Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

DESENTRALISASI
(PENGAGIHAN KUASA PUSAT PERSEKUTUAN)

Desentralisasi disifatkan sebagai proses pengagihan kuasa


pentadbiran, perundangan dan kewangan secara beransur-
ansur daripada kerajaan pusat (Persekutuan) kepada kerajaan-
kerajaan negeri Melayu Bersekutu. Dalam ertikata lain,
Desentralisasi bertujuan menambahkan kuasa Sultan serta
negeri dan mengurangkan pemusatan kuasa di tangan Residen
Jeneral di Kuala Lumpur. L.A. Mills menghuraikan maksud
dasar Desentralisasi sebagai, pemulangan kuasa pentadbiran,
perundangan dan kewangan secara berperingkat-peringkat
oleh kerajaan Pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri, dan
pada masa yang sama kerajaan Pusat mengekalkan kuasa yang
cukup dengan tujuan untuk menjaga keselarasan pentadbiran
dan kestabilan kewangan di dalam negara yang dari segi
politiknya empat (negeri) dan ekonominya satu (dipusatkan).

Proses pengagihan ini seperti disebut oleh L.A. Mills, berlaku


berperingkat-peringkat. Umumnya terdapat tiga peringkat,
iaitu peringkat permulaan yang berkembang dari awal
pembentukan Persekutuan hingga menjelang 1920 dengan di
tandai oleh Pembentukan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada
tahun 1909. Peringkat kedua bermula pada tahun-tahun
selepas Perang Dunia Pertama hingga tahun 1930. Peringkat
Ketiga berlaku antara tahun 1930 hingga Perang Dunia Kedua.
Rancangan pengagihan kuasa pusat tidak dapat dijalankan
sepenuhnya kerana pada tahun 1939 peperangan bermula di
Eropah dan pada tahun 1941 tentera Jepun menyerang Tanah
Melayu.

DESENTRALISASI PERINGKAT AWAL (1896-1920)

Memandangkan kuasa Residen Jeneral terlalu besar ia telah


menjejaskan kelicinan pentadbiran negeri-negeri anggota
Persekutuan. Malah kadangkala kuasa Residen mengatasi
kuasa Gabenor (Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri
Melayu). Kuasa Residen-Jeneral yang demikian sifatnya
menimbulkan kritikan-kritikan para Sultan. Pihak Inggeris
mula sedar bahawa `hati' Sultan-sultan mestilah dipelihara
supaya penguasaan Inggeris tidak tergugat oleh penentangan
menyeluruh orang Melayu.

1
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Sultan kehilangan kuasa kecuali dalam hal-ehwal agama Islam


dan adat resam. Dibandingkan dengan Sultan-sultan di Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu Sultan-sultan Negeri-negeri itu
mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Justeru kerana itu pada
tahun 1903, Sultan Idris ketika berucap di Persidangan Raja-
raja Melayu Kedua (Durbar) di Kuala Lumpur telah mengkritik
pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur.
Dipetik ucapan baginda, antaranya menyebut:

“Negeri-negeri ini sekarang adalah diketahui sebagai


Negeri-negeri Bersekutu tetapi beta tidak begitu
faham apakah yang dikatakan Persekutuan ini. Tuan-
tuan semua sedar bahawa negeri ini telah bersahabat
baik dan saling membantu di antara satu sama lain.
Sekiranya keempat-empat negeri ini digabungkan
menjadi satu, adakah boleh dikatakan bahawa sebuah
negeri itu membantu akan negeri yang lain? Bila
disebut bantu, mestilah ada lebih daripada satu pihak,
kerana jika ada satu pihak sahaja, di manakah yang
menolong dan di manakah yang kena tolong?...Adalah
menjadi harapan beta bahawa hal ehwal tiap-tiap
negeri itu hendaklah diselenggarakan oleh pegawai-
pegawainya sendiri supaya tiap-tiap kerajaan itu
adalah berasingan.”

Sultan Idris menentang pergabungan (Persekutuan) kerana


menurut Perjanjian Pangkor cuma Residen dan bukannya
Residen Jeneral yang menjadi Penasihat Sultan. Seterusnya
baginda mempersoalkan keterlibatan yang sedikit orang-orang
Melayu dalam pentadbiran Persekutuan. Akhirnya baginda
mencadangkan supaya diadakan pengawalan yang lebih
berkesan terhadap Residen Jeneral.

Sidang Raja-raja (Durbar) tidak memberi apa-apa erti malah


merupakan perarakan istiadat kebesaran Raja-raja yang
membazir wang sahaja. Malah persidangan itu tidak pula
diadakan secara berkala tetap. Persidangan pertama diadakan
pada tahun 1897. Persidangan kedua hanya pada tahun 1903.
Keadaan ini menunjukkan bahawa Sidang Raja-raja tidak
penting. Namun demikian melalui persidangan ini peluang
diperolehi oleh Sultan-sultan untuk membincangkan rasa

2
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

tidakpuas hati mereka terhadap kuasa dan pentadbiran


Persekutuan.

Pada tahun 1909 negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan


Terengganu diserahkan kepada British. Oleh itu British
bertujuan untuk mempengaruhi negeri-negeri tersebut
termasuk Johor (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu)
menyertai Persekutuan. Negeri-negeri itu tidak akan menyertai
Persekuktuan jika penyertaan dalam Persekutuan bererti
Sultan-sultan akan kehilangan kuasa.

Pendirian atau sikap kurang senang Sir John Anderson,


Gabenor Negeri-negeri Selat, terhadap Persekutuan umumnya
dan kuasa Residen Jeneral khasnya. Beliau yang menggantikan
Frank Swettenham pada tahun 1904, menganggap Persekutuan
dan kuasa Residen Jeneral keterlaluan sehingga menjejaskan
matlamat penguasaan tidak langsung dan ciri-ciri demokrasi
dan kerajaan berperwakilan. Sir John Anderson juga
bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh para Sultan
berkenaan. Disamping itu beliau juga mempunyai motif
peribadi, iaitu mahu memelihara kedudukannya sebagai
penguasa tertinggi ke atas wilayah Inggeris di kawasan ini.
Saingan yang diwujudkan oleh kuasa Residen Jeneral boleh
menjejaskan kedudukannya. Oleh itu dengan pembentukan
Majlis Mesyuarat Persekutuan, beliau selaku Pesuruhjaya
Tinggi akan menjadi Presiden Majlis tersebut, mengatasi
secara langsung dan dekat kuasa Residen-Jeneral.

Atas sebab-sebab ini maka terbentuklah Majlis Mesyuarat


Persekutuan pada tahun 1909.
MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN

Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan oleh Gabenor Sir


Anderson (menggantikan Sir Frank Swettenham pada tahun
1904) setelah adanya bantahan daripada Raja-raja Melayu
berhubung dengan kuasa Residen Jeneral.

Pada tahun 1904, Sir John Anderson, Gabenor Negeri-negeri


Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi melakukan percubaan yang
pertama untuk merombak sistem pemusatan kuasa. Hasilnya
diwujudkan sebuah Majlis Mesyuarat Persekutuan (Majlis
Mesyuarat Persekutuan) pada tahun 1909. Satu perjanjian

3
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

mengenai penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan ini


ditanda tangani oleh Sultan-sultan.

Di antara kandungannya Perjanjian penubuhan Majlis


Mesyuarat Persekutuan ialah:
(a) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan hendaklah terdiri
daripada Pesuruhjaya Tinggi sebagai Yang Dipertua
Majlis, Residen Jeneral (pada tahun 1910 jawatan ini
ditukar menjadi Ketua Setiausaha Persekutuan),
Residen-residen dan Sultan keempat-empat buah
negeri ahli tidak rasmi yang mewakili kalangan
peniaga. Ahli tidak rasmi akan dilantik oleh
Pesuruhjaya.
(b) Majlis Mesyuarat Persekutuan ditugaskan mengurus hal-
ehwal mengenai hasil dalam negeri dan kewangan
setiap negeri yang terlibat dalam Persekutuan
termasuk tugas-tugas menimbangkan belanjawan dan
pemungutan hasil tahunan.
(c) Majlis Mesyuarat Persekutuan berkuasa membuat
undang-undang bagi seluruh negeri yang bersekutu dan
setiap undang-undang itu mestilah ditandatangani oleh
Raja-raja Melayu sebelum ia dikuatkuasakan. Undang-
undang yang dibuat oleh negeri dianggap tidak sah dan
dibatalkan sekiranya bertentangan dengan undang-
undang yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Kekuasaan Majlis Mesyuarat Negeri di dalam bidang
agama dan adat resam disahkan.

Perjalanan Majlis Mesyuarat Persekutuan

Perjalanan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada peringkat awal


penubuhannya memuatkan percaturan kuasa antara Gabenor
Negeri-negeri Selat (Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri
Melayu), Sir John Anderson, dengan Residen-Jeneral.
Percaturan ini menjejaskan keberkesanan kuasa dan
pelaksanaan tugas Majlis tersebut. Semua ini berpunca dari
tujuan yang tersirat di sebalik penubuhan Majlis Mesyuarat
Persekutuan. Majlis ini dipelopori oleh Sir John Anderson bagi
memusatkan kuasa pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Bersekutu ke Singapura. Sebagai langkah ke arah itu kuasa
Residen Jeneral dikurangkan.

4
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Oleh itu pada 1910, jawatan Residen Jeneral ditukar kepada


taraf dan kuasa baru, dan memakai gelaran baru, iaitu Ketua
Setiausaha Persekutuan. Anderson mengambil kesempatan
daripada kemudahan jalan-raya, keretapi dan taligraf yang
semakin maju untuk memulakan hubungan terus dengan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau dengan pusat
pentadbiran Persekutuan, Kuala Lumpur. Anderson
memastikan ia dapat hadir dalam setiap persidangan Majlis
itu, malah meminta Carcosa yang menjadi tempat kediaman
Residen-Jeneral diserahkan kepada kegunaannya (Pesuruhjaya
Tinggi). Sebuah rumah yang kecil daripada Carcosa dibina
untuk kediaman Residen-Jeneral.

Manakala matlamat utama dan rasmi penubuhan Majlis


Mesyuarat Persekutuan, menurut alasan Sir John Anderson,
adalah bagi membantu ke arah pembentukan pentadbiran yang
lebih baik. Golongan peladang, pelombong dan peniaga yang
semakin ramai dan penting bolehlah diwakili dalam Majlis
Mesyuarat Persekutuan untuk bekerja bagi kemakmuran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu secara keseluruhannya.
Sementara itu Majlis Mesyuarat Persekutuan akan menambah
lagi kuasa Raja-raja dan Residen disamping berkesempatan
bertemu secara langsung dengan Pesuruhjaya Tinggi di setiap
persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Sebagai ahli Majlis
Mesyuarat Persekutuan Raja-raja dapat turut serta kononnya
memainkan peranan dalam pentadbiran pusat. Anderson
terpaksa menekankan perkara ini kepada Raja-raja kerana
terdapat penyuaraan rasa tidak puas hati di kalangan Raja-raja
terhadap kedudukan mereka dalam sistem Persekutuan.

Walau bagaimanapun dalam perjalanan Majlis Mesyuarat


Persekutuan sebenarnya, terdapat ciri-ciri yang bertentangan
dengan apa yang digambarkan oleh Anderson tadi. Pada
asalnya Majlis Mesyuarat Persekutuan dicadangkan menjadi
sebuah badan penasihat kepada Sultan-sultan, tetapi
sebaliknya kedudukan Sultan-sultan di dalam Majlis itu
hanyalah sebagai ahli biasa sahaja. Mereka tidak mempunyai
kuasa atau peluang menjadi Pengerusi atau Lembaga tertinggi
Majlis tersebut dan tidak pula memilikki kuasa pembatal
(veto). Malah kehadiran para Sultan tidak penting kerana
persidangan Majlis itu tetap dilangsungkan walaupun tanpa
mereka. Manakala usul-usul yang diluluskan oleh Majlis

5
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

ditanda tangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya oleh


Sultan.

Sebagai sebuah badan pentadbiran tertinggi, anehnya Majlis


Mesyuarat Persekutuan tidak boleh mengesahkan undang-
undang. Semua usul atau rang undang-undang yang diluluskan
oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan mestilah disahkan oleh
MMN sebelum dijadikan enakmen. Sultan sebagai Presiden
MMN kononnya mempunyai kuasa besar kerana bertanggung-
jawab mengesahkan sesebuah usul atau rang undang-undang.
Hakikat sebenarnya pengesahan Sultan (dan MMN) hanyalah
sebagai kehendak tatacara sahaja. Sultan (dan MMN) tidak
berkuasa menolak usul atau rang undang-undang yang
dibentuk oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan, oleh itu terpaksa
menerima sahaja untuk pengesahan mereka. Malah bukan
dalam soal undang-undang, perkara-perkara pentadbiran lain
juga banyak dibolot oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan
sehingga kuasa Sultan (dan MMN) hanya terhad kepada hal-
hal adat istiadat dan agama orang Melayu sahaja.

Majlis Mesyuarat Persekutuan dalam bidang kuasa yang


digambarkan tadi, menjadi institusi yang memusatkan
kebanyakan kuasa dan bidang pentadbiran Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Oleh kerana Pesuruhjaya Tinggi juga
memegang kuasa tertinggi (selaku Presiden) Majlis Mesyuarat
Persekutuan maka bidang kuasanya bukan sahaja luas tetapi
juga tidak mudah ditentang. Beliau bertanggungjawab
mencalonkan ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi Majlis tersebut.
Beliau berhak memberhentikan ahli-ahli tidak rasmi walaupun
belum habis tempoh tiga tahun perlantikan ahli itu.
Pesuruhjaya Tinggi juga berhak meluluskan perbelanjaan khas
walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat
Jawatankuasa Kewangan Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Selalunya tindakan Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden Majlis
Mesyuarat Persekutuan sukar ditentang kerana ahli-ahli rasmi
(iaitu pegawai-pegawai tadbir yang terikat dengan kuasa
Pesuruhjaya Tinggi) yang lebih ramai daripada ahli-ahli tidak
rasmi terpaksa memberi sokongan penuh kepada Presiden
Majlis itu. Dalam ertikata lain para Residen juga terpaksa akur
dengan arahan ketua mereka sama ada ketua itu
menyampaikan arahannya sebagai Pesuruhjaya Tinggi ataupun
sebagai Presiden Majlis Mesyuarat Persekutuan.

6
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, peranan ahli-ahli


tidak rasmi tidak melebihi bilangan ahli-ahli rasmi. Mereka ini
dilantik bukanlah kerana kerajaan Inggeris mahu mencetuskan
kerajaan berperwakilan (bersifat demokrasi). Perlantikan
mereka adalah bagi memenuhi tujuan kerajaan mendapat
maklumat berkaitan kepentingan golongan yang ahli-ahli itu
wakili. Sementara itu Sultan-sultan yang ditempatkan sebagai
ahli biasa di dalam Majlis itu, tidak sedia memberi sumbangan
kerana mereka mengganggap jawatan mereka sebagai Sultan
tidak melayakkan mereka bersidang sama taraf dengan orang
kebanyakan.

Justeru itu para Sultan lebih suka berdiam sahaja. Penggunaan


bahasa Inggeris dalam perbahasan Majlis Mesyuarat
Persekutuan menjadi satu faktor lagi menyebabkan para Sultan
tidak banyak bersuara kerana tidak semua Sultan fasih
berbahasa Inggeris. Dengan sebab-sebab itu para Sultan
biasanya menghantar wakil sahaja ke persidangan Majlis
tersebut.

Kesimpulannya, Majlis Mesyuarat Persekutuan tidaklah


sebenarnya mengembalikan kuasa Sultan (dan MMN) atau
berlaku Desentralisasi, tetapi sebenarnya lebih memusatkan
(Sentralisasi) kuasa ke tangan Pesuruhjaya Tinggi. Pendek kata
Pesuruhjaya Tinggi dengan penguasaannya ke atas Majlis
Mesyuarat Persekutuan, menjadi pemerintah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Oleh kerana Pesuruhjaya Tinggi
bertanggungjawab terus kepada kerajaan Inggeris di London,
maka kedudukan kuasanya yang begitu agung di dalam
Persekutuan mendekatkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
kepada sifat sebuah tanah jajahan kemahkotaan (Crown
Colony). Kedudukan ini bertentangan dengan semangat dan
matlamat sebenar pembentukan Persekutuan pada tahun 1896.

Antara rahun 1911 hingga 1919, tidak ada langkah-langkah


penting kearah pengagihan kuasa. Hanya langkah kecil sahaja
yang dilakukan. Kerajaan British tidak mengambil sebarang
langkah dalam jangka waktu ini kerana keadaan ekonomi yang
makmur telah melahirkan perasaan puas hati dikalangan
rakyat.

7
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

DESENTRALISASI: PERINGKAT KEDUA (1920-1930)

Sebab-sebab Perlaksanaan Desentralisasi pada tahun 1920-an


(a) Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak puas hati
terhadap pemusatan kuasa pentadbiran di Kuala
Lumpur dan ternyata Sultan-sultan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu mempunyai kuasa pentadbiran
yang lebih besar.
(b) British bertujuan menarik Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Bagi mencapai matlamat itu maka rasa
tidak puas hati Sultan-sultan NNMB yang meningkat
pada masa Perang Dunia Pertama hendaklah
dikurangkan. Oleh itu kerajaan terpaksalah melayan
tuntutan-tuntutan Sultan-sultan NNMB agar
penentangan mereka berkurangan. Hanya dengan
keadaan demikian barulah Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dapat dipujuk menyertai Persekutuan.
(c) Selepas Perang Dunia Pertama, berlaku kemelesetan
dunia. Keadaan ini membawa kepada berlaku kritikan
bahawa pentadbiran Persekutuan menjadi satu beban
yang besar. Sistem pemusatan kuasa pusat melibatkan
perbelanjaan yang besar. Pada tahun 1919 pendapatan
kerajaan adalah sebanyak $72 juta, sedangkan
perbelanjaannya berjumlah $71 juta. Setelah ditolak
perbelanjaan lain, lebihan wang kerajaan pada tahun
itu hanyalah sebanyak $100,000 sahaja. Pada tahun
1920 keadaan semakin meruncing kerana pendapatan
kerajaan merosot kepada $54 juta, sedangkan
perbelanjaan meningkat besar kepada angka $114 juta.
Perkembangan ini membawa kepada krisis kewangaan
pada tahun 1921-1923.
Kedudukan kewangan yang buruk itu menyebabkan
para Sultan dan juga para pengkritik kerajaan
mendesak supaya pengagihan kuasa dilakukan.
Menurut pendapat mereka, krisis kewangan yang
dihadapi oleh kerajaan bukanlah kerana kesan
kemelesetan ekonomi dunia, tetapi berpunca daripada
perbelanjaan yang membazir pentadbiran pusat
(Persekutuan) dan sifat pentadbiran yang terlalu `top
heavy' (pegawai kanan berlebihan). Kritikan itu
disokong oleh sebuah Jawatankuasa Mengurangkan

8
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Perbelanjaan (Retrenchment Committee) yang dibentuk


pada tahun 1923 yang menganggap sistem pemusatan
Kuasa adalah terlalu mahal perbelanjaannya dan
membazir. Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha
Kerajaan Persekutuan, misalnya dianggap terlalu bebas
mengendali peruntukan dan perbelanjaan kerana
mereka tidak terikat kepada Majlis Mesyuarat
Persekutuan atau Majlis Mesyuarat Negeri. Teguran
atau cadangan pihak Penasihat Kewangan Persekutuan
boleh diketepikan oleh Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu
tindakan yang sesuai bagi mengatasi krisis kewangan
tersebut, menurut pandangan para Sultan dan
pengkritik kerajaan ialah dengan melakukan
pengagihan kuasa pusat kepada kerajaan-kerajaan
negeri.
(d) Pada tahun 1924, Sultan Idris melawat England. Baginda
membuat bantahan terhadap kegagalan pelaksanaan
pengagihan kuasa. Baginda mendesak Pejabat Tanah
Jajahan supaya meneruskan dasar pembahagian kuasa.
(e) Pada tahun 1920 hingga 1927, jawatan Gabenor Negeri-
negeri Selat (merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-
negeri Melayu) disandang oleh Sir Lawrence Guillemard.
Terdapat percanggahan pendapat di antara Guillemard
dengan Sir George Maxwell yang menjadi Ketua
Setiausaha Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini
mempengaruhi Guillemard untuk membuat pengagihan
kuasa pentadbiran Persekutuan kepada negeri-negeri. Ini
bertujuan untuk mengurangkan kuasa Ketua Setiausaha.
Menurut Guillemard, pengurangan kuasa atau sebaiknya
menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha akan
memudahkan proses pemindahan kuasa dari kerajaan
pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri. Langkah-langkah
Guillemard itu bertentangan dengan pendirian George
Maxwell yang berpendapat, pengagihan kuasa boleh
dilakukan dengan tidak perlu mengurangkan atau
menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha Persekutuan.
Justeru itu, kedua individu (ketua tadbir) ini bersetuju
dengan pengagihan, cuma kaedah pelaksanaan sahaja
yang berbeza.

Langkah-langkah Sir George Maxwell

9
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Pada tahun 1923, Maxwell menubuhkan sebuah Jawatankuasa


Pengagihan Kuasa Pusat untuk mengkaji perkara mengenai
pengagihan kuasa diketuai oleh seorang Residen British.
Jawatankuasa tersebut berpendapat bahawa arahan-arahan
dalam sistem pemerintahan yang dijalankan adalah
berlawanan dengan tujuan dan cita-cita perjanjian
Persekutuan. Jawatankuasa itu merumuskan pengagihan kuasa
pusat perlu dilaksanakan.

Cara pengagihan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa itu


ialah:
(a) Kuasa Residen ke atas jabatan-jabatan Persekutuan
ditambah.
(b) Kuasa kawalan ke atas beberapa jabatan seperti Jabatan
Perhutanan, Jabatan Pertanian dan sebagainya
dipindahkan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Langkah-langkah Sir Lawrence Guillemard

Pada tahun 1925, Guillemard mencadangkan beberapa langkah


pengagihan, antaranya:
i. penyerahan secara berperingkat-peringat kuasa Ketua
Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi dan
seterusnya jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan.
Menurut pandangan Guillemard, bidang kuasa Ketua
Setiausaha terlalu besar sehingga sukar dikawal oleh
Pesuruhjaya Tinggi dan faktor itu jugalah
menyebabkan bidang kuasa kerajaan negeri hilang.
ii. sebahagian daripada kuasa Ketua Setiausaha dipindahkan
kepada kerajaan negeri (Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri).
iii. semua jabatan kecuali perkhidmatan keretapi, kastam
dan eksais dan pos dan telegraf diserahkan kepada
tanggung jawab kerajaan negeri.

Saranan-saranan yang dikemukakan oleh Guillemard telah


diterima baik oleh Sultan-sultan. Walau bagaimanapun,
saranan-saranan beliau gagal dilaksanakan kerana mendapat
tentangan daripada golongan peladang, pelombong dan
peniaga Cina dan Eropah. Saudagar-saudagar Cina dan Eropah
bimbang pemindahan kuasa itu akan menjejaskan

10
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

keberkesanan pentadbiran dan akan menyebabkan


kepentingan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan diletakkan
di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya hal ini
terjadi, maka kepentingan mereka akan terjejas. Menurut
golongan ini sesebuah kerajaan pusat yang lemah tidak akan
menjamin perkembangan yang baik. Penentangan orang bukan
Melayu, terutamanya orang-orang Cina dapat dilihat melalui
perdebatan dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan. Pada tahun
1925, seorang wakil bangsa Cina dalam MMP, Choo Kia Peng
menyuarakan kebimbangannya berhubung dengan dasar
Desentralisasi. Beliau berpendapat apabila Sultan-sultan diberi
kuasa dan kebebasan memerintah, kemungkinan susunan
dalam perkhidmatan awam yang sebelum ini dipenuhi oleh
orang Cina akan diganti dengan orang-orang Melayu.

Tentangan juga datang daripada Persatuan British Malaya di


London (Association of British Malaya, yang dianggotai ramai
para pentadbir dan bekas pentadbir Tanah Melayu berbangsa
Inggeris). Mereka ini berpendapat kerajaan-kerajaan negeri
Melayu masih belum mampu untuk menguruskan hal-ehwal
yang penting dengan memuaskan.

Tentangan-tentangan daripada golongan pengusaha Eropah


dan Cina ini mendapat perhatian berat kerajaan justeru kerana
mereka berperanan penting memakmurkan negeri-negeri
Melayu. Natijahnya, tentangan-tentangan mereka berjaya
memaksa Guillemard menarik balik sesetengah saranannya
yang boleh menjejaskan kepentingan golongan tersebut.
Walaupun demikian, Guillemard tetap melaksanakan
pengagihan kuasa. Pada tahun 1926, kerajaan-kerajaan negeri
diberi kuasa yang lebih besar ke atas beberapa perbelanjaan
perkhidmatan negeri. Pada tahun 1927, Majlis Mesyuarat
Persekutuan disusun semula. Bilangan anggota Majlis juga
ditambah menjadi dua puluh empat orang dengan tiga belas
orang anggota rasmi dan sebelas anggota tidak rasmi.
Perubahan juga dibuat bagi membolehkan Sultan-sultan
Melayu menarik diri Majlis itu. Mereka diganti oleh wakil
masing-masing. Mereka ini akan dibenarkan melihat agenda
terlebih dahulu dan akan dibiasakan dengan prosedur atau
kegiatan MMP. Perubahan ini meningkatkan sedikit kedudukan
Sultan-sultan. Kuasa mereka juga mula ditonjolkan apabila
rang undang-undang yang digubal oleh MMP tidak akan

11
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

menjadi undang-undang selagi tidak mendapat tanda tangan


Sultan-sultan. Oleh kerana mendapat jaminan tentang
pemulihan kuasa mereka dan melihat beberapa seruan
perubahan perlembagaan yang memulangkan banyak kuasa
kepada negeri dan sultan, maka sultan-sultan telah bersetuju
terhadap cadangan perubahan perlembagaan. Persetujuan itu
ditandatangani pada 24hb April 1927.

Sir Hugh Cliford yang menggantikan Guilemard pada tahun


1927 tidak mengambil sebarang langkah untuk melaksanakan
rancangan desentralisasi. Ekoran daripada itu pada tahun
1928 Penolong Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan telah
melawat Tanah Melayu untuk mengkaji setakat mana dasar
pengagihan kuasa telah dilaksanakan. Setelah beliau mengkaji
sendiri, didapati bahawa apa yang dilakukan selama ini adalah
jauh tidak mencukupi. Beliau berpendapat, dasar Inggeris di
Tanah Melayu hendaklah ke arah memuliakan kedudukan
Sultan-sultan dengan memberikan mereka kuasa pemerintahan
yang memadai.

Sungguhpun begitu sehingga 1931, tiada sebarang langkah


diambil bagi mempercepatkan proses pengagihan kuasa.
Sebaliknya beransur-ansur kuasa-kuasa yang dipulangkan
sebelum ini kepada kerajaan negeri telah diambil balik oleh
kerajaan Persekutuan.

Setelah Sir Cecil Clementi mengambil alih jawatan Pesuruhjya


Tinggi barulah usaha-usaha yang lebih positif diambil untuk
menunaikan janji Inggeris mengagihkan kuasa seperti yang
dirancangkan dahulu.

DESENTRALISASI. PERINGKAT KETIGA (1930AN)

Sebab-sebab Perlaksanaan Desentralisasi pada Tahun 1930-an


(a) Tentangan Daripada Wakil-wakil Melayu. Walaupun
pengagihan kuasa yang dilaksanakan menurut
Persetujuaan April 1927 masih tidak memuaskan hati
Sultan-sultan dan orang-orang Melayu. Kedudukan
Sultan-sultan dan kuasa negeri-negeri tidak banyak
berubah daripada keadaan sebelum Persetujuan itu.
Sunguhpun tanda tangan Sultan-sultan perlu diperolehi
untuk menjadikan sesuatu rang undang-undang sebagai

12
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

undang-undang, tetapi keperluan itu hanyalah satu


peraturan (formality) sahaja. Wakil-wakil Sultan di
dalam MMP, terutamanya Raja Chulan dan Dato
Abdullah Haji Dahan, sering mengemukakan tuntutan
supaya kuasa pusat diagihkan lebih tegas, luas dan
berkesan kepada Sultan dan negeri-negeri. Penyuaraan
yang sama mula dilakukan oleh akhbar dan majalah
Melayu, terutamanya `Majlis' dan `Majalah Guru'.
Ucapan para wakil Sultan di MMP diberi liputan luas di
dalam akhbar/majalah tersebut.
(b) Dasar Inggeris Mewujudkan Sebuah Kesatuan Tanah
Melayu. Desakan kuat daripada Sir Cecil Clementi yang
menggantikan Sri Hugh Cliifford pada tahun 1930.
Beliau merancang untuk menubuhkan Tanah Melayu
yang bersatu. Perlaksanaan pemindahan kuasa yang
lebih luas kepada kerajaan negeri akan dapat
mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
bergabung dalam Persekutuan.
(c) Kesan Kemelesetan Ekonomi Dunia. Zaman Kemelesetan
pada tahun 1930an menimbulkan krisis kewangan
terjadi pengangguran dan timbul rasa tidak puas hati
rakyat. Permintaan terhadap getah telah berkurangan.
Akibat daripada zaman kemelesetan menyebabkan
rama orang Cina dan India dhantar pulang ke negara
mereka.
(d) Membendung sentimen keCinaan. Perpecahan kerjasama
Parti Komunis Cina dengan Kuomintang pada tahun 1927
di China mempengaruhi orang-orang Cina di Tanah
Melayu. Ekoran dari itu gerakan-gerakan berunsur
anarkis Cina wujud melalui cawangan Kuomintang dan
Parti Komunis di Tanah Melayu. Salah satu corak gerakan
itu bersifat anti-Eropah atau anti-Inggeris di Tanah
Melayu. Perkembangan ini menyebabkan pihak Inggeris
terpaksa mendapat sokongan orang-orang Melayu.
Desakan Clementi supaya dijalankan pengagihan kuasa
adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada
orang-orang Melayu bagi menentang golongan Cina anti-
Eropah tersebut.

Langkah-langkah Sir Clementi Smith

13
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

1. Pada tahun 1931, ketika Persidangan Raja-raja Melayu


Ketiga di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan, beliau
mencadangkan :
(a) Sebuah `Kesatuan' (Union) SeMalaya yang mengandungi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Neger-negeri Selat. Kesatuan
akan diiketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi.
(b) Beliau yakin bahawa hasrat untuk membentuk Tanah
Melayu Bersekutu hanya akan tercapai dengan
memberi kuasa yang lebih kepada setiap kerajaan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan cara ini,
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu akan menaruh
kepercayaan kepada Inggeris dan seterusnya
mendorong mereka untuk bersatu ke dalam
Persekutuan yang lebih besar.
(c) Jabatan-jabatan penting seperti Jabatan Polis, Kastam,
Pertahanan, Kewangan Umum, Keretapi dan
Perkhidmatan Pos diletakkan di bawah Kawalan
Kerajaan Persekutuan. Jabatan-jabatan lain seperti
Jabatan Pertanan, Pelajaran, Kesihatan dan Kerja-kerja
Awam diserahkan kepada kawalan kerajaan-kerajaan
negeri.
(d) Jawatan Ketua Setiausaha Persekutuan akan dihapuskan
dan diganti oleh Setiausaha Persekutuan (Federal
Secretary) yang lebih rendah tarafnya daripada kuasa
atau jawatan Residen negeri. Manakala Residen pula
akan menjadi lebih kurang sama taraf dengan
Penasihat Inggeris di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Clementi mendapati, kewujudan jawatan
Ketua Setiausaha Persekutuan merupakan punca
banyak kuasa tergompok di pusat atau di Kuala
Lumpur.
(e) Menurut Clementi, Tanah Melayu terlalu kecil untuk
mempunyai terlalu banyak pemerintahan yang
berasingan (iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu). Beliau menyifatkan kepelbagaian bentuk
pemerintahan tersebut sebagai satu perangkap yang
memerlukan perbelanjaan yang besar.
(f) Sebagai langkah memperkemaskan pentadbiran negeri
yang akan menerima lebih banyak kuasa, maka Majlis
Mesyuarat Negeri perlu disusun semula.

14
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Keanggotaannya akan ditambah serta diberikan banyak


kuasa dalam penggubalan undang-undang negeri.
Kerajaan negeri seluruhnya akan mendapat dua
perlima daripada pendapatan Persekutuan.
(g) Satu lagi pembaharuan penting yang dilakukan oleh
Clementi ialah pengumpulan tenaga kerja dari Asia dalam
perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. Berikutan dengan
pembaharuan-pembaharuan ini, orang-orang Melayu yang
berpendidikan Inggeris mula menuntut bahagian yang
lebih banyak dalam jawatan perkeranian. Bagi memenuhi
tuntutan tersebut, beliau telah mengadakan perkhidmatan
perkeranian yang berasingan bgi setiap Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. Jawatan perkeranian terbuka kepada
setiap kumpulan etnik yang dilahirkan serta bersekolah di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sungguhpun begitu,
keutamaan diberikan kepada anak-anak Melayu.

Di samping itu beliau juga mengambil langkah menambahkan


bilangan pegawai-pegawai Melayu dalam perkhidmatan tadbir
Melayu (Malay Administrative Service). Oleh kerana
perkhidmatan ini (MAS) adalah khusus bagi anak-anak Melayu,
maka perubahan yang dilakukan oleh Clementi dengan
sendirinya telah memperluaskan dengan banyaknya peluang
bagi anak-anak Melayu yang berpendidikan Inggeris untuk
berkhidmat dengan kerajaan.

2. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dan beberapa


tindakan yang dilaksanakannya mendapat sokongan padu
daripada Sultan-sultan khususnya, dan orang Melayu amnya.
Bagi orang Melayu, saranan-saranan Clementi merupakan
tambahan kuasa kepada Sultan-sultan dan mengurangkan
kuasa Inggeris yang berpusat di Kuala Lumpur.

3. Cadangan-cadangan Clementi telah ditentang oleh golongan


bukan Melayu terutamanya para peladang, pelombong dan
peniaga serta profesional Cina dan Eropah. Tindakan dan
saranan Clementi dianggap sebagai langkah yang boleh
mengurangkan kuasa ekonomi dan politik mereka, sebaliknya
terlalu mengutamakan orang-orang Melayu. Justeru kerana itu
tindakan Clementi menurut mereka sebagai tindakan terburu-
buru dan tidak bijak.

15
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Sebenarnya terdapat dua faktor utama yang mendorong


penentangan orang-orang Eropah dan Cina. Pertama, keadaan
negeri yang belum cukup pulih daripada kesan kemelesetan
besar (dunia) awal 1930an, tidak sesuai dilakukan perubahan
pentadbiran yang begitu besar. Apa yang lebih penting ialah
usaha menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi. Kedua,
kegagalan Clementi menarik hati penentangnya bagi berpihak
kepada beliau.

Terdapat juga bantahan dari kalangan pengusaha Cina dan


Eropah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang sudah
berpuas hati dengan kedudukan yang wujud ketika itu (status-
quo). Mereka agak berwaspada terhadap sebarang perubahan
struktur pentadbiran (negeri) kerana perubahan itu boleh
menyentuh dan menjejaskan kepentingan ekonomi mereka.

4. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mulai bimbang


kekuasaan mereka akan hilang kerana Inggeris semakin
bersungguh-sungguh memujuk dan menggunakan Penasihat
Inggeris untuk membawa mereka menyertai Kesatuan
SeMalaya. Bantahan kuat datangnya daripada Sultan Johor dan
Kedah. Mereka bimbang, kuasa pemerintahan mereka akan
hilang seperti yang berlaku ke atas Sultan-sultan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu sekiranya Kesatuan SeMalaya dilaksanakan.

Walau bagaiamanapun Clementi terpaksa memperlahankan


langkah-langkah pengagihan kuasa pusat apabila tentangan
orang-orang bukan Melayu semakin lantang. Tindakan beliau
tanpa pengetahuan dan kebenaran terlebih dahulu daripada
Pejabat Tanah Jajahan di London kurang disenangi oleh
kerajaan tertinggi di London. Namun demikian pihak Pejabat
Tanah Jajahan berada dalam keadaan serba salah dalam
perkara ini. Sekiranya Clementi diarah memberhentikan
sepenuhnya langkah-langkah pengagihan kuasa maka arahan
sedemikian itu boleh ditafsir oleh Sultan-sultan dan orang-
orang Melayu sebagai pernyataan sikap tidak percaya Inggeris
terhadap mereka. Sebaliknya, membiarkan Clementi
meneruskan tindakan-tindakan pengagihan kuasa, akan
mencetuskan kecaman dan tentangan kuat daripada pegawai-
pegawai serta para peladang, pelombong dan peniaga Eropah
dan Cina.

16
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Sebagai langkah penyelesaian, Kerajaan British menubuhkan


satu Jawatan Kuasa Khas bagi mengkaji usul Clementi. Ia
terdiri daripada lima orang saudagar dan dua orang pegawai
tadbir British. Jawatankuasa itu telah mengkritik cadangan
Clementi dengan alasan :

(a) Ia boleh merugikan Pulau Pinang dan Singapura sebagai


pelabuhan bebas. Maksudnya, Desentralisasi akan
melemahkan pembangunan ekonomi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Kesannya akan membawa
kesukaran kepada pengumpulan hasil-hasil negeri-
negeri tersebut ke pelabuhan-pelabuhan Pulau Pinang
dan Singapura pada kos yang terkawal rendah.
Sebarang peningkatan kos akan merugikan pelabuhan-
pelabuhan itu dan boleh menjejaskan sifat mereka
sebagai pelabuhan bebas.
(b) Membahagikan kuasa pentadbiran kepada Majlis-majlis
Mesyuarat Negeri akan merosakkan kelicinan
pentadbiran.
(c) Majlis Mesyuarat Negeri hampir dikuasai oleh pemimpin-
pemimpin Melayu. Oleh itu jika Majlis Mesyuarat Negeri
diberi kuasa mentadbir perkembangan ekonomi mungkin
terjejas.

Memandangkan kecaman-kecaman yang banyak disuarakan


menyebabkan Parlimen British terpaksa campur tangan.
Brigidier-Jeneral Sir Samuel Wilson, Setiausaha Tetap di
Pejabat Tanah Jajahan dihantar ke Tanah Melayu (pada tahun
1932) untuk membuat laporan mengenai usul Desentralisasi
Clementi. Samuel Wilson telah mengadakan perundingan
dengan Clementi. Hasilnya pada bulan Jun 1933, beliau
membuat laporan yang menyatakan sokongan sepenuhnya
terhadap saranan-saranan Desentralisasi yang telahpun
disusun oleh Guillemar dan Clementi. Walaupun beliau
mengakui kewajaran Tanah Melayu mempunyai sebuah
kerajaan pusat bagi mengalakkan pertumbuhan ekonominya,
tetapi beliau berpendapat Desentralisasi mustahak
dilaksanakan demi menjaga hak orang Melayu yang mudah di
atasi oleh kekuatan ekonomi dan bilangan orang kaum-kaum
asing. Oleh itu menurut pendapat Wilson pengagihan kuasa
pentadbiran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri
sememangnya amat perlu kerana langkah ini akan dapat

17
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

menarik kepercayaan yang lebih d kalangan orang-orang


Melayu terhadap British. Dengan ini satu kesatuan politik yang
tunggal dan meliputi semua negeri Melayu akan mudah
dibentuk.

Sehubungan dengan itu Samuel Wilson mencadangkan


beberapa langkah ke arah pengagihan kuasa pusat, iaitu :
(a) Jawatan Ketua Setiausaha dimansuhkan.
(b) Beberapa jabatan diserahkan kepada kawalan
kerajaan negeri.
(c) Memberi kuasa yang lebih kepada Majlis Mesyuarat
Negeri.
(d) pangkat jawatan orang Melayu dalam pentadbiran dan
kerajaan dinaikkan.
(e) Menambah perlantikan wakil-wakil bukan Melayu
dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

Sejak tahun 1934 hingga menjelangnya serangan Jepun ke atas


Tanah Melayu, beberapa langkah positif telah diambil oleh
Kerajaan British. Antaranya :

(a) Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha


dimansuhkan dan digantikan dengan seorang
pegawai yang kedudukannya lebih rendah daripada
Setiausaha Persekutuan.
(b) Majlis Mesyuarat Negeri dihidupkan kembali. Kaum-
kaum bukan Melayu (Cina, India dan British) telah
diberikan wakil mereka masing-masing. Kuasa Ketua
Setiausaha diserahkan kepada Residen.
(c) Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa menggubal
undang-undang negerinya sendiri dan pegawai-
pegawai kerajaan diletakkan di bawah kekuasaan
ketua-ketua pejabat negeri. Walau bagaimanapun
Majlis Mesyuarat Persekutuan terus menjadi pihak
berkuasa tertinggi mengenai kewangan dan
sebagainya.
(d) Majlis Mesyuarat Negeri diperbesarkan dengan
melantik ahli-ahli tidak rasmi daripada bangsa
Eropah, Cina dan India. Majlis Mesyuarat Negeri
juga ditambah kuasanya sama ada dalam bidang
kewangan ataupun tanggung jawab pentadbiran.
Misalnya, Majlis Mesyuarat Negeri Perak pada tahun

18
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

1937 mempunyai 26 orang ahli yang terdiri dari 12


ahli Melayu, 7 ahli rasmi, 7 orang ahli tidak rasmi, 3
ahli berbangsa Eropah, seorang ahli mewakili kaum
India dan 3 orang ahli berbangsa Cina.
(e) Ketua-ketua jabatan negeri diadakan. Pada tahun
1939, sebanyak enam jabatan telah diserahkan
kepada kawalan kerajaan negeri. Cuma Jabatan
Polis, Kastam, Ukur, Buruh dan Pertahanan yang
masih kekal di bawah Persekutuan.
(f) Kenaikan pangkat untuk orang-orang Melayu
diadakan.

Sehingga menjelang Perang Dunia Kedua, hampir kesemua


langkah pengagihan yang dirancangkan oleh Clementi dan
Guillemard telah dilaksanakan. Kerajaan-kerajaan negeri sudah
mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas Jabatan-jabatan seperti
Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerjaraya; dan separuh
kekuasaan ke atas jabatan-jabatan lain. Majlis Mesyuarat
Negeri dan Sultan semakin berkuasa untuk membentuk
undang-undang dan menentukan belanjawan negeri. Para
Sultan juga sering dirundingi oleh pihak kerajaan pusat
(Persekutuan) dalam hal-hal yang agak penting. Orang-orang
Melayu semakin ramai dan penting dalam pentadbiran.
Malangnya rancangan pengagihan kuasa tidak dapat
diteruskan bagi pelaksanaan sepenuhnya kerana pada bulan
Disember 1941, tentera Jepun menyerang dan mendudukki
Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan.

PENILAIAN DESENTRALISASI

Pada hakikatnya, dasar desentralisasi bukanlah satu rancangan


yang bertujuan mengembalikan semua kuasa kerajaan
Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Rancangan
desentralisasi sebenarnya merupakan satu kaedah halis dan
licin tanpa disedari bertujuan untuk menyatukan pentadbiran
Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ke dalam satu
pentadbiran pusat dengan kuasa tertinggi di tangan
Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu. Dalam ertikata lain
rancangan desentralisasi sebenarnya bermatlamat ke arah
penyatuan pentadbiran wilayah yang dahulunya terpecah
kepada tiga corak pentadbiran (iaitu Negeri-negeri Selat,

19
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu


Tidak Bersekutu). Penyatuan pentadbiran wilayah yang
demikian itu kemudiannya wujud dalam rancangan Malayan
Union.

Rancangan-rancangan seperti Kesatuan SeMalaya, Kesatuan


Pos dan Telegraf dan beberapa lagi, memperlihatkan usaha-
usaha Inggeris secara halus dan licin untuk menyatukan
pentadbiran Tanah Melayu di bawah pentadbiran pusat yang
dapat diterima oleh kesemua negeri Melayu. Matlamat inilah
yang menyebabkan Inggeris tidak mengembalikan kesemua
kuasa Sultan-sultan dan kerajaan negeri. Sehingga tahun 1940
hanya jabatan-jabatan kurang penting dan membebankan
kerajaan Persekutuan yang diserahkan kepada kerajaan-
kerajaan negeri. Jabatan-jabatan penting seperti Jabatan
Kewangan terus dikuasai dan diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan Persekutuan.

Namun demikian, memang tidak dinafikan, setelah lebih tiga


puluh tahun rancangan desentralisasi diusahakan, kedudukan
Sultan-sultan lebih selesa berbanding dengan tahun-tahun awal
pembentukan Persekutuan. Sebelum ini Sultan-sultan tidak
mempunyai apa-apa kuasa dalam pentadbiran, tetapi kini
kuasa tersebut mulai kembali pulih walaupun tidak
sepenuhnya. Beberapa jabatan kerajaan Persekutuan telah
diletakkan di bawah pengendalian kerajaan-kerajaan negeri
seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan. Manakala
Majlis Mesyuarat Negeri juga telah kembali berfungsi dengan
lebih bermakna dan diperbesarkan.

Keadaan ini secara langsung telah dapat mengembalikan atau


setidak-tidaknya telah menaikkan status Sultan-sultan yang
menjadi simbol kekuasaan orang-orang Melayu. Sultan-sultan
tidak hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat
Melayu, tetapi juga mempunyai kuasa pentadbiran (eksekutif)
dalam hal-hal tertentu. Kesemua ini menunjukkan bahawa
Inggeris begitu berhati-hati apabila membuat sesuatu dasar
yang menyentuh kekuasaan Sultan-sultan.

Justeru itu secara langsung dan tidak langsung, kontroversi


Persekutuan dan Desentralisasi khususnya bagi tempoh 1909-
1935 (dari tempoh pembentukan MMP hingga langkah-langkah

20
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Desentralisasi Clementi), membawa perubahan penting bidang


politik. Walaupun perubahan itu tidak mencetuskan kesedaran
kebangsaan (lebih tepat lagi, kenegaraan) Tanah Melayu,
kontroversi itu berjaya antara lain mewujudkan kesedaran
politik-pentadbiran di kalangan penduduknya. Kesedaran ini
berguna bagi pengenalan kepada kerajaan berperwakilan dan
meransang pertumbuhan nasionalisme Melayu.

Malangnya rancangan Desentralisasi mencetuskan


pertentangan kepentingan antara orang Melayu dan bukan
Melayu. Petanda kepada sifat majmuk masyarakat Tanah
Melayu yang masih cemburu antara satu dengan lainnya.
Kerajaan Inggeris terpaksa memelihara suasana harmoni dan
harus mempertimbangkan ciri-ciri kemajemukan itu dalam
pembentukan sesuatu dasar dan tindakannya.

21

You might also like