Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BAB 3

METHODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bagi bab methodologi ini, ia banyak memberi fokus kepada proses pembuatan bahan
projek itu sendiri. Dengan ini, kami terlebih dahulu telah mengadakan sesi perbincangan di
dalam kumpulan dimana perbincangan ini turut disertai oleh penyelaras projek kami iaitu
Encik Hafirizal Bin Omar.
Di dalam sesi perbincangan, kami telah merancang disamping merangka rekabentuk
keseluruhan projek kami. Selain itu, kami juga turut membincangjkan proses-proses dan
tatakerja yang mana ianya bertujuan untuk menyiapkan keseluruhan projek kami dengan
sistematik dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Aspek yang perlu dititikberatkan ialah berkaitan dengan reka bentuk projek, proses reka
bentuk, elemen struktur rekabentuk, analisa kekuatan dan kelemahan elemen rekabentuk,
langkah kerja serta bahan yang digunakan. Bagi melaksanakan projek ini supaya berjalan
dengan lancar langkah-langkah yang sistematik dirancang terlebih dahulu mengikut turutan.
Langkah-langkah ini amat penting bagi menjamin projek yang dibuat memuaskan dan
mengikut seperti yang dirancang.

3.1 PROSES PENGORGANISASIAN

Proses pengorganisasian biasanya melibatkan empat jenis kegiatan:


1. Menentukan kerja-kerja yang mesti dijalankan bagi mencapai matlamat yang telah
dirancang. Setiap organisasi yang diwujudkan walaupun kecil mempunyai matlamat
dan tujuan yang tersendiri.

2. Untuk mencapai matlamat tersebut setiap ahli kumpulan haruslah dapat melaksanakan
tugas-tugas yang telah diberikan.

3. Mengumpulkan kerja-kerja yang telah disenaraikan ke dalam kumpulan aktiviti-


aktiviti yang sesuai dan padan.
4. Membahagikan dan memperuntukkan bahan kerja yang diperlukan kepada setiap ahli
kumpulan atau mengikut kebolehan masing-masing.

5. Matlamat organisasi tidak mungkin tercapai sekiranya tiada sikap kerjasama. Kerja-
kerja perlu dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan untuk menjamin kelancaran
projek. Dengan cara pembahagian ia akan menjadi seimbang dan mudah untuk di
siapakan.

3.2 PERLAKSANAKAN PROJEK

Bagi memenuhi syarat matapelajaran semester 4 dan 5 untuk pelajar Kejuruteraan


Mekanikal di Politeknik. Pada semester 4 pelajar disuruh memikirkan projek dan akan
di jalankan pada semester 5. Subjek ini mempunyai waktu dan masa yang telah
diperuntukkan pada semester 4 dan 5. Kerja-kerja perlaksanaan projek ini dilakukan
dari semester 4 iaitu pemilihan projek dan semester 5 untuk menjalankan projek dan
sehinga ke peringkat penambahbaikan. Selain itu, perlaksanaan projek dilakukan
diluar waktu pengajian untuk memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Carta Alir Metodologi

3.3 PEMILIHAN KOMPONEN DAN BAHAN

3.3.1 Pemilihan Bahan Untuk Projek

Pemilihan bahan untuk menghasilkan projek “ Penghapus Sarang Tebuan ” perlu


dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja pemprosesan supaya
hasil pengeluarannya adalah berkualiti tinggi. Oleh itu, pelbagai 49 faktor yang penting perlu
dipertimbangkan supaya projek yang bakal dihasilkan menepati kehendak pengguna. Faktor –
faktor yang perlu dikaji adalah seperti berikut :
a) Kos bahan yang dipilih
b) Ketahanan dan kesesuaian bahan dengan keadaan sekeliling.
c) Cara untuk mendapatakan bahan tersebut.
d) Cara pemasangan

3.3.2 Kos Bahan Yang Dipilih


Kos bahan yang digunakan merupakan 49 akta yang paling penting untuk
menghasilkan sebuah produk atau projek yang mempunyai kegunaan yang lebih tetapi nilai
kos yang minimum dan sesuai dengan produk yang sedia ada di pasaran supaya dapat
bersaing dengan produk yang lain . Selain kos , bahan yang digunakan juga perlu
diselaraskan dengan kekuatan dan kegunaan bahan tersebut.
Pemilihan bahan untuk menghasilkan Projek ‘Penghapus Sarang Tebuan’ perlu di
pertimbangkan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja pembuatan projek supaya
kami mendapat hasil projek yang berkualiti dan tahan.
Oleh itu, pelbagai faktor yang perlu kami titikberatkan supaya projek yang dihasilkan
atau dibina berkualiti dan tahan. Berikut adalah faktor-faktor yang kami kaji dan selidik:
a. Kos bahan yang dipilih
b. Ketahanan sesuatu bahan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
c. Cara untuk mendapatkan bahan projek
d. Cara pemasangan
3.4 KOS BAHAN
Kos bahan yang digunakan adalah faktor yang paling utama dan penting untuk
menghasilkan sebuah projek atau produk yang mempunyai kegunaan pada manusia, tetapi
nilai kos yang minimum sesuai dengan produk yang ada di pasaran agar dapat bersaing
dengan produk sedia ada. Selain kos yang murah, bahan juga perlu dititikberatkan dengan
kekuatan bahan dan kegunaan bahan.
Di bawah ini adalah senarai kos bahan yang terdapat pada produk :-

Nama Bahan Kegunaan Harga seunit (RM)

Gas injap Mengawal tekanan gas keluar 20

Gas catridge butane Membekalkan sumber pembakaran/gas 8 – 10

Batang rod boleh Melaraskan muncung pembakaran 18


laras

Tiub getah Menyalurkan gas kepada muncung pembakaran 27

Pemegang tong gas Memegang tong gas dengan rapi _


mini

Injap Menyabung saluran tiub getah kepada muncung


pembakaran

3.5 KETAHANAN BAHAN DAN KESESUAIAN

Ketahanan bahan dikaji supaya mendapatkan bahan yang sesuai untuk digunakan
dimana bahan tersebut berfungsi dengan baik. Selain itu, struktur bahan juga
dipertimbangkan supaya bahan yang dipilih adalah sesuai dengan keadaan sekeliling seperti
keadaan cuaca , suhu , tekanan , beban dan sebagainya.

3.6 Cara Untuk Mendapatkan Bahan


Bahan yang ingin digunakan perlulah mudah didapati kerana masa yang diberi untuk
penghasilan projek ini boleh dikatakan singkat dan barangan yang hendak diperolehi ini perlu
juga sesuai dengan perancangan masa kerja pemasangan atau penghasilan projek sekiranya
barangan atau bahan perlu didapati dari tempat lain.
3.7 Komponen – Komponen Yang Digunakan

a) Gas injap
Gas soket digunakan untuk mengawal tekanan gas yang dipasang pada penutup gas mini.

b) Gas Catridge Butane

Gas mini bertindak untuk membantu proses pembakaran


c ) Batang Rod Boleh Pelaras

Batang rod boleh laras berfungsi untuk melaras ketinggian mengikut ketinggian yang
ditetapkan.

d ) Tiub Getah

Berfungsi sebagai menyalur gas untuk melakukan proses pembakaran pada penghujung nya.

e ) Pemegang Tong Gas Mini


Berfungsi sebagai memegang tong gas mini supaya tidak menyukarkan penyelamat semasa
proses penghapusan tebuan dilakukan

f ) Penyambung Tiub Getah


untuk menyalurkan gas dengan lebih sempurna sehingga sampai ke penghujung.
Jadual Perancangan Projek
Tujuan jadual ini dibuat adalah untuk menunjukkan perancangan projek dan ianya perlu
diikuti untuk menyiapakan projek ini. Perancangan ini dibuat supaya kerja-kerja projek dapat
berjalan lancar tanpa masalah dan gangguan. Menunjukkan jadual perancangan dan
perjalanan kerja keseluruhan dalam menyiapkan projek ini.

Jadual Perjalanan projek


MINGGU TARIKH AKTIVITI PROJEK
1 30/11/15- 4/11/15 Briefing session (introduction of project 1)
2 7/12//15-11/12/15 Introduction or proposal writing (select the design/gantt chart)
and meeting with supervisor
3 14/12/15-18/12/15 Proposal writing (identify background of problem) meeting with
project supervisor
4 28/12/15-1/12/15 Proposal writing (identify problem statement) Meeting with
Project Supervisor
5 4/1/16 - 8/8/16 Proposal writing (determine objective/ project scope/ expection
result) confirmation of Project Title/Research Meeting with
Project Supervisor (progress presentation 1 with Supervisor)
6 11/1/16 – 15/1/16 Proposal writing (literature review& Methodology of Project)
Meeting with Project Supervisor Pre-presentation of Project
Proposal Idea with project Coordinator
7 18/1/16 – 22/1/16 Proposal writing (literature review & Methodology of Project)
Meeting with project Supervisor
8 25/1/16 – 29/1/16 Proposal writing (literature review & Methodology of Project)
Meeting with project Supervisor
9 1/2/16 – 5/2/16 Meeting with writing Project – Literature Supervisor review
(progress & methodology presentation of project 2 with
supervisor
10 15/2/16 – 19/2/16 Proposal writing (literature review & Methodology of Project)
Meeting with project Supervisor
11 22/2/16 – 26/2/16 Proposal writing (literature review & meeting with project
supervisor Methodology Project) Progress drawing – 100%
complete
12 29/2/16 – 4/3/16 Revise of with proposal Project with Supervisor
(progress presentation 3 with supervisor)
13 7/3/16 – 11/3/16 Preparation for presentation
14 14/3/16 – 18/3/16 PROPOSAL PRESENTATION
15 21/3/16 – 25/3/16 Discussion with supervisor or panel of judges about the
correction of proposal revise of complete proposal by supervisor
& exhibition of project 2.
Submission of complete proposal with softcopy to Supervisor
16 28/3/16 – 11/4/16 Pre-Presentation.
Submission of final marks to students project coordinator (project
supervisor)
3.5 Projek Kerja Projek
3.5.1 Peringkat Pertama (Sesi Perbincangan)

Sesi perbincangan adalah merupakan satu elemen yang penting perlu dilakukan
sebelum sesuatu projek dilaksanakan. Ini kerana perbincangan merupakan faktor
penyumbang untuk menentukan kejayaan dan kegagalan bagi sesuatu projek. Melalui
perbincangan kata putus dalam atau dalam erti kata lain, keputusan akhir jalan penyelesaian
bagi sesuatu konflik dapat diperolehi. Kebiasaannya keputusan yang terhasil adalah efisien
dan tepat.

Lantaran itu kami sekumpulan disertai dengan seorang penyelia kumpulan terlebih
dahulu telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dalam usaha bagi memastikan proses
pembuatan melaksanakan projek “Sistem Tenaga Semulajadi” ini yang bakal dijalankan akan
dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan tidak kira samada secara luaran mahupun
dalaman. Antara topik yang dibincangkan ialah berkaitan dengan kaedah penghasilan projek
yang akan dilakukan. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan laporan yang bermutu serta
anggaran masa untuk menyiapkan projek turut dibincangkan, sebagai proses perolehannya.

Kami telah berjaya mengenalpasti lokasi untuk mendapatkan sumber bahan mentah,
mesin serta masa yang sesuai untuk mendapatkan sumber bahan mentah, mesin serta masa
yang sesuai untuk menjalankan proses pemasangan projek. Selain itu, kami telah
mewujudkan carta organisasi persefahaman didalam setiap individu kumpulan ini.
3.5.2 Peringkat Kedua (Rekabentuk)

Rekabentuk kejuruteraan pada asasnya melibatkan pelbagai teknologi yang


menyerupai satu aktivti penyelesaian masalah yang kompleks. Ia adalah sebahagian daripada
satu aktiviti penyelesaian masalah yang kompleks. Ia adalah sebahagian daripada prinsip seni
yang menggunakan konsep-konsep saintifik sebagai asasnya. Rekabentuk juga merupakan
proses yang rasional dalam membuat keputusan dan kemudian cuba memilih penyelesaian
yang terbaik bersesuaian dengan skop yang dikehendaki.

Dalam rekabentuk ini, masalah itu dilihat dari pelbagai aspek dan penyelesaiannya
dibuat dalam pelbagai cara seperti menggunakan analisa matematik, pengalaman sedia ada
dam penyelesaian masalah yang lalu, menggunakan keputusan penyelidikan atau ujikaji
samada oleh rekabentuk itu sendiri atau orang lain.

Proses rekabentuk adalah satu proses yang berulang-ulang dan begitu kompleks. Ini
bermakna proses rekabentuk bukanlah satu proses sehala yang dapat digambarkan dalam
minda kita. Pada umumnya proses rekabentuk akan melalui tahap-tahap tertentu. Sebagai
contohnya, dua orang perekabentuk yang mengikuti aturan proses rekabentuk yang sama,
akan tetapi diperingkat akhir mereka akan menghasilkan produk yang agak berlainan.

Rekabentuk yang bermutu tinggi mempunyai faktor-faktor berikut :-

a) Fungsi (apakah yang dilakukan oleh rekabentuk itu)


b) Prestasi (adakah fungsi itu dapat berjalan dengan baik)
c) Estetik (bagaimana rupa penghampiran itu)
d) Pembuat (bagaimana ianya dibuat dan dikeluarkan)
e) Pembungkusan (bagaimana cara ianya dibungkus)
f) Ketahanan ( beberapa lama ia boleh digunakan)
g) Kos (berapakah kos pembuatan)
h) Daya tarikan (adakah ia dapat menarik perhatian pembeli atau pengguna)
i) Intergrasi (bagaimana ia dapat menarik perhatian pembeli atau pengguna)
Sekiranya rekabentuk itu adalah dari jenis rekabentuk produk maka beberapa perkara
dibawah juga perlu dipertimbangkan, antaranya ialah:-

a) Produk itu mudah dipasang


b) Produk itu mudah dibuka semula
c) Produk iti mudah dijaga dan disenggarakan
d) Produk itu mudah digunakan
e) Produk itu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik

Rekabentuk juga merupakan elemen terpenting dalam sesuatu proses penting untuk
menjayakan sesuatu projek. Ini kerana melalui lakaran reka bentuk, kita dapat melihat
gambaran bentuk sebenar projek secara secara pandangan mata kasar. Tanpa lakaran
rekabentuk, gambaran sebenar adalah malar dan sukar untuk difahami.

Justeru, kami telah cuba membuat lakaran sebenar projek melalui lukisan mekanikal
terlebih dahulu sebelum lakaran sebenar dibuat menggunakan idea berkomputer. Lakaran
yang dibuat adalah berbentuk autografik dimana ia merangkumi pemandangan 3 dimensi
pandangan atas, tepi dan hadapan. Melalui cara tersebut semua kedudukan kelengkapan
projek dapat dilihat. Berdasarkan kepada logik dan rasional kami dapat mengetahui samada
kelengkapan sesuatu projek bersesuaian atau tidak. Disamping itu, ukuran bagi setiap
bahagian juga turut disertakan.

a) Idea Awalan
Idea awalan adalah merupakan satu idea yang pertama yang dibincangkan dan
dikemukakan oleh kumpulan sebelum idea akhir dibentuk. Penyelesaian masalah
serta pembaikan rekabentuk daripada idea-idea awalan dilakukan bagi
menghasilkan idea terakhir produk.
b) Idea Akhir
Mewujudkan satu aliran yang bertujuan untuk merancang rekabentuk mesin yang
mempunyai hasil daripada satu pergerakan dan mam menggerakkan bahagian
yang lain. Ianya perlu bertepatan dengan kehendak kerja yang akan dilaksanakan.

c) Keputusan
Setelah membuat kajian dan penyelesaian masalah dengan mengambil kira semua
aspek maka keputusan yang diambil ialah mewujudkan model mesin yang
bersesuaian dengan fungsi kerja yang akan dioperasikan oleh mesin selain dari
menumpukan aspek dan ciri-ciri keselamatan.

PERINGKAT KETIGA
(PROSES PENGUKURAN DAN PEMILIHAN BAHAN MENTAH)

Bagi peringkat ini, proses pengukuran dijalankan setelah bahan mentah yang hendak
digunakan diperolehi dan kelengkapan-kelengkapan lain sudah dikenal pasti saiznya.
Penghasilan rekabentuk sesuatu projek bergantung pada pemilihan bahan mentah, peralatan
yang digunakan, peralatan keselamatan dan rupa bentuk projek itu dan kemahiran yang
terdapat pada pekerja.

Dan menghasilkan ‘Penghapus Tebuan’ ini, terdapat beberapa jenis pemilihan bahan
mentah yang digunakan bergantung pada keperluan dan kegunaan sesuatu produk yang
hendak dihasilkan. Biasanya bahan mentah yang dipilih adalah bersesuaian dengan keperluan
projek. Faktor pemilihan bahan mentah berdasarkan kekuatan dan ketahanan bahan mentah
dalam penghasilkan produk.
CARTA GANTT

Projek “Penghapus Tebuan” dimulakan dengan pembentangan jadual perjalanan bertujuan


agar kami dapat melaksanakan seperti apa yang telah dirangka mengikut jadual yamg telah
disediakan. Ia juga dapat membantu kami dalam mencapai objektif sebenar kami disamping
memenuhi dapat menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan. Carta Gantt
ditunjukkan di bawah.

Jadual Carta Gantt

PERANCANGAN/MNGGU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Taklimat (pengenalan)
Pengenalan penulisan proposal

Penentuan tajuk projek

Mengenalpasti penyataan
masalah
Pengesahan tajuk projek

Penulisan proposal

Pra-pembentangan projek

Literature& metodologi projek

Pembentangan 2 bersama
penyelia
Proses lukisan

Pembentangan 3 bersama
penyelia
Persediaan untuk pembentangan

Pembentangan proposal
KESIMPULAN

Kesimpulannya proses penghasilan sesuatu satu produk tidak kira sama ada produk
tersebut merupakan produk sedia ada, produk yang melalui proses penambahbaikan mahupun
baru produk di pasaran haruslah melalui proses rekabentuk. Setiap proses rekabentuk yang
dilakukan perlulah berdasarkan faktor-faktor yang mampu menjamin dan kejayaan sesuatu
produk.

Dalam proses merekabentuk sesuatu produk pelbagai, kriteria dan objektif yang
perlu kami kenalpasti dan ambil berat. Antara kriteria yang perlu ada pada sesuatu produk
ialah saiz, keselesaan, keselamatan bahan yang digunakan kehendak pelanggan dan banyak
lagi. Kesemua kriteria dan objektif yang dikenalpasti perlu dikaji untuk memastikan
rekabentuk yang akan dibina atau dibuat mencapai pada tahap yang memuskan dan
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Setiap rekabentuk perlu diambil kira semua bidang yang berkait dengan bidang
pembuatan, bidang elektrik, mekanikal dan pemasaran. Semua bidang yang terlibat akan
mempengaruhi reka bentuk akan dihasilkan bergantung penuh kepada aspek-aspek yang
untuk dipenuhi.

You might also like