#Analisis Laporan Orang Asli

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

1.0 PENGENALAN SISTEM AGAMA ISLAM

Islam merupakan sebuah agama yang mempunyai sistem yang terbaik untuk seluruh umat
manusia. Hal ini demikian kerana, Islam mempunyai banyak ciri-ciri keistimewaannya yang
khusus dan membawa kepada kesempurnaan sejagat. Antara ciri-ciri Islam yang utama
adalah konsep Rabbaniyyah iaitu menjalin hubungan yang baik dengan Allah SWT dan
sekaligus mendapatkan keredhaannya. Seterusnya adalah konsep Syumuliyyah yang
bermaksud menyeluruh iaitu tiada batas waktu, geografi, negara, tidak terikat kepada bangsa
tertentu, tiada memilih budaya atau warna kulit.

Selain itu, sistem kehidupan dalam Islam juga merangkumi aspek sosial, ekonomi dan
politik. Dari aspek sosial, manusia akan diajar adab dalam kehidupan bermasyarakat, adab
berpakaian serta adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dari segi ekonomi pula,
manusia akan dapat mempelajari cara untuk menguruskan dan memperolehi sumber
kewangan mengikut landasan syariat Islam dan sebagainya yang mana dapat memelihara dan
menjaga fitrah manusia, memelihara norma akhlak dan memenuhi kepentingan masyarakat.
Aspek politik pula menekankan sistem politik Islam berdasarkan tiga prinsip iaitu Tauhid,
Risalah dan Khalifah yang mana dapat dipraktikkan oleh manusia dalam kehidupan seharian.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 1


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

2.0 MASYARAKAT ORANG ASLI DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang terdiri daripada
pelbagai agama, bangsa, keturunan serta etnik-etnik yang pelbagai mengikut lokasi tertentu
di negara ini antaranya adalah Orang Asli yang mendiami Semenanjung Malaysia.

Orang Asli di Semenanjung Malaysia dikelaskan sebagai "Bumiputera" yang mana


merupakan golongan etnik yang utama. Mereka merupakan penduduk terawal yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu semenjak kurun ke-5 Masihi. Ia dapat dibuktikan melalui aktiviti
ekonomi Orang Asli pada zaman dahulu berdasarkan bahan-bahan hutan yang dieksport ke
Selatan China di sekitar tahun 420 Masehi hingga 508 Masehi dipercayai berasal dari
bahagian Timur Tanah Melayu. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada gading, kemenyan,
emas, perak, kayu gaharu, kulit kura-kura, kulit siput dan batu ambar yang mana merupakan
hasil kutipan Orang Asli (Wung Gungwu, 1958). Walau bagaimanapun tidak ada tarikh yang
tepat berhubung dengan penghijrahan mereka ke Semenanjung Tanah Melayu.

Secara umumnya, Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada hari ini terbahagi kepada
tiga kumpulan besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Porto. Di dalam 3 kumpulan besar ini
pula terdapat berbagai lagi suku kaum orang asli di Semenanjung Malaysia seperti Semai,
Kintaq, Kesui, Jahai, Mendriq dan banyak lagi (Mizan Aslam. 2016). Berikut merupakan peta
taburan kawasan yang didiami oleh Orang Asli.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 2


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

Masyarakat Orang Asli yang terdapat di Malaysia sememangnya kaya dengan adat
resam dan budaya kerana persekitaran hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam
semulajadi walaupun sudah, memasuki dunia moden (Huzaimah Ismail, 2013). Adat dan
kepercayaan mereka dipengaruhi oleh unsur Animisme iaitu setiap perkara mempunyai
hubungan yang rapat dengan makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini. Selain itu, mereka
turut mempercayai bahawa roh nenek moyang dapat membantu mereka dan perlu diingati
selalu kerana dikhuatiri ditimpa musibah. Akibat daripada kepercayaan ini terdapat pelbagai
pantang larang yang dipegang oleh mereka dalam kehidupan seharian. Dari segi perkahwinan
dan kehidupan sosial mereka juga mempunyai peraturan tersendiri berdasarkan kepercayaan.
Pasangan suami isteri dikira berkahwin dan dapat tinggal bersama selepas upacara kahwin
adat dilakukan. Proses perkahwinan ini amat mudah di mana hanya memerlukan persetujuan
daripada kedua elah pihak untuk berkahwin dan mendapat kebenaran daripada wakil mereka.
Wakil pengantin boleh terdiri daripada saudara-mara terdekat samaada lelaki mahupun
perempuan.

Dalam sistem bermasyarakat, mereka kebiasaannya hidup dalam sebuah komuniti


yang tersendiri di sesuatu kawasan dan mempunyai seorang ketua yang dipanggil ‘Tok Batin’.
Tok Batin merupakan seorang ketua yang dipercayai untuk menentukan sesuatu perkara
berkaitan dengan hukum berdasarkan kepercayaan mereka dan menjadi tempat untuk
meminta pandangan atau nasihat. Tok Batin juga berfungsi sebagai penjaga adat bagi
sesebuah komuniti masyarakat Orang Asli serta menjadi penyatu kepada mereka. Selain itu,
Tok Batin berperanan untuk menjaga keamanan setempat dan menjadi agen penghubung
masyarakat Orang Asli dengan masyarakat luar. Di samping itu, terdapat juga pengamal
kepercayaan yang turut menjadi tempat bergantung dan rujukan penduduk seperti pengamal-
pengamal ilmu perubatan tradisional mereka seperti bomoh. Namun begitu, terdapat
sebahagian besar masyarakat Orang Asli pada hari ini telah mengalami pertembungan dan
peralihan daripada kepercayaan Animisme kepada kepercayaan lain seperti ajaran Islam yang
diserap masuk dari kegiatan dakwah. Peralihan ini telah mengubah sistem kemasyarakatan
dan sosial mereka yang sedia ada seperti kahwin adat tidak lagi dikira sebagai perkahwinan
yang sah bagi mereka yang menganut ajaran Islam akan tetapi masih terdapat beberapa
amalan animisme yang masih diamalkan oleh mereka (Mohd Nur, 2013).

Secara keseluruhannya, masyarakat Orang Asli telah mendiami Tanah Melayu sejak
sekian lama lagi dan terdapat banyak suku kaum yang dapat dikategorikan. Peralihan
kepercayaan turut berlaku kerana adanya pendedahan terhadap Islam yang telah
disampaikan melalui kegiatan dakwah. Bagi maklumat yang lanjut tentang Orang Asli di
Malaysia, lihat Akta Orang Asli yang diletakkan pada Lampiran 1.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 3


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

3.0 ANALISIS BERDASARKAN KAJIAN LAPANGAN TERHADAP MASYARAKAT


ORANG ASLI

Pada 17 Mac 2019, kumpulan pelajar PISMP Ambilan Jun 2017 telah mengikuti program
Ziarah Kasih & Khidmat Masyarakat Orang Asli bertempat di Kampung Sungai Lalang,
Semenyeh, Selangor. Berdasarkan kajian lapangan yang telah dilakukan terhadap beberapa
orang responden yang beragama Islam dalam masyarakat Orang Asli tersebut, analisis ilmiah
dilakukan untuk melihat sejauh mana Islam ini diamalkan oleh masyarakat di situ dengan
mengambil kira aspek Akhlak, Akidah dan Ibadah mereka.

3.1 AKHLAK

Akhlak merupakan sifat yang terdapat di dalam diri yang mempengaruhi tingkah laku atau
sikap seseorang dan perkara ini turut disokong Amru Khalid (2014) yang menyatakan akhlak
adalah perbuatan atau tingkah laku seseorang yang dipandu oleh keadaan jiwa tanpa
memikirkan sebab dan akibat perbuatannya. Akhlak juga merupakan suatu perkara yang amat
dititkberatkan dalam ajaran Islam, seperti hadis yang diriwayatkan Imam At-Tirmidzi:

“‫ان فِي أَثْقَلٌ َش ْيءٌ َما‬ ٌِ ‫ن ا ْل ِقيَا َم ٌِة يَ ْو ٌَم ا ْلم ْؤ ِم‬
َ ‫ن ِم‬
ٌِ ‫يز‬ ٌْ ‫سنٌ خلقٌ ِم‬ ٌَ ٌ‫ش لَي ْب ِغض‬
َ ‫َللا َو ِإنٌ َح‬ ِ َ‫”ا ْلبَذِي ٌَء ا ْلف‬
ٌَ ‫اح‬

Terjemahannya adalah “Tidak ada sesuatu apapun yang paling berat di dalam timbangan
seorang mukmin pada hari kiamat nanti daripada akhlak yang mulia. Sesungguhnya Allah
sungguh membenci orang yang berkata kotor lagi jahat”, maka dapat dilihat bahawa akhlak
merupakan salah satu perkara yang amat penting untuk diamalkan oleh umat Islam.
Berdasarkan pemerhatian dan sesi temubual yang dijalankan, perkara yang saya dapati
adalah masyarakat orang asli muslim di sana akan sentiasa mejawab salam apabila ada
seseorang memberi salam, meskipun mereka tidak memberi salam tetapi perbuatan sering
menjawab salam itu adalah cukup baik bagi seseorang yang masih baru dalam memeluk
Islam. Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat sering melemparkan senyuman tidak kira ketika
berselisihan semasa berjalan mahupun saat ditemubual, senyuman tidak pernah lekang di
wajah mereka. Hal ini amat mirip sekali dengan sikap dan perbuatan Rasulullah yang suka
untuk bermanis muka, seperti yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi yang bermaksud "Aku
tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah SAW".
Oleh itu dapat dilihat mereka turut mengamalkan perbuatan yang dilakukan Rasulullah.
Tambahan lagi, berdasarkan apa yang dapat dinilai daripada sesi temubual yang dijalankan
bersama responden iaitu mak cik Tang dapat dinyatakan bahawa terdapat kebanyakkan
mereka agak peramah dan mudah didekati apabila tetamu datang serta menghormati tetamu.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 4


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

Bagi aspek menjaga kebersihan diri dan persekitaran pula, dapat dilihat mereka menjaga
kebersihan diri dan kawasan rumah mereka turut sentiasa dibersihkan dan disapu pada setiap
hari misalnya bagi rutin harian responden yang ditemubual, aktiviti menyapu sampah kawasan
luar rumah merupakan rutinnya setiap petang. Dalam aspek menutup aurat pula, boleh
dikatakan agak baik kerana dapat diperhatikan wanita muslim ramai yang memakai tudung
dan lelaki tidak memakai seluar pendek atau pakaian yang menampakkan aurat mereka
sewaktu keluar dari rumah atau menerima tetamu luar. Akan tetapi terdapat sedikit
kekurangan bagi kaum wanita di sana yang mana masih memakai baju lengan pendek yang
menampakkan lengan mereka. Akhir sekali, dari segi percakapan mereka dapat disaksikan
mereka bercakap menggunakan bahasa mereka tetapi masih dalam keadaan yang sopan dan
lembut kerana tidak nampak mereka seperti menggunakan bahasa tidak elok dan intonasi
yang digunakkan juga menunjukkan lemah lembut tutur

3.2 AKIDAH

Dari segi bahasa, akidah bererti kepercayaan yang kukuh dalam hati dan dari segi istilah pula
membawa maksud bahawa akidah Islam merupakan kepercayaan dan keyakinan yang
mantap tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat kesempurnaannya berdasarkan dalil Naqli
dan Aqli. Kepercayaan dan keyakinan ini dapat dilihat pada responden iaitu mak cik Tang yang
memilih untuk menganuti agama Islam. Berdasarkan temubual yang dilakukan, beliau
mengakui segala bentuk kepercayaan berkaitan animisme tidak lagi diamalkan sama ada
dalam bentuk ritual mahupun kepercayaan kepada entiti mahupun roh selepas memeluk Islam
kerana telah meyakini bahawa Islam satu-satunya kepercayaan yang wajib diikuti. Hal ini
bersesuaian dengan ajaran agama Islam yang mempercayai tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah (Sayyid Qutb, Assyadid dan Abu’l A’la Al-Maududi : 2010). Perkara
ini dapat dibuktikan dengan petikan surah al-Qasas ayat 88:

Maksud ayat tersebut adalah “Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-
sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia”. Oleh itu dapat dilihat bahawa bahawa mak cik Tang
sudah mengikut ajaran Islam dengan menyembah Allah yang Maha Esa. Selain itu amalan
syirik jali seperti ritual pemujaan roh dan semangat, menyembah patung serta lain-lain lagi
tidak diamalkan. Maka segala bentuk objek seperti rumah pemujaan mahupun patung tidak

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 5


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

disimpan kerana tiada ritual atau upacara pemujaan dilakukan olehnya mahupun ahli
keluarganya sendiri. Tambahan lagi, cara pemakaian mereka juga adalah normal dan tiada
sebarang unsur yang dapat melambangkan kepercaya-kepercayaan karut. Setelah menganut
Islam, beliau juga mengatakan bahawa kini beliau beriman kepada Allah, Rasul, Al-Quran,
Qada dan Qadar serta Malaikat malah mempercayai pada hari kiamat. Hal ini amat bertepatan
dengan ajaran Islam seperti yang terdapat di dalam rukun iman dan sebagaimana yang
disabdakan oleh Rasullulah:

‫باهلل تؤمن أن‬، ‫ومالئكته‬، ‫وكتبه‬، ‫ورسله‬، ‫اآلخر واليوم‬، ‫وشره خيره بالقدر تؤمن وأن‬

Maksudnya “Hendaklah engkau beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya,


rasul-rasulNya dan Hari Akhirat serta Qadar. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa orang
asli muslim di sana sudah mula mempraktikkan rukun iman di dalam diri mereka. Di samping
itu, responden juga mempercayai bahawa Al-Quran adalah kitab utama ummat Islam dan
menjadi pelindung kepada mereka serta sering mengamalkannya dengan membaca ayat-ayat
lazim yang pendek dan mudah diingati sewaktu solat mahupun dalam kehidupan seharian.

3.3 IBADAH

Dalam aspek ibadah pula, didapati bahawa responden tahu tentang ibadah dan telah
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dikenalpasti kerana
mereka mengetahui tentang rukun Islam dan Rukun Iman solat lima waktu, berpuasa di bulan
Ramadhan dan lain-lain lagi. Berdasarkan temubual juga didapati bahawa mak cik Tang
menunaikan solat lima waktu sehari semalam apabila masuknya waktu dan beliau mengetahui
tentang rukun dalam solat serta tahu mengambil wuduk mengikut urutan yang betul.
Tambahan lagi, apabila ada kelapangan masa dan anaknya ada di rumah beliau akan
meminta anaknya untuk menghantarnya ke surau bagi menunaikan solat secara berjemaah di
surau. Perbuatan beliau mendirikan solat telah menggambarkan bahawa beliau merupakan
seorang Muslim seras dengan hadis tersebut yang diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal:

ٌ‫سالَمٌ األ َ ْم ٌِر َرأْس‬ ِ ٌ‫الصالَةٌ َوعَموده‬


ْ ‫اإل‬
Hadis tersebut bermaksuk ”Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat”.
Di dalam hadis ini, dikatakan bahawa solat adalah tiang yang menegakkan Islam. Jadi jika
roboh tiang tersebut, maka robohlah Islam.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 6


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

Dalam menunaikan rukun Islam yang ketiga pula iaitu berpuasa di bulan Ramadhan,
responden mengakui bahawa dalam usianya yang sudah lanjut sewaktu mula memeluk islam
beliau tidak mampu dan tidak larat untuk berpuasa penuh kerana tidak terbiasa dari kecil. Hal
ini demikian kerana beliau hanya mampu berpuasa separuh hari sahaja akan membuka puasa
sekiranya keadaan fizikalnya seperti mula terketar-ketar tanpa kawalan akibat kelaparan dan
jika keadaanya makin lemah. Katanya, beliau mahu mencuba untuk berpuasa penuh tetapi
dalam keadaan usia sebegitu, beliau tidak mampu melakukannya. Dalam keadaan begitu,
beliau dibolehkan berbuka puasa mengikut petikan ayat 184 dalam surah Al-Baqarah:

Maksud ayat di atas adalah, (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu;
maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas
orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun
demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu
mengetahui. Dapat disimpulkan bahawa, meskipun beliau tidak mampu untuk berpuasa tetapi
masih tetap perlu membayar fidyah. Di samping itu, mereka akan hadir ke program yang
dianjurkan di surau sekiranya mendapat makluman tetapi terdapat golongan berusia yang
perlu dihantar oleh anaknya, jika anaknya tiada maka dia tidak dapat hadir ke program
tersebut. Misalnya mak cik Tang yang akan hadir ke program keagamaan jika anaknya dapat
menghantarnya pada hari tersebut. Hal ini turut menepati ajaran agama Islam yang amat
menggalakkan umatnya menghadiri majlis-majlis ilmu untuk mempelajari ilmu berkaitan
agama mahupun dunia (Yusuf al-Qaradhawy, 2011). Dalam masa yang sama, mereka turut
mengamalkan dan mengikuti cara hidup dan budaya yang dianjurkan dalam Islam seperti
meraikan hari raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidilfitri serta lain-lain lagi yang dianjurkan. Akhir
sekali, bagi aspek penjagaan pemakanan, masyarakat muslim tidak mengambil sesuatu yang
dikategorikan sebagai haram seperti arak, babi dan sebagainya. Namun begitu, menurut mak
cik Tang hanya beliau dan suami yang tidak mengamalkan makanan haram tetapi anak-
anaknya masih memakan makanan tersebut kerana masih ada yang belum memasuki Islam.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 7


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN ISLAM DI KALANGAN


MASYARAKAT ORANG ASLI

Antara cara untuk meningkatkan amalan Islam di kalangan masyarakat Orang Asli ini adalah
dengan menjalankan dakwah dan penyebaran maklumat Islam yang dijalankan mestilah
secara berterusan menerusi kelas fardhu ain dan program-program sosial. Langkah ini akan
menguatkan lagi akidah dan ibadah masyarakat kerana seringkali diberikan pendedahan
tentang Islam. Selain itu, mereka dapat mempelajari Islam dengan lebih mendalam secara
sistematik dan seterusnya dapat mengembangkan pengaruh Islam dalam komuniti di situ.
Selain itu, langkah sedemikian juga dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan progresif
hasil daripada kesantunan nilai dan kesempurnaan dalam sistem kehidupan yang dibawa oleh
Islam. Sehubungan itu, peranan JHEOA, JAIS dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta orang
perseorangan sangat penting untuk mendidik mereka dan membina masyarakat yang baik,
dinamik dan maju. Tambahan lagi, penempatan guru-guru agama yang lebih ramai lagi di
samping melatih dai' daripada kalangan mereka iaitu orang asli itu sendiri sangat penting agar
dapat memberi bimbingan secara berterusan secara teori dan juga praktikal. Suasana yang
demikian dapat melahirkan perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain bahkan
dapat menyediakan pakar rujuk bukan lagi bomoh atau pawang yang dapat menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi.

Seterusnya, para ustaz dan ustazah atau guru-guru agama perlu mewujudkan
perhubungan yang aktif dengan masyarakat Orang Asli seperti melawat setiap rumah keluarga
muslim secara berkala seperti 2 minggu sekali mahupun sebulan sekali. Hal ini bertujuan,
memastikan kita sentiasa berhubung dengan mereka dan bertanya khabar tentang
perkembangan amalan Islam yang dipraktikkan oleh mereka. Di samping itu itu, mereka dapat
memperbetulkan kesilapan dari segi Ibadah dan sebagainya supaya dapat menjadi Muslim
yang sejati dari segala aspek. Tambahan lagi, mereka juga boleh mendengar luahan atau
masalah yang mereka alami dan cuba membantu mereka berpandukan ajaran agama kerana
terdapat beberapa individu yang malu bertanya secara umum dan mereka lebih didekati
secara pribadi. Aktiviti dakwah yang sebegini amat disarankan dan dipersetujui oleh Sayyid
Qutb, (2010) yang menyatakan bahawa para ilmuan atau pendakwah perlu lebih peka dan
berusaha membantu umat Islam dalam proses membaiki amalan ajaran Islam di dalam diri
terutamanya bagi saudara kita yang masih baru dalam ajaran agama Islam. Oleh hal yang
demikian, dapat dibuktikan bahawa amalan dakwah kunjungan ke ke rumah mampu
menambahbaik amalan mereka sambil dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap
ajaran Islam serta dapat merapatkan diri mereka dengan Islam.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 8


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

Akhir sekali, program-program keagamaan yang melibatkan masyarakat perlu


diperbanyakkan lagi oleh pihak-pihak yang tertentu seperti pihak JAWI, PERKIM dan badan
bukan kerajaan lain dengan kerjasama dengan pihak jawatankuas surau di sana. Untuk
meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam program sebegini, terdapat beberapa
ransangan atau tarikkan yang perlu dibuat seperti memberikan sumbangan atau menyediakan
makanan. Antara program-program yang boleh dilakukan adalah kem solat, bengkel tajwid
dan lain-lain lagi yang berkaitan. Melalui program-program yang sebegini, pengetahuan
tentang amalan-amalan di dalam agama Islam dapat ditingkatkan dan dijadikan amalan
sekiranya program-program sebegini dijalankan secara berterusan. Kesimpulannya, langkah-
langkah sebegini wajar dilaksanakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya kita
dapat amalan Islami dalam kehidupan Orang Asli dapat ditingkatkan.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL 9


PENDIDIKAN ISLAM [MPU3092]

5.0 RUMUSAN

Tuntasya, berdasarkan kajian lapangan tersebut dapat ditakrifkan bahawa kebanyakkan


masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Lalang telah menerima ajaran Islam dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kedatangan Islam dalam masyarakat ini juga
telah menyelamatkan mereka daripada taqlid warisan tradisi yang menghalang mereka untuk
menerima kemajuan. Sistem Islam yang dibawa turut mengubah cara hidup mereka dari
segenap aspek sedikit demi sedikit contohnya dari segi kepercayaan, hidup bermasyarakat
dan lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian kerana usaha dahwah dan penyebaran Islam perlu
dipergiat agar keyakinan mereka terhadap Islam semakin teguh seterusnya dapat
mengembangkan komuniti Islam dalam kalangan Orang Asli di Malaysia.

6.0 RUJUKAN

Wung Gung Wu (1958). The Nanhai Trade : A Study of the Early History of Chinese Trade in
the South China Sea, JMBRAS, jil. 3: Kuala Lumpur: Princraft Limited.

Mohd Nur Syufaat Jamiran. (2013). Pembangunan Sosioekonomi Komuniti Orang Asli di
Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-4 (pp. 755–
761). Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

Mohd Mizan Bin Mohammad Aslam, Shuhairimi Bin Abdullah. (2016). Pembentukan Nilai-Nilai
Murni Masyarakat Semai Melalui Konsep Pandang Dunia (World View): Kolej Universiti
Kejuruteraan Utara Malaysia.

Huzaimah Ismail, Che Zarina Sa'ari. (2013). Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan
Insaniah. Jurnal CITU: Universiti Teknologi Mara. ISSN 1823-6146

Sayyid Qutb, Assyadid dan Abu’l A’la Al-Maududi. (2010). Mahraj Hidup Muslim. Kuala
Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

ISKANDAR FIRDAUS BIN ISMAIL


1
0
LAMPIRAN 1

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 134
AKTA ORANG ASLI 1954 (DISEMAK-1974)
mengandungi pindaan terkini - P.U. (B) 324/70
Tarikh mula akta digubai : 1954 (Ordinan No. 3 tahun 1954)
Tarikh diterbitkan dalam Warta : 13 Jun 1974
Tarikh mula berkuatkuasa ditetapkan : 25 Februari 1954
Disemak sehingga : 1974 (Akta 134 m.b.p. 1 Julai 1974)
Tarikh disiarkan dalam Warta edisi semakan :
Tarikh mula berkuatkuasa edisi semakan : 1 Julai 1974
Cetakan semula : Pertama : 1997
Kedua : 2000
Ketiga : 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan


Peguam Negara bagi Aboriginal Peoples
Act 1954. Melainkan jika dan sehingga
ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1)
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32],
teks ini bukan perundangan.

SUSUNAN SEKSYEN

Tajuk Panjang & Mukadimah.

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian.


Seksyen 2. Tafsiran.
Seksyen 3. Takrif orang asli.
Seksyen 4. Pentadbiran orang asli.
Seksyen 5. Perlantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah.
Seksyen 6. Kawasan orang asli.
Seksyen 7. Rizab orang asli.
Seksyen 8. Hak menduduki.
Seksyen 9. Urus niaga mengenai tanah oleh orang asli.
Seksyen 10. Masyarakat orang asli tidak berkewajipan meninggalkan kawasan yang diisytiharkan
Rizab Orang Melayu, dll.
Seksyen 11. Pampasan ke atas pemberian hakmilik tanah Kerajaan yang diatasnya tumbuh
pokok buah-buahan atau pokok getah.
Seksyen 12. Pampasan.
Seksyen 13. Pengambilan dengan paksa tanah untuk kawasan atau rizab orang asli.
Seksyen 14. Orang dilarang masuk ke kawasan orang asli dan rizab orang asli.
Seksyen 15. Pengusiran orang yang tidak diingini.
Seksyen 16. Ketua.
Seksyen 17. Orang asli tidak boleh dihalang masuk ke mana-mana sekolah.
Seksyen 18. Kanak-kanak orang asli tidak boleh diambil sebagai anak angkat, dsb.
Seksyen 19. Peraturan-peraturan.

JADUAL.
SENARAI PINDAAN.
Tajuk Panjang & Mukadimah.
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan kesejahteraan dan kemajuan orang
asli di Semenanjung Malaysia.

Seksyen 2. Tafsiran.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

"bahasa orang asli" termasuk apa-apa bahasa dan apa-apa ubah suaian dialek atau bentuk kuno
bahasa yang lazim digunakan oleh mana-mana orang asli;

"beri hakmilik" berhubung dengan tanah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam undang-
undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia;

"cara hidup orang asli" termasuklah hidup dalam masyarakat tetap di kampung sama ada di
pedalaman atau sepanjang pantai;

"kawasan orang asli" ertinya sesuatu kawasan orang asli yang diisytiharkan sebagai sedemikian
di bawah Akta ini;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli yang dilantik di bawah
seksyen 5;

"kumpulan etnik orang asli" ertinya sesuatu pembahagian suku orang asli yang berbeza
sebagaimana yang dicirikan oleh kebudayaan, bahasa atau organisasi sosial dan termasuk mana-
mana kumpulan yang boleh diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan perintah, sebagai
suatu kumpulan etnik orang asli;

"kumpulan kaum orang asli" ertinya satu daripada tiga kumpulan utama orang asli di Semenanjung
Malaysia yang terbahagi mengikut kaum kepada Negrito, Senoi dan Melayu-Proto;

"masyarakat orang asli" ertinya anggota satu kumpulan etnik orang asli yang tinggal bersama di
satu tempat;

"rizab orang asli" ertinya sesuatu rizab orang asli yang diisytiharkan sebagai sedemikian di bawah
Akta ini;

"tempat yang diduduki oleh orang asli" ertinya mana-mana tempat yang diduduki oleh sesuatu
masyarakat orang asli tetapi belum diisytiharkan sebagai kawasan orang asli atau rizab orang asli;

"Timbalan Ketua Pengarah" ertinya Timbalan Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli yang
dilantik di bawah seksyen 5.

Seksyen 3. Takrif orang asli.


(1) Dalam Akta ini orang asli ialah—
(a) mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik orang asli, yang bercakap
bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang
asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu;
(b) mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat
semasa bayi oleh orang asli yang telah dibesarkan sebagai seorang orang asli, lazimnya
bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan
kepercayaan orang asli dan ialah anggota suatu masyarakat orang asli; atau

(c) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan
seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya
bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan
kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi anggota suatu masyarakat orang asli.

(2) Mana-mana orang asli yang oleh sebab memeluk mana-mana agama lain atau kerana apa-
apa sebab lain tidak lagi berpegang kepada kepercayaan orang asli tetapi dia masih mengikut cara
hidup orang asli dan adat orang asli atau bercakap bahasa orang asli tidak boleh disifatkan tidak
lagi menjadi orang asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

(3) Apa-apa persoalan sama ada mana-mana orang ialah orang asli atau bukan orang asli
hendaklah diputuskan oleh Menteri.

Seksyen 4. Pentadbiran orang asli.


Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran, kebajikan dan kemajuan am
orang asli:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang
mana-mana ketua orang asli daripada menjalankan kuasanya dalam perkara adat dan
kepercayaan orang asli dalam mana-mana masyarakat orang asli atau mana-mana
kumpulan etnik orang asli.

Seksyen 5. Perlantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah.


(1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli,
dan seberapa ramai Timbalan Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli dan pegawai lain
sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

(2) Menjadi sah bagi Ketua Pengarah untuk melakukan segala perbuatan yang semunasabahnya
perlu dan bersampingan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini termasuk
penjalanan penyelidikan terhadap apa-apa aspek kehidupan orang asli.

(3) Semua kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Timbalan Ketua
Pengarah.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat
awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 6. Kawasan orang asli.


(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-
mana kawasan yang diduduki kebanyakannya atau hanya oleh orang asli, yang belum lagi
diisytiharkan sebagai rizab orang asli di bawah seksyen 7, sebagai suatu kawasan orang asli dan
boleh mengisytiharkan kawasan itu untuk dibahagikan kepada satu kanton orang asli atau lebih:

Dengan syarat bahawa jika ada lebih daripada satu kumpulan etnik orang asli maka hendaklah
ada bilangan kanton yang sama banyaknya dengan bilangan kumpulan etnik orang asli.

(2) Di dalam sesuatu kawasan orang asli—

(i) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu;

(ii) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai suatu tempat perlindungan atau rizab di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan haiwan dan
burung liar;

(iii) tiada tanah boleh diberi hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan
kepada orang yang bukan orang asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan orang
asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua
Pengarah; dan

(iv) tiada lesen bagi pemungutan hasil hutan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang berhubungan dengan hutan boleh dikeluarkan kepada orang yang bukan
orang asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan orang asli itu atau kepada mana-
mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah dan dalam
memberikan apa-apa lesen sedemikian bolehlah diperintahkan supaya suatu kadar
tertentu buruh orang asli diambil kerja.

(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan cara yang sama membatalkan keseluruhan atau
sebahagian atau mengubah mana-mana perisytiharan kawasan orang asli yang dibuat di bawah
subseksyen (1).

Seksyen 7. Rizab orang asli.


(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-
mana kawasan yang diduduki hanya oleh orang asli sebagai suatu rizab orang asli:

Dengan syarat—
(i) jika didapati tidak mungkin orang asli akan tinggal kekal di tempat itu, tempat itu tidak
boleh diisytiharkan sebagai rizab orang asli tetapi hendaklah menjadi sebahagian daripada
kawasan orang asli; dan

(ii) suatu rizab orang asli boleh diadakan di dalam sesuatu kawasan orang asli.

(2) Di dalam sesuatu rizab orang asli—


(i) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu;

(ii) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai tempat perlindungan atau rizab di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan binatang
dan burung liar;

(iii) tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai hutan rizab di bawah mana-mana undang-
undang bertulis yang berhubungan dengan hutan;

(iv) tiada tanah boleh diberikan hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan
kecuali kepada orang asli daripada masyarakat orang asli yang biasanya bermastautin di
dalam rizab itu; dan

(v) tiada pendudukan sementara mana-mana tanah boleh dibenarkan di bawah mana-
mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah.
(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan cara yang sama membatalkan keseluruhan atau
sebahagian atau mengubah mana-mana perisytiharan rizab orang asli yang dibuat di bawah
subseksyen (1).

Seksyen 8. Hak menduduki.


(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan hak menduduki mana-mana tanah yang bukan
tanah yang diberikan hakmilik atau tanah yang dipajakkan bagi apa-apa maksud di dalam mana-
mana kawasan orang asli atau rizab orang asli.

(2) Hak menduduki boleh diberikan—


(a) kepada—

(i) mana-mana individu orang asli;

(ii) anggota mana-mana keluarga orang asli; atau

(iii) anggota mana-mana masyarakat orang asli;

(b) tanpa perlu membayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang boleh
dikenakan dalam pemberian itu;
dan

(c) tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan dengan pemberian itu,

dan hendaklah disifatkan sebagai tidak memberi mana-mana orang apa-apa hakmilik yang lebih
baik daripada hakmilik seorang penyewa atas ihsan.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pemberian hakmilik, pemberian atau
pemajakan mana-mana tanah daripada kepada mana-mana orang asli.

Seksyen 9. Urus niaga mengenai tanah oleh orang asli.


Tiada orang asli boleh memindahkan hakmilik, memajakkan, menggadai janji atau selainnya
melupuskan mana-mana tanah kecuali dengan persetujuan Ketua Pengarah dan apa-apa urus
niaga sedemikian yang dibuat tanpa persetujuan Ketua Pengarah adalah tidak sah dan tidak
berkuat kuasa.

Seksyen 10. Masyarakat orang asli tidak berkewajipan meninggalkan


kawasan yang diisytiharkan Rizab Orang Melayu, dll.
(1) Sesuatu masyarakat orang asli yang bermastautin di dalam mana-mana kawasan yang
diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu, hutan rizab atau rizab mergastua di bawah mana- mana
undang-undang bertulis boleh, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung
dalam undang-undang bertulis itu, terus bermastautin di dalamnya mengikut apa-apa syarat yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui kaedah-kaedah.

(2) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan dengan nyata
bahawa kesemua atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis itu tidak berkuat kuasa
berkenaan dengan masyarakat orang asli itu atau bahawa mana-mana peruntukan undang-
undang bertulis itu hendaklah diubahsuaikan dalam pemakaiannya terhadap masyarakat orang
asli itu mengikut apa-apa cara yang akan ditentukan.
(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan perintah menghendaki mana-mana masyarakat orang
asli meninggalkan dan berada di luar mana-mana kawasan itu dan boleh dalam perintah itu
membuat apa-apa peruntukan berbangkit termasuklah pembayaran pampasan, sebagaimana
yang perlu.

(4) Apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah subseksyen (3) boleh dibayar mengikut
seksyen 12.

Seksyen 11. Pampasan atas pemberian hakmilik tanah Kerajaan yang di


atasnya tumbuh pokok buah-buahan atau pokok getah
(1) Jika sesuatu masyarakat orang asli membuktikan suatu tuntutan terhadap pokok buah- buahan
atau pokok getah di atas mana-mana tanah Kerajaan yang diberi milik, diberikan, dipajakkan bagi
apa-apa maksud, diduduki buat sementara waktu di bawah lesen atau selamanya dilupuskan,
maka pampasan sedemikian rupa hendaklah dibayar kepada masyarakat orang asli itu
sebagaimana yang didapati adil oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) boleh dibayar mengikut
seksyen 12.

Seksyen 12. Pampasan.


Jika mana-mana tanah disingkirkan daripada mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli
atau jika mana-mana tanah di dalam mana-mana kawasan orang asli diberikan hakmilik, diberikan,
dipajakkan bagi apa-apa maksud atau selainnya dilupuskan, atau jika apa-apa hak atau
keistimewaan di dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli yang diberikan
kepada mana-mana orang asli atau masyarakat orang asli dibatalkan keseluruhannya atau
sebahagiannya, Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan pampasan baginya dan boleh
membayar pampasan itu kepada orang yang pada pendapatnya berhak kepadanya atau boleh,
jika difikirkannya patut, membayar pampasan itu kepada Ketua Pengarah untuk disimpan olehnya
sebagai suatu kumpulan wang am bagi orang itu atau bagi masyarakat orang asli itu sebagaimana
yang diarahkan, dan untuk ditadbirkan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan
oleh Menteri.

Seksyen 13. Pengambilan paksa tanah bagi kawasan atau rizab orang asli.
Apabila mana-mana harta tak alih, yang bukan tanah Kerajaan, adalah perlu untuk diambil supaya
dapat diisytiharkannya sebagai kawasan orang asli atau rizab orang asli, harta itu boleh diambil
mengikut undang-undang bertulis mengenai pengambilan tanah dan apa-apa perisytiharan yang
dikehendaki oleh undang-undang itu bahawa harta itu adalah diperlukan sedemikian hendaklah
berkuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu ialah suatu perisytiharan
bahawa harta itu adalah diperlukan bagi maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

Seksyen 14. Orang dilarang masuk ke kawasan orang asli dan rizab orang
asli.
(1) Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa dengan mengambil kira pentadbiran sepatutnya
kebajikan orang asli dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli atau tempat yang
diduduki oleh orang asli, adalah perlu supaya mana-mana orang atau golongan orang patut
dilarang daripada memasuki atau berada dalam kawasan, rizab atau tempat itu, membuat suatu
perintah bagi maksud itu dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual.
(2) (a) Perintah itu apabila dialamatkan kepada seseorang individu, boleh disampaikan kepada
orang yang dinamakan dalam perintah itu oleh seorang pegawai polis atau oleh mana-mana orang
yang boleh diarahkan oleh Menteri untuk menyampaikannya.

(b) Perintah itu hendaklah, jika boleh dilaksanakan, disampaikan kepada orang yang
dinamakan dalam perintah itu sendiri dengan menunjukkan kepadanya perintah asal dan
dengan memberikan atau menyerahkan suatu salinan perintah itu yang ditandatangani
oleh Menteri kepadanya.

(c) Jika perintah itu tidak dapat disampaikan dengan mudah seperti tersebut terdahulu
pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan satu salinan perintah itu di suatu
bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau di tempat lain di mana orang yang dinamakan
dalam perintah itu biasanya bermastautin dan dengan demikian perintah itu hendaklah
disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.

(d) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Menteri bahawa suatu perintah telah
disampaikan dengan sepatutnya kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu
hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding kehakiman dan
apabila dikemukakan perakuan itu mahkamah hendaklah menganggap sehingga
dibuktikan sebaliknya bahawa perintah itu telah disampaikan dengan sewajarnya.

(3) Perintah itu, apabila dialamatkan kepada suatu golongan orang, hendaklah disiarkan dalam
Warta.

(4) Mana-mana orang yang kepadanya telah disampaikan suatu perintah mengikut seksyen ini
yang dijumpai dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat
yang diduduki oleh orang asli yang disebut dalam perintah itu dan mana-mana orang yang anggota
mana-mana golongan orang yang telah dilarang daripada memasuki atau berada dalam mana-
mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang diduduki oleh orang asli
dan dia dijumpai di dalam kawasan, rizab atau tempat itu orang itu melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(5) Mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh
ditangkap tanpa waran oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai polis.

Seksyen 15. Pengusiran orang yang tidak diingini.


(1) Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai polis boleh menahan mana-mana orang yang
dijumpai di dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang
diduduki orang asli jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa aktiviti orang itu memudaratkan
kebajikan mana-mana orang asli atau mana-mana masyarakat orang asli dan hendaklah
memindahkan orang itu dari kawasan, rizab atau tempat itu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dia
ditahan.
Seksyen 16. Ketua.
(1) Ketua turun-temurun bagi sesuatu masyarakat orang asli hendaklah menjadi ketua
masyarakat itu atau, dalam hal sesuatu masyarakat orang asli yang dalamnya jawatan ketua
itu bukan turun-temurun, seorang yang dipilih sebagai ketua oleh anggota masyarakat itu
hendaklah menjadi ketua masyarakat itu, tertakluk dalam setiap kes kepada pengesahan oleh
Menteri
.

(2) Menteri boleh memecat mana-mana ketua daripada jawatannya.

Seksyen 17. Orang asli tidak boleh dihalang masuk ke mana-mana sekolah.
(1) Tiada kanak-kanak orang asli boleh dihalang daripada pergi ke mana-mana sekolah semata-
mata oleh sebab dia orang asli.

(2) Tiada kanak-kanak orang asli yang pergi ke mana-mana sekolah boleh diwajibkan menghadiri
apa-apa pengajaran agama melainkan jika persetujuan bapanya atau ibunya, jika bapanya telah
mati, atau penjaganya, jika kedua-dua ibu bapanya telah mati, telah dimaklumkan kepada Ketua
Pengarah terlebih dahulu dan disampaikan oleh Ketua Pengarah secara bertulis kepada guru
besar sekolah yang berkenaan itu.

(3) Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

(2) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai polis yang menahan atau memindahkan mana-
mana orang mengikut subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin
melaporkan segala hal keadaan itu secara bertulis kepada Menteri.

Seksyen 18. Kanak-kanak orang asli tidak boleh diambil sebagai anak
angkat, dsb.
(1) Tiada seseorang yang bukan orang asli daripada kumpulan etnik yang sama boleh mengambil
sebagai anak angkat atau mengambil alih pemeliharaan, penjagaan atau pengawalan mana-mana
kanak-kanak orang asli kecuali dengan persetujuan Ketua Pengarah dan dalam memberikan
persetujuan itu Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang
difikirkannya patut.

(2) Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini atau melakukan suatu
pelanggaran terhadap apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 19. Peraturan-peraturan.


(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan maksud Akta ini dan
khususnya bagi yang berikut:
(a) pewujudan, jenis dan pengawalseliaan petempatan orang asli di dalam kawasan
orang asli dan rizab orang asli;

(b) melarang sama ada secara mutlak atau secara bersyarat dan mengawal kemasukan
mana-mana orang atau mana-mana golongan orang ke dalam rizab orang asli, kawasan
orang asli, tempat yang diduduki oleh orang asli dan petempatan orang asli;
(c) mengadakan peruntukan bagi pelantikan, dan menetapkan kelayakan dan cara
melantik mana-mana ketua;

(d) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang asli;

(e) cara membuktikan dan merekodkan hak pendudukan yang diberikan kepada orang asli
di bawah Akta ini;

(f) melarang penanaman mana-mana hasil tertentu di atas tanah yang mengenainya hak
pendudukan telah diberikan;

(g) membenarkan dan mengawal selia penebangan hutan di dalam kawasan orang asli
dan rizab orang asli;

(h) membenarkan orang asli mengambil hasil hutan di dalam kawasan orang asli;

(i) mengawal penangkapan burung dan binatang liar oleh orang asli;

(j) mengadakan peruntukan bagi penubuhan sekolah di dalam kawasan orang asli, rizab
orang asli dan tempat yang diduduki oleh orang asli dan menetapkan kurikulum sekolah
itu dan kelayakan bagi guru di sekolah itu;

(k) menetapkan terma dan syarat yang berasaskannya orang asli diambil kerja, dan
peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi membolehkan Ketua
Pengarah mendapatkan apa-apa upah atau gaji yang kena dibayar kepada orang asli itu
mengikut peraturan-peraturan itu;

(l) melarang sama ada secara mutlak atau secara bersyarat kemasukan ke dalam atau
pengedaran di dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau tempat yang
diduduki oleh orang asli apa-apa benda bertulis atau bercetak, apa-apa filem sinematograf
dan segala benda sama ada sama jenisnya dengan benda bertulis atau bercetak atau tidak
mengandungi apa-apa gambaran tampak, atau yang dengan rupanya, bentuknya atau
dengan apa-apa cara lain yang boleh membayangkan perkataan atau idea dan tiap-tiap
salinan dan pengeluaran semula atau pengeluaran semula sebahagian besarnya;

(m) melarang sama ada secara mutlak atau secara bersyarat penjualan atau pemberian
apa-apa minuman keras yang memabukkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam mana-
mana undang-undang bertulis berhubungan dengan eksais kepada mana-mana orang asli
atau masyarakat orang asli yang tertentu atau di dalam mana-mana kawasan orang asli,
rizab orang asli atau tempat yang diduduki oleh orang asli; dan

(n) menetapkan istilah dengannya orang asli, masyarakat orang asli dan kumpulan etnik
orang asli akan disebut.

(o) (Ditinggalkan).

(2) Tiada peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud perenggan (1)(a), (e), (f), (g), (h) atau (i)
melainkan Kerajaan Negeri di mana peraturan-peraturan itu akan berkuat kuasa telah dirundingi
terlebih dahulu.
LAMPIRAN 2

Gambar Sekitar Kajian Lapangan Yang Dijalankan

Gambar Sewaktu Ziarah Kasih & Khidmat Masyarakat Orang Asli

You might also like