Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pucuk manis permatang budi,

Pucuk purut di getus rusa,


Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan.
Salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan,
kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan bahasa
komunikasi rakyat Malaysia.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar
hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala :

Yang buta tidak teraba-raba,


Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai
bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan
digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia ialah
Bahasa Melayu.

Hadirin sekalian,

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bahasa
Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan
menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk
jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah memerintah sendiri negara
tanpa dikuasai atau ditunjuk oleh penjajah. Setelah kemerdekaan tercapai, Persekutuan Tanah
Melayu memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu
bahasa Kebangsaan kerana bahasa Kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa.
Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan
bangsanya mempunyai identiti kebangsaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa
kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa dan
sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa
kebangsaan.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih
sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Maksud bahasa rasmi
ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan urusan rasmi negara.
Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat,
mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam
mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan,
seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan
penggunaan bahasa Melayu.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.
Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara
anggota masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza
kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan
sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu
negara.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat.
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam
pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan
oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa
bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat dan bangsa di
tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus
didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar
bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara.

Sekian, terima kasih.


Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan.
Salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan,
kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Kepentingan Kegiatan Kokurikulum.

Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus Bahasa Melayu Edisi
Kedua, kepentingan bermaksud keperluan, kegiatan pula
bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya dengangerakkerja di luar bilik
darjah. Bermakna Kepentingan Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti
gerakkerja di luar bilik darjah.

Para pendengar sekalian,

Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan


beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam
Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet
Remaja Sekolah.

Warga dewan sekalian,

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu
Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan
beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.

Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan


sahaja dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan
dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik
dan bersejarah.

Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau
kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih
agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan
sebagainya.

Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya
saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.

Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul
mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan
kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda
seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Sekian,terima kasih

You might also like