telah berjaya
menghasilkan beras yang telah diubahsuai kandungan genetiknya iaitu Golden Rice. Beras ini
dianggap sebagai Golden Rice kerana warnanya yang serba kuning keemasan.

KESIMPULAN

Teknologi pengklonan perlu diakui sebagai ilmu sains dan teknologi yang paling hebat di
abad ini. Kaedah pengklonan telah memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan
sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Namun begitu,

5
kita sebagai manusia adalah haram untuk melakukan penggklonan manusia dan menghasilkan
individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang perintah agama
malah menyalahi hukum alam semula jadi. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja layak
mencipta dan menghidupkan sesuatu nyawa di bumi ini.

6
Rujukan

Aziah Tajudin, Mohd. Fazli Tajuid. (2012). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka .

Cool-Ron. (2012). Definisi Klon. Retrieved march 2, 2016, from cool-ron98.freeservers.com: http://cool-
ron98.freeeservers.com/definisiklon.htm

Lee Ching.(2008). Complete Text&Guide SPM Bilingual Biology Form 4. Selangor Darul Ehsan:

Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

Lee Ching, J. Arunasalam. (2010). Pre-U Text STPM Biology Volume 2. Selangor Darul ehsan: Pearson

Malaysia Sdn.Bhd.

Muhammad, S.A. 1991. Pengantar Kloning Gena. Jogjakarta: Yayasan Esentia Medica

Yogyakarta.

Razak.(2010). Pengklonan. Retrieved March 2,2016, from

cikgurazak.blogspot.my/2010/03/pengklonan.html?m=1

GMO Compass. (2014). Retrieved March 2,2016 from http://www.gmo-compass.org/eng/

grocery_shopping/crops/24.genetically_modified_rice_eu.html

Zainol, F. (2012). Teknologi Dalam Pertanian. Retrieved March 2, 2016, from

http://kelawoganz.blogspot.my/2012/05/teknologi-dalam-pertanian.html.

7
LAMPIRAN

8
9
10

You might also like