Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Penyelaras

 Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai penyelaras akan mewujudkan


suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
 Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-
murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pendidikan khas sekiranya
diperlukan.

Pengajar / Fasilitator

 Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta


penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif
pembelajaran khusus dapat dicapai.
 Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
 Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau
‘khidmat damping’ sekiranya perlu.
 Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar
kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu
pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar
pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran
tersendiri.

Penyimpan Rekod

Guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi


murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk
mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini
rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat
diperbaharui.

Pelaksana Aktiviti Program Pendidikan Khas

 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid


yang menghadapi masalah pembelajaran.
 Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid secara khusus.
 Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistemati.
 Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.
 Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik
mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.

Pembimbing / Kaunselor

Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. Ia berlaku apabila
mereka seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka. Mereka tidak
pernah menganggap pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Justeru itu, mereka sentiasa menerima pelajar mereka tanpa syarat. Guru Pendidikan
Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami masalah sosioemosi
seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah pembelajaran
hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri. Sebagai contoh
Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah
Kebangsaan Kolombong telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di
sekolah malah pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan
mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah (Utusan Online, 2011). Ini
membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai kaunselor yang sentiasa
menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah. Lain pula
dengan Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota apabila
terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan membawa mereka
pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara pengurusan diri. (Kosmo,
2008).

Penghubung

Mewujudkan jaringan hubungan dengan

 Pentadbir sekolah – Guru Besar dan Penolong Kanan


 Guru-Guru lain – Guru kelas dan guru subjek
 Ibu bapa dan waris
 Masyarakat
 Khidmat sokongan – Pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar

You might also like