Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

3766/2

Bahagian A.
(50 markah)
Jawab mana-mana lima soalan sahaja.

1. a) Senaraikan tujuan perniagaan (3 markah )

b) Senaraikan kaedah yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan


untung(OBBU) untuk menjalankan perniagaan. (3 markah )

c) Rajah 1 berikut menunjukkan penggabungan dua organisasi untuk


membentuk satu perniagaan lain .

TABUNG + AMANAH = ABRAJ SDN BHD


HAJI RAYA

Rajah 1
I ) Nyatakan bentuk perniagaan tersebut. (1 markah)

II ) Jelaskan kelebihan ABRAJ SDN BHD kepada TABUNG HAJI dan


AMANAH RAYA. (3 markah)

2. Gambar di bawah menunjukkan satu iklan yang telah dibuat oleh Bahagian
Sumber Manusia bagi Syarikat Coway (M) Sdn Bhd.

Merujuk kepada iklan di atas, jawab soalan berikut:

( a ) Nyatakan definisi pengurusan sumber manusia di dalam sesebuah


perniagaan . ( 2 Markah)

( b) Terangkan peranan yang dimainkan oleh pengurus sumber manusia bagi

i) sistem penggajian ( 3 Markah )


ii) Standard prosedur operasi tugas (SOP) ( 3 Markah )

1
3766/2

(c ) Nyatakan 2 kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh jawatan yang


ditawarkan di dalam pengiklanan di atas . ( 2 markah )

3 (a) Berikan jenis – jenis struktur organisasi dalam sesebuah perniagaan .


(5 Markah )

Encik Amer seorang pengusaha Perniagaan Percetakan Amer , beliau


mempunyai 15 pekerja , beliau ingin memastikan segala operasi
perniagaan berlaku secara sistematik dengan mewujudkan bahagian
fungsian pengeluaran , pemasaran , kewangan , R& D dan Sumber
Manusia .

Merujuk kepada petikan diatas , anda dikehendaki :

(b) Lakarkan satu struktur organisasi berdasarkan fungsian yang diberikan oleh
Perniagaan Percetakan Amer (5 markah)

4. (a) Apakah sumber-sumber pembiayaan dalaman bagi sebuah perniagaan ?


(2 Markah)

(b) Jelaskan kelemahan membuat pinjaman daripada institusi kewangan.


(4 Markah)

(c) Nyatakan prosedur bagi mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah


perniagaan. (4 Markah)

5.
Puan Medina , seorang pengusaha Kedai Bunga Mewangi , telah
menyediakan satu rancangan perniagaan bagi memudahkan beliau
memohon pinjaman dan rujukan kredit kepada bank dan pemiutang
– pemiutang kedai bunganya .

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan berikut :


( a ) Nyatakan definisi rancangan perniagaan ( 2 markah )
( b ) Jelaskan tujuan rancangan perniagaan disediakan oleh
Pn.Medina ( 4 markah )
( c ) Di dalam rancangan perniagaan yang baik terdapat 12 perkara ,
berikan 4 perkara yang terawal di dalam rancangan perniagaan .
( 4 markah )

2
3766/2

6. Akaun Perdagangan dan Untung Rugi di bawah ini diperoleh daripada


Perniagaan Anatasia
Perniagaan Anatasia

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2018

RM RM RM

Jualan 540 000


Tolak : Pulangan jualan (1 400)
A 538 600
Tolak : Kos Jualan
Inventori awal 62 700
Belian 340 800
Tolak : Pulangan belian (24 000)
Belian bersih 316 800
Kos barang untuk dijual 379 500
Tolak : Inventori akhir (75 900)
B (303 600)
C 235 000
Tambah : Hasil
Komisen diterima 7 800
242 800
Tolak : Belanja
Sewa 24 000
Gaji 36 000
Kadar bayaran 10 200
(70 200)
D 172 600

a) Nyatakan

(I) A
( II ) B
( III ) C
( IV) D ( 4 markah )

b) Nyatakan dua kepentingan analisis Kunci Kira-kira kepada perniagaan


( 2 markah )
a) Senaraikan empat pihak yang berkepentingan terhadap penyata
kewangan bagi sesebuah syarikat. ( 4 markah )

3
3766/2

BAHAGIAN B
Jawab Dua soalan sahaja
( 30 markah )

7. Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Tiara, seorang pengusaha


yang menghasilkan cencaluk.

Di Kuala Sungai Baru , pengusaha Cencaluk Entprise, Puan Tiara amat


dikenali oleh masyarakat setempat. Beliau menghasilkan pelbagai jenis
cencaluk seperti cencaluk udang dan cencaluk sotong . Beliau menggupah
seramai 20 orang pekerja di kilangnya. Secara purata, perniagaannya
mendapat hasil jualan tahunan sebanyak RM 500,000 dengan membekalkan
cencaluk di seluruh negeri melaka

(a) Apakah jenis pemilikan perniagaan yang diceburi oleh Pn Tiara . (2 markah)

(b) Jelaskan saiz dan sektor perniagaan yang dijalankan oleh Pn .Tiara (5 markah)
(c) Terangkan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz seperti Perniagaan
Cencaluk Entprise (8 markah)

8. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Raju.

Encik Raju memulakan perniagaan runcit yang dikenal sebagai MrRaju Mini
Mart. Beliau membeli sebuah premis yang bersaiz 2250 kaki di pinggir bandar
dengan simpanan sendiri. Beliau membeli sebuah van secara sewa beli untuk
menghantar barang belian pelanggan. Untuk memudahkan urusan perakaunan
perniagaan, beliau menggaji seorang kerani akaun dengan menyediakan komputer
dan pencetak komputer. Beliau menjual pelbagai jenis barang pengguna dan
memastikan stok barang runcit sentiasa mencukupi.

(a) Senaraikan lima sumber fizikal yang dimiliki oleh perniagaan Encik Raju.
(5 markah)
(b) Apakah prosedur yang perlu diambil oleh Encik Raju untuk menguruskan
sumber fizikal perniagaannya? (6 markah)
(c) Jelaskan tujuan pengurusan sumber fizikal tersebut (4 markah )

4
3766/2

9. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dua buah syarikat dalam industri berat.

Butiran Syarikat Maju Bhd. Syarikat Jaya Bhd.


(RM) (RM)
Tunai di bank 1 000.00 1 500.00

Penghutang 500.00 400.00

Stok 100.00 100.00

Pemiutang 2 000.00 500.00

(a) i. Apakah maksud nisbah semasa ? (2 markah )


ii.Hitung nisbah semasa bagi kedua-dua syarikat. Jelaskan.
(6 markah )

(b) Nyatakan 3 pihak yang berkepentingan yang memerlukan analisa


nisbah semasa (3 markah )

(c) Sekiranya anda ingin melabur wang anda, syarikat manakah yang
anda pilih? Berikan alasan. (4 markah )

5
3766/2

BAHAGIAN C
Soalan ini wajib jawab
( 20 markah )

Pn Amilia dan En Amir telah menubuhkan sebuah perniagaan yang dinamakan


A&A Katering, yang akan menjalankan perniagaan perkhidmatan katering bagi majlis –
majlis perkahwinan dan majlis – majlis rasmi . Mereka memulakan perniagaan dengan wang
sendiri iaitu simpanan Pn Amilia sebanyak RM20 000 dan keuntungan pelaburan emas En .
Amir sebanyak RM45 000
Bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka , Pn . Amilia telah mencadangkan
agar perniagaan menyediakan perkhidmatan pemasangan khemah dan kerusi meja kepada
pelanggan mereka . Bagi merealisasikan cadangan tersebut perniagaan memerlukan modal
tambahan sebanyak
RM 50 000 bagi membeli khemah dan kerusi meja . Pn Amilia dan En .Amir telah bersetuju
untuk mendapatkan modal tambahan melalui 2 cara iaitu:

Sumber Pembiayaan Dalaman ( A) Bank (B)

Amaun RM50 000 RM50 000


Tempoh Tiada 10 tahun
Kadar faedah Tiada 4-5%
Cagaran Tiada Ada cagaran

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan – soalan berikut :

( a ) Nyatakan sumber pembiayaan perniagaan A & A Catering .


Jelaskan . (3 Markah )

( b ) Terangkan 2 kebaikan dan keburukan pembiayaan B ( 4 Markah )

( c ) Jelaskan bagaimana prosuder am , A & A Katering harus lakukan bagi


mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan mereka . ( 8 Markah)

( d ) Berdasarkan kepada 2 pilihan yang A & A catering ada , cadangkan pilihan terbaik
yang dapat membantu Perniagaan A & A untu memilih jenis pembiayaan yang terbaik.
( 3Markah)

( e ) Selain daripada pilihan yang diperolehi oleh Perniagaan A&A Katering. Nyatakan
pilihan lain yang boleh perniagaan A &A Katering perolehi sumber pembiayaan .
( 2 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like