Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TERIANG

07000 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN


TEL / FAX : 04 – 9551361
Email : KBA6007@moe.edu.my

“KEDAH AMAN MAKMUR HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

Ruj. Kami : 700-10/4/3 (014)


Tarikh : April 2019

Kepada,
Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi,
Aras 6, Bangunan LADA,
07000 Langkawi, Kedah

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM JOM SIHAT DAN PAMERAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kuala Teriang


akan mengadakan Program “Jom Sihat ” mengikut ketetapan di bawah :

Tarikh/Hari : 02hb Mei 2019 (Khamis)


Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Kuala Teriang

3. Objektif program “Jom Sihat” ini adalah untuk memberi pengetahuan dan memupuk
sikap pelajar tentang pemakanan sihat dan cara hidup sihat.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
memberikan khidmat penceramah dan pameran kesihatan pada tarikh dan masa yang
dinyatakan di atas.

5. Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan amat diharapkan bagi menjayakan
program tersebut dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................

You might also like