Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

MPU 3122

Seksyen 503

Ulasan filem: Paskal

Pensyarah: DR. NORUN NAJJAH BINTI AHMAT

KHALIDAH ADIBAH BT ABU ZARIM


1729698
SINOPSIS
Filem yang saya pilih untuk dikaji adalah filem Paskal sentuhan pengarah berbakat besar iaitu,

Adrian The. Jalan cerita filem ini turut digerakkan dengan watak- watak yang dibintangi oleh

pelakon Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul

Kamal, Theeban G, Jasmine Suraya Chin, Namron, Amerul Affendi, Dato’ Eizlan Yusof dan

pelakon Hollywood, Tiger Chen Hu (John Wick 3, The Matrix Reloaded, Man of Tai Chi).

PASKAL THE MOVIE mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang

anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia.

Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang

telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang

lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia dihimpit dengan

misi terakhir yang perlu diselesaikan.

MENGAPA SAYA MEMILIH PASKAL


Filem Paskal arahan Adrian Teh diinspirasikan daripada kisah benar pembabitan Pasukan Khas

Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi merampas kapal dagang

MT Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011. Filem ini

menampilkan misi operasi daripada kisah benar oleh Fajar 8 pihak TLDM di Teluk Aden pada

20 Januari 2011 terhadap lanun Somalia di Laut Arab. Filem ini menunjukkan kekuatan sistem

ketenteraan yang mampu menyelesaikan misi terutamanya dalam keadaan kecemasan.

Kecekapan dan keberanian paskal berjaya mengelakkan MISC daripada kehilangan kargo yang

dianggarkan bernilai RM30 juta dan 23 krew warga Filipina berjaya diselamatkan tanpa

sebarang kecederaan. Saya begitu kagum dengan kehebatan rakyat Malaysia kerana mampu

menghasilkan satu cerita yang sangat-sangat bermutu tinggi dan mampu menaikkan semangat

masyarakat Malaysia mencintai negara. Filem ini juga mengisahkan semangat keberanian

seorang paskal untuk memerangi kumpulan pengganas yang melakukan jenayah di Malaysia

demi mengekalkan keharmonian masyarakat sejagat.


CIRI- CIRI KETAMADUNAN

Tamadun China

Filem ini dapat dikaitkan dengan perluasaan kuasa tamadun China pada zaman Dinasti Han,

kewibawaan Han Wu Ti yang digelar maharaja tentera berjaya memperluas kawasan takluk

melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Pada zamannya, pengaruh China telah

tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya

diwujudkan.

Pada masa dahulu, peperangan selalu ditujukan untuk kepentingan menguasai negara-

negara jiran, sumber- sumber alam, tenaga- tenaga manusia dan perluasaan pengaruh di

kawasan- kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Selain itu, peperangan juga turut

berlaku untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-

musuh dengan niat merampas wilayah dan menakluki penempatan mereka.

Di samping itu, terdapat juga peperangan yang berlaku semasa zaman tamadun

Mesopotamia kuno disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas di antara negara kota. Sejak

zaman Dinasti Chou, mereka menghadapi serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan kerajaan Chin

membina sebuah tembok pertahanan yang panjangnya 2250 batu untuk mempertahankan

negaranya dari musuh dan sehingga hari ini, tembok ini terkenal dengan nama Tembok Besar

Cina.
Tamadun Islam

Seterusnya, menurut sejarah tamadun Islam pula, peperangan adalah satu yang tidak ganjil

dalam lembaran sirah perjuangan Nabi SAW. Umat muslimin diajar cara mengenai model

peperangan dan kebijaksanaan serta strategi peperangan. Tujuan perang dalam Islam adalah

sebagai bekalan menghadapi ancaman dan musuh Islam. Malah, dalam tamadun Islam,

pemimpin tentera mempraktikkan konsep jihad yang berunsurkan kesungguhan iaitu berperang

untuk melindungi agama Islam, dan mereka tidak dibenarkan membunuh sesuka hati dan

memusnahkan tanaman. Oleh hal yang demikian, kesan peperangan akhirnya mewujudkan

sejarah pembukaan semula kota Mekah pada zaman Nabi Muhammad dan agama Islam

tersebar luas sehingga ke pelosok dunia.

You might also like