Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Drama berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau
melakonkan. Drama ialah aksi peniruan iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan
manusia. Drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang terdiri daripada dialog,
pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut kamus dewan
Bahasa dan pustaka drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas
pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan
bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Elemen-elemen inilah
yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera,
drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni
busana dan seni tari. Drama bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk dilakonkan di atas pentas
dengan penghayatan. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater.
Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang,
pelakon atau bantuan seni yang lain.

Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan
cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi
sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah
naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum atau deskripsi
tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialog yang akan menyampaikan mesej dan
pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain.
Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan
pengarang disampaikan melalui dialog pelakon dan watak-watak yang berinteraksi dalam
sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas
tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur
dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama
seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah
drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu
membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.
2.0 ASPEK PENTING DALAM ANALISIS SKRIP DRAMA

2.1 TEMA DAN PEMIKIRAN

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti
pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan
oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-
wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat
menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip. Justeru,
selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi
juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang
terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat
ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan
yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis.

Tema yang diolah oleh pengarang dalam drama ini ialah Keperitan dan
kemiskinan hidup menyebabkan kehidupan seseorang itu tertekan. Hal ini dapat dilihat
daripasa watak Ah Wong yang tidak bertimbang rasa dan kedekut membawa bencana
hidup orang lain. Selain itu, banyak pemikiran yang boleh kita kupas dalam drama ini
antaranya ialah Manusia hendaklah bersikap sabar dalam menerima dugaan dan
cabaran hidup. Selain itu, sikap tidak bertimbang rasa dan kedekut adalah sikap yang
tidak baik. Seterusnya, kita hruslah berhati-hati dan tanamkan sifat curiga apabila
diminta melakukan sesuatu pekerjaan yang ringan tetapi memperoleh pendapatan yang
lumayan. Tambahan pula, berfikir sebelum bertindak bagi mengelakkan penyesalan di
kemudian hari. Justeru jelaslah di sini tema dan pemikiran yang ingin disampaikan
daripada drama ini.
2.2 WATAK DAN PERWATAKAN

Bil WATAK PERWATAKAN


1 Pak Sapar Seorang lelaki yang berusia lewat 40, bekerja sebagai
nelayan di sebuah kampung. Dia sudah beristeri
mempunyai tujuh orang anak yang berusia di antara 14
hingga 23 tahun. Dia seorang yang miskin tetapi
bertanggungjawab terhadap keluarganya dan berusaha
untuk menyara keluarga. Dia bersifat kurang sabar apabila
terlalu menghadapi tekanan dan desakan hidup.
Walaubagaimana pun, Pak Sapar juga seorang yang
mudah menyesali akan perbuatannya yang salah.

2 Zakiah Zakiah ialah isteri kepada Pak Sapar yang berusia


pertengahan 40. Seorang isteri yang setia, lemah lembut
dan penyayang. Dia mengharapkan agar Pak Sapar dapat
mengawal perasaan marahnya itu. Zakiah begitu terkejut
setelah mendapat berita akan penangkapan suaminya. Dia
sangat yakin bahawa suaminya tidak bersalah untuk
mengugut Ah Wong.

3 Syukur Anak sulung bagi Pak Sapar dan Zakiah. Syukur baru
berusia 23 tahun. Dia tidak bekerja hanya membantu
bapanya ke laut menangkap ikan. Seorang yang
bertanggungjawab kepada keluarganya tetapi naif. Dia
berasa sedih apabila mendapati bapanya bersalah atas
tuduhan mengugut. Dia sanggup menerima tugasan yang
diberikan oleh rakannya untuk menghantar suatu
bungkusan kepada kawannya yang berada di Kuala Belait
setelah dijanjikan akan dibayar dengan upah yang
lumayan. Malangnya Syukur telah dianiaya oleh kawannya
sendiri demi kepentingannya.
4 Ah Wong Taukeh Cina yang kaya seusia Pak Sapar. Dia seorang
yang kurang mahir berbahasa Melayu. Dia sudah lama
bermastautin dan membuka kedai di kampung Pak Sapar.
Seorang yang tidak bertimbang rasa, sombong,
mementingkan diri dan kedekut. Dia sanggup menganiaya
Pak Sapar demi kepentingan dirinya. Dia telah merancang
untuk mengenakan tuduhan palsu kepada Pak Sapar.

5 Munif Seorang pemuda yang seusia Syukur dan seorang


pengedar dadah. Dia merupakan kawan Syukur dan
mengajak Syukur untuk mencari kerja di bandar. Syukur
percaya kepadanya tetapi Munif mengambil kesempatan
untuk mempergunakan Syukur dalam menangani masalah
Syukur demi kepentingannya sendiri. Munif telah menyuruh
Syukur untuk menghantar suatu bungkusan ke Kuala Belait
dan dia akan diupah dengan bayaran lumayan.

2.3 PLOT DAN STRUKTUR DRAMATIK

Kisah drama Terjebak bermula dengan seorang pemuda yang terkenang kembali detik-
detik yang berlalu mengenai tragedi hidupnya. Pemuda itu bernama Syukur terpaksa
menerima hukuman gantung sampai mati kerana membawa dadah tanpa disangkanya
sendiri. Syukur berasa bertanggungjawab untuk membela nasib ayahnya Pak Sapar
yang dijatuhi hukuman tiga tahun penjara akibat tuduhan mengugut seorang taukeh
Cina bernama Ah Wong. Pak Sapar ialah seorang nelayan yang hidup dengan penuh
keperitan dan kemiskinan. Kehidupan mereka yang ala kadar itu bertambah payah
apabila tiba musim tengkujuh menyebabkan dia tidak dapat turun ke laut menangkap
ikan. Pak Sapar juga berusaha untuk meminta bantuan daripada saudara maranya
tetapi kehidupan mereka pun sama sepertinya jua. Akhirnya, Pak Sapar meminta
bantuan daripada Ah Wong. Ah Wong pula seorang sering menabur janji tanpa berniat
pun untuk menolong Pak Sapar.
Suatu hari, Pak Sapar meminta bantuan kewangan daripada Ah Wong tetapi
permintaanya telah ditolak oleh Ah Wong. Dengan rasa kesal seakan-akan
dipermainkan, Pak Sapar marah sehingga berkata tanpa niat hendak membakar kedai
Ah Wong dan membunuhnya. Kemudian dia pun balik ke rumah. Setibanya dia di
rumah, dia berasa sangat menyesal lalu memberitahukan hal itu kepada isterinya.
Isterinya memahami perasaan suaminya menyuruh supaya dia meminta maaf. Pada
keesokan harinya, dia memohon maaf kepada Ah Wong dan Ah Wong pula telah
memberikan wang sejumlah tiga ratus rinngit kepada Pak Sapar. Tanpa menyedari
muslihat Ah Wong, Pak Sapar terkejut kerana dia ditahan oleh polis dan dipenjara
kerana tuduhan mengugut. Anak sulungnya, Syukur berasa sangat sedih akan keadaan
nasib bapanya yang dianiaya, maka dia berusaha untuk melepaskan bapanya dari
penjara.
Oleh itu, Syukur cuba mendapatkan kerja agar dapat mengupah seorang
peguam bagi melepaskan tuduhan ke atas bapanya. Akhirnya tanpa ragu-ragu Syukur
telah menerima bantuan rakannya Munif untuk menghantar sebungkus hadiah kepada
kekasihnya di Kuala Belait. Malang bagi Syukur, dia tidak tahu akan kandungan
bungkusan itu dan dia tertangkap. Rupa-rupanya bungkusan itu berupa dadah yang
mengheratnya ke tali gantung. Syukur berasa kesal kerana dia tidak dapat membantu
bapa, emak dan adik-adiknya. Dia berdoa semoga Allah melindungi keluarganya dan dia
redha dengan kehendakNya.

2.4 GAYA BAHASA DAN AKSI

Dalam menuliskan drama Terjebak ini, pengarang banyak menyelitkan


penggunaan sinkof. Hal ini disebabkan oleh dialog-dialognya diciptakan secara
realisme mendekati bahasa percakapan sehari-hari. Penggunaan bahasa
Inggeris juga terdapat dalam dialog-dialog dalam drama ini, lebih sebagai
penanda kepada status penggunanya. Dialognya dicipta untuk dimainkan
dengan pantas, dan bersahaja.
3.0 ALIRAN DRAMA DALAM SKRIP

Berdasarkan drama Terjebak yang telah dipilih ini aliran dramanya ialah aliran realisme.
Hal ini kerana kecenderungan drama ini memaparkan eskpresi terhadap permasalahan
semasa yang tampak dan bersifat fizikal. Dengan demikian realisme merupakan drama
yang cuba menggarap kehidupan sehari-hari. Apa yang dihasilkan oleh pengarang
adalah sesuatu yang sezaman atau berkaitan dengan zaman penulis itu
sendiri. Pengarang menjadikan drama ini dalam aliran relisme dengan mengisahkan
masyarakat sebagai bahan yang penting dalam penceritaannya. Oleh yang demikian
drama ini akan menjadi suatu propaganda untuk masyarakatnya dengan
mengemukakan permasalahan sosial, kepincangan masyarakat, atau penjelasan
terhadap kepincangan masyarakat.

Sebagai sebuah drama yang mengutamakan aspek realistik, unsur-unsur natural


dalam drama turut diperlihatkan dalam aspek lakonan dan penghayatan watak-
wataknya, penyusunan ruang pentas yang realistik, serta penggunaan lampu, kostum,
dan tatarias yang lebih realistik dan natural. Kehebatan sebuah drama realisme terletak
pada keupayaan pengarahnya membawa realiti ke pentas. Menjadikan pentas sebagai
dunia realiti yang mencerminkan segala pergolakan dan permasalahan yang dihadapi
oleh masyarakat semasa. Kepentingan terhadap keupayaan drama realism ini
menggarap aspirasi dan konflik masyarakatnya didedahkan melalui plot yang mudah. Ia
bermula dengan eksposisi, krisis, klimkas, antiklimaks dan penyelesaian. Sandaran
utama teks realisme terletak pada bagaimana pembinaan krisis dan konflik yang
membawa kepada klimaks dalam drama. Unsur-unsur dramatik dalam drama tidak
diberi tumpuan yang mendalam sebaliknya pengarang terlalu mengutamakan
penggunaan bahasa dalam drama. Akhir sekali watak-watak yang dimunculkan
dalam drama Terjebak ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan status manusia
seperti tauke cina yang kaya, orang muda, orang tua dan sebagainya. Gaya dialog
antara seorang watak dengan watak yang lain dipaparkan dalam bentuk yang berbeza-
beza.

You might also like