Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Demografi

1.Umur

Jadual 1 : Umur Responden

Umur (Tahun) Jumlah (Orang) Peratus (%)

30-40 27 54
41-50 16 32
51-60 7 14
Jumlah keseluruhan 50 100
Sumber : Kajian Lapangan 2018

umur Responden

14%

30 tahun - 40 tahun
41 tahun - 50 tahun
54% 51 tahun - 60 tahun
32%

Rajah 1 : Umur Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Rajah 1 menunjukkan umur responden bagi lelaki muslim yang lambat kahwin di Malaysia.
Daripada 50 orang responden, seramai 27 orang bersamaan dengan 54% adalah berumur
dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Seterusnya, 16 orang responden pula adalah
berumur 41 hingga 50 tahun dengan peratusan 32%. Manakala responden yang berumur 51
hingga 60 tahun hanya seramai 7 orang sahaja iaitu bersamaan 14%. Berdasarkan data
yang dikumpul majoriti responden yang lambat berkahwin adalah berumur 30 hingga 40
tahun dan hanya sedikit sahaja yang berumur 51-60 tahun. Hal ini dapat dilihat dalam rajah
di atas.

Jadual 2 : Etnik Responden

Etnik Jumlah (Orang) Peratus (%)

Melayu 7 14
Cina 3 6
India 1 2
Bumiputera Sabah 36 72
Bumiputera Sarawak 3 6
Jumlah Keseluruhan 50 100
Sumber : Kajian Lapangan 2018

Etnik Responden

6%
14%

6% Melayu
2%
Cina
India
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak

72%

Rajah 2 : Etnik Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Rajah 2 menunjukkan etnik bagi responden yang lambat berkahwin. Bumiputera sabah
mempunyai nilai yang tertinggi dengan 36 orang iaitu bersamaan 72%. Ianya diikuti oleh
etnik melayu iaitu seramai 7 orang responden dengan peratusan 14%. Manakala, etnik cina
dan bumiputera Sarawak pula mempunyai jumlah yang sama iaitu masing-masing memiliki 3
orang responden (6%). Responden yang berbangsa india mempunyai jumlah yang paling
sedikit iaitu hanya seorang sahaja dengan peratusan 2%. Hal ini dapat dilihat dalam rajah
dan jadual yang ditunjukkan di atas.

Jadual 3 : Pekerjaan Responden

Pekerjaan Jumlah (Orang) Peratus (%)


Kerajaan 10 20
Swasta 2 4
Kerja Sendiri 28 56
Tidak Bekerja 10 20
Jumlah Keseluruhan 50 100
Sumber : Kajian Lapangan

Pekerjaan Responden

20% 20%

Kerajaan
4% Swasta
Bekerja Sendiri
Tidak Bekerja

56%

Rajah 3 : Pekerjaan Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Berdasarkan gambar rajah di atas, seramai 28 orang daripada 50 orang responden yang
bekerja sendiri iaitu 56%. Seterusnya, seramai 10 orang responden yang merupakan
pekerja dalam sektor kerajaan dengan peratusan 20%. Responden yang tidak bekerja juga
mempunyai jumlah yang sama dengan responden yang bekerja dalam sektor kerajaan iaitu
seramai 10 orang (20%). Responden yang bekerja dalam sektor swasta pula hanya seramai
2 orang sahaja iaitu dengan peratusan 4%. Berdasarkan data yang dapat dikumpul,
responden yang bekerja sendiri mempunyai jumlah yang tertinggi manakala responden yang
bekerja dalam sektor swasta mempunyai jumlah yang paling sedikit.

Jadual 4 : Pendapatan Responden

Pendapatan Jumlah (Orang) Peratusan (%)

Bawah RM3000 27 54
RM3000 - RM5000 19 38
RM5000 ke atas 4 8
Jumlah Keseluruhan 50 100
Sumber : Kajian Lapangan

Pendapatan Responden

8%

Bawah RM3000
RM3000 - RM5000
38% 54% RM5000 keatas

Rajah 4 : Pendapatan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2018

Rajah di atas menunjukkan pendapatan bulanan responden dalam kajian yang telah
dijalankan. Berdasarkan data yang telah diperoleh, kebanyakan responden mempunyai
pendapatan yang rendah iaitu RM3000 ke bawah. Seramai 27 orang responden dengan
peratusan 54% yang mempunyai pendapatan di bawah RM3000. Manakala, responden yang
mempunyai pendapatan RM3000 hingga RM5000 adalah seramai 19 orang iaitu dengan
peratusan 38%. Responden yang mempunyai pendapatan RM5000 dan ke atas pula hanya
dalam jumlah yang sedikit iaitu 4 orang sahaja atau 8%. Melalui kajian yang dijalankan,
jumlah pendapatan memberikan kesan kepada seseorang itu untuk berkahwin.

Hasil Kajian

Mengkaji punca lelaki muslim lambat kahwin di Malaysia.

Hantaran yang tinggi punca lambat


berkahwin
2%

24%
28% Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
10% Sangat tidak setuju
36%

Rajah 5

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Berdasarkan hasil kajian daripada 50 orang lelaki muslim yang disoal selidik, seramai 18
orang responden bersamaan 36% yang setuju bahawa hantaran yang tinggi pada masa kini
adalah punca mereka lambat kahwin. Manakala, seramai 14 orang responden yang tidak
setuju iaitu dengan peratusan 28%. Responden yang berasa sangat setuju pula adalah
seramai 12 orang iaitu 24%. Terdapat 5 orang responden (10%) yang tidak pasti sama ada
hantaran yang tinggi merupakan punca mereka lambat berkahwin. Hasil tinjauan
menunjukkan responden yang sangat tidak setuju mempunyai jumlah yang sedikit iaitu
hanya seorang sahaja dengan peratusan 2%. Hal ini dapat dapat dilihat melalui data yang
ditunjukkan melalui rajah 5 di atas.

Pernah dikecewakan

4%
14%

Sangat setuju

36% Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
36% Sanagt tidak setuju

10%

Rajah 6

Sumber : Kajian Lapangan 20

Rajah 6 menunjukkan responden yang setuju dan tidak setuju dengan punca pernah
dikecewakan mempunyai jumlah yang sama dan tertinggi di mana masing-masing terdiri
daripada 18 orang dengan peratusan 36%. Seterusnya, diikuti dengan responden yang
memilih tidak pasti iaitu 5 orang bersamaan 10%. Manakala, 7 orang responden iaitu 14%
sangat setuju bahawa pernah dikecewakan merupakan punca mereka lambat berkahwin.
Jumlah yang paling sedikit pula adalah responden yang sangat tidak setuju dengan punca
yang sama. Hal ini dapat dilihat apabila hanya 2 orang responden bersamaan 4% yang
memilih sangat tidak setuju. Keadaan ini menunjukkan pengalaman masa lalu
mempengaruhi lelaki muslim di Malaysia untuk menjejaki alam perkahwinan.

Belum bersedia untuk memberi komitmen


dalam kehidupan berumahtangga

4%
22%
Sangat setuju
26%
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
16% 32%

Rajah 7

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat seramai 16 orang responden bersamaan


dengan 32% yang setuju bahawa belum bersedia memberikan komitmen dalam kehidupan
berumahtangga merupakan salah satu punca lelaki muslim lambat kahwin di Malaysia. Ianya
diikuti dengan 13 orang responden yang tidak setuju dengan peratusan 26%. Seterusnya,
responden yang memilih sangat setuju pula adalah seramai 11 orang atau 22%. Responden
yang tidak pasti dengan punca belum bersedia memberikan komitmen pula terdiri daripada
8 orang iaitu 16%. Akhir sekali, responden yang memilih sangat tidak setuju memiliki jumlah
yang sangat sedikit iaitu hanya 2 orang sahaja dengan peratusan 4%. Jelaslah bahawa
kebanyakan lelaki muslim yang lambat kahwin adalah disebabkan belum bersedia untuk
memberi komitmen dalam kehidupan berumahtanggah. Hal ini dapat dilihat melalui rajah 7
di atas.
Belum mempunyai ilmu agama yang mencukupi
untuk membimbing isteri
6% 8%

24%

38%

24%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 8

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Seterusnya, Rajah di atas menunjukkan salah satu punca lelaki muslim di Malaysia lambat
kahwin iaitu belum mempunyai ilmu agama yang mencukupi untuk membimbing isteri.
Terdapat 19 orang responden bersamaan 38% yang tidak setuju akan punca tersebut.
Manakala, responden yang memilih setuju dan tidak pasti telah mencatatkan nilai yang
sama iaitu 12 orang bersamaan dengan 24%. Bagi responden yang memilih sangat setuju
bahawa ilmu agama mereka belum mencukupi untuk membimbing isteri adalah sebanyak 4
orang atau 8% dan 3 orang bersamaan 6% responden yang memilih sangat tidak setuju
akan punca tersebut. Kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa ilmu agama yang
belum mencukupi adalah sebab mereka lambat kahwin kerana merasakan mereka sudah
bersedia membimbing isteri mereka nanti. Namun, terdapat juga responden yang sangat
setuju akan punca tersebut kerana ilmu agama adalah salah satu elemen yang penting
untuk melahirkan keluarga yang diberkati Allah SWT dari pelbagai aspek kehidupan.
Lebih mementingkan pendidikan dan kerjaya

10%
16%

32%
28%

14%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 9

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Rajah 9 menunjukkan hasil kajian mengenai punca lelaki muslim lambat berkahwin iaitu
lebih mementingkan pendidikan dan kerjaya. Kebanyakan responden memilih tidak setuju
iaitu seramai 16 orang bersamaan 32% akan punca tersebut. Manakala, responden yang
memilih setuju adalah seramai 14 orang bersamaan 28% dan 8 orang atau 16% juga
sangat setuju bahawa mereka lebih mementingkan kerjaya dan pendidikan sehingga
menyebabkan mereka lambat berkahwin. Responden yang tidak pasti pula adalah seramai 7
orang bersamaan 14% dan yang memilih sangat tidak setuju pula adalah seramai 5 orang
bersamaan 10%. Data menunjukkan majoriti responden tidak setuju akan punca ini kerana
mereka bukanlah orang yang terlalu mementingkan kerjaya atau pendidikan tetapi masih
ada faktor lain menyebabkan mereka lambat berkahwin. Namun, terdapat juga responden
yang sangat setuju akan punca tersebut. Hal ini demikian kerana mereka terlalu penat
bekerja sehingga lupa akan kepentingan mereka sendiri iaitu berkahwin.
Belum mampu menyara isteri

12% 14%

20%

36%

18%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 10

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Selain itu, belum mampu menyara isteri juga adalah salah satu punca lelaki muslim lambat
kahwin di Malaysia. Terdapat 18 orang responden bersamaan 36% yang memilih tidak
setuju akan punca tersebut. Manakala, terdapat 10 orang yang bersetuju bersamaan
dengan 20% dan 9 orang atau 18% pula yang tidak pasti dengan punca tersebut.
Responden yang memilih sangat setuju bahawa belum mampu menyara isteri adalah
seramai 7 orang bersamaan dengan 14% serta yang sangat tidak setuju pula adalah 6
orang bersamaan 12%. Mereka tidak bersetuju akan punca ini kerana menganggap mereka
sudah mampu menyara isteri kerana majoriti mereka mempunyai pekerjaan yang tetap di
samping mempunyai perniagaan sendiri. Bagi mereka yang sangat setuju akan punca ini
pula merasakan mereka belum mampu menyara isteri kerana pendapatan mereka yang
agak rendah dan tahap hidup masa kini yang tinggi terutama mereka yang menetap di
bandar.
Dipengaruhi oleh faktor persekitaran apabila
abang dan kakak yang lambat berkahwin
4%

24%

28%

10%
34%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 11

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Rajah 11 menunjukkan salah satu punca lelaki muslim lambat berkahwin adalah kerana
dipengaruhi oleh faktor persekitaran apabila abang dan kakak mereka yang lambat
berkahwin. Responden yang setuju dengan punca tersebut adalah sebanyak 17 orang
bersamaan dengan 34%. Manakala, responden yang memilih tidak setuju akan punca
tersebut pula adalah sebanyak 14 orang bersamaan 28% dan 12 orang daripada jumlah
keseluruhan bersamaan dengan 24% telah memilih sangat setuju. Terdapat 5 orang
responden bersamaan 10% telah memilih tidak pasti dan 2 orang responden bersamaan
dengan 4% telah memilih sangat tidak setuju. Kini kita tahu, majoriti responden yang
lambat berkahwin adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka sama ada abang,
kakak mahupun keluarga terdekat mereka yang lambat berkahwin. Ada antara mereka yang
takut mendahului kakak atau abang mereka apabila ingin berkahwin kerana kepercayaan
tertentu. Namun, terdapat 2 orang responden yang sangat tidak setuju akan punca ini
kerana beliau lambat kahwin disebabkan oleh punca lain dan bukan disebabkan oleh faktor
persekitaran.
Belum mempunyai calon isteri yang sesuai

6%
18%
14%

62%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Rajah 12

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan kajian yang dilakukan, kami mendapati sebanyak 31 orang responden


bersamaan 62% telah memilih setuju dan 9 orang bersamaan 18% pula telah memilih
sangat setuju bahawa mereka lambat kahwin kerana belum mempunyai calon isteri yang
sesuai . Manakala, terdapat 7 orang responden atau 14% yang tidak pasti sama ada mereka
mempunyai calon isteri yang sesuai atau belum. Namun, masih terdapat 3 orang responden
bersamaan 6% yang tidak setuju akan punca ini. Majoriti responden bersetuju mereka
lambat kahwin kerana belum mempunyai calon isteri yang sesuai. Perkahwinan bukanlah
sesuatu perkara yang mudah kerana ia adalah satu perhubungan yang perlu dilalui dalam
tempoh jangka masa yang lama dan satu keputusan terbesar yang dilakukan individu dalam
kehidupannya. Oleh itu, seseorang lelaki perlu yakin dalam membuat keputusan untuk
berkahwin. Walaupun begitu, terdapat juga responden yang tidak bersetuju akan punca ini
kerana mereka telah mempunyai calon isteri yang sesuai namun terhalang oleh faktor lain
untuk mendirikan rumah tangga.
Belum mempunyai keyakinan diri kerana
merasakan diri tidak kacak

4%
18%
32%

14%

32%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 13

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Di samping itu, belum mempunyai keyakinan diri kerana merasakan diri tidak kacak juga
adalah salah satu punca lelaki muslim lambat kahwin di Malaysia. Data yang diperolehi
menunjukkan responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju adalah sama
iaitu masing-masing sebanyak 16 orang bersamaan 32%. Manakala, terdapat 9 orang yang
bersetuju bersamaan dengan 18% dan 7 orang atau 14% pula yang tidak pasti dengan
punca tersebut. Responden yang memilih sangat setuju kerana merasakan diri mereka tidak
kacak adalah cuma 2 orang bersamaan dengan 4%. Mereka tidak bersetuju akan punca ini
kerana menganggap wajah bukanlah satu faktor utama yang dilihat untuk seseorang
berkahwini. Bagi mereka yang sangat setuju akan punca ini pula adalah orang yang tidak
yakin dengan diri sendiri.
Belum berasa puas hidup bujang dan masih
ingin menikmati zaman bujang bersama rakan-
rakan

14%
32%

22%

8%
24%

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 14

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan Rajah 14, kami mendapati sebanyak 16 orang responden bersamaan 32% telah
memilih sangat setuju dan 12 orang bersamaan 24% pula telah memilih setuju bahawa
mereka lambat kahwin kerana belum berasa puas hidup bujang dan masih ingin menikmati
zaman bujang bersama rakan-rakan. Manakala, terdapat 11 orang responden atau 22%
yang tidak setuju serta 7 orang bersamaan 14% telah memilih sangat tidak setuju dengan
pernyataan tersebut. Terdapat juga responden yang memilih tidak pasti sama ada mereka
belum berasa puas hidup bujang dan masih ingin menikmati zaman bujang bersama rakan-
rakan iaitu seramai 4 orang bersamaan 8%. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka
masih belum puas hidup bujang dan masih ingin menikmati zaman bujang mereka bersama
rakan-rakan. Segelintir individu berfikir bahawa jika sudah berumah tangga hubungan
dengan rakan-rakan akan menjadi renggang dan tumpuan sepenuhnya akan diberikan
kepada keluarga dabn kerjaya. Hal ini menyebabkan ramai lelaki muslim takut untuk
berkahwin. Namun, terdapat juga responden yang sangat tidak setuju dengan punca ini
kerana bagi mereka selepas berkahwin pun mereka tetap boleh bertemu dengan rakan-
rakan dan merasakan ada faktor lain yang menyebabkan mereka lambat berkahwin.

You might also like