Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PE1 BERWAWASAN

SUMBER RUJUKAN: PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN SEKOLAH

APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT
dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran
(P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program
Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu
sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid
menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus
kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses
Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT.
Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri
(self-paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu
dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah
Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan
perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini
memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan
terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan
kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN
Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information
providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information
sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an
awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum
where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable
more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the
Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of
implementation. Advanced teaching and learning materialsdeveloped through the Smart School
Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be
used to improve administration processes.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next
Leap, 3 July 2004

… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan
modenmengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid
dan guru kepada penggunaan komputer danmengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi
kos.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada
di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan,
Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus
Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT
yang sama dengan:

menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi

menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke
sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut:

projek makmal Komputer Sekolah

program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

rangkaian SchoolNet

rancangan TV pendidikan

projek Rintis Sekolah Bestari

ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

mata Pelajaran yang Berasaskan ICT

perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta

latihan ICT Guru

pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan
dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

DASAR DAN MATLAMAT

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu:

ICT untuk semua pelajar

ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata
pelajaran

ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah
Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

You might also like