Kertas Kerja Kbat 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR

28200 BANDAR BERA,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA

PROGRAM KBAT
DALAM KOKURIKULUM DAN KURIKULUM
2019.

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT KOKURIKULUM
1.0 MATLAMAT
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mengariskan enam
aspirasi iaitu kemahiran memimpin,kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian,identiti
sosial,pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing pada peringkat global.Kemahiran berfikir yang ditekankan ialah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana trend perkembanagn masa kini menuntut
kemahiran tersebut.

2.0 RASIONAL
Kokurikulum dan kurikulum merupakan antara elemen yang diberi fokus di dalam Pelan
Inisiatif Kemahiran Berfikir aras Tinggi (KBAT) dengan matlamat untuk melahirkan
modal insan yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan,kemahirandan nilai dalam
membuat penakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat
keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam aktiviti yang dijalankan.


3.2 Penerapan kemahiran berfikir secara terancang dan sistematik mengarah
kepada penghasilan murid berfikir aras tinggi.
3.3 KBAT dalam kokurikulum dan kurikulum membolehkan murid menggunakan
pemikiran secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaiakn masalah atau
menghasilkan sesuatu projek.
3.4 Pendekatan penyelesaian masalah akan membolehkan murid mempunyai
kemahiran untuk menggunakan apa yang telah dipelajari dalam situasi
lain(pemindahan pengetahuan)mengaplikasi pengetahuan sedia ada dan
dipelajari dalam kehidupan mereka sebagai murid,ahli masyarakat dan anggota
keluarga,mengaplikasi segala ilmu pengetahuan yang diperoleh daalam aktiviti
yabg disertai.

4.0 SASARAN PROGRAM


Semua warga SK Durian Tawar
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : Fasa 1 - April –Jun
Fasa 2 - Julai –November.

Tempat : SK Durian Tawar

6.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA

PENASIHAT
Pn Hajah Hayati Bin Husin
(Guru Besar Sk Durian Tawar)

PENGERUSI
Pn. Hjh Noor Ashiqin Bt Abdullah
(GPK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI
Pn. Noorazleena Bt Abu Talib (GPK Kurikulum)
Pn. Noraini Binti Sulaiman (GPK Hem)

PENYELARAS
Pn Sharifah Fakhira Binti Syed Mahbar

SETIAUSAHA
Rohaya Binti Kadir-(Kitar Semula)
Suhaimi Bin Mustapa-(Pbd)
Suhaimi Mohamad –(Silang Budaya)
7.0 PROGRAM KBAT YANG AKAN DILAKSANAKAN

7.1 Kitar Semula


7.1.1 Membina menara daripada botol mineral
7.1.2 Membangunkan taman herba
7.1.3 Membaik pulih pondok kitar semula

7.2 PBD
7.2.1 Mewujudkan satu (1) kelas contoh PBD

7.3 Silang Budaya.


7.3.1 Mengadakan hari terbuka sekolah dengan kerjasama PIBG
7.3.2 Mengadakan persembahan kebudayaan 3 bangsa utama di Malaysia

8.0 KEWANGAN

8.1 SUMBER KEWANGAN


8.1.1 Sumbangan KBAT … RM 500

8.2 PERBELANJAAN
8.2.1 Kitar Semula … RM 180.00
8.2.2 PBD … RM 100.00
8.2.3 Silang Budaya … RM 220.00
JUMLAH … RM 500.00
9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti berasaskan KBAT dapat melahirkan murid yang mempunyai
pemikiran kreatif dan berinovasi.Penguasaan KBAT mampu membentuk murid yang berupaya
menghadapi cabaran,tekanan dan perubahan serta dapat membentuk individu yang
kreatif,berimaginasi tinggi,mempunyai nilai dan boleh membuat pertimbangan logik.Murid
dipupuk dengan kemahiran melalui aktiviti KBAT yang dijalankan.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

(SH. FAKHIRA BINTI SYED MAHBAR ) (NOOR ASHIQIN BINTI ABDULLAH)


Penyelaras KBAT GPK KOKURIKULUM
SK Durian Tawar SK Durian Tawar

Disahkan oleh,

(HAYATI BINTI HUSIN)


Guru Besar
SK Durian Tawar

You might also like