Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Reka Bentuk Pengajaran

Pengertian

Reka Bentuk Pengajaran merupakan satu proses sistematis yang


menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran
kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Reka Bentuk Pengajaran menurut Yusup Hashim (1998), merupakan


satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk
pembelajaran.

Terdapat 3 kategori reka bentuk pengajaran yang


dinyatakan iaitu:

Reka Bentuk
Pengajaran Sebagai
Satu Proses

Reka Bentuk
Pengajaran Reka Bentuk
Sebagai Satu Pengajaran
Disiplin Sebagai Satu
Sains
RBP sebagai satu Proses

 Merujuk kepada pembinaan perancangan pengajaran secara


sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan
pembelajaran.

 Proses ini merangkumi aspek menganalisis keputusan


pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem
penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran,
menyediakan bahan dan aktiviti P&P, melaksanakan
perancangan P&P seterusnya membuat penilaian pengajaran
dan aktiviti pembelajaran.

RBP sebagai satu Disiplin

 Merujuk kepada cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan


penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk
menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan bagi
memastikan pembelajaran berlaku.
 Duffy & Jonasen (1991) menyatakan ianya sebagai satu proses
pelaksanaan strategi pengajaran.

RBP sebagai satu Sains

 Merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk


membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi
yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran.
Terdapat 4 bidang reka bentuk pengajaran
iaitu:-

RBP sistem RBP strategi


pengajaran

Ciri-ciri RBP mesej


pelajar

Beberapa tujuan proses reka bentuk pengajaran ialah untuk


mengenalpasti hasil pembelajaran pengajaran yang disampaikan guru.
Seterusnya, ia juga turut memberi panduan untuk membina pengisian
pembelajaran (seperti bidang cakupan dan langkah pengajaran) serta
menentukan cara untuk menilai keberkesanan pengajaran.
Terdapat 3 jenis model reka bentuk pengajaran iaitu :

MODEL ASSURE

MODEL ADDIE

MODEL GAGNE-BRIDGE, WAGNER (1992)

Model ASSURE
(Heinich, Molenda, dan Russell , 1993)

Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan


model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada
perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja, Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2005). Reka bentuk pengajaran
yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Selain
itu, reka bentuk pengajaran juga dapat melahirkan guru yang berkeyakinan,
berkompeten dan tepati masa. Model ASSURE digubal untuk menyediakan
panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media, Heinich (1982).
Model Assure diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996
adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang
penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud mempastikan
atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku.
A • Analyse Learners
( Analisis Pelajar )

S • State Objectives
( Nyatakan Objektif )

S • Select Media And Materials


( Pilih Media dan Bahan )

• Utilise Media and Materials


U ( Gunakan Media dan Bahan)

R • Require Learner Participation


(Libatkan Pelajar dalam
Pembelajaran)

• Evaluation/reviem
E ( Penilaian/Semak semula bahan )
1) Analyse Learners (Analisis Pelajar)

Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan
terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:

 Siapa kumpulan sasar?


 Apakah ciri-ciri mereka?
 Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
 Berapa tempuh perlaksanaannya?

Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus peringkat masuk dan
stail pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar sosioekonomi.
Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri umum yang boleh diperolehi ialah melibatkan
murid-murid tahun satu yang berumur tujuh tahun. Manakala kompetensi khusus peringkat
masuk merupakan pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Stail
pula merupakan trait psikologi seperti persepsi. Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang
pelbagai iaitu lemah, sederhana dan pandai.

2) State Objective (Nyatakan objektif)

Kedua ialah state objective atau nyatakan ojektif. Objektif pengajaran merupakan penyataan
yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan pelajar setelah
mengikuti sesuatu pengajaran. Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang
pengajaran. Selain itu, ia juga dapat membantu guru mengenal pasti kaedah, bahan, tugasan,
aktiviti serta ujian yang sesuai. Objektif yang dibuat dalam rancangan pengajaran ialah di akhir
pengajaran, murid dapat mengenal pasti tiga dari lima nama anggota badan seekor haiwan
dengan betul. Selain itu , dengan menggunakan kad gambar dan kad perkataan, murid dapat
memadankan empat dari tujuh gambar anggota badan dan namanya denagn tepat dan objektif
terakhir ialah dalam situasi kumpulan yang dibentuk, murid dapat melengkapkan gambar
haiwan dengan betul.

Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektid pembelajaran terhadap
kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan
dicapai.

3) Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan


bahan)

Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih kaedah, media dan
bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan
objektif pengajaran. Oleh kerana kelas tersebut terdiri dari murid pelbagai kebolehan, maka
kaedah yang dipilih ialah penyoalan, perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas.
Media yang dipilih pula ialah kad imbasan, boneka dan persembahan power point. Manakala
bahan yang dirancang ialah lembaran kerja.

Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan
pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi
penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam
makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.
4) Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

Langkah seterusnya ialah utilise media and materials atau guna media dan bahan. Penggunaan
media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipersepsikan dengan
tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan media dengan
baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan, kemudian
sediakan bahan, sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan
bahan yang dipilih, seterusnya sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif
dan akhir sekali ialah sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran
harian yang dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah boneka.
Manakala sewaktu proses pengajaran kad imbasan dan persembahan power point digunakan.

Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak,
komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi
perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan
situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan
pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online
learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan.

5) Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)

Langkah yang kelima ialah require learner participation atau libatkan pelajar. Ia adalah penting
untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan
untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya. Guru juga
melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan. Selain itu, penglibatan murid juga dibuat melalui
kaedah perbincangan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian
yang dirancang seperti murid-murid diminta memadankan kad gambar dan kad perkataan.
Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar
terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan
juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.

6) Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise atau nilai dan semak. Nilai dan
semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan
langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian yang dibuat meliputi
pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan objektif. Selain itu media, kualiti media,
pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut disemak. Untuk penilaian, guru mengedarkan
kertas lembaran kerja yang meminta murid-murid menyuaikan gambar anggota haiwan dengan
namanya.

Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan
bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan
pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu
adala penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil
pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.

Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang
memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara
menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang
ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.
Model ADDIE
5 Pembahagian Utama

penilaian
implimentasi

pembangunan

rekabentuk

analisis

Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi
menghasilkan “courseware” seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck,
model Knirk & Gustafson, model Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model
pembelajaran. Dalam artikel ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan
dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini. Model ADDIE

mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3)
pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.
Pembahagian Huraian

Analisis atau “Analyze” Bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu


“courseware” diperkenalkan. Kenapa rekabentuk
instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada
kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan?
Juga melihat kesesuaian isi kandungan “courseware” kepada
pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau
kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware”
yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun
disebarkan melalui CD dan DVD.

Rekabentuk atau “Design” Menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan
digunakan. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan,
penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan,
latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara
pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan,
seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer,
internet dan sebagainya.

Pembangunan atau “Develop” Proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk.


Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk
grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa
pengaturcaraan, membuat ujian “courseware” yang dihasilkan
dan menyebarkan bahan tersebut.

Impliment atau “Implement” Berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap


“courseware” yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa
sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan
“courseware” tersebut.
Penilaian atau “Evaluate” Mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan
untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan
bahan instruksional yang telah direka. Contohnya
meningkatkan mutu “courseware” selepas ujian “pilot”.
Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan
bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian
dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai
setelah proses penggunaan “courseware” tersebut selesai
digunakan.

Rujukan: http://geoandyou.com/kajian_model_addie.pdf
Rujukan: http://mahiranmohamed.files.wordpress.com/2010/04/ad.gif

You might also like