Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Talking Point Mesyuarat Program TS25 Daerah Kulai

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sudah sampai ke tahun ke 4 pelaksanaannya,

yang mana sekolah-sekolah Kohort 1 (SK Taman Kota Kulai 2) dan Kohort 2 (SMK Taman

Putri) telah diberi bimbingan secukupnya bagi menjalankan dan melaksanakan hasrat

kerajaan dalam mentransformasi sekolah-sekolah di Malaysia, tidak kira dari Persekitaran,

Pengajaran dan juga pembelajaran bermakna dalam memastikan sekolah dapat

menterjemah proses kemenjadian murid kepada suatu tahap yang lebih tinggi dalam

pelbagai bidang. Kohort 3 (SMK Kelapa Sawit, SK Polis Kem dan SJKT Oil Palm) juga dalam

proses asimilasi pembudayaan program TS25. Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang

telah dipilih untuk menjadi sekolah TS25 Kohort 4 yang mana dipilih pada peringkat PPD

pada 31 Disember 2018 lepas dan telah disahkan oleh Pihak JPNJ. Jadi, sebanyak 6 sekolah

terpilih iaitu SMK Sultan Alauddin, SK Felda Pasir Raja, SK Felda Bukit Besar, SK Felda Bukit

Ramun, SK Tamn Kota Kulai dan SJKC Sawit.

Jadi, untuk pengetahuan semua, khususnya, sekolah-sekolah Kohort 4, Program

Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah

berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan

serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang

terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. TS25

adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran

pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,

guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang

padu.
Dalam OPMT (One Page Management Tool) 1.0 Melangkah Kehadapan dan 2.0

Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang di perkenalkan oleh KPPM turut menyentuh dan

meletakkan TS25 sebagai salah satu program atau proses kerja yang perlu di ambil berat

dalam menjayakan hasrat KPM dalam PPPM 2013-2025. Menteri Pendidikan kita juga telah

menggariskan tiga teras utama dalam sistem pendidikan dalam amanatnya iaitu Pendidikan

Berteraskan Nilai,Ketinggian Kualiti dan Autonomi dan akauntabiliti. Semua teras ni saling

berhubungan dengan objektif dan Konsep utama dalam Program TS25 iaitu Konsep

Kemenjadian Murid serta Konsep Pengurusan Berasaskan Sekolah dan Autonomi. Jadi,

sekolah perlulah menjadi ajen yang berkesan dalam memastikan keberkesanan Program

yang dijalankan dengan ‘connecting the dots’ supaya pencapaian kemejadian murid serta

pengurusan organisasi di sekolah dapat ditingkatkan bukan sahaja diperingkat daerah

mahupun negeri, tetapi juga untuk lebih melangkah jauh di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa.

Jadi, sekolah-sekolah yang terlibat dengan program TS25 bertuah kerana bukan

sahaja diberi bimbingan seperti kursus dan pengenalan modul yang berimpak tinggi oleh

pelbagai pihak seperti IAB, IPG, JPNJ dan PPD, tetapi juga diberi bantuan dari bentuk

kewangan dalam menjayakan program-program TS25 yang dirancang diperingkat sekolah.

Tahun ini peruntukkan sebanyak RM26,694.50 untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah

Kohort 2,3 dan 4. Bagi Kohort 1, tiada peruntukkan TS25 pada tahun ini kerana kami percaya

yang SK Taman Kota Kulai 2 dalam fasa kelestarian yang mana program-program yang

dijalankan telahpun mendapat perhatian dan sokongan PIBG & PIBK secara menyeluruh.

Walaubagaimanapun, peruntukkan yang diturunkan ke sekolah-sekolah juga boleh

dikatakan dalam amaun yang agak sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Seboleh
dan seupayanya, sekolah perlulah menjalankan program-program yang bersifat ‘cost-

effective’ tetapi berimpak tinggi. Sokongan akan diberikan daripada segi bimbingan oleh

pelbagai pihak seperti IAB, IPG, JPNJ, PPD, juga daripada sekolah Kohort 1 dan Kohort 2

untuk sekolah-sekolah kohort 3 dan 4.

Sekian.

You might also like