Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH MSSM(D) KUALA MUDA/YAN

ZON SUNGAI PETANI BAWAH 15 DAN BAWAH 18 2019

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola sepak Zon Sungai Petani dibahagikan kepada
peringkat umur bawah 15 tahun dan 18 tahun.

2. PENGANJURAN

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia Daerah Kuala Muda /Yan.

3. PENGELOLAAN
3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK ST THERESA bagi pihak MSSM (D) KMY ZON
Sungai Petani.

4. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

4.1 Selain dari peraturan yang terkandung ,maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-
undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA,Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) dan peraturan Am MSSM Kedah .

4.2 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut:

4.2.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH


MALAYSIA.

4.3 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan Jawatankuasa
Teknikal Bola Sepak MSSM Daerah KMY Zon Sungai Petani (Tuan Rumah@ SMK St Theresa)
berpandukan Undang-Undang FIFA.

4.4 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
adalah muktamad.

5. KELAYAKAN PERMAIN

5.1 Seorang permain terdiri dari murid sekolah dan warganegara Malaysia dalam Daerah Kuala
Muda/Yan adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

5.2 Seorang permain hanya layak didaftar untuk satu kategori dan satu pasukan sahaja.

1
5.3 Setiap permain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan
dan status seperti berikut:

5.3.1 Permain bawah 15 tahun dan 18 tahun mesti mengemukakan Kad Pengenalan
atau My Kad Asal dan Borang M01 yang lengkap.

5.4 Kelayakan umur permain adalah:-

5.4.1 Bawah 15 Tahun-Lahir pada tahun 2004,2005 dan 2006

5.4.2 Bawah 18 Tahun- Lahir pada tahun 2003,2002 dan 2001(pada 1/1/2019
berumur bawah 18 tahun.
5.4.3 Pemain yang telah bermain dalam satu kategori tidak boleh bermain untuk
kategori yang lain.

6. PENDAFTARAN PERMAIN DAN PENGAWAI PASUKAN

6.1 Pendaftaran Permain

6.1.1 Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran Pemain M01,M02
bagi bawah 15 Tahun dan 18 Tahun.Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh
mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

6.1.2 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak melebihi 22 pemain sahaja.

6.2 Pendaftaran Pengawai

6.2.1 Setiap pengawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pengawai Perkhidmatan


Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dan mesti
mendaftar dalam Borang M02.

6.2.2 Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 5 orang pengawai.

6.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pengawai bukan Pengawai Perkhidmatan


Pelajaran Khasnya jurulatih,mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak
boleh didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan.Pengawai ini setaraf
dengan penonton,segala tunjuk ajar hendaklah dibuat diluar permainan.

6.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengetua sekolah.

6.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan dimana 11 pemain utama dan
7 pemain simpanan.Pendaftaran itu adalah seperti dinamakan kepada pengelola.

7. FORMAT PERTANDINGAN

2
7.1 Semua kategori dipertandingkan secara liga dalam kumpulan masing-masing.Johan dan
Naib Johan setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat suku akhir,separuh akhir
dan seterusnya ke akhir.

7.2. Pemberian mata bagi pertandingan peringkat liga digunakan seperti ketetapan berikut:-

7.2.1 Menang - 3 mata


7.2.2 Seri - 1 mata
7.2.3 Kalah - 0 mata

7.3. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat
dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual
Pertandingan,maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 10 pemain
akan diberikan kemenangan percuma,dengan 3 mata dan jaringan 3-0.

7.4. Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak
dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini,dengan apa sebab sekali pun,mata dan jaring gol yang masuk atau kena
dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.

7.5 Setelah selesai semua perlawanan liga,2 pasukan yang teratas dalam kumpulan akan
layak ke perlawanan peringkat kedua. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan
tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki
berikut:

7.5.1 Jumlah perbezaan gol


7.5.2 Jumlah jaringan gol
7.5.3 Pasukan yang pernah mengalahkan lawan
7.5.4 Lambungan syiling

7.6 Sekiranya dalam perlawanan kalah keluar, berlaku keputusan seri setelah tamat tempoh
masa bermain, maka masa tambahan hendaklah diberi.Jika tiada keputusan, maka
pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan
yang berkuatkuasa .

8. JANGKA MASA PERLAWANAN

8.1 Peringkat umur bawah 15 tahun

8.1.1 Masa permainan ialah 25 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat
tidak melebihi 5 minit(25+5+25).Apabila masa tambahan diberikan,tempohnya
ialah 10 minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit
dengan keizinan pengadil.

3
8.2 Peringkat umur bawah 18 tahun

8.2.1 Masa permain ialah 25 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak
melebihi 5 minit (25+5+25).Apabila masa tambahan diberikan,tempohnya ialah
10 minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit dengan
keizinan pengadil.

9. PENGANTIAN PERMAIN

9.1 Tidak lebih dari 7(tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti
dalam satu perlawanan termasuk dalam masa tambahan.Mana-mana pemain yang
diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama termasuk
sepakan dari tanda penalti.

10. PAKAIAN PERMAIN

10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar,dengan nombornya mengikut
nama pemain tersebut disepanjang kejohanan.Sebarang pengiklanan jenama
rokok,minuman keras,lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan.

10.2 Setiap pemain mesti memakai kasut bola ‘boot’,stoking dan alas betis ‘shin
guard’mengikut spesifikasi yang dibenarkan .

10.3 Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit’ hendaklah bersamaan
warna utama seluar dan warna lengan baju atau keputusan dibuat semasa mesyuarat
pengurus.

10.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan,lilitan lengan
itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

10.5 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mengisytiharkan warna jersi sebagai
tuan rumah dalam borang pendaftaran.Jika terdapat persamaan warna jersi,maka
pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak
menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

11. JADUAL PERLAWANAN

11.1 Jawatan kuasa Teknikal/Pertandingan Bola Sepak MSSK (D) KMY/Pengelola Zon akan
menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut
kesesuaian dan persetujuan pengelola.

11.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca
atau kerana hal-hal yang tidak dijangka,maka keputusan tentang perlawanan berkenaan
akan ditentukan oleh pehaik Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah
muktamad.
12. MINIMA PEMAIN

12.1 Setiap pasukan mesti mempunya minima pemain 10 orang sebelum memulakan

4
perlawanan.

12.2 Jika pemainan dihentikan,kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 7(tujuh)
orang pemain,maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3-0 atau jaringan semasa
perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat,jika ianya lebih.

13. TINDAKAN TATATERTIB

13.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSSM akan berbincang perkara-
perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan
pasukan- pasukan yang terlibat.Pasukan yang terlibat dan pengadil bertugas tidak boleh
mengambil bahagian dalam udian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

13.2 Untuk kesalahan berikut , JawatankuasaTatertib tidak akan bersidang dan hukumannya
adalah automatik:

13.2.1 Seseorang pemain yang menerima 2 kad kuning dalam masa pertandingan
hendaklah dengan sendirinya digantung 1 perlawanan berikutnya.

13.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain kasar
(penggantungan 2 perlawanan ) kad merah.

13.2.3 Seseorang pemainyang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata –


kata kesat/luncah atau menunjukkan isyarat tidak tertib /tidak sopan atau
berlakuan ganas biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran
sebelum itu atau penggantungan 3 perlawanan .

13.2.4 JawatankuasaTatatertib boleh menggantung seseorang pemain daripada terus


mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu, maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa
MSSM/Pengelola untuk tindakan seterusnya .

13.2.5 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan


teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman
yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada laporan pengawai
perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

13.2.6 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah


tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

14. BANTAHAN

14.1 Batahan terhadap keputusan atau tidak layaknya permain mestilah dibuat secara

5
bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam tempoh 60 minit
selepas tamat perlawanan berkenanan berserta wang tunai RM150.00 (Ringgit
Malaysia: Seratus Lima Puluh Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika didapati
bantahan tersebut tidak berjaya .

14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta
yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

15. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

15.1 Pengurus pasukanhendaklah bertanggungjawap memastikan tiap-tiap pegawai dan


pemain termasuk peyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang
dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

15.2 Tertakluk kepada pengesahan MSSM/PPD,Jawatankuasa pegelola boleh mengambil


sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain,pegawai dan
peyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif
pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan,pemain atau pegawai dari aktiviti bola sepak
MSSM/PPD bagi jangka masa yang ditimbang sesuai.

15.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain sama ada sengaja atau tidak adalah
kesalahan berat dan bertentangan dengan etika pemainan.

15.4 Tindakan memprotes sebarang keputusandengan tindakankeluar padang adalah


kesalahan berat dan bertentangan dengan etika pemainan.

15.5 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan
ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa jua sebab pun,pegawai atau
pemain atau kedua-duanya sekali akan diambil tindakan.

15.6 Pegawai pasukan dibangku pemain simpanan tidak dibenar memakai seluar
pendek,’three quarter’,jean dan selipar.

15.7 Pegawai dibangku simpanan digalakkan memakai pakaian yang seragam.

15.8 Pegawai pasukan dilarang merokok di kawasan teknikal padang perlawanan.

16. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

6
16.1 Semua perkara yang dinyatakan dalam peraturan ini adalah menjadi hak dan
tanggungjawab jawantankuasa pengelola membuat kepurusan.Keputusan yang dibuat
adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

16.2 Jadual pertandingan yang telah dipersetujui adalah menjadi hak Jawatankuasa
Pengelola. Jawatankuasa ini sahaja boleh meminda,menangguh atau membatalkannya.

16.3 Alat pemain,bola pertandingan,padang permainan,minuman pemain dan minuman


pengadil adalah menjadi tanggungjawab pasukan yang bermain dan pasukan yang
menjadi tuan rumah.

17. YURAN PERTANDINGAN/PENGADIL

17.1 akan ditentukan sendiri oleh pengelola zon dalam mesyuarat pengurus pasukan untuk
zon
17.2 Yuran pendaftaran ialah RM100.00 satu pasukan.

17.3 Bayaran pengadil RM50.00 satu perlawanan iaitu RM 25.00 untuk satu pasukan.

17.4 Segala perbelanjaan yang lain adalah ditanggung oleh pihak sekolah masing-masing

18. HADIAH

18.1 Akan ditentukan sendiri oleh pengelola zon dalam mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan Zon Sungai Petani
18.2 Akan disediakan oleh PPD KMY bagi pertandingan peringkat akhir MSSK (D) Kuala Muda
Yan
19 PEMAIN IMPORT

Pasukan yang layak ke peringkat daerah dibenarkan mengambil pemain import tanpa had dalam
zon masing-masing dari mana-mana sekolah. Dengan syarat jumlah pendaftaran pasukan
berjumlah 22 orang pemain sahaja. Keutamaan diberikan kepada pasukan johan terlebih dahulu
untuk membuat pemilihan.

You might also like