Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Visi & Misi

Visi
Untuk muncul sebagai peneraju dunia dalam penyelidikan keselamatan jalan raya.

Misi
Untuk memupuk sains dan kesenian dalam intervensi keselamatan jalan raya.

Lembaga Pengarah
BIL. AHLI LEMBAGA PENGARAH JAWATAN

YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye


Pengerusi
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
1
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, PENGERUSI
43650 Bandar Baru Bangi,
SELANGOR

YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim


Ketua Setiausaha
Kementerian Pengangkutan Malaysia
2 Aras 9, No. 29, Jalan Tun Hussein AHLI
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

YM Tunku Datuk Mudzaffar bin Tunku Mustapha


Pengerusi
Automobile Association of Malaysia (AAM)
3 225, Blok 4, No. 7, Persiaran Sukan AHLI
Laman Seri Bisnes Park, Section 13
40100 Shah Alam, SELANGOR

4 YBhg. Datuk Haji Azman bin Ismail AHLI


Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif
BIL. AHLI LEMBAGA PENGARAH JAWATAN

PLUS Malaysia Berhad


Menara Korporat, Persada PLUS
Persimpangan Bertingkat Subang
KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang
47301 Petaling Jaya, SELANGOR

YBhg. Dato' Shaharuddin bin Khalid


Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan
5 Aras 5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4 AHLI
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

YBhg. Dato’ Dr. Chong Chee Kheong


Pengarah
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
6 AHLI
Aras 3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, PUTRAJAYA

YBhg. Dato’ Rosli bin Isa


Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
7 AHLI
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 PUTRAJAYA

YDH SAC Shahrul Othman bin Mansor


Pengarah
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
8 Tingkat 21, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia AHLI
Bukit Aman
50560 KUALA LUMPUR

YBhg. Profesor Dr. Wong Shaw Voon


Fakulti Kejuruteraan
9 Jabatan Mekanikal dan Pembuatan AHLI
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
BIL. AHLI LEMBAGA PENGARAH JAWATAN

SELANGOR

Encik Megat Iskandar Shah bin Jamil Rais


Ketua Seksyen Sektor Perkhidmatan
Bahagian Fiskal dan Ekonomi
Tingkat 9, Blok Tengah
10 AHLI
Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Setiausaha
Puan Rabihah binti Ilyas
Ketua, Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Fungsi Lembaga Pengarah

 Untuk mengkaji semula dasar dan hala tuju strategik Institut;


 Untuk menasihati Menteri dalam perkara yang berhubung dengan Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia 2012 (Akta 748);
 Untuk membuat pengesyoran kepada Menteri berkenaan dengan kaedah, langkah dan dasar untuk diterima
pakai bagi memudahkan pembangunanpenyelidikan keselamatan jalan raya dan jika diluluskan oleh Menteri,
untuk melaksanakan dan membantu di dalam pelaksanaannya melalui Institut;
 Untuk membuat apa-apa perkara yang perlu atau berfaedah dan sesuai bagi pentadbiran, pengawalan dan
pengurusan Institut; dan
 Untuk membuat apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Lembaga di bawah Akta
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) sama ada diarahkan oleh Menteri atau
tidak.

Kuasa Lembaga Pengarah


Lembaga hendaklah menjadi badan eksekutif MIROS dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberi kepada
MIROS oleh Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748)►.

Sejarah
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai
sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti
penjanaan, penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalan raya. Hasil kajian yang diperolehi
daripada penyelidikan dan program-program intervensi berdasarkan bukti sebagai asas bagi membangunkan
strategi, undang-undang, dasar dan langkah-langkah penguatkuasaan baharu terhadap keselamatan jalan raya di
peringkat kebangsaan. Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi- agensi
kerajaan dan badan-badan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan tahap
keselamatan jalan raya.

Pada tahun 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya
ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan
raya dalam kalangan negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan
piawaian, pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.

Fungsi

(a) untuk menjalankan penyelidikan yang menyeluruh ke atas keselamatan jalan raya, dan memberikan hala
tuju umum untuk aktiviti berkenaan dengan penyelidikan keselamatan jalan raya;
(b) untuk membantu dalam pembangunan objektif, dasar dan keutamaan nasional bagi pembangunan dan
pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur;
(c) menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berasaskan kepada perkembangan terkini berkaitan dengan isu
berhubung dengan keselamatan jalan raya;
(d) untuk meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap keselamatan jalan raya;
(e) untuk mencadangkan penyelesaian yang praktikal dengan keberkesanan optimum terhadap isu keselamatan
jalan raya;
(f) untuk mengumpul, menganalisis dan menguruskan data berhubung dengan keselamatan jalan raya;
(g) untuk membangunkan, mempromosikan penggunaan, menambahkan nilai dan mengkomersialkan dapatan
penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya;
(h) untuk mengumpul, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat berhubung dengan dapatan penyelidikan
mengenai keselamatan jalan raya dengan cara menerbitkan atau menaja penerbitan terbitan berkala, jurnal, buku
dan apa-apa cara lain yang ada, dan untuk menyediakan khidmat perundingan dan nasihat mengenai isu
keselamatan jalan raya;
(i) untuk merancang dan menilai program keselamatan jalan raya, dan untuk menjalankan latihan berhubung
dengannya;
(j) untuk mengkaji semula piawaian dan hasil pembelajaran kurikulum bagi kursus memandu yang disediakan oleh
institusi memandu dan mengaudit tanda aras berkenaan dengan sistem penyampaian institusi memandu;
(k) untuk mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan oleh organisasi pemeriksaan kenderaan;
(l) untuk menjadi anggota, bergabungan dengan atau menjalin hubungan dengan mana-mana organisasi lain,
kedua-dua awam dan swasta, tempatan dan asing, yang mempunyai fungsi atau aktiviti yang serupa dengan fungsi
dan aktiviti Institut termasuk organisasi yang melibatkan diri dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan
sosiologi berkaitan keselamatan jalan raya; dan
(m) untuk bekerjasama dengan mana-mana orang, persatuan atau organisasi, kedua-dua tempatan dan asing,
dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi Institut secara efektif.

Peranan Pusat/Bahagian & Unit


MIROS diketuai oleh Ketua Pengarah dan dari segi pentadbiran ia terbahagi kepada tiga Pusat dan dua Bahagian.
Pusat-pusat tersebut adalah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, Pusat Penyelidikan
Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan dan Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan
Persekitaran manakala Bahagian pula adalah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan serta Bahagian Penerbitan dan
Pengurusan Ilmu.

Pejabat Ketua Pengarah:


Pejabat Ketua Pengarah terdiri daripada unit-unit berikut:
 Unit Korporat dan Pengurusan Ilmu (UKPI);
 Unit Pengurusan Penyelidikan dan Pematuhan (RMC); dan
 Unit Operasi ASEAN NCAP.

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Persekitaran (REER)


Pusat ini telah disusun dalam tiga (3) unit:

 Unit Analisis Data Kemalangan dan Pendedahan (CDE);


 Unit Kejuruteraan Lebuhraya dan Trafik (HTE); dan
 Unit Pengangkutan Pintar dan Pembangunan Sistem (ITS).

Beberapa objektif utama Pusat ini adalah untuk:

 Menyediakan pangkalan data kemalangan dan kecederaan kebangsaan yang dikemaskinikan secara
berterusan;
 Data peta kemalangan dengan menggunakan kod geografi, kod kemalangan RUM dan kod digital;
 Menjalankan analisis diagnostik terhadap kemalangan jalan raya dan penilaian intervensi keselamatan;
 Menjalankan penyelidikan berkenaan dengan reka bentuk jalan raya dan persekitaran jalan raya yang lebih
selamat;
 Mewujudkan model trafik berkaitan dengan kemudahan trafik dan pengangkutan; dan
 Menjalankan survei ke atas kenderaan yang dijalankan secara tahunan untuk menilai kadar Perjalanan
Kilometer Kenderaan (VKT) dan Perjalanan Kilometer Penumpang (PKT).

Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya (RUBC)


RUBC menjalankan penyelidikan secara mendalam bagi membantu mengubah tingkah laku negatif pengguna jalan
raya. Dari segi pentadbiran, pusat penyelidikan ini terbahagi kepada dua (2) unit. Setiap sub unit mempunyai skop
dan fokus penyelidikan yang lebih spesifik yang mana menyumbang kepada objektif umum dalam mempertingkatkan
keselamatan jalan raya melalui tingkah laku yang lebih positif. Unit-unit tersebut ialah:

 Unit Analisa Tingkahlaku & Penilaian (BeHAV); dan


 Unit Simulasi Tindak Balas Manusia (HuRAS).

Objektif utama pusat penyelidikan ini adalah untuk:

 Menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan kempen keselamatan jalan raya, ukuran penenang lalu lintas,
sosiologi pengangkutan, penguatkuasaan dan psikologi tingkah laku pengguna jalan raya,
 Penilaian tentang keberkesanan pengetahuan keselamatan jalan raya melalui pendidikan, dan
 Mengawas dan mengakreditasi institut memandu seluruh negara.

Pusat Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan (VSB)


Dari segi pentadbiran, untuk memastikan kelancaran kerja, Pusat ini dibahagikan kepada tiga (3) unit:

 Unit Pencegahan dan Sains Kecederaan Kemalangan (CRIS-P);


 Unit Kejuruteraan Keselamatan Perlanggaran (CRASE); dan
 Unit Rekonstruksi Kemalangan (CRU).

Objektif utama Pusat ini adalah:


 Menghasilkan penyiasatan kebolehtahanan perlanggaran dalam mekanik kecederaan, biomekanik dan toleransi
manusia terhadap kemalangan termasuk rekonstruksi kemalangan berkaitan kecederaan;
 Menjalankan penyelidikan terhadap rawatan trauma, rawatan pasca kecederaan, tindak balas kecemasan serta
kecergasan perubatan pra dan pasca kemalangan;
 Mengkaji semula dasar dan pendekatan sedia ada ke arah penambahbaikan Prosedur Operasi Piawai, Kod
Amalan dan Piawaian Industri melalui laporan teknikal dan penerbitan dan juga cadangan;
 Melaksanakan ujian pengesahan terhadap impak kemalangan; dan
 Memantau dan mengaudit pelaksanaan SHE.

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)


Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada:

 Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM);


 Unit Pengurusan Kewangan dan Perolehan (UPKP); dan
 Unit Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (UPPF)

Tugas utama Bahagian ini adalah untuk:

 Merangka dan melaksanakan garis panduan berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sumber manusia;
 Menetapkan tatacara dan proses untuk penyelenggaraan infrastruktur dan pentadbiran umum;
 Mengurus kewangan dan akaun serta menyediakan bajet tahunan;
 Mengurus aset dan inventori, perancangan dan pemerolehan aset melalui tender atau rundingan secara
langsung; dan
 Merancang, mengurus dan menganjurkan kursus/bengkel untuk pembangunan kerjaya, peperiksaan dalam
perkhidmatan dan menyelaraskan program pembangunan kompetensi untuk semua staf.
 Membangunkan perpustakaan sebagai sebuah wadah utama sumber keselamatan jalanraya serantau dengan
hubungan yang meluas dengan organisasi-organisasi keselamatan jalan raya antarabangsa dan institut-institut
penyelidikan; dan
 Merancang, menyusun dan membangunkan infrastruktur IT, sistem aplikasi untuk rangkaian internet dan
intranet, akses dan pengeluaran maklumat di samping memastikan integriti data.

Piagam Pelanggan
OS Abstrak laporan penyelidikan akan dimuat naik ke laman web MIROS dalam tempoh 3 hari selepas

Buku abstrak penyelidikan bagi tahun sebelumnya akan dimuat naik ke laman web MIROS selewat
Mac tahun semasa.

Dapatan awal penyiasatan kes inkuiri akan siap dalam tempoh 7 hari bekerja selepas selesai penyiasatan.

'Raw data' ujian makmal siap dalam tempoh 1 jam selepas tamat ujian

adangan / pertanyaan Jawapan bagi maklum balas aduan / cadangan / pertanyaan pelanggan akan diberikan dalam tempoh 7 har
Chief Information Officer (CIO)

Chief Information Officer (CIO)


Malaysian Institute Of Road Safety Research
(MIROS)
Name : Hizal Hanis Bin Hashim
E-mail : hizalhanis[at]miros[dot]gov[dot]my
Telephone : 03 8924 9212
Faks : 03 8733 2005

Struktur Organisasi
MIROS diketuai oleh Ketua Pengarah dan secara pentadbirannya ia diuruskan oleh tiga Pusat dan satu Bahagian.
Pusat-pusat tersebut adalah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, Pusat Penyelidikan
Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan dan Pusat Penyelidikan Keselamatan Kejuruteraan Keselamatan Jalan
Raya dan Alam Sekitar manakala Bahagian pula adalah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Akta
Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [Akta 748] telah berkuat kuasa pada 15 Julai 2012
melalui P.U.(B) 219/2012. Akta 748 digubal untuk menjadikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (“MIROS”) sebagai sebuah pertubuhan perbadanan (“body corporate”). MIROS ditubuhkan bertujuan
membantu Kerajaan merangka dasar dan program keselamatan jalan raya dan menangani isu keselamatan jalan
raya berasaskan hasil kajian dan penyelidikan saintifik selain meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
maju dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan.

Muat Turun Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [Akta 748] ►

Fungsi ARSC
As a centre that will help and guide the ASEAN countries to reach a higher level of road safety performance, the
centre’s role is to:

 Design and implement road safety programs based on science and arts for the region;
 Harmonize the standards, guidelines and methods of road safety activities for the region;
 Coordinate and collate the efforts of member countries for knowledge sharing purpose;
 Provide technical guidance and effective leadership to member countries;
 Monitor and evaluate the implementation of the road safety program and initiatives by member countries; and
 Evaluate and validate road safety performance for member countries, combine and harmonize regional
comparisons so as to represent regional road safety condition.

Road Safety Facts

You might also like