Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik, dan pengasuh.

Guru
dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranan sebagai
fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pembelajaran dan pelajaran (P&P). Dalam
abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugas yang semakin
bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti kaya dengan
maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi,
berfikiran konstuktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar serta mempunyai
pengetahuan dan kemahiran industri.

Peranan guru dalam abad ke-21 ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan yang
bergelar pelajar. Pelajar merupakan pelanggan utama kepada guru dan guru bertindak sebagai
agen dalam menyampaikan semua perkara berkaitan kehidupan. Nilai-nilai murni
menitikberatkan perlakuan yang baik dan tidak melanggar norma-norma masyarakat,
bertatasusila dalam perhubungan sesama manusia, makhluk lain dan Tuhan. Elemen ini sangat
penting dalam usaha membudayakan masyarakat bagi mewujudkan keharmonian sesebuah
negara. Dalam perkara ini, guru perlu bertindak sebagai ‘role model’ kepada pelajarnya dan
masyarakat. Di samping itu, guru abad ke-21 perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran
industri. Ini sangat penting bagi melahirkan generasi atau modal insan untuk pasaran kerja
industri yang semakin pesat berkembang. Usaha ini merupakan sumbangan untuk melahirkan
sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berkualiti,
serba boleh, dan responsif terhadap perubahan serta perkembangan industri semasa.

Dalam abad ke-21 ini juga, guru berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan khasnya di
dalam bilik darjah. Para pelajar telah mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT
untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini akan menimbulkan
kerumitan bagi guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT. Cabaran lain yang
perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah masalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah
membentuk masyarakat madani. Masalah sosial yang semakin berleluasa hari ini menyebabkan
tugas guru semakin mencabar. Guru perlu memainkan peranan semaksimum mungkin dalam
memastikan masalah sosial pelajar hari ini berkurangan.

Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru dalam abad ke-21 ialah misi Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum
hari ini terus mengalami perkembangan pesat dari semasa ke semasa dan perubahan seperti ini
sudah semestinya mengubah harapan dan keperluan pelbagai pihak ke atas kecekapan dan
keterampilan para guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan. Salah satu isu
berkaitan misi KPM ialah memperkenalkan mata pelajaran vokasional (MPV) dalam system
pendidikan di sekolah hari ini. Langkah ini adalah kesan daripada persaingan pendidikan global
yang terarah kepada bidang industri dan juga hasrat KPM bagi melahirkan sistem pendidikan
bertaraf dunia.

You might also like