Prosedur Permohonan Sijil SPKK Dan Lesen 29 Feb 2016

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SKIM PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SLKK)

1. PENGENALAN

Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diserahkan secara


rasminya di bawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Sukan
Negara Malaysia (MSN) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 2015.
Peralihan tugas ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan pada 12
Februari 2015.

2. LATAR BELAKANG

Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan penubuhan Akademi


Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) pada 19hb Julai 2012 di Dewan Komanwel,
Majlis Sukan Negara Malaysia bagi memantapkan fungsi Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan yang telah wujud sejak tahun 1985.

3. OBJEKTIF

 Untuk mewujudkan satu sistem Perlesenaan Kejurulatihan bagi


mengklasifikasikan tahap keupayaan jurulatih yang berkelayakan.
 Untuk menawarkan saluran dan peluang yang berterusan dalam latihan
professional dan pembangunan untuk jurulatih-jurulatih dalam Negara.
 Untuk menaik taraf dan mengekalkan mutu permainan sukan dalam Negara.
 Untuk melindungi kepentingan awam dalam sukan.
 Untuk menyediakan maklumat terkini jurulatih yang berlesen kepada orang ramai.

SLKK & SPKK 1


4. PERINGKAT BAGI MEMPEROLEHI SIJIL PENUH SPKK DAN LESEN

SPKK I DAN LESEN C


Sains Sukan Tahap I / Persamaan Taraf Tahap I Sukan Spesifik Tahap I

SPKK II DAN LESEN B Sukan Spesifik Tahap II


Sains Sukan Tahap II / Persamaan Taraf Tahap II

SPKK III DAN LESEN A


Sains Sukan Tahap III / Persamaan Taraf Tahap III SukanSpesifik Tahap III

5. CARA-CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU SPKK I,II,III DAN LESEN


A,B,C

i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web ISN di Iaman web
isn.gov.my atau dapatkan di Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, ISN.

ii) Peserta yang memohon Lesen C dan SPKK I perlu sertakan Sijil Kelulusan
Kejurulatihan Sukan Spesefik Kebangsaan Tahap I dan Sijil Kelulusan Sains Sukan
Tahap I AKK atau Sijil Persamaan Taraf Tahap I AKK.

iii) Peserta yang memohon Lesen B dan SPKK II perlu sertakan Sijil Kelulusan
Kejurulatihan Sukan Spesefik Kebangsaan Tahap II , Sijil Kelulusan Sains Sukan
Tahap II AKK atau Sijil Persamaan Taraf Tahap II AKK dan salinan Sijil SPKK I dan
Lesen C.
iv) Peserta yang memohon Lesen A dan SPKK III perlu sertakan Sijil Kelulusan
Kejurulatihan Sukan Spesefik Kebangsaan Tahap III , Sijil Kelulusan Sains Sukan

SLKK & SPKK 2


Tahap III AKK atau Sijil Persamaan Taraf Tahap III AKK dan salinan Sijil SPKK II atau
Lesen B.
v) Wajib bagi jurulatih Sukan Akuatik yang memohon Lesen C,B &A dan SPKK I,II
& III : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang sah. (Optional kepada
sukan lain).
vi) Yuran keahlian bagi permohonan baru adalah RM10.00. Tempoh keahlian
adalah selama 2 tahun. Sila kepilkan wang pos atas nama INSTITUT SUKAN
NEGARA atau tunai pada borang permohonan. Pemohon akan dibekalkan
lesen jurulatih dan buku log .
vii) Hantar borang yang lengkap beserta salinan sijil seperti perkara diatas ii, iii, iv
dan v (Jurulatih Akuatik Sahaja) kepada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan,
Aras 2, Gimnasium 3, Institut Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit
Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

6. CARA- CARA MEMPERBAHARUI KEAHLIAN (2 TAHUN SEKALI)

i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web ISN di isn.gov.my
atau dapatkan di Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, ISN. (Borang
Permohonan Baru Keahlian dan Memperbaharui Keahlian adalah sama)

ii) Untuk memperbaharui keahlian, seseorang jurulatih harus membuktikan diri


mereka seorang yang aktif dengan menjalankan tugas dan menghadiri kursus
CCE seperti berikut:-

SLKK & SPKK 3


SYARAT UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN JURULATIH DAN STATUS AKTIF DI
DALAM BUKU LOG

JUMLAH
BENGKEL/
KEGIATAN
BENGKEL SEMINAR
JENIS AKTIF BENGKEL/ TEMPOH
AKK ATAU YANG PERLU
JURULATIH SEBAGAI SEMINAR LUAR MASA
LUAR DIHADIRI
SEORANG
DALAM 2
JURULATIH
TAHUN
Disahkan
oleh MSN/ISN
Dalam BUKU
Jurulatih LOG sebagai
JPM /JSM Aktif
dari membawa
MSN / ISN atlet
1 Tiada halangan 2 Tahun 1
menghadiri
Kejohanan
atau
Pertandingan
sahaja.
Disahkan
oleh Pihak
Berkenaan
Dalam BUKU Menyertai satu
LOG sebagai atau lebih
Jurulatih Aktif Digalakkan bengkel/seminar
Luar membawa Menyertai yang dianjurkan
2 Tahun 1
atlet oleh pihak-pihak
mengahdiri tertentu
Kejohanan
atau
Pertandingan

SLKK & SPKK 4


iii) Menghadiri kursus CCE merupakan satu elemen utama bagi setiap jurulatih
yang ingin pembaharui Lesen dibawah AKK kerana ianya memerlukan jurulatih
untuk meningkatkan keupayaan mereka secara berterusan bagi menjamin dan
mengawal mutu kejurulatihan yang tinggi.
iv) Setiap Jurulatih Penuh Masa.(JPM) atau Jurulatih Sambilan (JSM) yang telah
berdaftar adalah wajib untuk mengikuti kursus-kursus, persidangan, simposium,
bengkel, klinik di dalam negeri atau luar negara untuk mencapai himpunan
bilangan jam ataupun hari bagi tempoh pembelajaran Continuous Coaching
Education (CCE) Program yang membolehkan Jurulatih memperbaharui lesen
setelah 2 tahun.
v) Mematuhi Kod Etika Jurulatih (Rujuk kepada Buku Log).
vi) Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari
Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja).
vii) Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00.
viii) Setelah mematuhi syarat-syarat di atas jurulatih hendaklah menghantar borang
permohonan atau lesen yang telah tamat tempoh bersama dengan Buku Log
Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan untuk memperbaharui keahlian
sekurang-kurangnya satu bulan (1) sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya.

7. KEISTIMEWAAN MEMPUNYAI LESEN JURULATIH AKK

i) Kepada semua jurulatih yang mempunyai Lesen Jurulatih di bawah Skim


Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) boleh mengikuti kursus,
seminar, bengkel, persidangan yang dianjurkan oleh AKK dengan mendapat
diskaun yuran penyertaan bagi kursus sains sukan.

SLKK & SPKK 5


ii) Yuran Penyertaan Kursus Sains Sukan bagi ahli SLKK adalah seperti berikut :

YURAN
BIL KURSUS
AHLI BUKAN AHLI

1 Kursus Sains Sukan


- Tahap I - RM100
- Tahap II RM100 (mempunyai RM150
SPKK Thp I/Lesen C)
- Tahap III RM200 (mempunyai RM250
SPKK Thp II/Lesen B)

8. PENGURUSAN KEANGGOTAAN SEBAGAI AHLI AKADEMI KEJURULATIHAN


KEBANGSAAN

Keanggotaan keahlian seseorang jurulatih berdaftar di bawah AKK akan dilucutkan


sekiranya:

i) Jika didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah.


ii) Hilang keupayaan untuk melatih atlet disebabkan oleh sakit fizikal (tidak
berupaya melatih atlit) dan sakit mental.
iii) Tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang jurulatih dalam
tempoh dua tahun menjadi ahli jurulatih berdaftar di bawah AKK.
iv) Menerima surat pergantungan jawatan jurulatih atau tindakan tatatertib yang
dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).
v) Gagal memperbaharui lesen sedia ada dalam tempoh 3 bulan setelah tamat
tempoh lesen tersebut tanpa alasan yang munasabah.

SLKK & SPKK 6


9. HAL-HAL LAIN

i) Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bertanggungjawab menilai dokumen-


dokumen yang dikemukakan pemohon bagi tujuan memperbaharui lesen
tersebut.
iii) Pihak AKK mempunyai hak untuk menarik balik atau menggantung Lesen
jurulatih sekiranya didapati melanggar peraturan, syarat-syarat atau membuat
penyelewengan di dalam Permohonan ini.
iv) Pihak AKK mempunyai hak untuk meluluskan permohonan Lesen beserta sijil SPKK
dan permohonan memperbaharui Lesen.
v) Pihak AKK tidak bertanggungjawab terhadap Lesen/ Buku Log yang di hantar
melalui pos.
vi) Keputusan kelulusan permohonan sijil SPKK serta Lesen dan memperbaharui
Lesen adalah atas budi bicara pihak AKK.

SLKK & SPKK 7


9. ALAMAT SURAT MENYURAT

Pengarah
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan,
Aras 2, Gimnasium 3,
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

Ketua Cawangan : R. Vivekanandan A/L K. Ramiah

No. Tel : 012 - 221 7621 (Hanya panggilan sahaja pada waktu pejabat;
8 pg hingga 1 ptg, 2 ptg hingga 5 ptg)

Laman web : isn.gov.my (klik kejurulatihan)

SLKK & SPKK 8

You might also like