BM Bhs Rasmi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PERANCANGAN BAHASA (BBM 5103)

PROF. MADYA DR ABDUL RASHID BIN DAING MELEBIK

BAHASA MELAYU SEBAGAI


BAHASA RASMI

OLEH:

HAFIZAH BINTI ABD JAMIL


MASTER BAHASA MELAYU
MATRIK : GS 39684
1.0 PENGENALAN

Pada zaman pemerintahan British Bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa

penghantar utama di sekolah-sekolah vernakular Melayu. Sekolah-sekolah vernakular

bangsa lain menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini berlaku

disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah British pada masa itu. Namun

apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pelbagai usaha untuk memertabatkan

bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu pada masa itu. Pada

1956 Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran

pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai bahasa

penghantar disemua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan

kebangsaan dan alat komunikasi pelbagai kumpulan etnik,i dialek serta bahasa.

Menurut Penyata Razak (1956 ) juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah rakyat

bersatu-padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai

bahasa penghantar yang utama. Pernyataan ini disemak oleh sebuah jawatankuasa

yang diketuai oleh Abdul Rahman Taib, beliau merupakan Menteri Pelajaran pada

masa itu dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman Taib ( 1960 ).

1
2.0. PERANAN

2.1. Pentadbiran

Bahasa Melayu memainkan peranan di dalam pentadbiran Kerajaan Pusat,

Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bahasa Melayu dapat dimartabatkan

sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dengan adanya kuasa pada Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA). JPA sebagai pentadbiran negara telah memastikan

bahawa dasar bahasa yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa

pentadbiran negara dipatuhi. JPA menetapkan kelayakan tertentu dalam bahasa

Melayu untuk tangga gaji tertentu mengikut jenis jawatan. Calon bagi sesuatu jawatan

dalam tangga gaji tertentu hanya boleh dipertimbangkan jika dia mempunyai gred

kepujian atau lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam PMR, SPM dan

pengesahan dalam jawatan dan kenaikan pangkat. Cara ini menjadikan Bahasa Melayu

mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri. Keperluan ini telah mendorong rakyat

Malaysia berusaha mencapai kecekapan dalam Bahasa Melayu.

2.2. Pendidikan

Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan

menggunakan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah malah institusi-institusi

pengajian tinggi juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama

mereka. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran

2
1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk

meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang

kaum. Bahasa pengantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga akan

merealisasikan hasrat negara yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan

bangsa Malaysia. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat

sesebuah negara kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan

fikiran. Oleh itu bahasa pengantar yang sama di seluruh sekolah di sesebuah negara

mampu untuk menyatupadukan rakyatnya. Dasar bahasa pendidikan Malaysia iaitu,

peranan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi semua sistem

pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian

tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu,

peranan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya

di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau

penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996.

2.3. Perniagaan

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmiah dan bahasa ilmu sejak dahulu lagi.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar antara pedagang-pedagang di Tanah

Melayu pada waktu itu dan sehingga ke hari ini. Bahasa merupakan alat perhubungan

bagi manusia menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau

isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan

menggunakan bahasa sebagai komunikasi yang dapat difahami oleh semua

3
masyarakat. Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa undang-undang dan

dokumen-dokumen rasmi kerajaan.

2.4. Perhubungan

Bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan dan dalam komunikasi harian.

Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa tulisan dalam dokumen rasmi, borang-

borang, surat-menyurat dan papan tanda. Begitu juga dalam media cetak seperti surat

khabar dan media cetak seperti televisyen.

4
3.0. FUNGSI

3.1. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar di Sekolah

Dasar bahasa pendidikan Malaysia iaitu, peranan bahasa Melayu menjadi bahasa

penghantar utama bagi semua system pendidikan formal peringkat sekolah rendah

kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam

akta pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar pendidikan terutamanya diinstitusi-institusi pendidikan tinggi swasta

mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia

meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996, dapat

ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa penghantar di semua

institusi pendidikan dalam system pendidikan kebangsaan. Namun demikian , menurut

Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan kuasa untuk mengecualikan penggunaan

bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sesebuah institusi pendidikan.

Peruntukan tersebut secara jelas memastikan bahawa peranan dan status bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan yang positif dan

dinamik.

3.2. Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan Rakyat Malaysia

Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan

menggunakan bahasa penghantar utama yang sama. Semua kaum di Malaysia

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah

malah institusi-instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai

5
bahasa penghantar utama mereka.pengajian tinggi. Bagi merealisasikan peranan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata

Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa

dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman

perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Garvin dan Mathiot

(1968) menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa stendart ialah fungsi

penyatuan Bahasa boleh menjadi alat yang mengbhubungkan semua dialek dengan

satu bahasa yang sama. Bahasa penghantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga

akan merialisasikan hasrat Negara yang ingin mewujudkan satu bangsa yang

dinamakan bangsa Malaysia. Kesefahaman di dalam politik dan agama sahaja tidak

memadai untuk sesebuah Negara menyatupadukan rakyatnya. Bahasa adalah alat

yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat sesebuah Negara kerana bahasa

merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran. Kerana itulah, bahasa

penghantar yang sama di seluruh sekolah di sesebuah Negara mampu untuk

menyatupadukan rakyatnya.

3.3. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmiah dan bahasa ilmu sejak zaman

kesultanan Melayu lagi. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar antara pedagang-

pedagang di Tanah Melayu pada waktu itu. Nilai dan taraf bahasa Melayu mengalami

penurunan di zaman pemerintahan British. Setelah negara Malaysia mencapai

kemerdekaan bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa Kebangsaan dan

seterusnya sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai bemula dari

6
sekolah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi-institusi pengajian tinggi. Dasar

bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama

bagi semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah

dan pengajian tinggi telah meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961.

3.4. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi

Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau

pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai

berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa komunikasi yang

dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh

semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu idea. Setiap idea perlu

disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna

pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan

akan dapat mempertingkatkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu

sama lain.

7
4.0. KEPENTINGAN

4.1. Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada

agenda pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan

Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantarnya ( Abu Hassan Othman, 1997 ). Hasrat

negara untuk membentuk sebuah negara bangsa akan terlaksana dengan pembinaan

sekolah- sekolah yang dapat menyatukan kaum-kaum di Malaysia.

4.2. Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Lingua Franca

Bahasa Melayu ialah lingua franca di rantau Melayu dan Indonesia. Dalam kitab

Sejarah Melayu menceritakan para pedagang berusaha untuk mempelajari serta

menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan

pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Melalui penelitian dan

kajian yang terperinci, bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa

komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka

pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan

dan hubungan diplomatic. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin ( 2007 ), Melaka

berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan.

Tiada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa

komunikasi yang luas di rantau ini. Pada ketika itu bahasa Melayu dapat difahami oleh

pelbagai kaum termasuk penjajah British, Portugis dan Belanda. Surat-surat rasmi dan

8
dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu sebagai dengan

menggunakkan tulisan jawi. Dokumen-dokumen berkenaan undang-undang tubuh

negeri-negeri Melayu juga menggunakkan bahasa Melayu dan ditulis menggunakkan

tulisan jawi. perdagangan dan hubungan diplomatik.

4.3.Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik

Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian,

sebagai bahasa komunikasi, dan bahasa persuratan maka telah dipersetujui dan

disepakati oleh peminpin pelbagai kaum di Negara ini agar bahasa Melayu menjadi

bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen

tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Perkara

152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang

merdeka.

4.4. Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Perpaduan

Menurut Penyata Razak (1957), bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai

alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang

berbilang kaum. Jelaslah bahawa bahasa Melayu telah dijadikan alat perpaduan yang

sangant penting kepada Negara Malaysia yang berbilang bangsa. Perpaduan antara

masyarakat Malaysia adalah sangat penting bagi merealisasikan hasrat Kementerian

Pendidikan Malaysia yang ingin menjadikan system pendidikan Malaysia menyamai

9
taraf pendidikan dunia. Tanpa perpaduan juga Negara akan kucar- kacir dan paling

ditakuti akan memusnahkan sebuah Negara yang sememangnya aman dan masyhur di

seluruh dunia dengan masyarakatnya yang bersatu walau berlainan bangsa, etnik, dan

kepercayaan. Masyarakat dunia telah mengetahui bahawa Negara Malaysia

mempunyai tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan

penduduk asal Malaysia serta menjadi kaum yang terbesar di Malaysia, iaitu melebihi

lima puluh peratus daripada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Kerana itulah juga,

bahasa melayu telah dipilih berdasarkan kaum majority penduduk. Negara Malaysia

telah mewajibkan seluruh penduduk Malaysia mengetahui bahasa Melayu dengan

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam konteks hubungan antara

kaum. Garvin dan Mathiot (1968) menyatakan, bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa

standard ialah fungsi penyatuan. Terbuktilah bahawa bahasa boleh bertindak sebagai

alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek

bahasa yang sama, dan dengan sedemikian dapat menyatukan mereka ke dalam satu

masyarakat bahasa. Ini akan dapat merealisasikan hasrat Negara yang mahu

mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia.

10
4.0. KESIMPULAN

Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya sejak

zaman kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu

kerana Bahasa Malaysia mudah untuk dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain

di samping ciri-ciri yang keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Bahasa Melayu juga sentiasa dapat menerima pengaruh bahasa – bahasa yang lain

dan menyebabkan bahasa Melayu dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua

franca di kepulauan Melayu pada masa itu. Setelah Negara Malaysia mencapai

kemerdekaan bahasa Melayu telah diberi keutamaan untuk menjadi bahasa rasmi atau

bahasa kebangsaan Negara yang sememangnya telah menaikkan taraf dan nilai

bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah rendah

kebangsaan, sekolah menengah serta institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa Melayu juga telah dijadikan alat perpaduan yang terpenting di dalam system

pendidikan Melayu. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa komunikasi utama bagi

masyarakat Malaysia seterusnya telah menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa

ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha untuk memelihara serta

memertabatkan bahasa Melayu sehingga ke tahap antarabangsa. Peranan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang

digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, memenuhi fungsi komunikasi

perkhidmatan awam, yakni komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan

sektor awam, antara jabatan sektor awam dengan sektor swasta dan korporat atau

sebaliknya dan komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang awam atau

11
sebaliknya. Kita juga harus melihat peranan utama dan peranan komunikatif bahasa

kebangsaan kerana sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan

mempunyai peranan utama, yang antara lainnya menjadi lambang atau citra Malaysia.

Ia dibuktikan dengan penggunaannya di tempat awam, penggunaan nama khas dan

melalui media massa berstatus negara, menjadi wahana pemersatuan warganegara

dan rakyatnya dengan konsep ‘satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa

Malaysia.’

Selain itu, bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan)

antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan umum antara individu

berlainan etnik. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa dan budaya yang

menggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. Bahasa dan sastera

tidak boleh dikesampingkan kerana ianya umpama irama dan lagu, sekiranya salah

satu daripadanya tiada maka yang satu lagi akan pincang. Bahasa Melayu juga

mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara kerajaan dengan orang ramai,

antara sektor awam dengan swasta dan korporat. Begitu juga sektor swasta dan

korporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya. Bahasa Melayu tidak

ketinggalan digunakan dalam penyampaian maklumat bagi segala bentuk iklan, nama

khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya dipamerkan di tempat awam atau di

khalayak ramai atau siaran melalui media massa. A. Aziz Deraman (2006) dalam kertas

kerjanya bertajuk “Kebudayaan, Pendidikan dan Bahasa Melayu” menyatakan bahawa

bahasa Melayu sudah mengambil tempat yang sewajarnya dan dimartabatkan sebagai

bahasa nasional Negara-negara serumpun selepas kemerdekaan Indonesia (1945),

12
Malaysia (1957) dan Berunai Darussalam (1984). Bahasa Melayu berjaya dalam

banyak lapangan kehidupan sebagi bahasa ilmu, alat komunikasi dan pemersatuan

rakyat. Dalam tempuh relatifnya singkat, baik di Malaysia atau Indonesia, bahasa

Melayu dengan cepat mengambil alih bahasa Inggeris atau bahasa Belanda sebagi alat

pemersatu bangsa dan bahasa yang begitu terbuka berkembang maju mengikut

keperluan negara.

Bahasa Melayu juga berpengaruh dan berperanan yang besar dalam memupuk

kesenian bangsa dengan penghayatan dan penyertaan yang menyeluruh. Tamadun

silam seperti yang pernah dilalui oleh orang Yunani-Romawi, tamadun Islam, tamadun

India dan tamadun Cina banyak mengekalkan fikiran dan perasan kesenian bangsanya

melalui bahasa. Peranan kesusasteraan, yakni persuratan dan penulisan, terletak disini.

Bahasa memupuk resam, nilai dan norma sesuatu bangsa. Dalam situasi politik

ekonomi dan sosial yang berubah, bahasa tetap mampu mengisi keperluan sesebuah

tamadun.

13

You might also like