Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

Kempen Ramadhan

Shahrul Musawwah

Anjuran

Pertubuhan Sukarelawan Amal


Bakti Ramadhan Malaysia
(PERSABAR)

Disokong Oleh

Persatuan Noor Persatuan Cahaya Harapan Persatuan Kebajikan Niyaz


Malaysia Kanak-Kanak Malaysia Ehsan Malaysia

Rumah Titian Kaseh Pertubuhan Masyarakat Persatuan Kebajikan Wanita Persatuan Kebajikan Haemodialysis
Bersatu Harapan Malaysia Satu Malaysia Muhibah Satu Malaysia
Pertubuhan Sukarelawan Amal
Bakti Ramadhan Malaysia
(PERSABAR)

No. 73-1A, Jalan 3, Batu Caves Center Point,


68100 Batu Caves, Selangor
www.baktiramadhan.org
Tel | Fax: +603 6185 4305
Pertubuhan Sukarelawan Amal
Bakti Ramadhan Malaysia
(PERSABAR)

PENERANGAN LOGO
WARNA BIRU – ialah melambangkan semangat perpaduan
sebagai satu ummah dikalangan masyarakat islam

WARNA PUTIH – membawa makna kesucian dan keikhla-


san dalam melaksanakan kerja-kerja amal dalam mencari
keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

KETERANGAN REKABENTUK
Logo pertubuhan ini direkabentuk sebagai sebuah mas-
jid bagi mengiktiraf peranan masjid sebagai institusi iba-
dat umat Islam yang turut menjadi pusat penyatuan dan
kekuatan umat Islam seluruh dunia; Perkataan ramadhan
dalam bahasa Arab yang dirangkumkan bersama rekaben-
tuk logo tersebut adalah sebagai pengembelengan amal
bakti pertubuhan ini sepanjang Bulan Ramadhan setiap
tahun.
Pertubuhan Sukarelawan Amal
Bakti Ramadhan Malaysia
(PERSABAR)

Objektif Pertubuhan
Menggalakkan umat Islam menghayati Bulan Ramadhan sebagai Bulan Ibadat
dan sebagai Bulan Kebajikan dan Keprihatinan kepada umat Islam dan sesama
manusia;

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah


yang tersusun dan meluaskan sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui
program yang disusun oleh pertubuhan dengan mendapatkan kebenaran
dari pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu;

Memakmurkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan amal jariah


bagi golongan yang tidak bernasib baik;

Menggalakkan budaya sukarelawan di kalangan umat Islam dalam usaha


menghayati dan melipat gandakan ibadat di Bulan Ramadhan dengan memberikan
harapan atau bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik di
kalangan rakyat Malaysia;

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia


dengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, Tadarus kepada
amalan-amalan kebajikan sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan;

Menubuhkan pasukan sukarelawan yang akan melaksanakan pelbagai kerja


kebajikan dalam Bulan Ramadhan setiap tahun;

Mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan yang ditetapkan oleh


pertubuhan.
Pengenalan

Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan 1432 Hijrah, Pertubuhan Sukarelawan Amal
Bakti Ramadhan Malaysia (PERSABAR) bakal melancarkan kempen khas yang dinamakan Kempen
Ramadhan ShahrulMusawwah yang bermaksud Ramadhan Bulan Kesamarataan dan Bulan
Keprihatinan. Program ini diadakan bagi menggalakkan umat Islam menghayati bulan Ramadhan
sebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan bagi membantu golongan yang kurang
bernasib baik. Kesemua program yang akan dijalankan di dalam kempen ini dirancang khusus bagi
mentransformasikan penghayatan bulan Ramadhan di Malaysia yang lazimnya terbatas kepada
solat terawih, majlis berbuka puasa dan tadarrus untuk turut merangkumi kerja-kerja kebajikan dan
sukarelawan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah yang miskin dan terpinggir di dalam
Masyarakat.

Objektif Utama Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah:

Mengumpul dana bagi tujuan kebajikan


Dana Pembangunan Taman Harapan
Taman Harapan merupakan satu konsep pembangunan hartanah berteraskan kebajikan dan
diinspirasikan daripada perjuangan isteri Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia
Datin Paduka Sri Rosmah Bt Mansor yang sentiasa komited dan ikhlas membantu pelbagai
pertubuhan kebajikan di Malaysia. Taman Harapan merupakan sebuah penempatan yang akan
menghimpunkan pelbagai NGO berlainan kepentingan seperti rumah anak yatim, kanak-kanak
istimewa, ibu tunggal, golongan kelainan upaya dan lain-lain lagi. Taman Harapan juga akan
menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, pusat dialisis, pusat ibadat,
asrama dan lain-lain bagi penghuni di Taman Harapan. Selain daripada itu, Taman Harapan
akan menjadi sebuah pusat sehenti bagi aktiviti amal kebajikan dan juga sebagai pusat kegiatan
masyarakat.

Sumbangan kepada Masyarakat Islam di luar negara.
Hasil sumbangan yang berjaya diperolehi daripada Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah
juga akan disalurkan kepada masyarakat Islam di luar negara. PERSABAR mensasarkan untuk
menyampaikan sumbangan kepada komuniti di negara seperti Laos, Myanmar, Vietnam, Pakistan,
TimorLeste dan Bosnia.
Kembara Harapan Ramadhan Tadarrus Perdana Iftar Perdana
26 Julai - 15 Ogos 2011 17 Ogos 2011 | PICC, Putrajaya 17 Ogos 2011 | PICC, Putrajaya

Dapur Ramadhan Iftar Mekah Ramadhan & Raya 1 Malaysia


1-30 Ogos 2011 | Sekitar Lembah Klang 1-31 Ogos 2011 | Masjidil Haram, Mekah

Madrasah Ramadhan Kempen Ma' as-salamah Tabung Infaq Ramadhan


15 Julai - 5 September 2011 1-30 Ogos 2011 | Seluruh Malaysia

Infak Barangan Sukarelawan PERSABAR


Kembara Harapan Ramadhan

Pengenalan
Kembara Harapan Ramadhan merupakan satu wadah perjuangan dalam membentuk satu persepsi
baru kepada proses menghayati amalan dan suruhan Allah khususnya di dalam bulan Ramadhan.
Ianya merupakan satu pengembaraan ke seluruh pelusuk Malaysia membantu golongan yang
kurang bernasib baik dan menyuburkan semangat kesukarelawan di kalangan umat Islam bersesuaian
dengan pengikhtirafan bahawa Ramadhan adalah bulan simpati dan bulan kesabaran.
Program ini diharapkan akan memberi impak positif bukan hanya kepada golongan yang memerlukan
tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Kembara Harapan Ramadhan akan bermula lima hari sebelum tarikh 1 ramadhan yang dijangkakan
jatuh pada 1 Ogos 2011. Kembara ini di jadualkan untuk dilepaskan oleh Dato’ Musa Aman Ketua
Menteri Sabah bersama Datuk Rusnah Ketua Puteri Umno. Bagi perjalanan rombongn kembara ini,
sebuah bas yang ditaja oleh Puteri Umno akan memulakan pengembaraan ke lokasi-lokasi yang
ditetapkan di seluruh Malaysia. Ahli rombongan ini terdiri daripada tenaga sukarelawan PERSABAR.
Rombongan Kembara Harapan akan kembali daripada misi mereka pada 17 Ramadhan 1432 Hijrah
iaitu pada Majlis Iftar Perdana

Selain daripada bas, PERSABAR akan menjemput penyertaan kelab –kelab kenderaan seperti mo-
torsikal berkuasa tinggi, kereta bagi menyertai konvoi Kembara Harapan Ramadhan secara sukarela
di sepanjang pengembaraan dalam misi memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan di
bulan Ramadhan

Bantuan yang disampaikan dalam bentuk makanan dan mengenalpasti keluhan dan masalah
masyarakat yang perlu diselesaikan dengan kerjasama pihak kerajaan. Antara yang menjadi
pusat persinggahan konvoi ini ialah di masjid, surau, kampung pendalaman, rumah aak yatim, rumah
warga emas dan sekolah tahfiz.

Objektif
Menyalurkan sumbangan amal dalam pelbagai bentuk terus kepada golongan yang memerlukan.

Menghidupkan suasana keprihatinan di dalam bulan Ramadhan di kalangan rakyat Malaysia.


Menggalakkan penglibatan menyeluruh dari semua pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat Korporat,
Badan NGO, Persatuan dan Pertubuhan dan individu dalam menginfakkan sumbangan dalam bentuk
barangan, tenaga, masa dan kepakaran bagi menyalurkan bantuan.

Mendekati permasalahan sebenar di kalangan golongan rakyat yang memerlukan perhatian.

Konsep Program
Satu Skuad Kembara Harapan Ramadhan akan ditubuhkan terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat termasuklah ahli Puteri UMNO Malaysia dan wakil Persatuan Sukarelawan Amal Bakti
Ramadhan
Kembara Harapan Ramadhan akan diadakan pada bulan Ramadhan dan dilancarkan 5 hari sebelum
bermulanya ibadah puasa.
Pihak Sekretariat Persatuan Sukarelawan Amal Bakti Ramadhan dengan kerjasama Puteri Umno
Malaysia akan mengenalpasti lokasi, destinasi dan tempat persinggahan bagi Skuad Kembara
Harapan Ramadhan.
Setiap keperluan dan aktiviti amal bagi setiap lokasi dan destinati yang bersesuaian dengan tema
Ramadhan Sharul Musawwah akan dicadangkan kepada pihak sekretariat.
Kembara Harapan Ramadhan
Aktiviti amal yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Menyalurkan sumbangan keperluan asas seperti beras, gula, kopi, selimut, peralatan
sekolah dan lain lain bagi penghuni rumah kebajikan.
Membaik pulih infrastruktur Masjid, Rumah Kebajikan, Rumah Fakir Miskin, Sekolah
Pondok dan lain lain.
Menganjurkan iftar bagi penghuni rumah kebajikan.
Mengadakan sesi motivasi bagi penghuni rumah kebajikan.
Membersihkan kawasan Masjid, Tanah Perkuburan dan Rumah Kebajikan.

Fokus Matlamat Kebajikan Kembara Harapan Ramadhan

1) Masyarakat Miskin& Daif


• Matlamat utama Kembara ialah mengenal pasti kelompok masyarakat yang hidup
miskin tanpa mengira kaum, agama mahupun pegangan politik. Butiran diri dan
keluarga akan dicatat dan direkodkan bagi program jangka panjang.
• Elemen utama yang perlu difokuskan adalah:-
o Mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar. (Tidak mempunyai
pendapatan tetap)
o Mereka yang tiada rumah perlindungan
• Bagi mereka yang tiada rumah dan tanah, pihak PERSABARakan membawa
permasalahan ini bagi dibincangkan di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat
untuk diselesaikan. PERSABAR mencadangkan agar kelompok masyarakat ini
ditempatkan di satu kawasan penempatan baru dan dibangunkan sebagai
“HomeStay” bagi menjana pendapatan isi rumah.
• Rumah yang bakal didirikan adalah berkonsepkan pasang siap dengan teknologi
LIMAS dari Palembang yang dirasakan sesuai dari segi kos dan lebih mudah didirikan.
• Dalam setiap hentian, PERSABAR mensasarkan untuk menziarahi 20 keluarga miskin
tegar bagi tujuan menghulurkan bantuan.
• Disamping itu juga, kerja-kerja kebajikan lain akan turut dijalankan semasa program
kembara berlangsung.

2) Rumah Anak-Anak Yatim Islam


• PERSABAR akan mengenalpasti rumah-rumah kebajikan dan anak yatim islam yang
ada dikawasan sekitar projek Kembara Harapan Ramadhan yang tidak memiliki
tauliah dari pihak berwajib untuk dibantu bagi membolehkan mereka beroperasi
secara sah.
• PERSABAR akan mendapatkan bantuan dari pihak berwajib seperti JKM, bomba
dan majlis berkuasa tempatan bagi membantu rumah kebajikan ini dapat didaftarkan
secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah penting bagi rumah
anak yatim ini beroperasi secara sah dan memperolehi bantuan daripada JKM.
• PERSABAR juga akan mengambil inisiatif dalam membantu rumah kebajikan ini me
dapatkan diskaun bagi penggunaan utiliti seperti air dan elektrik daripada pihak
berkaitan. Ini bagi membantu mengurangkan kos operasi rumah kebajikan.

3) Masyarakat yang sakit


• Fokus akan diberikan bagi meraikan pesakit yang ditempatkan di hospital awam
PERSABAR akan berkongsi rasa keprihatinan bersama pesakit di samping
menyampaikan sumbangan kepada mereka.
• PERSABAR juga akan mengenal pasti individu yang terlantar sakit di rumah. Ziarah
Kembara Harapan Ramadhan akan berkongsi rasa dan menyampaikan sumbangan
kepada mereka.
• Kembara sukarelawan PERSABAR juga seterusnya akan menziarahi pesakit yang
menghidap penyakit kronik seperti AIDS dan Kusta bagi meraikan ketibaan
Syawal tahun ini.
Kembara Harapan Ramadhan
4) RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM
• Kembara PERSABAR ini juga akan menjalankan pengumpulan data-data peribadi
setiap penghuni rumah anak-anak yatim bagi direkodkan di dalam portal
myyatimpiatu.com.
• Myyatimpiatu.com merupakan portal yang dibangunkan bersama oleh Yayasan
Harapan Kanak-Kanak Malaysia dengan kerjasama Persatuan Cahaya Harapan.
• Data di dalam ini akan memudahkan pihak berwajib menyalurkan bantuan terus
kepada penghuni rumah kebajikan terbabit.
• Selain dari itu, PERSABAR juga sedang merangka pelan takaful perlindungan dan
pendidikan bagi setiap penghuni rumah kebajikan yang layak.

5) WARGA EMAS
• Meraikan dan menyantuni warga emas disekitar kawasan projek kembara.
• Melalui program ini, akan mengeratkan silaturrahim peserta projek dengan penduduk
setempat dan mereka yang lebih berusia dari mereka.
• Peserta juga dapat menyelami permasalahan penduduk setempat dengan
mendapatkan maklumat penting yang dirasakan sesuai seperti pembangunan
kawasan setempat, masalah-masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat
setempat. Secara tidak langsung para peserta akan menjadi mata dan telinga
kepada pihak berwajib.

6) IBU TUNGGAL DAN IBU TINGGAL


• Penglibatan Puteri Umno dalam projek ini amat bertepatan dalam mereka menyelami
permasalahan kaum hawa yang menjadi ibu tunggal mahupun ibu tinggal iaitu ibu-ibu
yang kematian dan mereka yang ditinggalkan oleh suami yang tidak bertanggungjawab
• Mendapatkan butiran lengkap berkaitan masalah yang mereka hadapi bagi
perancangan tindakan susulan.

7) GOLONGAN MUALLAF DAN MEREKA YANG MENUNTUT ILMU


• Antara golongan yang layak menerima bantuan tetapi sering dipinggirkan oleh
masyarakat.
• PERSABAR akan memfokuskan kepada golongan saudara baru Islam (mualaf).
PERKIM di PengkalanChepa merupakan satu destinasi baik bagi menzirahi pusat
yang banyak melahirkan golongan Mualaf yang berkaliber dan berkualiti.
• Fokus kembara juga dapat diberikan kepada sekolah Tahfiz yang daif dan serba
kekurangan. Permasalahan dan kekurangan mereka akan direkodkan bagi mencari
penyelesaian optimum.

8) ORANG KELAINAN UPAYA


• Mendapatkan maklumat berkaitan mereka yang kelainan upaya yang masih belum
mahupun yang sudah berdaftar agar dapat diberikan peluang kepada mereka dalam
memajukan diri bergantung kepada tahap kemahiran dan keupayaan yang mereka miliki

Tentatif Program
Tarikh : 26 Julai sehingga 15 Ogos 2011
Tempat : Seluruh Malaysia
Kembara Harapan Ramadhan
Jadual Perjalanan (tentatif)
JADUAL KEMBARA RAMADHAN SHAHRUL MUSAWWAH

BIL TARIKH MASA NEGERI BAHAGIAN/LOKASI ORGANISASI PROGRAM CATATAN


1 26 Julai 2011 8.00 pagi Sabah Libaran Puteri UMNO Perasmian Ramadhan Shahrul TBC
(Selasa) Sabah Musawwah oleh CM Sabah
01.00 Sabah Sandakan Puteri UMNO Program Kebajikan
petang Sabah
2 27 Julai 2011 03.00 Sabah Kota Kinabalu Puteri UMNO Menyusur Akar
(Rabu) petang Papar Sabah (gotong royong)

3 28 Julai 2011 09.00 Sarawak Kuching Saberkas (4B)


(Khamis) pagi
11.00 Sarawak Kuching Saberkas (4B)
pagi
29 Julai 2011 Sarawak Samarahan Saberkas (4B)
(Jumaat)
08.00 Sarawak Saberkas (4B)
malam
4 31 Julai 2011
(Ahad)
5 01 OGOS 08.00 Johor Muar Puteri UMNO Menyusur Akar
2011(Isnin) pagi Johor
04.00 Johor Pagoh Puteri UMNO
petang Johor
06.30 Johor Pagoh Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa
petang Johor
08.00 Johor Pagoh Puteri UMNO
malam Johor

6 02 Ogos 2011 04.00 Melaka Masjid Tanah Puteri UMNO Sahur Perdana bersama YAB Ketua
(Selasa) pagi Melaka Menteri Melaka
Puteri UMNO Menyusur Akar
Melaka
Puteri UMNO
Melaka

BIL TARIKH MASA NEGERI BAHAGIAN/LOKASI ORGANISASI PROGRAM CATATAN


7 03 Ogos 09.00 Pahang Muazam Puteri UMNO Menyusur Akar
2011(Rabu) pagi Pahang
11.00 Pahang Pekan Puteri UMNO Lawatan Kebajikan
pagi Pahang
06.30 Pahang Pekan Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa
petang Pahang
8 04 Ogos 03.00 Terengganu Kemaman Puteri UMNO Majlis Bersahur
2011(Khamis) pagi Terengganu
10.00 Terengganu Dungun Puteri UMNO Menyusur Akar
pagi Terengganu
06.30 Terengganu Kuala Terengganu Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa
petang Terengganu
11.00 Terengganu Kuala Terengganu Puteri UMNO
malam Terengganu
9 05 Ogos 03.00 Terengganu Kuala Terengganu Puteri UMNO *Bersahur
2011(Jumaat) pagi Terengganu

08.00 Kelantan Bachok Puteri UMNO Menyusur Akar


pagi Kelantan
06.00 Kelantan Bachok Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa
petang Kelantan

11.00 Kelantan Bachok


malam
10 06 Ogos 04.00 Kelantan Jeli Puteri UMNO Majlis Bersahur *Sahur
2011(Sabtu) pagi Kelantan
09.00 Kedah Baling 4B
pagi
06.00 Perlis Bintong 4B *Buka Puasa
petang
11 07 Ogos 2011 04.00 Perlis Simpang 4 4B *Bersahur
(Ahad) pagi
08.00 Perlis Kangar 4B
pagi
06.00 Kedah Sungai Petani 4B *Buka Puasa
petang
Kembara Harapan Ramadhan

BIL TARIKH MASA NEGERI BAHAGIAN/LOKASI ORGANISASI PROGRAM CATATAN


12 08 Ogos 2011 04.00 Kedah Kuala Ketil 4B *Sahur
(Isnin) pagi
08.00 Pulau Balik Pulau 4B - Pemberian sumbangan kepada
pagi Pinang ibu Tunggal dan warga emas ( 20
Hamper )
- Program baiki rumah
06.00 Pulau Tasek Gelugor 4B - Majlis Berbuka Puasa bersama
petang Pinang penduduk tempatan dan Anak –
Anak Yatim
- Tazkirah Ramadhan
- Pemberian Sumbangan kepada
Anak – Anak Yatim dalam Kawasan
GB4B Tasek Gelugor
- Solat magrib / Terawih berjemaah

Nibong Tebal - Penginapan di Jawi, Nibong Tebal


(Kompleks Rakan Muda)
- Majlis Bersahur dan Qiamullai
bersama Penduduk Tempatan
- Program baiki rumah, kepada 4
buah rumah yang telah disenaraikan
13 09 Ogos 08.00 Perak Parit Buntar 4B - Majlis Berbuka Puasa bersama
2011(Selasa) pagi penduduk tempatan dan Anak –
Anak Yatim seramai 40 orang bagi
Dun Titi Serong dan Kuala Kurau.
- Tazkirah Ramadhan
- Pemberian Sumbangan kepada
Anak – Anak Yatim dalam Kawasan
GB4B Parit Buntar
06.00 Perak Ipoh Barat 4B -Majlis Berbuka Puasa bersama *rumah
petang Presiden 4B Malaysia Presiden 4B
-Penyampaian sumbangan kepada
golongan miskin tegar.
11.00 Cameron -Bermalam
malam Highland
14 10 Ogos 10.00 Perak Kuala Woh 4B - Program Bubur Lambok masuk TBC
2011(Rabu) pagi kampung dgn motosikal
- Majlis Berbuka Puasa bersama
penduduk tempatan dan Anak –
Anak Yatim.
- Tazkirah Ramadhan
- Pemberian Sumbangan kepada
Anak – Anak Yatim dalam Kawasan
GB4B Tanjung Malim
06.00 Perak Sungkai 4B Program Bubur Lambuk dan *Berbuka
petang Tg Malim Penyampaian sumbangan kepada Puasa
anak-anak yatim bawah 12 tahun.

15 11 Ogos 04.00 Selangor Kuala Selangor Puteri UMNO Majlis Bersahur


2011(Khamis) pagi Selangor
09.00 Selangor Kapar Puteri UMNO Menyusur Akar
pagi Selangor
02.00 Selangor Kota Raja Puteri UMNO Menyusur Akar
petang Selangor
06.00 Selangor Hulu Langat Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa *Berbuka
petang Selangor (bersama rumah kebajikan) Puasa
16 12 Ogos 04.00 Negeri Kuala Klawang Puteri UMNO -Melawat 3 buah rumah *Bersahur
2011(Jumaat) pagi Sembilan Negeri -Bersahur di Padang Futsal Kg
Sembilan Kemin Tanjung
10.00 Negeri Seremban Puteri UMNO Menyusur Akar,menyampaikan
pagi Sembilan Negeri sumbangan kepada golongan kurang
Sembilan berkemampuan.
06.00 Negeri Ampangan Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa di surau Kg *Berbuka
petang Sembilan NegeriSembilan Jiboi Baru Puasa
17 13 Ogos 04.00 Wilayah Putrajaya Pergerakan Bersahur di Kediaman KPUM TBC
2011(Sabtu) pagi Persekutuan Puteri UMNO
Malaysia
10.00 Wilayah Lembah Pantai 4B
pagi Persekutuan
06.00 Wilayah Masjid Wilayah 4B Majlis Berbuka Puasa bersama YB
petang Persekutuan Persekutuan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek
09.00 Wilayah Jalan TAR KIMMA Kutipan Derma
malam Persekutuan
18 14 Ogos 2011 04.00 Wilayah Dataran Merdeka 4B -Bersahur dan Program bersama
(Ahad) pagi Persekutuan Presiden Majlis Belia Malaysia
08.00 Wilayah Bandar Tun Razak Puteri UMNO Menyusur Akar
pagi Persekutuan BTR / 4B
06.00 Wilayah Masjid Saidina Puteri UMNO Majlis Berbuka Puasa
petang Persekutuan Uthman, Bandar BTR / 4B
Tun Razak
Tadarrus Perdana

Pengenalan
Bersempena sambutan Nuzul Quran di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini 1432H,
PERSABAR akan menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran Perdana dan Iftar Perdana
pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 17 Ogos 2011 bertempat di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Program Tadarrus Al-Quran Perdana ini akan menghimpunkan sejumlah lebih 645 orang
Tahfiz dari seluruh negara bagi melengkapkan pembacaan tadarrus Al-Quran dalam masa 6
jam.

Setiap Kitab Al-Quran Mashaf Othmani yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi mempunyai
645 mukasurat. Bagi menyempurnakan majlis tadarrus ini, setiap pelajar akan
dipertanggungjawabkan menghabiskan satu muka surat Al-Quran dalam 30 halaqah dan
akan disempurnakan secara tartil surah-surah Al-Quran yang ditugaskan kpada mereka.

Objektif
Menggalakkan umat Islam menghayati Bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan sebagai
bulan kebajikan dan keprihatinan kepada umat Islam dan sesama manusia;

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan
meluas sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh pertubuhan;

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan
meluaskan amalan ibadat seperti Solat Tarawih, Tadarus kepada amalan-amalan kebajikan
sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan;

Tentatif Program
Tarikh : 17 Ogos 2011
Tempat : Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Masa : 8.00am – 6.00pm

Cadangan Aturcara Program


Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana

Pengenalan
Bersempena sambutan Nuzul Quran di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini 1432H,
PERSABAR akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi program Tadarrus Perdana
dan Iftar Perdana pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 17 Ogos 2011 bertempat
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan bagi menutup Program Tadarrus Perdana.

Iftar Perdana akan menghimpunkan rakyat bersama kepimpinan negara di dalam satu majlis
yang penuh keberkatan.

Pelbagai program sampingan turut akan dianjurkan bersempena majlis ini termasuk
Madrasah Ramadhan, Pameran Kebajikan, Jualan Amal dan persembahan Nasyid.

Iftar Perdana akan disusuli dengan Solat Isyak’ dan Solat Tarawih secara berjemaah.

Objektif
Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan
meluas sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh pertubuhan;

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan
meluaskan amalan ibadat seperti Solat Tarawih, Tadarus kepada amalan-amalan kebajikan
sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan;

Menghimpunkan Pemimpin Negara bersama Rakyat khususnya mereka yang kurang bernasib
baik dalam meraikan keberkatan bulan Ramadhan.

Tentatif Program
Tarikh : 17 Ogos 2011
Tempat : Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Masa : 6.00pm – 11.00pm

Cadangan Aturcara Program


Dapur Ramadhan

Pengenalan
Dapur Ramadhan merupakan salah satu daripada program teras Ramadhan Shahrul-
Musawwah. Program ini diasaskan berpandukan kepada Hadis Rasulullah S.A.W. “ Allah
S.W.T. memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberi walaupun sebiji tamar
atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”.

Sebuah program mengagihkan makanan yang telah siap dimasak untuk iftar (berbuka
puasa) kepada orang Islam di Malaysia hasil derma/sedekah orang ramai sama ada individu
atau organisasi.

Antara golongan sasaran yang bakal mendapat manfaat daripada program Dapur Ramadhan
adalah seperti berikut:
Pengguna pengangkutan awam seperti sistem aliran ringan (LRT), komuter dan bas.
Penjawat Awam yang bertugas semasa waktu berbuka puasa seperti polis, doktor,
jururawat, tentera, pekerja am dan lain-lain.
Banduan di penjara
Pemandu yang terperangkap di dalam kesesakkan lalu lintas.
Golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.

Objektif
Memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sedekah bagi tujuan iftar pada bulan ramadhan.

Menguruskan derma dan sedekah daripada individu atau organisasi secara telus dan khusus
untuk iftar dari soal menyediakan makanan sehinggalah mengagihkannya.

Menyemai rasa keperihatinan kepada golongan yang serba daif dan kekurangan.

Tentatif Program
Tarikh : 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011
Tempat : Sekitar Lembah Klang
Masa : 5.00pm – 8.00pm
Iftar Makkah

Pengenalan
Program ini diwujudkan untuk memberikan peluang kepada umat Islam di Malaysia yang
tidak dapat mengunjungi Makkah dalam bulan Ramadhan untuk turut berpeluang
memperolehi pahala beribadat di Tanah Suci Makkah melalui sumbangan untuk penyediaan
juadah berbuka puasa kepada jemaah umrah yang berada di Makkah di dalam bulan
Ramadhan.

Dengan sumbangan seminima RM50, PERSABAR akan dapat menyediakan juadah


berbuka puasa untuk empat (4) orang jemaah umrah di Makkah

Program ini di jalankan dengan kerjasama rangkaian Restoran D’Tandoor yang beroperasi di
Makkah.

Sebahagian dari hasil ini juga akan disalurkan kepada dana pembangunan Taman Harapan.

Objektif
Memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sedekah bagi tujuan iftar pada bulan Ramadhan.

Menguruskan derma dan sedekah daripada individu atau organisasi secara telus dan khusus
untuk iftar dari soal menyediakan makanan sehinggalah mengagihkannya.

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan
meluaskan amalan ibadat seperti Solat Tarawih dan Tadarrus Al Quran kepada amalan kebajikan
sesama insan sepanjang bulan Ramadhan

Tentatif Program
Tarikh : 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011
Tempat : Kota Suci Makkah
Masa : 5.00pm – 8.00pm
Ramadhan dan Raya 1 Malaysia

Pengenalan
Program ini akan memberikan peluang kepada kanak-kanak bukan beragama Islam merasai
pengalaman berpuasa dan berhari raya bersama-sama masyarakat Islam. Matlamat program
ini ialah untuk memberikan kanak-kanak Malaysia memahami dan menghargai pelbagai adapt
resam, budaya dan agama yang terdapat di Malaysia diatas semangat Satu Malaysia.

Kanak-kanak dari masyarakat bukan Islam yang terpilih menyertai program ini akan dijemput
kerumah-rumah masyarakat Islam sehari sebelum Hari Raya untuk memberikan mereka peluang
berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya.


Inisiatif penganjuran program seperti ini pernah dibuat oleh Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein dan berjaya mewujudkan persefahaman dan penghargaan budaya diantara masyarakat
berbilang kaum di Malaysia

Objektif
Menghidupkan suasana harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Menjadi platform kepada rakyat Malaysia mempelajari resam masyarakat Melayu khususnya dalam
berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut ketibaan Syawal.

Meraikan golongan yang serba kekurangan bersempena sambutan Aidilfitri.

Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan menerusi kerjasama Homestay di Negeri Sembilan.

Pemilihan kanak-kanak bukan Islam akan diberikan keutamaan kepada anak-anak yatim di rumah-
rumah kebajikan bagi menyertai program ini.

Peserta program ini akan belajar dan turut merasai pengalaman bersahur dan berpuasa pada hari
terakhir berpuasa.

PERSABAR akan merangka pelbagai aktiviti yang bersesuaian bagi menggambarkan rutin
persediaan masyarakat Melayu dalam meraikan ketibaan Syawal. Antara aktiviti yang
dicadangkan adalah seperti gotong-royongkeluarga, persediaan juadah hari raya seperti membakar
lemang, memasak rendang, menganyam ketupat dan mengacau dodol. Selain daripada itu, rutin
memohon maaf sesama keluarga serta ziarah menziarahi turut akan dijalankan bagi menghidupkan
suasana sambutan Syawal.

Tentatif Program
Tarikh : 28 Ogos sehingga 1 September 2011
Tempat : Negeri Sembilan
Madrasah Ramadhan

Pengenalan
Program Madrasah Ramadhan adalah program yang berbentuk seminar, ceramah dan tazkirah
yang akan diadakan sepanjang bulan ramadhan di lokasi-lokasi yang terpilih.

Penganjuran ceramah dan tazkirah agama ini akan membantu menyemarakkan semangat
ibadat dan tarbiyah yang menjadi amalan umat Islam sepanjang bulan yang berkat ini.
Pengurusan program dibawah Madrasah Ramadhan akan turut meliputi ceramah berbentuk
motivasi dan bertema kesihatan.

Program ini akan menumpukan kepada aspek dan tip yang akan memandu umat Islam meraih
keberkatan berlipat ganda yang dijanjikan Allah S.W.T setiap hari di dalam bulan Ramadhan.

Objektif
Mengimarahkan amalan perkongsian ilmu di dalam bulan Ramadhan.

Mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan
meluaskan sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh
pertubuhan dengan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.

Perlaksanaan
Program-program dibawah Madrasah Ramadhan ini boleh dilaksanakan dalam dua peringkat
iaitu pra-ramadhan dan sepanjang bulan ramadhan. Pra-ramadhan merujuk kepada seminar atau
ceramah berkaitan persiapan yang perlu dibuat oleh umat Islam untuk memperolehi
pencapaian optima dalam ibadat mereka dalam bulan ramadhan. Pendekatan Madrasah Ramadhan,
pra-ramadhan akan menekankan puasa ramadhan dari sudut sejarah, kesihatan, ibadat dan
persiapan keruhanian yang perlu dititikberat oleh umat Islam untuk mendapat ramdhan yang
mabrurah.

Aspek penjagaan kesihatan dalam bulan ramadhan juga wajar dijadikan topik dalam
program Madrasah Ramadhan. Umat Islam yang mengalami komplikasi kesihatan seperti
penyakit jantung, diabetic, kanser memerlukan panduan untuk menjalani ibadat puasa.
Tokoh dalam bidang kesihatan seperti Dr. Hj. Wan Azman-Ketua Pakar Jantung PPUM, Dr Aziz
Ishak-KolumnisTheSundayStar, boleh dijemput untuk mengisi program kesihatan Madrasah Ramadhan.

Ceramah berkaitan mempersiapkan kanak-kanak melalui ibadat puasa. Kanak-kanak yang masih
belajar mempraktiskan ibadat puasa memerlukan panduan dan dorongan dari golongan dewasa.

Program-program Madrasah Ramadhan tidak terbatas kepada program berskala besar. PERSABAR
juga mengatur program-program tazkirah di surau-surau dan masjid-masjid terpilih sebagai mengisi
aspirasi Ramadhan ShahrulMusawah.

Pada masa yang sama PERSABAR juga akan menggunakan medium seperti Youtube untuk
menyiarkan program-program tazkirah Ramadhan ShahrulMusawah. PERSABAR akan mewujudkan
satu program Youtube bertajuk Ramadhan ShahrulMusawah yang akan disiarkan melalui platform
Youtube yang akan memberikan liputan yang lebih meluas kepada masyarakat untuk mengikuti
program Madrasah Ramadhan dan menyokong Kempen Ramadhan ShahrulMusawah.
Kempen Ma’assalamah

Pengenalan
Program Ma’salamah ataupun Dengan Selamat / Selamat Jalan adalah program khas
keselamatan jalanraya Kempen Ramadhan Shahrul Musawah. Setiap kali musim perayaan Hari
Raya Aidilfitri kita akan seringkali membaca dan menyaksikan berita-berita kemalangan jalanraya
ngeri yang meragut ribuan nyawa yang menukarkan suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
kepada suasana tragedi yang menyayat hati.

Justeru, PERSABAR memutuskan untuk menjadikan Kempen Keselamatan Jalanraya sebagai
sebahagian komponen penting Kempen Ramadhan Shahrul Musawah. Kempen Keselamatan
Jalanraya tersebut akan menggunakan slogan Ma’salamah iaitu satu perkataan Bahasa Arab
yang bermaksud ‘Dengan Selamat ataupun Selamat Jalan’. Frasa ini adalah mendoakan
keselamatan pengguna jalanraya sepanjang perjalanan pulang mereka ke kampung halaman
untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga tersayang.

Objektif
Menyokong hasrat kerajaan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya pada musim
perayaan melalui Kempen kesedaran Keselamatan Jalan Raya.

Tentatif Program
Kempen Ma’salamah ini menjemput penyertaan daripada kanak-kanak yang berumur dari 5
tahun hingga 15 tahun untuk merekodkan pesanan mereka dalam bentuk video berkaitan
keselamatan jalanraya dengan gaya yang penuh kreatif dan penyampaian yang berkesan.
Video yang terbaik akan dimuat turun di laman Youtube dan disiarkan di media utama
dengan kerjasama media-media yang bekerjasama dalam kempen Ramadhan Shahrul
Musawah.

Pemenang Program Ma’salamah ini akan berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke
Negara Turki bersama Yayasan Harapan Kanak Kanak Malaysia, salah sebuah NGO yang
menyokong kempen ini.
Tabung Infaq Ramadhan

Pengenalan
Derma Harapan merupakan satu program pengumpulan dana secara kutipan derma bagi
merealisasikan pembentukan Taman Harapan. Hasil daripada pengumpulan dana ini akan
disalurkan bagi pembangunan rumah rumah kebajikan yang akan bermastautin di dalam
komuniti Taman Harapan dan juga komuniti Islam di luar negara.

Program ini akan dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan kerajaan,
pertubuhan NGO, syarikat swasta, organisasi dan beberapa pihak individu.

Objektif
Mengumpul dana dalam bentuk kutipan derma ikhlas bagi mewujudkan Taman Harapan.

Menghidupkan suasana keprihatinan di kalangan rakyat Malaysia.

Menggalakkan penglibatan menyeluruh dari semua pihak termasuk Agensi Kerajaan, Syarikat
Korporat, Badan NGO, Persatuan dan Pertubuhan dan individu dalam meninfakkan sumbangan
dalam bentuk materialistik, tenaga, masa dan kepakaran bagi menyalurkan bantuan.

Membantu pertubuhan kebajikan bagi mengumpul dana kewangan yang mencukupi untuk
mendiami Taman Harapan.

Tentatif Program
Tarikh : 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011
Tempat : Seluruh negara
Masa : Sepanjang masa
Pertubuhan Sukarelawan Amal
Bakti Ramadhan Malaysia
(PERSABAR)

No. 73-1A, Jalan 3, Batu Caves Center Point,


68100 Batu Caves, Selangor

www.baktiramadhan.org
Tel | Fax: +603 6185 4305

Encik Azim | Tel: 010 435 7776


Encik Marizwan | Tel: 017 667 9272

You might also like