Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PONTIAN, KUALA ROMPIN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN KWAPM MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN


6, 2019 BIL 1 /TAHUN 2019

Tarikh : 15 Januari 2019


Masa : 2.00 P.M.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pontian
Pengerusi : Puan Hajah Sapura Binti Ihsan
Kehadiran (Bilangan) : 10 orang
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir
Turut Hadir (Jika ada) : -Tiada-

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat
adalah untuk memutuskan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang layak
menerima KWAPM bagi sesi 2019.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Minit Mesyuarat Bil. 2/ Tahun 2018 diterima setelah semakan dibuat.
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Puan Wan Roszzaimah Binti Zakaria.
2.3 Disokong oleh Encik Mohd Jamal Bin Abdul Rahim

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Untuk Makluman


Semua

4 LAPORAN KWAPM 2018 DAN LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN 2019

4.1. Kesemua pembayaran KWAPM 2018 telah diedarkan kepada murid yang
layak mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
4.2. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2019 pada bulan
Oktober 2018.
4.3. Bilangan murid yang memohon bantuan KWAPM pada 2019 adalah seramai
250 orang. Murid yang menerima Bantuan Biasiswa Sekolah Rendah akan
ditolak daripada menerima KWAPM.
4.4. Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan KWAPM berdasarkan PGK Nasional iaitu gaji minimum sebanyak
RM960.00 dan perkapita sebanyak RM244.00.
4.5. Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang layak
menerima bantuan KWAPM.
4.6. Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:
Tahun 1 : Puan Ruhaya Binti Hassan
Tahun 2 : Puan Nor Liza Binti Samad
Tahun 3 : Puan Nurul Diyanah Binti Wan Ibrahim
Tahun 4 : Puan Noor Elizawati Binti Ismail
Tahun 5 : Puan Roslani Binti Mohamad Rozali
Tahun 6 : Puan Wan Rozaimah Binti Zakaria
Tindakan: Untuk Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

5 KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2019


5.1. Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 250 orang murid diperakukan lulus
bagi menerima bantuan KWAPM tahun 2019 .
5.2. Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan KWAPM kepada
murid dibuat dalam bentuk wang tunai dam diedarkan kepada murid.
5.3. Mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan KWAPM adalah dalam
tempoh 14 hari daripada peruntukan diterima oleh sekolah sebagaimana
yang tercatat dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun 2010
mengenai Bantuan KWAPM.
Tindakan: Untuk Makluman Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

6 HAL-HAL LAIN
6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.

7 PENUTUP
7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………........................................ ……………………...............................……….
( NOOR SYAZWANI BINTI AZMAN) ( WAN NORHASHIMAH BINTI WAN HASSAN)
Setiausaha AJK KWAPM SK Pontian Penolong Kanan HEM SK Pontian

Tarikh: Tarikh:

You might also like